Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..
Tanah runtuh merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan aliran sampah cetek dan aliran air. Walaupun graviti bertindak pada cerun curam merupakan punca utama tanah runtuh, terdapat faktor tambahan lain:
- Hakisan oleh sungai, glasier atau ombak laut yang menghasilkan cerun curam
- Cerun batu atau tanah yang lemah akibat tepu oleh cairan salji atau hujan lebat
- Gempa bumi yang menghasilkan ketegangan yang menyebabkan cerun lemah runtuh (lihat pencairan liquefaction)
- Leteusan gunung berapi menghasilkan mendakan abu, hujan lebat, dan aliran sampah.
- Gegeran dari mesin, trafik, bahan letupan, malah guruh mungkin mencetuskan keruntuhan cerun lemah.
- Berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji, timbunan batu atau bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh dan struktur lain
- Tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil
- Pada tanah cetek, penebangan tumbuhan berakar dalam yang mengikat colluvium kepada batu asas.
Bahan di cerun yang menjadi tepu dengan air boleh membentuk aliran sampah atau aliran lumpur. Campuran pekat batu dan lumpur mungkin menghanyutkan pokok, rumah, dan kereta, dengan itu menghalang jambatan dan aliran sungai menyebabkan banjir sepanjang laluannya.
Sama juga, air batu floes boleh terbentuk dalam sungai yang tersumbat dengan air batu, tetapi mengalir lebih perlahan. Walaubagaimanapun, ia mampu menghasilkan tenaga yang mencukupi bagi meruntuhkan jambatan.
Tanah runtuh merupakan salah satu daripada fenomena geobencana yang sering berlaku samada secara semulajadi atau akibat aktiviti manusia. Proses kejadian tanah runtuh melibatkan gelongsoran tanah atau pergerakan tanah dari satu kedudukan yang tidak stabil dan ianya berlaku secara pantas atau perlahan oleh tarikan graviti.
Kejadian tanah runtuh merupakan salah satu daripada proses susutan darat yang disebabkan oleh ketakstabilan jisim tanah.
Pergerakannya adalah dari kawasan tinggi ke kawasan yang rendah iaitu mengikuti cerun akibat tindak balas terhadap daya tarikan graviti. Pergerakannya boleh disertai dengan agen pembawa seperti aliran air ataupun tidak.
Kejadian tanah runtuh yang disebabkan oleh aktiviti manusia adalah seperti penarahan kawasan bukit, perlombongan dan aktiviti pembangunan lain. Pergerakan runtuhan tanah boleh diklasifikasikan secara asas sebagai jatuhan batuan atau debris, gelongsoran batuan atau debris, aliran debris atau lumpur. Bukit-bukit ditarah untuk pembinaan jalanraya ataupun bangunan-bangunan.
Kawasan bertopografi cerun lebih berisiko mengalami kejadian tanah runtuh akibat ketakstabilan cerun berbanding kawasan yang agak landai dan rata. Walaubagaimanapun, risikonya seringkali sukar diramal dan dielak oleh manusia.
Sumber:Youtube kejadian tanah runtuh.
Rujukan:Wiki/google

Bahaya betul tanah runtuh ni kan Suri?
Tapi kenapa kerajaan tak buat sesuatu halang dari kejadian yang sama dari berulang?
Sbb “mereka” nak duit aje
Wowww … rilexxx … cuba lihat kisah di Hulu Langat tu … tu salah kerajaan ke ? … kerajaan tidak boleh disalahkan 100% …
Janganan kerajaan malah malaikat pun tak mampu menghalang kuasa Tuhan …
SBC
ya mmg bahaya.. ceruk bukit boleh goyah inikan kat tepi laut, balik gunung semua blh jadi tanpa d duga hu…
mana nak cek semua kawasan sebahagain tempat2 tertentu mugkin mereka ada buat kajian, yg selebihnya kerajaan tak dapat kenal pasti..
apa pun org awan kena maklum klu perkara bgini berlaku d persekitaran kediaman mereka.
