Sendawa Berlebihan Membawa Petanda Part II

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Bagi rakan-rakan yang biasa terjun lombong  di blog ini pasti sudah biasa dengan artikel Suri yang berpart-part. Masih ingatkah wahai sahabat-sahabatku akan entri Suri pada hujung minggu yang lepas.

Suri ada membawakan satu tajuk  Sendawa Berlebihan Membawa Petanda Part I,  seperti yang sedia maklum harini Suri mengetengahkan pula cara-cara untuk mengatasinya. Pada yang terlepas entri tersebut boleh rujuk bahagian didebar atau guna search bahagian atas.

 

Bagaimanakah cara yang paling mudah untuk menghentikan sendawa?

  • Sekiranya sahabat berada di tempat umum ataupun di pejabat mahupun dirumah apa kata gunakan sumber air paip sebagai langkah pertama untuk menghentikan sendawa tersebut. Cara-caranya adalah dengan melakukan senaman berkumur-kumur didalam mulut anda selama beberapa minit. Sebaiknya langkah-langkah tersebut diulang beberapa kali.
  • Memakn gula satu sudu tapi jangan terlalu penuh dan kemudian disusuli dengan minum air kosong. Memakan gula dipercayai mampu untuk melegakan kerongkong.
  • Makan mentega kacang sebanyak satu sudu dan kemudian di sudahi dengan minuman. Lihat ada kurang atau tidak.
  • Mencari beg kertas contoh macam beg kertas MD atau beg plastik. Pastikan beg tersebut tidak bocor apabila digunakan kelak. Setelah itu cuba hembus dan tiup beg tadi beberapa kali ke dalamnya. Lakukan ia selama 3 kali berturut-turut. Ini bertujuan untuk membuka ruang saluran diafragma serta membolehkan udara masuk ke jantung dengan baik.

 

Bagaimanakah cara yang terbaik untuk menghentikan sendawa?

  • Cara yang terbaik bagi mengatasi masalah tersebut adalah dengan menikmati makanan secara perlahan-lahan.
  • Hindarikan makanan yang mampu menghasilakan reputasi sebagai gas seperti contoh sayur-sayuran kubis, kacang buncis, epel mentah bawang, brokoli, asparagus, pir, plum, roti gandum dan juga makanan berlemak.
  • Jauhkan dari mengambil minuman seperti kopi, susu, cokelat, dan juga minuman beralkohol.

Bagaimana sekiranya keadaan sendawa tidak pulih?

Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor yang bertauliah akan hal tersebut. Ini kemungkinan anda mengalami gangguan pencernaan pada sistem perut anda.

Share
Artikel lain yang best-best :

36 thoughts on “Sendawa Berlebihan Membawa Petanda Part II

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>