Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Cuti sekolah masih berbaki lagi rasanya tidak salah andai entri ini dihasilkan agak kelewatan sedikit. Dalam kesibukan memenuhi undangan perkahwinan sahabat andai sekitar ipoh membuatkan hati yang lama terusik kembali eceh.. tetiba plak terimbas kronologi perkahwinan kami…
Baiklah tidak mahu bicara panjang lebar disini Suri senaraikan syarat-syarat wajib untuk hadir ke majlis perkahwinan secara ringkas :-
- Jemputan undangan perkahwinan tidak khusus kepada orang kaya sahaja.
- Memakai pakaian yang menutup aurat.
- Kebiasaannya jemputan itu juga daripada orang islam.
- Wakil yang dijemput itu adalah terdiri daripada orang yang beragama islam.
Sumber:http://dapinographics.com/just-married
- Orang yang dijemput itu tidak menerima jemputan yang lain terlebih dahulu, jika jemputan diterima pada satu masa lebih dari satu, maka hendaklah pergi dan menerima jemputan yang terlebih dahulu. Jika jemputan pada suatu masa maka hendaklah menerima jemputan yang lebih dekat dari dahulu kemudian barulah pergi jemputan yang jauh pula.
- Pastikan dalam majlis tersebut tiada perkara-perkara yang mungkar sedang berlaku.
- Kita diwajibkan menghadiri jamuam hari perkahwinan ialah pada hari pertama, sekirannya majlis diadakan pada dua hari maka kehadiran hari kedua adalah disunatkan, dan pada hari ketiga makruh.
Daripada Ibnu Mas’ud r.a: “Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Maka hari pertama itulah yang hak diterima. Dan makanan hari kedua adalah urusan biasa, ada pun makanan dari ketiga menjadi kesombongan, dan sesiapa yang sombong, Allah sombong pula terhadapnya”.
P/S: Maaf tidak boleh lama-lama dapat 10 minit update entri jadilah uhu..Besok baru Suri storey apasal den menyepikan diri berhari-hari hua…….
Adakah anda sedang mencariku..?
Salam Suri.
Banyak lagi ilmu yang saya tak tahu ni.
Terima kasih kerana berkongsi.
Apa hukumnya bila kita dijemput tapi kita tak datang sebab perkahwinan itu jauh?
salam..sy tlong jwbkan ye..hukumnya tak adalah smpai berdosa sbb Islam tu memudahkan.. tujuan walimah pun sbnrnya nak mengajak org2 terdekat di rumah kita utk menghebahkan sesuatu perkahwinan..tp kalau dpt pergi walimah yg jauh2, dah tentu mengeratkan ukhwah, sgtlah digalakkan..
wallahua’lam
Eeee…
Makan free ruginya taknak pegi
SBC
tidak menjadi satu kesalahan yang besar sekiranya kita tidak menghadiri majlis tersebut kerana dalam islam tiada kesalahan yang bakal dikenakan pada seseorang individu itu mahupun pada sesebuah keluarga tu sendri sekiranya tidak memenuhi undangan tersebut.
namun kita sebagai penerima undangan amat wajarlah bagi kita sebagai tetamu memaklumkan pada tuan rumah bahawa kita tidak dapat hadir kemajlis tersebut atas sebab-sebab tertentu. tidak kiralah atas alasan apa sekalipun masalah anda dari segi wang, kesihatan atau lain-lain hal tapi kita harus maklum pada mereka supaya tidak akan ada berlaku syak wasangka hubungan anda dengan tuan rumah kelak pada masa-masa akan datang.
akan tetapi kita digalakkan untuk hadir ke undangan tersebut sekiranya tuan rumah hanya memiliki seorang anak sahaja (anak tunggal). maka sudah pastilah kehadiran anda amat diharapka oleh tuan rumah.melainkan jika tuan rumah tersebut memiliki bilangan anak yang ramai mungikn pada majlis akan datang anda boleh pergi majlis anaknya yang setersunya
dila
terima kasih cik dila atas usulan jawan yg d beri mmg matap sekali
klu dekat2 mmg kena pergi lebih2 lagi jiran tertangga huuu.klu tak pergi risau pula di kata apa huu…
klu keadaan terdesak hantarkan wakil tak slaah rasaya
bee
kak bee klu tolak mmg rugi heee..klu balik umh kwin tak berasap le dapur kite geeeee
bilalah sy nk buat kenduri utk diri sndiri
salam..
boleh saja
buatlah kenduri
korban ke
aqiqah ke..
