Kisah ini di ceritakan oleh Ustaz Amaluddin Mohd Dapiah semoga kisah yang Suri sampaikan ini dapat menguatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNYA. Amin. Marilah sama-sama kita hayatinya.
Sudah menjadi ketentuan Allah s.w.t. bahawa kehidupan seseorang manusia di dunia ini ada had, batasan dan waktunya yang tertentu. Ditetapkan juga ke atas dirinya ajal yang tidak mampu untuk kita menahannya. Ajal yang tidak tercepat atau terlambat walau sesaat pun. Tiada siapa yang terkecuali dari sunnatullah ini.
Firman Allah yang maksudnya:
“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu, maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya walau sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya.” (Al-A’raf:34)
Kata-kata syair:
“Kehidupanmu itu adalah nafas-nafas yang boleh dibilang. Setiap kali berlalu (dihembuskan) satu nafasmu, maka berkuranganlah sebahagian lagi daripada nafas-nafas itu.”
Mati itu datang secara tiba-tiba. Begitulah ungkapan yang selayaknya. Suka atau tidak, bersedia ataupn tidak, manusia akan pasti melalui saat ini. Ya, ianya akan tiba juga..percayalah..
Bila mana manusia itu leka menikmati kehidupannya, berhibur, bersuka ria, bermain, bertebaran kesana kemari melaksanakan rutin harian mereka maka sekoyong-koyong tanpa disedari kematian akan datang secara meluru, menerkam dan menyerangnya bagaikan serangan raja singa ke atas mangsanya.
Takala itu tubuhnya serta-merta menjadi lesu dan lemah. Suaranya semakin hilang. Sendi-sendinya menjadi kaku dan kejang. Seluruh badannya dilanda kesejukan yang amat sangat.
Lalu bergemalah deringan jam kematian, mengkhabarkan bahawa ia semakin hampir untuk pergi meninggalkan dunianya. Sesudah itu lembaran amalanya akan dillipat kemas dalam keadaan denyutan jantungnya semakin lemah.
Kini satu persatu tanda-tanda kematian hadir menjamah tubuhnya. Wajahnya bertukar menjadi pucat kekuningan. Hidungnya tunduk jatuh. Manakala mata, penglihatan dan pendegarannya pula menjadi semakin kabur dan berat. Lidahnya pula menjadi bungkam, kelu dan bisu.
Saat inilah yang paling menakutkan. Dalam waktu yang sangat gawat dan genting ini jugalah sang iblis terlaknat bersama bala tenteranya datang untuk membuat kacau dan onar serta akan menghuru-harakan ke atas hambanya yang sudah terkulai lemah itu.
Iblis akan mengambil tempat di hadapanya. Bersama iblis, datang juga dua syaitan menyerupai wajah ibu dan ayahnya, mengambil posisi kiri dan kanannya. Apa sebenarnya helah musuh-musuh Allah ini?? Apakah yang hendak dilakukannya??
Syaitan yang si sebelah kanan akan menyamar sebagai wajah ayahnya dan berkata, “Wahai anakku, ayah sayang dan kasih padamu…akan tetapi, matilah anakku di dalam agama Nasrani itulah sebaik-baik agama.”
Manakala syaitan di sebelah kirinya pula berkata (yang menyerupai wajah ibunya) “Wahai anakku, perut emak inilah yang mengandungkan kamu dahulu, susu ibu inilah minumanmu dan paha ibumu inilah tempat ribaanmu..akan tetapi matilah di dalam agama Yahudi…itulah sebaik-baik agama.”
Demikianlah seperti yang diceritakan oleh As-Syeikh Abul Hasan Al- Fasi Al-Maliki. Hujjatul Islam, Syaitan juga akan datang kepada orang yang sedang nazak itu dengan sebuah bekas air yang sejuk lagi dingin. Keadaan hamba Allah itu pula sungguh membimbangkan. Dia di dalam kepayahan yang amat sangat kerana bergelut dengan kematian. Tekak kerongkong, paru-paru dan jantungnya hangus terbakar kerana kehausan yang amat sangat.”
“Di saat itu iblis ke kanan dan ke kiri, ke depan dan ke belakang dengan mengacah bekas air yang dibawanya sambil berkata, ‘kamu katakanlah ini dan ini, nanti aku beri kamu minuman air yang sejuk ini.”
Orang yang sejahtera nescaya akan ditetapkan imannya oleh Allah, manakala orang-orang yang celaka pasti akan menurut saja kata-kata dan pujuk rayu syaitan itu. Ya Allah, selamatkanlah kami dari tiupan dan godaan syaitan.
