Vampire Vs Serigala Jadian

Kerja Sambilan Di Rumah

Salam untuk semua..

Macam mana hari ini adakah sahabat semua dalam keadaan yang ceria :) atau masih di selaputi duka  atas sebab – sebab yang tertentu :( . Suri mengharapkan agar sahabat semua dapat mengawal perasaan tersebut dengan sebaik yang boleh supaya hari ini akan lebih baik dari semalam ;) .

Baiklah malam semalam Suri tengok cerita hantu vampire tu pun atas sebab melayan karenah suami ajak temankan dia tengok sekali. Ikutkan nak mengelak jer hii..tapi bila di fikirkan layan jerlah sebab kami jarang malah susah nak luangkan masa untuk bersama melangkahkan kaki ke pawagam memandangkan si kecik masih ada.. kalu belum berkahwin suka gak tengok movie ni secara ramai-ramai dengan  kawans satu tempat  kerja jadi taklah rasa takut tu terasa sangat-sangat hehe.. 

Sejak dari perut lif tadi sudah terfikir nak buat posting tentang ini maka google sahaja terus dapat sambil -sambil selitkan sedikit maklumat dari beberapa majalah yezz :) . Yuk kita lihat dan baca sama-sama apa yang telah Suri sajikan sarapan pagi untuk sahabat semua :)

vampir

Vampire

  1. Adalah makhluk legenda serupa puntianak yang suka menghisap darah manusia atau haiwan.
  2. Vampir umumnya diceritakan keluar dari makamnya pada malam hari. Ia menyamar sebagai kelawar untuk menghisap darah orang-orang yang sedang tidur. Korbannya akan menjadi vampir juga.
  3. Menurut beberapa mitos, vampir tidak tampak di cermin kerana mereka tidak memiliki roh. Masih menurut mitos, perak dan cermin kuno dibuat dari perak dianggap mampu memantulkan kejahatan sejak Yesus Kristus dikhianati demi 30 keping perak.
  4. Dongeng moden mengatakan bahawa vampir boleh menjelma menjadi kelawar, serigala, bahkan gumpalan gas. Mereka mempunyai taring yang panjang (siung) untuk menggigit kulit manusia. Mereka harus menjauhkan diri dari sinar matahari. Vampir dapat dibunuh dengan cara menikam jantungnya.
  5. Kaum vampir memiliki satu musuh iaitu serigala jadian.

 

Tahukah kawan-kawan:-

  • Kelawar Vampire adalah salah satunya mamalia yang bisanya meminum darah sebagai menu wajib makanan mereka. Pada kebiasaannya kelawar Vampire ini akan menghisap darah haiwan ternakan atau seperti kuda yang sedang tidur. Selalunya masa yang di ambil oleh binatang ini untuk menghisap darah mangsanya selama 30 minit sahaja dan ia juga turut berupaya menghisap darah manusia  sepantas itu.

 

Serigala Jadian

  1. Dalam cerita rakyat, serigala jadian adalah manusia yang berkebolehan bertukar menjadi serigala. Mereka dikatakan wujud apabila manusia biasa yang terkena cakaran atau gigitan serigala, masih hidup, lalu menjadi serigala jadian.
  2. Tubuh serigala jadian diliputi dengan bulu dan kepala menyerupai serigala. Ia bertukar menjadi serigala apabila waktu bulan mengambang. Segala perwatakan mereka adalah serigala dan tiada ciri-ciri manusia. Memakan daging manusia dan haiwan.

lycan0

Kepercayaan tahyul mereka.

  • Mempunyai musuh yang amat ketat, iaitu puntianak Vampir.
  • Kebal terhadap kebanyakan senjata, kecuali yang diperbuat daripada perak.
  •  

    Sumber wiki, Fakta majalah  yezza.

    Psst!! Takut tengok cerita seram nanti tak dapat tidur malam heee..

    Share
    Artikel lain yang best-best :

    Kerja Sambilan Di Rumah

    15 thoughts on “Vampire Vs Serigala Jadian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>