Ehem….. Nak cari calon???
bEe boleh tolong
dila
kenduri sebab dah tamat semesta..tak lama lagi dah nak naik semesta baru hee..kena doa2 byk2 smoga semua bjln lancar
zul
aik tang tu org dah kwin dan ada anak sllu buat lagu tuh heee..
tak buat kenduri sedekag panggil anak2 yatim makan dpt pahla gak tu
bee.
carian di buka sekarang..
– Islam itu mudah, Islam itu indah, janganlah sampai kita menyusahkan saudara kita dalam urusan agama
menghadiri majlis perkahwinan adalah wajib sekiranya dijemput secara khusus oleh orang yg mengadakan majlis (atau wakilnya)
tidak wajib jika hanya dijemput secara umum (contohnya melalu papan notis di pejabat)
tidak wajib jika majlis melibatkan unsur-unsur maksiat (contoh: seperti pergaulan ‘bebas’ antara lelaki dan wanita, menghidangkan minuman arak, etc)
tetapi tidaklah sampai berdosa jika tidak dapat menghadiri atau sebab-sebab yg diharuskan oleh syarak (contoh: terlupa, terlalu jauh, urusan kerja atau peribadi yg tidak dapat dielakkan, etc)
berdosa jika sengaja tidak hadir tanpa sebab yg munasabah
jika menerima beberapa jemputan pada hari yang sama, hanya wajib memenuhi jemputan yg paling awal diterima
definisi ‘terlalu jauh’
- antara Paris dan Sabah, jauh? dekat? berbelas jam dalam flight, kos mahal
- antara Kota Kinabalu dan Sandakan, jauh? dekat? nak drive berjam-jam, boleh naik flight cepat, tapi belanja mungkin mahal
- antara Kota Kinabalu dan Papar, jauh? dekat? naik kereta dalam lingkungan 45 minit, kalau naik bas tambang baru RM5
- kalau dalam lingkungan bandar Kota Kinabalu – contoh antara Putatan dan Karamunsing?
- kalau kampung sebelah?
- kalau satu kampung?
- kalau sebelah rumah?
saya serahkan definisi “jauh” pada tangan anda
salam..
terima kasih atas pandangan dan komen anda amat panjang sekali buah fikirannya..
harap yang lain akan memahaminya dengan lebih mudah lagi.
opsss… saudari Adele dah jawab dulu
asfaasyari [at] gmail [dot] com
tidak mengapa.. sama2 menyumbangkan ilmu tidak menjadi masalah punya
mana yang kurag di tambah mana yg kurang di baiki ..atau d tegur
maza fulaks tiap2 minggu ada jemputan kahwen.
sekarang ni kenalah balas mereka yg dah datang masa kenduri kita bertahun yg lalu itew… hehehhe
Kunjung-mengunjung amalan mulia kan kan kan
maza
ada membalas kunjugan tu yg perlu..klu tiada aral melintang pergi juga heee..tak pun gantikan wakil diri tak seperti adaik beradik tak slah rasanya eee
bee
bukan hari raya sahaja kee berkunjung hari lain mesti kunjug gak heee..
org sakit kena berziarah heeee
Kalau sampai 3/4 hari…kawin ke pesta tuu?
kan membazir je klau buat camtu…..
#Sori suri….ter”emo” lak…hehehe
kalau ada kemampuan, tak salah rasanya. mungkin hari pertama untuk keluarga & jiran2, hari ke-2 utk kawan2, hari ke-3 ..entah.
yas..
klu yang mmpu blh buat begtu heee..vvip ker dato ker heeeee..
klu tak mmpu buat makan2 alah biasa pund ah oke heee..zaman Rasulullah dulu biasa jer2 asal org sekitar tahu itu sudah memadai
maka kita akan terjauh dri fitnah dan buah mulut org
mekar
skrg paling lama 2 hari jer hee..lain hari tu tak thu le..klu artis dh terbiasa kot bt lagu tuh heeeee
Cuti kali ni mmg banyak jemputan…terpaksa buat pilihan pulak…
hee..mau gak hulur duit merah duit biru jangan makan pastu buat tak tahu heee…
itu sudah pasti…hehehe
yas
hulur jgn tak ekekeee
salam..
ermmm..jangan lupa buat yang mengadakan kenduri pun kenalah menjaga tatatusila serta menurut islam juga..tempat makan di asingkan lelaki perempuan, jauhi bunyi2an yang melalaikan..karaoke baik tak usah..apa lagi joget lambak.Pengantin pula siap ada tepung tawar bagi..adat hindu tu..pembaziran selalu saya perhatikan..harapan saya setiap perkara baik yang kita lakukan semoga mendapat pahala bukan menambah dosa je nanti..nauzubillah minzalik..
salam…
benar tu bro skrg majlis kawin dha tak mcm dulu2 ya heee…harap2 nilai2 tu akan d terapkan smpi bila2..bila ada buat majlis yang hingar bingar rasanya dah bukan majlis deh rasa cam masuk bilik karok pulak heee..
lain org lain jer ragam dan stailnya huuu..
