Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu’adz, “Wahai Mu’adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :
Perbualan.
Jangalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
Ayat suci Al- Quran.
Bacalah Al-Quran
Perbuatan atau kelakuan.
Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
Hindari sifat tercela.
Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
Jauhi keegoaan diri
Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
Percampuran ilmu di dunia.
Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
Rendah diri.
Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
Bisikan Syaitan.
Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
Bangga diri
Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
Perbualan dan kata-kata.
Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.
Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, “Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain.”
Sabda Rasulullah S.A.W., “Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itu pun merobek serta menggigit tulangnya.”
Kata Mu’adz, ” Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?”
Sabda Rasulullah S.A.W., “Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T.”
Sumber harmoni.com Lt.kdr (b) Dahlan Bin Che Mat (Pak Ndak) dan sebahagian ayat telah diubahsuai oleh Suri.
Takut dengan janji Allah s.w.t. kerana semuanya adalah benar-benar belaka seperti amanatnya yang terkandung didalam Al-Quran.
Teringat masa nak pergi kolej Suri dan kawan-kawan serumah selalu kena kejar anjing hitam huhuhu..
anda ada kisah menarik yang nak dikongsikannya disini..jom share

Naudzubillaah…. lindungilah kami ya Allah… dari anjing-anjing neraka.
semekar kasih setulus budi..
benar tu sahabat..rasa ngeri sahajakan..huhuhu..jauhkanlah ia dari kita semua.
Salam….satu info yg menarik..menginsafkan diri dipagi Jumaat yang mulia..
.-= Fida´s last blog ..Voluntary Seperation Scheme…(VSS) =-.
RINDU, yang menyejukkan..
hehehe,nak pergi khutubah Jumaat tak dapat asal dapat sebarkan ilmu itu sudah dapat pahala kan kak
siraman rohani, thanks suri…..
.-= E.I.´s last blog ..Dehidrasi =-.
Mencintaiku sepenuh jiwa..
moga hati kita akan bersih degan iman yang mendamaikan..
salam..
saya dlu keluar rumah x boleh balik..anjing jaga depan rumah asek kejar je..
nangis~
.-= botak´s last blog ..USB Flash Drive =-.
Pejamkan matamu sayang..
yelah, kalu dah terkena anjing nanti tak pasal2 kita kena samak mau cari itu ini..dok ke parah namamya tu..huhuhu..
rasanya anjing ni patut idup kat dalam umah dia jer.(sangkar).
klu dah ken GGIT adeh mau skit loh..
Terima kasih suri atas perkongsian hikmah ini. semoga ia memberi manfaat dan mendatangkan keinsafan buat kita semua. Amin.
.-= RasaHatiku´s last blog ..Bosankah Aku =-.
Sejujurnya daku..
sama-sama sahabat..
setiap gugusan ilmu ini hanyalah sekadar peringat untuk smu termasuk diri suri juga.
manusia seringkali lupa..alpa..
thanks sis 4 this entry
.-= puteri´s last blog ..ilham =-.
sama-sama adik manis..
mintak kita semua dijauhkan lah ya…
.-= zik´s last blog ..Selamat hari ibu =-.
Bawaku terbang..
begitulah hendaknya zik..
kurang selesa ngan org yang berbisik2 sesama mereka sedangkan mokteh ada dekat je ngan mereka
mokteh pun pernah kene kejar anjing gak
huhu
.-= mokteh´s last blog ..Adam Lambert, Iron Man 2, Dan Setahun Yang Lalu =-.
Cintailah daku sepenuh hati..
Hurm nampak sangatlah ada sesuatu pkra yang mereka dengki kat mokteh tu..tak sah bergosip jaga tepi renda orang jer..huhu..
alah mokteh biarkan mrka meluncur dgn labu2nya..org camni jgn dilayan nanti lagi naik bangga mrka..uk..uk.uk..