Hikmah Di Sebalik Hari Raya Aidil Adha

Salam petang untuk semua..

Entri petang menyusul kembali.. Sebagai tatapan maka Suri selitkan khutubah Aidil Adha buat tatapan renungan semua. Semoga paparan ilmu yang tidak seberapa ini akan mendekatkan kita dengaNYA lagi.. Ayuh kita baca sama-sama..

Sebagai umat Islam di mana jua berada bersama-sama dengan saudara muslimin kita yang sedang menunaikan ibadat Haji, di Kota Suci Mekah, menyambut Aidil-Adha  atau Hari Raya Korban, dengan menunaikan syiarnya seperti bertakbir, bersembahyang dan menyembelih korban sebagai bukti melahirkan keimanan kepada Allah, di samping memperingati sunnah Nabi Ibrahim Alaihissalam dan keluarganya,  yang telah melakukan pengorbanan demi menjunjung terhadap perintah Allah Subhanahu Wataala.

Pengorbanan menjadi ujian kepada umat manusia, sejarah manakah  mereka itu beriman dan mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu Wataala yang menjadikan, yang memberi rezeki dan segala  kurniaan yang tidak terkira banyaknya.

Firman Allah Subhanahu Wataala surah Ibrahim, ayat 34:-

Maksudnya:
Dan dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu pohonkan kepadanya, dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya.  Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya
dan sangat mengingkari (tidak menghargai nikmat Allah).

hari raya korban

Salah satu ibadat yang sangat dianjurkan kita melaksanakannya di Hari Raya Adha  ini ialah berkorban sebab itu Aidil-Adha lebih tepat kita sebut Hari Raya Korban. Iaitu menyembelih haiwan seperti kambing, lembu, kerbau atau unta, seekor kambing untuk seorang, seekor lembu atau kerbau atau unta untuk tujuh orang.  Penyembelihan Korban dilakukan setelah selesai solat Aidil-Adha dan masih dapat dilakukan pada hari-hari Tasyrik iaitu 11,12, 13 Zulhijjah.

Korban disyariatkan  dalam Islam pada tahun kedua hijrah.  Ianya mempunyai tujuan tertentu bagi mengingati pengorbanan teragong Nabi Ibrahim Alaihissalam terhadap satu-satu puteranya Nabi Ismail Alaihissalam, baginda bermimpi, bahawa Allah Subhanahu Wataala memerintahkannya untuk menyembelih puteranya Ismail, yang pada waktu itu sudah berusia 13 tahun dan telah dapat membantu dalam pekerjaan dan perjuangan.

Sebagai manusia biasa, alangkah beratnya bagi Nabi Ibrahim Alaihissalam untuk mengorbankan jiwa belahan hatinya sendiri, lebih-lebih lagi, setelah berusia lebih daripada 60 tahun, barulah baginda mendapat seorang anak laki-laki, hasil perkahwinan dengan Siti Hajar.

Nabi Ibrahim menyampaikan kepada puteranya, Ismail mengenai mimpinya itu, seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran:-

 

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ash-Shaaffat, ayat 102:-

Tafsirnya: 
Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku, bahawa aku (diperintahkan) untuk menyembelihmu, maka fikirkanlah  apa pendapatmu.

 

Sebagai seorang putera yang menumpukan ketaatan kepada Allah Taala, maka Nabi Ismail memberikan jawapan yang tidak bergoncang.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ash-Shaaffat, ayat 102:-

Tafsirnya: 
Wahai ayahku! Jalankanlah apa yang diperintahkan kepada Mu, insya-Allah, ayah akan mendapati (menyaksikan sendiri) daku dari orang-orang yang sabar.

Dalam suasana yang mengharukan yang diliputi oleh semangat iman, Nabi Ismail meminta supaya ayahnya melaksanakan perintah Ilahi iaitu menyembelih lehernya.  Nabi Ibrahim mencium kening puteranya itu,  diletakkan di atas pangkuannya, kemudian pisau yang tajam itu mulailah menyembelih di atas leher anak yang tabah itu.