La ni ada lg ke yg buat joget lambak tu…dh lama x nampak
yas
ada bro tapi tak semua tmpat buat lagu tuh eeee
kali majlis perkahwinan yang paling jauh Cik Siti pegi di JB. Sepupu Cik Siti melangsungkan perkahwinan…membantu apa yang perlu dan andainya kita bertandang apa kata dia iringkan doa semoga mempelai berbahagia ke akhir hayat…amin….
yalah doa tu penting hee.doakan utk org rasanya tu lagi bagus moga2 kekal akhir hayat amin heee..
perkahwinan sesuatu yg amat digalakkan dlm Islam, jemputan nya wajib dihadiri. Lagi2 dlm suasana dunia skrg, makin ramai yg bermegah dlm majlis perkahwinan
klu tak der maslah wajib datang heee mana tahu akan jumopa kwn2 lma hee…
klu bt mjlis nak bermegah2 tu mmg dah trend skrg bro.pastu jenuh nak langsingkan hutang2 bank adei….
betul tuh..
tapi sekarang ni kebanyakkan kenduri kawen buh hiburan, deejayla apa semua tu.. bagi saya.. tak boleh ngam la..
uhu..
rasanya mau gempak kasi satu kg gegar ejejejeeeee..sabau jelah..
baru2 ada pi umh org kawin aduh pekak telinga jap sb duduk mengadap speker..nk duduk tempat lain dah full uhu..pas mkn kmi terus jumpa tuan rumah, blh uh..
bukan tak tahan panas tapi telinga sakit huu…
Sekarang kenduri kahwin sudah sinonim dengan DJ dan sesi karoake. Pasang PA kuat rasa hendak pecah gegedang telinga. Yang hadir kenduri untuk berjumpa yang jauh dan kenalan terpaksa bercakap terjerit-jerit bagai Murai dicabut ekor
AB
Hhaa, hujang kata mmg cun entah apa yg best terpekak pekik sy tak tahu..jadi haru majlis tu adalah..
er kak suri ke mana tu?
makan kenduri pula jangan sampai terlalu kenyang
bawa ank2 jln2 eeeee..
sllu amik sana sikit sni sikit heeee…
sikit2 jadi banyak hee
TE
tu pasal baik amik secoit.. haaaa
dah lama tak dapat jemputan kenduri kawin sbb kebanyakan rakan2 dan saudara mara sudah berumahtangga
bro tunggu kenduri nak sambut kedatangan bulan ramadan ar pulak heee..tak pun tgu kelahiran bby baru sure pastu akan ada kenduri cukur ..aqiqah heeee
Mcm bEe, kalau tak sempat datang bEe akan bgtau awal2 & kalau yg amat2 rapat akan ada buah tangan pos lah
haa kira cun ar kak bee..mmg sllu org inagt teman akan buat begini heeee..
cantik ar
wan baru jer pi majlis kenduri kawin kawan, sekarang orang undang majlis pakai undang guner facebook jer, hehehe
hanya tag jer pasti akan dtg klu dema tiada urusan lain heeee
Jadi la mcm orgputeh tu. Jemput majlis birthday guna facebook. 15000 org confirm nak pegi. Nasib baik sempat kenselkan. itu oun 1500 org tetap dtg sampai polis pun kena berkawal
kak nora
last dia menyorok hee…
ada ke bgtu huu…
Seronok dapat pegi kenduri kahwin. selain dapat mengerat silaturahim, ia juga tempat utk melaram. heh
mami jarum punya
style ke Puan?
he he..
mekar
heee.taj hingat tu blh melaram heee..
hari2 ca tu baru kurung baru ek ?
zul
berkemungkinan besar blh jadi bgtu heeeee
He he ramai tentera, so bahagi2 dgn wife mana tempat mau pegi. Tapi kalau sedara mara terdekat terpaksalah angkut semua ke kenduri kawin
ha kena pegi bro klu tak nnti org tak akan dtg ke mjlis kita pula aduh…
masa tu balik urm seng hati sb perut dh kenyang eeeee
minggu lepas..banyak betul kundangannya..tak larat nak gi semua tempat..hehe..
