Salam pagi untuk semua
Hrum sekejap sahaja dah masuk hari khamis.. Suri rasa harini seperti hari Jumaatlah pulak hee… Hakikatnya badan Suri terlalu keletihan..
Kalu di bahaskan pada si anak.. ” hoo..hoo.. bateri ayong dah low ni” membawa maksud si anak keletihan akibat terlalu lasak bermain sana sini. Pasti tak sampai jam berdetik ke angka 10 minit dia akan tertidur sendiri
hehehe…
Begitulah juga di sebalik nama-nama Allah ada maksud yang indah disebaliknya. Bagi menyingkap nama-nama tersebut apa kata kita kita sama-sama mengenali, membaca sumber ilmu yang Suri perolihi ini untuk kita hayati sama-sama.
Dalam agama islam, Asmaaul Husna (bahasa arab: اسماء الله الحسنى) adalah sembilan puluh sembilan (99) asma (nama) Allah SWT yang terbaik. Sejak dahulu para ulama telah banyak membahas dan menafsirkan Asmaaul Husna ini. Meskipun timbul perbezaan pendapat tentang jumlah nama itu, ada yang menyebut 132, 200, bahkan 1000 nama, namun menurut mereka, yang terpenting adalah hakikat Zat Allah SWT yang harus difahami oleh orang-orang yang beriman.
Asmaaul Husna bermaksud dari segi bahasa ialah nama-nama Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya. Nama-nama Allah yang agung dan mulia itu merupakan suatu kesatuan yang menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah, sebagai pencipta dan pemelihara alam semesta beserta segala isinya.
Para ulama berpendapat bahawa kebenaran adalah ketetapan dengan kebenaran yang lain. Dengan cara ini, masyarakat muslim tidak akan mudah menulis “Allah adalah …” kerana tiada satupun yang dapat disetarakan dengan Allah. Perbahasan berikut hanyalah pendekatan yang disesuaikan dengan konsep akal kita yang sangat terbatas ini. Semua kata yang dilekatkan pada Allah harus difahami keberbezaannya dengan penggunaan wajar kata-kata itu.

Para ulama menekankan bahwa Allah adalah pencipta dan penguasa alam yang abadi dan alam yang fana. Semua nilai kebenaran mutlak hanya ada (dan bergantung) pada-Nya. Dengan demikian, Allah Maha Tinggi. Tapi juga Allah Maha Dekat. Allah Maka Kuasa. Tapi juga Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Sifat-sifat Allah dijelaskan dengan istilah Asmaaul Husna, yaitu nama-nama yang baik.
Dari Abu Hurairah ra., beliau berkata: Rasulullah S.A.W. telah bersabda; “Sesungguhnya Allah memiliki 99 nama, iaitu seratus kurang satu; pada sesiapa yang menghafal seluruhnya masuklah ia ke syurga.”
Baiklah murid-murid apa kata harini Kita mengalunkan bacaan ini bersama-sama
Rujukan ayat boleh dilihat seperti di bawah:-





Dalil:-
Berikut adalah beberapa dalil yang terkandung di dalam Al-Qur’an dan Hadis tentang Asmaaul Husna:
- “Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaaul Husna (nama-nama yang baik).” -- (Al-Quran, Surah Thaa-Haa :8 )
- Katakanlah: “Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaulhusna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam salatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu” -- (Al-Quran.Surah Al Israa’: 110 )
Semoga kita akan ada kekuatan untuk menghafal sebelum ajal menjemput tiba..
Pstt!! jika tidak keberatan sebar-sebarkanlah ilmu ini kepada raka-rakan kita yang lain ya
nice entri!
Terkini : Konsert Amal 1 Malaysia di UM
.-= suffer8zine´s last blog ..UFO di China =-.
sama-sama
dulu masa kelas agama malam,kalau blackout,mesti ustaz suruh baca Asmaul Husna..
.-= khairolghani´s last blog ..merah tandanya berhentihijau baru boleh jalan.. =-.
aku suka ni..thanks for info
.-= ishak´s last blog ..Pembentangan Budget 2011 ishak hasimi.com di malaysia =-.
Actually kalu boring2, nyanyi lagu Asmaul Husna pun best. Membuatkan diri rasa tenang dan aman.
.-= Ismail N´s last blog ..Peperiksaan Akhir Tahun =-.
Aku dapat Hafal semuani dengan pertolongan kumpulan nashid Raihan..
.-= dnoBiz´s last blog ..Exchange Link =-.
bagus entri ini,mudah-mudahan semua mengingatiNya..
Mari nasyid sama2.
jom.
pasni nk wat lagu tema kt blog..
hehe
.-= puteri´s last blog ..masjid mati dulu sebelum manusia =-.
Bagus cadangan itu.
dulu masa skolah
stiap pagi nyanyi lagu asmaul husna
Masa duduk asrama dekat surau selalu ada aktiviti sembahyang mahgrib dan isyak
.-= akubiomed´s last blog ..Comment on Plugin untuk WordPress by suffer8zine =-.
thanks for sharing suri..tak tau lak selama ni..
.-= pawaka19´s last blog ..Mak Aii Berkahwin Dengan Diri Sendiri =-.
Amalkan lah dan niat ikhlas kerana Allah. Istiqamah juga penting supaya diberi keberkatan oleh Allah. Nanti ada la petunjuk2 nya.
.-= Syafrizal´s last blog ..Feedburner berwajah baru =-.
insyallah moga kita beroleh keberkatan…
.-= zik´s last blog ..Selawat pelindung diri =-.