Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Bacaan khas untuk sahabat adam, bagi sahabat hawa boleh juga dibaca sebagai tambahan ilmu, jika nak tegur anak-anak lelaki, atau pasangan anda apalah salahnya. Bukankah mengingatkan itu satu kebaikan dari meneruskan habit yang kurang molek.
“Nabi S.AW. melarang orang kencing sambil berdiri.” Hadis riwayat Tarmizi
Diriwayatkan pada satu hari ketika melewati sebuah kubur, Rasulullah s.a.w. bertanya pada sahabat adakah para sahabat mendengar apa yang baginda dengar. Sahabat menjawab tidak.
Baginda bersabda: “Sesungguhnya penghuni kubur itu diduduki lalu dipikul dengan keras sehingga ia menjerit dengan jeritan yang boleh didengar dari barat hingga ke timur. Setiap anggotanya tubuhnya berterbangan kemudian kembali semula ke tempat asalnya,”
Sahabat bertanya kenapa begitu?
Spontan Rasulullah s.aw. menjawab “kerana persoalan kencing.”
Di dalam kisah yang lain, At Tarmizi meriwayatkan Rasulullah s.a.w. menceritakan ketika Said Bin Mu’az meninggal dunia, Arasy Tuhan bergegar dan kuburnya menjadi sempit. Maka Rasulullah bertasbih memuji Allah s.w.t. sambil menerangkan kepentigan bersuci dan ia boleh menjejaskan ibadah terutamanya solat jika tidak diambil peduli.
Apabila seseorang membuang air kencing sambil berdiri dikhuatiri atau pakaian merka akan terkena percikan air kencing tersebut. Hikmah dilarang membuang air kencing semasa berdiri juga kerana semasa berdiri urat-urat berada dalam kedudukan tegak dan jantung pula dalam keadaan tegang. Apabila duduk mencangkung urat dan jantung akan mudah mengendur dan ini akan memudahkan untuk membuang air.
Sumber atas:Majalah Anis_03 Edit_Suri
itulah indahnya Islam dlm semua hal dan keadaan ada adabnya yg di ajar oleh nabi SAW…termasuklah dlm perkara buang air…
yeap ayie bgtulha islam kita ia memudhalan kita bukan menyukarkan kita…
Entri yg bagus…cuma makbapak pun kene la buat,jgn jadi cam ketam lak…hehehe
ha..tu lah mslnya bro.saling beringart sesama kita ya bro mana yg kurang sama2 d betulkan heee
Jadi, buanglah apa2 saja buangan dalam keadaan duduk
Terima kasih suri kongsi
hee, buang jgn simpan klu simpan jdi penyakit plk alahai..
sama2 bro
Artikel yang menginsafkan
bab kencing mesti kena jaga sllu
huu..wanita harus bgtu juga alahi..dua2 perlu jaga kebersihan dgn betulkan
perkongsian yang bagus untuk semua
dan jangan lupa siram kaki selepas buang air
hehe
kaki pun terkena huhu..
haaa ingat tu. Segala-galanya diajar dalam islam. memang complete
ha take note ye semua
Perkongsian entri yg sgt bermakna suri
malu tapi perlu thu
baca artikel ni juga mengingatkan sy nak tulis cara mengtoskan kencing mengikut Islam..
toskan kencing cara islam? hurm…
ye suri..hari tu dr fazilah kamsah ajar.. anyway dah buat entry pun kat ciksembang sy