2104509898_ea201e61b2

Pada saat yang mengharukan itu Allah Taala menunjukkan kekuasaannya, melakukan apa yang dikehendakinya.  Putera yang disembelih pada waktu itu bukanlah Nabi Ismail, tetapi seekor kibasy (kambing biri-biri) yang muncul secara tiba-tiba menggantikan leher Nabi Ismail. Dengan demikian, Nabi Ismail Alaihissalam terlepas dari ragutan maut.

Sejak waktu itulah Nabi Ibrahim melakukan ibadat korban dengan menyembelih haiwan secara tertib dan teratur.  Kemudian Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam meneruskan ibadat korban menjadi satu amalan Islam yang kita laksanakan setiap hari raya Adha atau hari-hari Tasyrik dalam Al-Quran Al-Karim Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam surah Al-Kautsar, ayat 1 – 2:- 

Tasfirnya:
Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat). Oleh itu sembahyanglah kerana Tuhan-Mu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai tanda bersyukur)
.

Hadith dari Aisyah Radiallahu-Anha yang diriwayatkan oleh Al-Imam At-Termizi dan Al-Imam Al-Hakim, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang  maksudnya:

Tidak melakukan seorang anak Adam sesuatu amalan pada hari raya Adha yang lebih disukai oleh Allah Taala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban).  Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, bulu dan kukunya.  Dan sesungguhnya darahnya jatuh di sisi Allah pada satu tempat kemuliaan lebih dahulu dari jatuh kebumi.  Maka berkiralah diri kamu dengan korban.

Saudara muslimin yang dirahmati Allah,
Ibadat korban pada hari raya Adha ini dilakukan bukan sahaja semata-mata untuk membantu kehendak syariat Islam dalam menghidupkan dan meneruskan sunnah Nabi Ibrahim Khalilullah dan sebagai ikutan dari perbuatan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, di samping dapat menghulurkan bantuan kepada golongan fakir miskin, tetapi lebih dari itu ialah sebagai simbolik dari pengajaran Islam, agar umat Islam hendaklah sentiasa berkorban dan berjihad dalam hidup mereka, pengorbanan itu sesuatu yang utama kepada pensaksian akidah untuk kebahagian dan keselamatan hidup di dunia dan di akhirat.

Orang-orang yang berjaya dan maju, hidup dengan menjunjung titah perintah Allah Subhanahu Wataala  ialah mereka yang sanggup berkorban, berkorban masa, berkorban wang ringgat, berkorban jiwa raga, tenaga fikiran, perasaan, mengorbankan kepentingan diri dan lain-lain pengorbanan lagi.  Mereka inilah orang yang benar-benar berjihad untuk memperolehi keredhaan Allah Subhanahu Wataala.

Tanpa semangat berkorban, orang akan rasa sayang untuk mengeluarkan perbelanjaan ke Mekah, tanpa semangat berkorban, orang tidak akan sanggup berwukuf di Arafah, di tengah-tengah sinaran panas matahari, demikian juga tanpa semangat berkorban orang akan sayang untuk mengeluarkan belanja bagi penyembelihan haiwan dan sebagainya.

Musuh utama kepada pengorbanan itu ialah syaitan dan hawa nafsu, ia berusaha supaya manusia sayang kepada wang ringgit, takut rugi atau membuang masa dan bermacam-macam godaan dan pujukan lagi.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Faathir, ayat 6:-

Maksudnya:
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh.  Kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.

Kaum muslimin yang berbahagia,
Marilah kita menepati janji kita pada setiap hari raya yang maksudnya: 

Tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah, kami tidak sembah melainkan dia, dengan penuh ikhlas baginya sahaja agama,  meskipun dibenci oleh orang-orang kafir, tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah yang disembah, benarlah janji-janji untuk memberikan pertolongan kepada hamba-hambanya, dan memberikan kemuliaan serta kemenangan kepada tenteranya, membinasakan tentera ahzab dengan keesaannya.

Pstt!! Rasa rindu mula menggamit kembali..untuk menunaikan solat di masjid kampung halamanku hehee.. Kawan-kawan jangan lupa tau bawa pisau nak motong daging nanti hiii..

Share
Artikel lain yang best-best :

20 thoughts on “Hikmah Di Sebalik Hari Raya Aidil Adha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>