Tanpa Cili Rasa Pedas Kurang Menyegat

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..

Hampir semua orang menyukai cili. Hata cili kering, cili boh ker yang penting asal ada cili mesti menu makanan akan nampak menyelerekan :) .

Bagi lidah kebal yang sudah terbiasa dengan makanan pedas, makanan tanpa si cili ibarat makan tanpa perasa hii.. Ceh pordah.. Kalau Suri begitu juga. Seandainya Suri masak asam pedas ikan pari mesti bubuh cili yang dikisar dalam masakan. Mau kasi kaw pulak Suri akan  taruk black paper sekali kasi menyegat kepedasan sehingga menitik peluh air mata di buatnya hiii..

cili_2

Tahukah kawan-kawan minyak capsicin yang terkandung dalam cili ini dianggap berkhasiat kerana rasanya mampu untuk mencetuskan, meningkatkan pengeluaran peluh dalam tubuh badan seseorang. Di samping ia juga mampu untuk melegakan perut. Malahan memudahkan seseorang itu membuang air besar dengan sebaiknya :) . Tapi awas ya jika pengambilannya agak berlebihan di khuatiri akan mendatangkan sakit perut teruk pula.

Menurut buku You Can Survive Anything, Anywhere, Everytime Dr. Maurice Ramirez menyatakan cili sebenarnya mampu membangkitkan tenaga dan matabolisme dalam tubuh seseorang jika pengambilannya di ambil secara betul.

pedas

Pstt!! makanlah makanan pedas kerana setiap 20 minit anda mengunyahnya ia mampu menurunkan barat badan anda sedikit demi sedikit kerana cili mampu meningkatkan metabolisme dalam badan.

Urmm..Bukan itu sahaja malahan cili juga dikatakan mampu untuk menurunkan tekanan darah. Ini kerana didalam cili tersebut terdapat sumber vitamin A dan C  dimana ia mampu menguatkan dinding otot jantung kita. Tahukah kawan-kawan ketika rasa panas dari cili tersebut meningkat dalam aliran darah ke seluruh tubuh ia akan menghasilkan sistem kardiovaskuler yang lebih baik ;) .

Teringat mak kat kampung. Menu wajib yang harus ada kat atas meja makan adalah masak sambal..samba..sambal.. Tak banyak sikit mesti ada..mesti buat ;) . Kawan-kawan pula bagaiman?

Share
Artikel lain yang best-best :

58 thoughts on “Tanpa Cili Rasa Pedas Kurang Menyegat

  1. Tak de maknanya masakan melayu kalau tak de cili. Sikit sebanyak mesti letak juga. Jangan hanya buat hiasan lada kembang je.

    p/s: Tengah terkangkang ni. SPM baru keluar, banyak betul kerja nak buat

  2. memang suka makanan pedas dan masin sikit,
    hehe kalau nak manis, makan kuih dan minum air ekekee dalam makanan? memang xmakan..

    aku suka sambal tumis ikan bilis,

  3. Kalau tak pedas, rasa tawar aje makanan tu kan!

    Suri..tak meletup ke perut tu, bila masak letak cili kisar pastu tambah lagi black paper.

    Nanti bila Cirit-bintit pun pedih .huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>