Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Menjadi isteri Al-Amin
Sayyidatina Khadijah berazam menjadi isteri Nabi Muhammad S.A.W namun beliau ingin mengetahui sama ada Muhammad S.A.W menerimanya atau tidak, untuk itu beliau berbincang dengan adiknya Ha’alah dan beberapa orang sahabat-sahabatnya, akhirnya memilih Nafisah Binti Mambah untuk menemui Rasulullah S.A.W menyatakan hasrat suci Sayyidatina Khadijah.
Dengan rasa rendah hati Rasulullah S.A.W. menyatakan,
“Siapalah aku dibandingkan dengan Khadijah, aku berasal dari keluarga anak yatim Quraisy sedangkan dia penghulu Quraisy ini”
Kebijaksanaan Nafisah akhirnya Nabi Muhammad S.A.W. meminta tangguh untuk berunding dengan Abu Talib.
Katanya, “Wahai anakku, walaupun engkau tidak mempunyai harta tetapi kau kaya dengan kemuliaan dan ketinggian budi.”
Jawab Muhammad S.A.W., “Wahai ayahanda, anakanda tidak pernah mengangankan harta kekayaan.”
Tidak lama kemudian rombongan peminangan Nabi diketuai Abu Talib disambut baik keluarga Sayyidatina Khadijah dengan mas kahwin sebanyak 20 ekor unta. Perkahwinan ini dirayakan seluruh penduduk kota Mekah dengan gembiranya.
Pengorbanan dan ketokohannya
Rumah tangga yang dibina aman dan bahagia kerana Sayyidatina Khadijah sentiasa mendorong suaminya dari belakang. Rasulullah S.A.W. gemar menggembara ke puncak bukit, meredah Sahara yang luas, meneliti kejadian alam dengan segala keganjilan dan keindahan, sehinggalah ke Gua Hira‘. beribadat dengan khuwyuk dan tawaduk. Dorongan dilakukan Sayyidatina Khadijah tidak mampu dilakukan oleh orang lain.
Sebagai isteri dia sangat memahami minat suaminya. Setiap kali pergi, Sayyidatina Khadijah akan membekalkan Rasulullah S.A.W. makanan-makanan kegemarannya, iaitu serbuk ataupun pecahan-pecahan gandum, sedikit garam, minyak zaitun, tamar dan air zam-zam. Sering juga Sayyidatina Khadijah menghantar khadam-khadamnya mencari baginda untuk mengatahui khabar beritanya atau memberikannya bekalan.
Setiap kali pulang, beliau S.A.W. dengan penuh kasih sayang, bualan-bualan mesra dan cerita-cerita yang menyenangkan, kerana beliau yakin suaminya sedang melalui satu proses yang amat sukar dalam meningkatkan kerohaniannya di sisi Tuhan Rabb al-Jalil.
Tiap kali Nabi S.A.W. menyatakan kebimbangannya dengan apa yang dialaminya di Gua Hira‘, Khadijah meyakinkan bahawa apa yang dilakukan adalah sangat besar erti buat masa hadapan. Khadijah sangat berbangga dengan suaminya beramal dalam kegelapan Gua Hira’ dan beruzlah di tengah-tengah kerdipan ribuan bintang-bintang memikirkan kejadian alam dan hakikat ketuhanan.
Pada suatu hari di pertengahan Ramadhan, pulanglah Nabi S.A.W. dari Gua Hira’ dalam keadaan yang mendebarkan. Nabi minta diselimutkan dan Khadijah pun menyelimutinya, berada disampingnya untuk mententeramkan perasaannya, juga meredakan ketakutannya.
Sebagai isteri yang bistari Khadijah mendengar cerita Nabi S.A.W. dengan penuh minat dan khusyuk, lalu membuai baginda dengan kata-kata manis. Kata-katanya begitu dingin dan damai menyirami hati Muhammad S.A.W. yang sedang dilanda kebingungan.
