Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Menghitung hari menunggu detik kelahiran seorang anak, tumbuh rasa hormat dan kagum setiap kali menyaksikan sang isteri yang cekal mengharung payah. Terutama pada minggu-mimggu terakhiranya. Rutin harian dijalani dalam situasi yang serba tidak selesa. Namun insan yang bergelar isteri sememangnya sudah dianugerahi Allah dengan kecekalan, ketabahan dan kekuatan. Di dalam senyap mereka menungkah segala sukar.
Menonton sebuah pengalaman dan pengajaran yang berlangsung di hadapan mata, sejenak terfikirkan ibu. Dahulu bagitulah ibu sewaktu megandung. Bahkan lebih lagi kerana di zaman ibu kemudahan hidup tidak seperti hari ini.
Ibu yang menanggung perit, ibu yang menanggung sakit. Tidur lamanya diganggu gerak dan kocak di dalam perut. Sekejap mengiring ke kiri dan sekejap mengiring ke kanan, mengikut arah mana janin beralih.
Urusan kerja rumah kekadang terhenti tiba-tiba. Ibu duduk sebentar. Walaupun tidak memberitahu apa-apa tetapi kerut wajah ibu jelas menampakkan kesakitan yang sesekejap datang menguji. Semuanya ibu tanggung sendiri.
Biarlah seluruh derita ibu itu kita balasi dengan ketaatan dan amal bakti kepadanya, meski sebesar debu pun tidak setanding dengan penggorbanan ibu. Namun itulah tanggungjawab seorang anak. Betapa hinanya anak yang tidak menunaikan tanggungjawabnya terhadap ibu yang pernah menjaga, melahirkan dan membesarkannya.
Saat kelahiran ialah detik yang paling cemas dan mendebarkan. Detik-detik yang menentukan, kekadang menjadi sempadan antara hidup dan mati. Seorang diri sang isteri mengharunginya, bergelut dengan sakit yang amat.
Memangnya Allah sediakan kesakitan yang hebat itu kepada sang isteri. Kerana Allah hendak hadiahkan pahala dan ganjaran yang besar kepadanya selain menjadi jalan pengampunan dosa.
Suami hanya mampu berdoa dan berdoa. Di dalam sujud selepas solat hajat, bermohon kepada Allah supaya dipermudahkan isteri melahirkan anaknya dengan selamat. Selalu mengingatkan isteri supaya banyak berselawat dan menjadikan ayat-ayat tertentu sebagai basahan lidah.
Suami juga memaafkan segala salah silap isteri. Ampuni serta radahilah dia. Kenapa? Kerana ia juga menjadi sebab isteri mudah melahirkan anak. Itulah ‘pertolongan’ yang boleh suami berikan.

TETAPI..
Sebenarnya ia bukan sekadar pertolongan semata-mata, bahkan lebih daripada itu kerana ia adalah tanggungjawab. Termasuk dalam amanah Allah yang dipikul kepada suami sebagai pemimpin keluarga. Menjadi kewajipan yang mesti ditunaikan sebaik-baiknya.
Kewajiban yang terlalu banyak cabang, bukan melibatkan soal kelangsungan hidup sahaja. Tetapi segala hal yang berhubungkait dengan hukum halal haram dalam keluarga adalah tugas suami. Di hadapan Allah nanti semuanya perlu dijawab (terhadap keluarga dan diri sendri).
“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya dari hal ke pimpinannya…..(hingga akhir hadis).” Riwayat Muslim.
Isteri tidak menanggung dosa suami yang cuai perintah Allah. Tetapi jika iseri yang cuai perintah Allah, suami tidak boleh terlepas. Untung nasib, selamat. Tapi jika bersabit, sesungguhnya azab Allah maha dasyat.
Anak mesti dididik, walaupun mendidik anak tanggungjawab bersama (suami isteri) tetapi lebih diberatkan kepada isteri (ibu). Namun begitu suami tetap berperanan utama kerana dia jugalah yang mesti mendidik isteri sebelum isteri (termasuk suami juga) mendidik anak.
Suami yang mesti menyelesaikan soal makan pakai, soal pendidikan anak isteri dan soal halal haram dalam keluarga. Jika tidak, sengsaranya berkali-kali, kali ganda lebih hebat lagi daripada yang ditanggung isteri sewaktu melahirkan bayi.
Diceritakan, seorang ayah hampir masuk syurga TETAPI terhenti apabila namanya diseru. Rupa-rupanya si ayah ini memikirkan amal pahala untuk dirinya sahaja. Akhirnya seluruh pahala kebajikannya diambil dan diagihkan kepada anak isteri yang tidak bernasib baik.
Begitulah sudahnya…di sini derita isteri, Di ‘sana’ sengsara suami.
Suntingan oleh Muhammad Widad edit Suri.
Terasa sayu hati ini bila baca entri ini.
suami & isteri saling memperbaiki
sebagai suami
membacanya membuat aku mengeluh juga
moga2 selamat akhirnya nanti
amin.saling betul membetulkan bro. kita byk yg kurang sesama mengingati ya
.utk diri suri pun bgtu jua
Cerita yg baik
Hope 1 day nzm jadi suami yg baik
Amin…
amin. Doa kita akan sentiasa d degar olehNYA
belum jadi sumi ke? heheh
si nizam lom kawin lagi kak. heeeee
Erm, perlu membuat persediaan bagi menjadi seorang anak, suami dan bapa yang baik…
Hidup kita ni memang sentiasa perlu memperbaiki kelemahan diri.
Benar tu. slu buat silap ada masa kita perasan ada masa kita tak sedar. sama2lah kita baiki mana yg perlu
suami juga manusia..saling memaafkan lah sesama suami isteri
ada kekilafan segera dimaafi
. Insyallh berkata akan hadir
Betapa besar tanggungjawab suami. Bantu lah dia menjalankan suruhan allah
ya benar tu sama2 bina apa yg kurang pasti dapat baiki mana2 bhgianyg lemah heee
tengah mengomen tetiba template berubah. Terperanjat teman. Ingatkan dah sampai blog lain
haaaa.komen jer klu catnya berubah ok lagi jgn ahti berubah sush ar nak berblog hiii
Selepas bernikah si isteri menjadi tanggungjawab suami. Segala tindak tanduk isteri dan perbuatan kalau tidak dijaga suami akan dipersoalkan semasa akhirat nanti
tu mmg benar bro.kerukunan harus d jaga kecekalan harus d harungi bersama2..
Suami saya selalu pesan supaya sya menjaga aurat dan kelakuan diri apabila di luar rumah kerana kalau sya leka maka dosa itu terpikul dibahunya. Saya kasihani ‘rintihan’ dia lalu sentiasa memperbaiki diri ini dari masa ke semasa.
syukur sb dia mah sayangkan isti dan agamanya..
itulah yg harus suami tegaskan para isteri2 mrka..klu tdk mrka akan masak sana nnti huhu..
kwin bun satu pkra yg mudah huhu..
bercakap tentang keluarga dan anak….ayie baru saja dapat anak saudara yg baru…hehehe…
sapa nama dia?
Bukan mudah utk menjadi seorg lelaki sbnrnya
bgtu juga isteri bukan mudah nak leturkan dia klu dah terbaisa dgn leka dunia sana sini..fesyen bagai aduh….
em..kena jaga isteri elok-elok nih..
kena jaga klu tdk jaga nnti anak plk ikut perangai ibu huhu,,nak kwin kena siapkan segala2nya kelepngkapan dri, agama semua klu tak susuh gak nak bina rumah tangga yg hakiki huhu..