Sabda Nabi s.a.w.: “…dan sesungguhnya waktu yang paling syaitan dengan manusia adalah di saat kematian (nazak).” (Riwayat Abu Na’im) di dalam sepotong ayat Mursal, Nabi s.a.w. bersabda yang membawa maksudnya: “Saat yang paling hampir musuh Allah (syaitan) itu dengan manusia ialah di kala terbit rohnya.”
Sekian hanya itulah kisah yang nak disampaikan pada harini
Semoga kita yang masih bernyawa ini akan lebih menghargai kehidupan, kesihatan dan kekuatan yang ada dalam diri kita untuk terus beramal dan beribadat kepadaNYA dengan bersungguh-sungguh.. Sama-samalah kita siapkan bekalan masing-masing untuk di persembahkan kepadaNYA kelak. Pesanan ini utnuk diriku dan sahabt jua.


InsyaAllah
semoga kita menjadi manusia berguna
Kasih nan sejati menusuk ke sanubari..
Amin semoga kita akan berda dalam lindunganya selalu.
sungguh insaf kanns,
salamm,
.-= tunbegia´s last blog ..world number one =-.
bunga kasih..
memberi kita runag untuk berfikir..
terima kasih atas peringatan..
Ciretera cinta..
samalah kita jadikannya sebagai pengajaran..
sekarang nie musim orang meninggal…
.-= MC´s last blog ..Gilanya Aku Terhadap DOTA serta kaitannya dengan Setan. =-.
Jawapan kasih..
Allah..mana yang telah pergi tu harap2 ronya dalm kdaan aman & tenteramm..
takutkan bila dgr akan berita kematian demi kematian..huhu..
Salam Suri yang manis
Tulisan yang baik dan menyentuh nubari. Bila rumah kata pergi kubur kata mari, maka jangan diremehkan bekalan untuk dibawa pulang bersama. Mudahan akhir hidup kita dalam husnul khatimah.
Salam kasih dari Indahkasihku.
.-= IndahKasihku´s last blog ..KENAPA TAKUT MENJADI TUA ? =-.
semurni kasih kita..
benar kawanku..semoga peringatan ni kan kita ingat sampi bila2..
bekalan harus di siap dari awak agar kita tdk sesak di kemudian hari..
lepas kes arwwah achik spin meninggal, rasa takut.pahala tak seberapa pun
.-= lizz´s last blog ..Mana Hilangnya Rasa Respect Kamu Semua Dalam Alam Maya Yek? =-.
Biola kasih..
mohon kita samalah mempertingkatkan amalan dariNYA.
semoga kita sentiasa berada dlm linduganNYA.
semoga dengan batas waktu itu. kita bisa mengingat Allah, dan ingat Mati!!!
.-= ELLO ARISTHOSIYOGA´s last blog ..B3: The Past =-.
surat-surat cinta..
Amin.begitulah hendaknya sahabatku..
suka dowh cita2 macam ni..sebagai preparation sebelum mati..
panggilan dari tersayang..
hehe sesekali bagi peringatan apa salahnyakan..huhu..
tkt mati sbb dosa byk sgt..huhu
Kekuatan hati..
huhuhu..jom kita muhasabah diri..mendekatkan diripadaNYA lagi
pernah dengar kisah ni dulu semoga ianya menjadi pengjaran kita bersama
.-= ishak´s last blog ..Artis melayu yang plastik dan tak original =-.
Cinat bola..
semuga bila di refreshkan semula kita akan sentiasa beringat akan kisah2 ni semula
“Saat yang paling hampir musuh Allah (Syaitan) itu dengan manusia ialah dikala terbir rohnya”- part nih yg paling takut sekali, kalo iman/amalan kat dunia tak kuat abis la..
kdg2 lalai gak ngan duniawi nih huhu..
nice artikel…
seteguk kasih..
manusia mmg sering lupa..maka sama-samalah kita mengingatinya antara satu sama lain.
Salam. Suri
Sentiasa mengingati mati agar insaf tentang kekuasaan Allah.
TQ
.-= RasaHatiku´s last blog ..Guru Pembina Negara Bangsa =-.
Juraian kasih..
sama-sama sahabat..
benar tu sahabat,semoga dengan adanya blog maya ini kita akan saling ingat mengingati antara satu sama lain..
Salam suri…
b’knjg k’bali ke laman suri pula…..