“Gembiralah, tenangkanlah hatimu wahai Muhammad demi Tuhan yang menjadikan diriku, Allah s.a.w tidak sekali-kali akan menghinamu, engkaulah sesungguhnya selama ini menghubungkan silaturahim, menjalankan amanah, melaksanakan tanggungjawab, memuliakan tetamu, mengembalikan hak-hak kepada tuanya dan kaulah orang yang sangat benar percakapannya.”
Kebijaksanaan memilih kata-kata untuk mengembalikan ketenangan kepadanya sangat disanjung inggi oleh Nabi S.A.W. Khadijah terus berada disisinya sehinggalah Nabi terlena oleh keletihan.
Peristiwa bersejarah ini telah membuat Nabi S.AW. beruzlah membawa wahyu, berdakwah gambaran derita di dunia dan di akhirat nanti. Golongan bawah menyambut baik tetapi ditentang hebat golongan atasan.Penentangan ini membawa penderitaan dan penyeksaan terhadap Rasulullah S.AW. dan ia ditanggung bersama-sama Khadijah.
Sayyidatina Khadijah mempergunakan segala pengaruhnya dan harta yang ada untuk mempertahankan dan memperkuatkan perjuangan Rasulullah S.A.W. Pada saat-saat ketegangan dan api hasad dendam ini, hanya di rumahlah Rasulullah S.A.W. mendapat kedamaian pada senyuman dan kemanisan wajah Khadijah. Nabi mendapat penawar segala derita yang menimpa perjuagannya.
Hinggalah saat-saat genting perjuangan apabila suku Quraisy bersepakat memulakan dan mengenakan sekatan eknomi yang dasyat terhadap keluarga Nabi S.A.W. dan pengikutnya.Dengan kekerasan mereka telah menghimpunkan keluarga Nabi dan pengikutnya di satu wadi lembah di tengah-tengah kota Mekah.
Dalam peristiwa ini tiada siapa memaksa Khadijah untuk keluar rumah kerana kedudukan dan hartanya, tetapi dengan rela hati demi kasih suaminya, demi keimanan dan kerasulannya, ia keluar bersama-sama puterinya, mengikut Rasulullah dan meninggalkan segala kemewehan dan kesenangan hidup, menukar dengan penderitaan, kelaparan dan kesengsaraan hidup hinggalah mereka dibebaskan.
Khadijah jatuh sakit dan dibawa dalam usungan kerumahnya kerana penderitaan selama tiga tahun itu. Walaupun sakit semakin hari semakin tenat, namun tiada keluhan, rintihan, tiada penyesalan darinya malah api semangatnya terus membara memberi sumber kekuatan yang tidak ada taranya kepada Rasulullah S.AW. dan para sahabat.
Tiga hari kemudian Sayyidatina Khadijah dengan damai sejahtera menghembuskan nafasnya yang akhir menyahut seruan penciptaNYA meninggalkan Rasulullah S.A.W. dan puterinya dalam kesedihan yang tiada tara.
Demikianlah kisah ketokohan Sayyidatina Khadijah yang telah lama pergi meninggalkan kita, tetapi api semangat, kegigihan, pengorbanan tetap kekal membara untuk selama-lamanya. Menjadi inspirasi para Mujahidin dan Mujahidat dalam usaha mengembangkan Islam ke zaman kegemilangan
Sumber: Tokoh-tokoh wanita mithaliyah (ABIM)



huhu sungguh terpuji peribadi beliau
Terkini : Koleksi Pages Peminat Usop Wilcha Di Facebook
Wanita yang harus dijadiakn mentor
Ketokohan Sayyidatina Khadijah sangat hebat. Seorang isteri yang sangat dikagumi.
seorang yg di segani
sayyidatina Khadijah model wanita islam yang perlu dicontohi
setiap perilakunya amat di senangi oleh Rasulullah S.A.W.