Rekod saya, pergi 4 jemputan je satu hari. Ingin gak nak pecah rekod sendiri tp tak de lak yg menjemput
titan
pergi mana yg penting dulu
kak nora
haa..sabar jele…
rezki org makan jemput2 bt sndri best gak
Kenduri kahwin sekarang ni banyak sangat jemputan. satu hari ada 3, kalau sempat dapat la pergi. ada kawan seusia 19 tahun dah kahwin. ishishish, nak kasi bini makan apa. tak pelah semoga dimurahkan rezeki hendaknya.
#P.S: Domain blog sudah bertukar dari hisyam92.com kepada hisyamz.com. TQ
Untung la ramai kawan dpt banyak jemputan. Saya ni cuma dpt 2 jemputan je. 1 tak dpt pegi lak tu sbb dua2nya serentak tapi jauh2
hisyam
wah dah seru jodoh nak kata apa…keeeeee
musim cuti sek mmg byk org buat jmputan,klu tak dtg mmg rugi..mk free hoooo
Kahwin? hehe
I’m single loh
sngle best tu
Musim kenduri ni kena jaga makan juga, kang ramai kat hospital kena darah tinggi.
#P.S: Domain blog sudah bertukar dari hisyam92.com kepada hisyamz.com. TQ
Makan tu buat syarat je. Kalau nak ikutkan hati memang nak bedal selagi ada
hisyam
makan kena beringat klu tak makn diri le
kak nora
jgn lupa baca doa makan yah
nak tanye, boleh ke kte singgah kenduri yang tak kenal. contoh, dalam perjalanan pulang ke kampung ke, tb2 tgk ada kenduri. perut pun lapar, kte singgah je.makan same.
blh makan tapi dgn bersyarat kena minta izin dgntuan rumah dahulu…klu makan tanpa tak minta iznn haram reseki yg kita makn tu..heee
Tu yg buat saya penat sangat spjg minggu lepas bila kena pegi kenduri kat melaka. Tak nak pegi tak boleh pulak
kat melaka kat ner heeee??
mesti pegi..nnti anak kak kwin ta der spa dtg huu
waaa musim kenduri dah abis huhu, (takleh dah berjimat hoho)
haa…
wang tol telah di bayar tak kan mau minat balik heeee
wajib ke kita hadir bila tuan rumah ada buat karoke menyanyi..jogek lambak?….wajib ke hadir bila tuan rumah hanya email jee kad jemputan atau pos atau guba facebook jee?..wajib ke hadir tuan rumah hanya wakil kan je pada budak yang belom akil balig
salam..
dalam islam bila seseorang itu dijemput bertandang ke rumah atas majlis2 keramaian, perkahwinan,kita sebenarnya haruslah dtg kerumah tuan rumah tidak kira dalam bentuk apa cara sekalipun baik jemputan melalaui facabook, email dan sebagainya alas ia tidak lari dari urusan menjemput.
sebaiknya jemputan harus di tunaikan jika tuan rumah tersbut melangsungkan perkahwian anak tunggal seorang (tiada anak lain).
Melainkan tuan rumah ada anak yang lain maka blh juga sahabat pergi majlis itu pada hari perkahwinan anaknya yang kedua, ketiga atau anak yg setersnya..
sekiranya anda tidak daapt menghadiri majlis tersebut atas sebab yng tidak dapat di elakkan maka amat molek kiranya anda menghantar seorang dua wakli anda ke sana. dan jangan lupa telefon tuan rumah sebagai makluman padanya bahawa anda tidaka dapat menghadiri majlis ke sana atas alasan yang anda ingin berikan. Haraa agar merka tidak berkecil hati.
majlis perkahwina sekarag ini kebanyakannya banyak bersifat sebegitu namum ia terpulang pada sesebuh keluarga tersebut walau bagaimana pun memadailah andai anda hadir ke majlis tersebut itu sudah memadai sebab dalam islam tidak menggaalakkan sangat aktiviti hiburan ini sama sekali tapi di bolehlan mengamalkannya sedikit tidak pula dengan cara berlebih.
berkenaan dengan wakil budak yang belum cukup umur saya tak pasti tapi biasanya jika undangan yang di jemput tuan rumah selalunya menyeluh bererti jemputannya sekeluarga. pastikan ayat dalam kad jemputan kahwin tersebut ada tertulis “tuan/ puan sekeluarga” maka bolehlah datang ke majlis tersebut.
wallahualam.
..ini hanya pendapat peribadi saya sahaya. sebarang pertanyaan blh sahabat bertanyakan pd ustaz ustazah yg berkaitan dgn hal2 di atas.