I’Allah sy akn link kan blog suri dlm blog sy…
menarik entri2 blog suri….
.-= faha mieza´s last blog ..~Layang-layang itu….~ =-.
Bisikan cinta meresap dalam hati..
salam singgah kawanku..terima kasih diaytas minat anda terhadap bloh suri.link? boleh sahaja persialkan rakanku.
mati..??
takut juga sih soalnya belum punya banyak bekal uy??
.-= muhammad farhan´s last blog ..Kewajiban apa Egois…??? =-.
Cinta itu tetap satu..
jika begitu ayauh kita beramal dari sekarang..
kisah kematian ni se
benarnya menakutkan… tapi kita kena persiapan diri ke arah itu..
p/s: tertekan enter plak.. heheh
Bungkusan kasih..
semua oarang akan mengharunginyakan..
marilah kita kitakan amalan kita semoga kita tergolong dalam oarang2 yang beriman. Amin.
itu tidak menjadi masalah hehehe..
terima kasih suri! Pesanan yang amat bermakna!
.-= wanwma´s last blog ..Kempen Aurat Saya Maruah Saya! =-.
Rayuan cinta tidak ku hiraukan..
sama-sama wan..peringatan buat suri juga
mgingati mati itu..mndekat diri pada Tuhan..
.-= puteri´s last blog ..komposisi =-.
Si camar yang pulang..
benar dan tepat sungguh tekaanmu sayang..hehe
semoga dia menjadi pengajaran dan peringatan kepada kita..semoga setiap hari kita semakin dekat padaNya..
.-= Bb Hussain´s last blog ..My Mother =-.
setelah kita tahu kita akan mati, apa yang akan kita lakukan?
Rasa cinta nan sama..
hai..kamu mula soal padaku pula..aduh..
ia sudah tentu kamu perlu memperbanyakkan amalan kamu kepadaNYA denagn sebanayak yang mungkin.
Mati boleh datang tiba2. Jadi kena bersedia sentiasa
.-= Azizi Zulkefli´s last blog ..Pengenalan Kepada Hak Cipta (Soalan Lazim) =-.
Cinta nan pertama..
benar tu sahabat. maka kita wajarlah siapkan diri awal2 sebelum ajal menjemput tiba..
yahudi pun x best..
nasrani pun x best..
pilih islam je lah..
“mak” dan “ayah” tu pun satu..
lagi nak ungkit2 jasa diorang..
sabaa jelaa
.-= botak´s last blog ..movie of the year =-.
Seruan kasih..bisikan hati..
hehehe..sebab agama islam itu adalah agama yang adil dan harus dimuliakan.
Memandang remeh pada kematian sangat merugikan kepada setiap manusia, semoga kita sentiasa diberkati dan diberikan kesihatan yang secukupnya pada setiap saat. Biarkan hati kita semua sentiasa dekat padanya dan sentiasa mengingati saat perpisahan antara jasad dan kehidupan.
Dengan Nama ALLAH yang maha pengasih dan penyayang. Ya ALLAH bukakanlah bagiku pintu-pintu kebaikan,pintu-pintu keselamatan,pintu-pintu kesihatan,pintu-pintu nikmat,pintu-pintu keberkatan,pintu-pintu kekuatan,pintu-pintu cinta sejati,pintu-pintu kasih sayang,pintu-pintu rezeki,pintu-pintu ilmu,pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Wahai Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Selaut kasih seirama sayang..
Terima kasih atas pandagan anda. suri amat tertarik sekali.ulasan yang menarik sekali. Suri amat-amat ,menghargainya sekali
banyak hikmahnya sekiranya kita selalu mengingati MATI & akan semakin dekatlah kita dgn Penciptanya..
bagaimana kita hendak menginsafkan diri, selalulah menziarahi muslim yang meninggal dunia & kalau boleh mengiringi jenazah hingga dikebumikan…
apa yang paling menakutkan pabila kita mati dalam keadaan tidak beriman kepada Allah..
.-= Nadri´s last blog ..Aktiviti Makan Ayam Penyet @ LC Catering =-.
Thanks suri berkongsi..moge kite sentiasa sedar dan menjadi yg lebih baik dari semalam..
.-= hafizmd´s last blog ..Kenapa manusia makin ‘lupa’ dan ‘buta’ =-.
Pautan hati..
benar akan kata sahabt tu..semoga khdupan kita akan lbih baik dr yg sblumnya..
suri sering lupa..maka sama2lah kita mengingatinyer bsma2..