Sanggup berkorban apa sahaja demi Islam
penggorbanan tidja terhingga…
sungguh bertuah kedua2 insan ini, dapat pasangan yg saling bantu membantu. bahagia khadijah kerana bersuamikan seorang rasulullah dan bahagia muhammad beristerikan khadijah
indahnya pertemuaan itu …
telah jodoh ditentukannya terasa bahagaian insan yg menghuninya
seorang isteri pemimpin yang hebat
BETUL!!!! bEe setuju
Tehr
kebanggaan kita sebagai umat islam
bee
gemilangnya cinta..gemilangnya agama islam terus menyinar sehingga kini..serata dunia
semoga penulis, saya dan orang lain dapat mencontohi Sayyidatina Khadijah
amin harap kita akan mencontohi beliau suami isteri
Sayyidatina khadijah mmg hebat..berharap dpt jadi seperti beliau lembut dlm ketegasan…
insyallah akan pasti blh cik tom hee..usha tgga kejayaan..blum cuba bolon tahu
kan..kan..kan
Salam Suri,
sAYyidatina Khadijah, Wanita Agung yang tidak penggantinya di muka bumi ini.
Bagus juga bila dpt peluang baca kisah2 isteri nabi utk dijadikan tauladan
salam kak mekar
ada bahan rujukan blh shaj kongsi sini hee…
nak surh suri bercerita kish nabi2 mmg suri tak pandai heeee
Mampukah wanita zaman sekarang mencontohi sikap dan ketokohan sayyidatina khadijah?
boleh tapi tak semua berjaya menguasai sikap sedemikan rupa
Banyak yang saya tak tahu pasal Sayyidatina Khadijah ni. Kalau dapat, banyakkan lagi maklumat mengenai ketokohannya supaya dapat menjadi contoh kepada saya dan yang lain
@ Norasikin : bEe pun sama juga….. Byk sbnrnye dari setiap sumber leh baca tp……………… tak tahu nape tak terbace… Bila melalui BW ni barulah baca…
kak nora
sama2 menyelam ilmu jdi manfaat kita semua..
kak bee
bila baca akan dpt tahu segala isinya..kurg baca tu bt kita lupa akan perjuangan mrka pd agama islam satu msa dahulu…
kak Suri ada baca buku “bagaikan Khadijah di hati Rasulullah”?
bagus buku tu, buat panduan berkeluarga suami isteri, terbitan PTS
Wah, nak kena cari ni. TQ TE berkongsi… huhuhu
TE
tak pernah baca..tajuk dia dah mnrik hati..
lama tak kedai buku last pegi masa hbis test memadu dan blikan ank2 buku ctr utk dia heee..
Insyallah akn suri cari
kak bee
yuk kita serbu kedai buku:)
mana nak cari yang macam ni ….
one in a trillion?
@ DnoBiz : mendoakan yg terbaik utk isteri, InsyaAllah akan jadi sprt Sayiditina Khatijah
@Ismail N : YES!!!!! One in trilion.
dnobiz
ada tak tak semua org ada skp bgi
Ismail N
Berjuta batu …ada yang satu mesti bersinar..
kak bee
siapa yg memiliki sifat bgtu syurlah tmpt yg layak bg dirinya
kak bee
jika hajat nak mcri bgtu Insyallah pasti akan ketemu rajin berdoa..berusaha mncri ke arah tu
Kesetiaan yang tiada tolok banding…susah nak cari sifat2 sebegini dizaman sekarang ni.
mmg susuh skrh byk yng jahat dri juma org baik2 huuuu..
dunia makn byk yg berubah huuu
Sukar utk menjadi isteri terbaik sprt beliau…. Ketokohannya menjadi contoh tauladan setiap isteri
kebangkitannya mmbatu Rasulullah S.A.W. sering mjdi buah mulut org
Kematian Siti Khadijah telah menjadi tahun kesedihan bagi Nabi.Ketokohan dan kemuliaan beliau haruslah dijadikan idola buat wanita masa kini.
Namun sayangnya kenalkah mereka akan Siti Khadijah?
wanita yang bkh d jadikan sumber inspirasi utk wanita abad ini..
ketelusan mereka mmbtkn jiwa kita tertambat akan keperibadian nya
Kesetiaan itu penting
bawa akhir hayat..