The Sphinx of Giza Part I

Salam semua teman..

Minggu ini Suri agak kesibukan. Suri minta maaflah banyak-banyak sebab semenjak dua ni Suri kurang  aktif singgah di blog sahabat-sahabat bloger semua. Apatah lagi untuk membalas komen itu sudah pasti memerlukan satu komitmen yang konsisten.

Si kecil pula dah mula demam sebab giginya mahu tumbuh lagi alamatnya begitulah retak si kakak untuk meminta simpati dari ibunya. Mahu atau tidak Suri terpaksalah menuruti segala kehendak dia untuk melupakan dunia blog buat seketika.

Insyallah jika keadaan kerja Suri kurang padat, anak makin sihat pasti Suri akan menjejak kawan-kawan kembali. :) Thanks pada sahabat yang sudi singgah ke blog ini kehadiran sahabat sedikit sebanyak memeriahkan ruang maya cahaya cinta ini.

Berbalik pada tajuk di atas Suri ada membaca kisah ini hasil dari tulisan Suraiya Pauzi. Tanpa membuang masa rasanya elok Suri kongsikannya disini bersama teman-teman pembaca setia yang lain :) .

Tidak kena jika kita hanya membicarakan piramid tanpa mengimbau sejarah The Sphinx of Giza. Barangkali merupakan pusakan purba yang paling masyhur. Kewujudannya yang penuh misteri telah menarik ramai serjana mengkajinya. Pelbagai hasil kajian ditulis tentangnya terutama misteri kaitan Sphinx dengan peradaban dan tamadun manusia, kaitannya dengan misteri cakerawala, serta pembentukan geografi bumi.

Sphinx terletak di medan Giza, Kaherah, tidak jauh dari The Great Pyramids. The Sphinx bersama The Great Pyramids, dianggap satu daipada tujuh keajaiban dunia purba. Ia menggambarkan sebuah mitos bertubuh singa dan berkepala manusia serta menjadi simbol kekuatan dan kebijaksanaan bagi masyarakat Mesir zaman silam.

Great_Sphinx_1867

Mitos mengatakan Sphinx ialah penjaga piramid. Para serjana percaya, wajah Sphinx hampir menyamai Firaun Chefren. Teori sarjana juga mengatakan ia dibina sekitar tahun 2558-2532 SM.

Tidak seperti piramid yang dibina daripada blok batu granit, Sphinx dipahat daripada batu hampar hidup. Kerana struktur batu berkenaan berlapis-lapis dan berbeza-beza teksturnya. Sphinx kini telah mengalami kerosakan dan keretakan akibat daripada hakisan yang teruk. Malah topografi gurun juga sering berubah-ubah sehinggakan juga ia sedikit sebanyak telah mampu untuk menenggelamkan beberapa alaf lamanya.

Sphinx berukuran 70 meter panjang dan kira-kira 20 meter tinggi. Wajahnya pula berukuran 4 meter lebar. Kini ia dalam proses baik pulih secara besar-besaran setelah berkurun-kurun lama mengalami hakisan oleh angin berpasir, panas dan hujan.

Pada tahun 1980-an, rancangan untuk baik pulih yang rapi telah dilaksanakan. Selama enam tahun berikutnya, lebih 2000 blok batu kapur ditambah kepada tubuh Sphinx dan bahan kimia juga turut disuntik. Namun rawatan sedemikian tidak berkesan dan mendatangkan hasil yang tidak baik bagi memulihkan keadaan struktur Sphinx tersebut. Keadaan tetap sama juga di mana permukaan blok tersebut tetap menggelupas dan menyerpih bersama-sama pada bahagian batu asal yang lain.

SPHINX

Penggunaan tenaga kerja yang kurang mahir juga sedikit sebanyak menyebabkan proses baik pulih ini tidak mrncapai matlamatnya. Pada tahun 1988, bahu kiri Sphinx telah runtuh dan blok-blok batu yang telah mereka gunakan juga turut jatuh sedikit demi sedikit akibat peredaran masa yang begitu pantas berlalu.

Usaha drastik tetap diteruskan. Pada hari ini kerja baik pulih diletakkan di bawah pengawasan Majlis Tertinggi Antikuiti Arkeologis. Mereka memberi tumpuan kepada mengalirkan keluar tirisan subsoil (lapisan tanah di bawah permukaan) yang boleh merosakkan batu tersebut.

Mereka juga telah membaiki bahu yang rosak kembali dengan menggunakan blok-blok yang lebih kecil bagi megekalkan saiz asalnya. Malah para pekerja kali ini terdiri daripada mereka yang mahir dalam pertukangan dan merupakan warga Mesir sepenuhnya.

Daripada  Sphinx kita sebagai manusia boleh mengambil iktibar.

  • Sehebat mana pun ciptaan manusia, seteguh mana pun bahan yang digunakan, dan sekeras mana pun manusia berusaha memulihkannya, akan tiba saat dan ketikanya juga ia akan mengalami kemusnahan. Yang Kekal, hanyalah Allah Yang Maha Esa Lagi Maha Perkasa.
Share
Artikel lain yang best-best :

26 thoughts on “The Sphinx of Giza Part I

    • kita yang bina banguna kicl pun klu salah guna bahan yang tak sesui..tak der cop sirim dan keselamatn mmg kes nanyer namanyer..pasti bangunan akan runtuh, bocor air sana sini heee

  1. Pingback: Cahaya Cinta » Blog Archive » Apa Yang Bagus Sangat Belajar Di Mesir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>