Salam pagi untuk semua
Sashimi merupakan makanan laut yang amat popular di Jepun matahari terbit. Makanan sashimi ini merupakan makanan yang berasaskan makanan laut dengan kesegaran utamanya di santap dalam keadaan mentah. Sashimi ini di makan dengan digandingkan sekali dengan perasanya seperti kicap manis, parutan halia dan wasabi.
Antara menu segar yang biasa di sajikan dalam sashimi adalah seperti ikan, kerang dan udang. Pada kebiasaanya ia akan dihidangkan dalam bentuk hirisan yang kecil supaya mudah untuk dimakan. Sekiranya udang tersebut bersaiz kecil m aka ia hanya akan dikupas kulit dan dibuang kepalanya sahaja
.
Sumber: http://en.item.rakuten.com/myfriend/4901601420234/
Tsuma adalah sebutan bagi bahan makanan pendamping dimana ia juga berupa lobak yang dipotong panjang-panjang dengan ukuran yang sangat halus, daun berwarna hijau pula di sebut sebagai Oba (Aojizo), atau sebutan lain rumput laut seperti Wakame dan Tosakanori.
Sashimi juga membawa erti kepada menikmati sesuatu makanan dalam keadaan mentah, bermula dari potongan mentah daging kuda (Basashi), daging ayam (Torisashi), hati ayam atau hati lembu, hingga pada potongan konnyaku dan tauhu yang disebut sebagai Yuba.
Di sekitar daerah Kansai pula, sashimi lebih dikenali dengan sebutan O-tsukuri.
Sumber: http://www.streetdirectory.com
Sejarah
Ada pendapat yang mengatakan kebiasaan memakan potongan daging segar tanpa dimasak adalah sama tuanya dengan sejarah manusia, tapi kebiasaan ini boleh berlanjutan atau hilang bergantung kepada keadaan lingkungan tempat tinggal.
Jepun merupakan negara kepulauan dengan hasil laut segar yang dapat dinikmati sepanjang tahun, sehingga kebiasaan menikmati makanan laut segar tanpa dimasak terus berlanjutan hingga kini. Ada juga pendapat yang mengatakan perkataan Sashimi berasal dari perkata anNamashishi (daging mentah) atau Namasuki ( potongan segar).
Jenis-jenis sashimi adalah seperti berikut:-
- Tsugatazukuri
- Potongan-potongan ikan disusun di atas tubuh ikan yang dikekalkan bentuknya mula dari bahagian kepala hingga ekor. Sashimi jenis ini kebanyakannya hanya dinikmati pada waktu-waktu istimewa.
- Ikezukuri
- Tsugatazukuri dengan ikan hidup yang dijadikan sashimi hanya beberapa saat sebelum dihidangkan.
- Tataki
- Potongan ikan yang diletak untuk beberapa saat di atas api sehingga kelihatan masak di bahagian luar, segar di bahagian dalam. Tataki ikan (Katsuo) dimakan bersama sos Ponzu, parutan bawang putih dan hirisan daun bawang.
Siapa diantara kita penggemar sashimi?

er…kena makan mentahla kan baru sashimi?
tak nak…he
sushi je pernah makan tapi tu pun tak nak dah ha2
.-= tengkorak emas´s last blog ..Never counted United out =-.
suri tak pernh makan sb tahu tu tak masak..klu amsak pun dia hanaya separuh masak jer hiii..
SAYA suri!!! saya suka makan sushi, sebab makanan mentah ni manis tau, macam udang, ho2..cuma kena pandai sediakan, kalau tak bau hanyir..
.-= rashid´s last blog ..Sentiasa Bermotivasi- Rahsia Manchester United menang =-.
hiiii ..
ada rasa sedap blh tapi kena betul2 masak baru blh makan hiii.
camni blh buka kedai makan jepun
ingatkan tadi nama orang
hehe
tak suka makan makanan mentah ni
.-= tehr´s last blog ..Kisah Ibu mengandung =-.
nice nick name ? your name is?
makan mentah2 tuh… entahla.. tak tahu sedap ke tak… ada yang best ada yang kureng sikit rasanya… mungkin lidah bukan macam andrew zimmern..
.-= zik´s last blog ..Pokok Kaktus- nama saintifik- ciri-ciri khas- perubatan dan fengshui kepercayaan orang cina =-.
hiii ada orang makan apa jer layan..ada org tak lalu nk makan hiii
Aduhai, pernah cuba makan Sushi tobat tak mahu rasa lagi tekak ini tidak dapat menelannya mungkin tak biasa
kena cari sorang dua bloger japanes bro man tahu pasni lalu makan hii
Tak sampai hati tengok ikan menjadi mangsa Ikezukuri kat youtube/ Ada ke ikan diambil dagingnya lepas tu dilepaskan dalam akiarium semula. Lepas tu gelak2 tengok ikan tinggal rangka berenag-renang sambil makan Ikezukuri
oh tidak.cam kejam jer..
mari kiat cari sapakah org yg berani bt lagu tuh
belum pernah merasainya. mungkin tidak akan mencubanya kerana saya kurang berminat dengan masakan sebegini
samalh dgn sy hii..mkn ikan bakar kira lagi hiii
suka makan sushi, tapi tengok bahan juga,,kalau mentah, mmg tak makan huhu
huuu.. apalah rasanya ya klu makan udang..sotong hiii