bertindak sebelum terlambat
bee
erk..kesitu pula ahai..mungkin sapa tahu heee..
benjy
hurm..kekadang org beli rumah nak duduk atas bukit mungkin sb dema suka alam semulajadi..
tapi bila dudk lama2 tak sedar pula persekitaran merka terancam. sekali lihat ada pembinaan sana sini.tu sebab rumah, kondo, pejabat yang di duduki dari selamat terus tak jadi selamat..
teradang perubahan cuaca, muka bentuk bumi blh jadi suktur tanah menjadi lemah..
kerja manusia pun satu hal jua ahai…
cukuplah kemusnahan yg kita lakukan..sedangkan semua yg kita musnahkan itu saling berkait dengan keseimbangan alam
kerajaan kena ambil tindakan yg lebih tegas dlm menangani isu tanah runtuh ni, penebangan pokok2 harus lebih byk dikawal, pembinaan pembangunan dilereng bukit dikaji semula sebelum ada lagi musibah yg menimpa..
Hari ni di Bliten Utama menyiarkan PM berkata ramai penduduk kampung yang membina rumah di tanah sendiri sebenarnya bahaya kepada rumah mereka kerana betul2 di lereng bukit … kalau kerajaan arah pindah mahuke mereka pindah ? itu tanah sendiri (pertanian) malah mereka marah pada kerajaan adalah … tetapi bila telah tertimbus … nak salahkan kerajaan ke ? ….
benjy
tanah pertanian khas untuk pertanian..mmg tak sesuai utk di diami sebab musihan duduk di lereng bukit mmh bahaya dan mengancam nyawa,
sebab tu kerajaan minta penduduk pindah..jika penduduk tidak mahu payah juga sebab kerajaan akan tanggung lagi musibah kejadian runtuh tanah untuk kesekian kalinya…
kalu tanah pusaka mmg susah nak pindahkan..
Benjy sunggug berseuju dengan TE …
TE
yelah bila satu menjadi masalah maka yang lain turut terhapus..
kata sahaja tanah atau bukit di tarah lama kelamaan bila jadi hakisan tanah semua habiat akan pupus, tumbuhan2 juga akan mati huu…
sedih..sedih..kalu tiada kesedaran cinta akan sekitar
LA
bila ada yang berjiwa rakus nak kaya cepat..maka semua menjdi hancur di tangan sendri..
Kajian harus di buat sebelum nak dirikan satu2 rumah, kondo sebelum pada masa akan2 dtg kejaidan ini tak akan berlaku lagi..
benjy
angkat bendera TE
Betul la bumi dah tenat. Banyak sangat bencana tahun ni. Banyak2lah beramal sambil menjaga alam sekitar
kak nora
manusia smkin kejam..bumi dah letih tgok manusia terllu byk tak tak bertanggjwb ata muka bumi ni
tu lah dia salah satu hasil krativiti makhluk yang bernama manusia
Kreatif dan ada unsur-unsur seni juga …
DB
bila terlalu kreatif ancam nyawa ribuan manusia..
benjy
klu menyusahkan tak guna juga hu….
sy cuma terfikir kenapa kerajaan tak bina rumah anak yatim dengan banyak?
B3njy rasa lepas kejadian di Hulu langat akan bertambahlah rumah anak2 yatim lepas ni …
CS
hurm.. harap akan dtg ada budget utk tu
benjy
mereka tak sepatutnya di anggap seperti org luar…
Rasanya rumah anak yatim memang banyak tp tak ramai yang tahu kerana rumah anak yatim tak de network. Cuma JKM je yg ada senarai sbb mereka memberi bantuan. Andai ada persatuan rumah-rumah anak yatim tentu mereka boleh bekerjasama mencari cara lebih baik untuk anak-anak yatim.
kak nora
kasihan merke sb tiada yg mmbantu..cuma meminta belah kasihan pada org2 awm jer..sedihkan..
Dalam membangunkan sesebuah tempat, faktor-faktor keselamatan perlu diambil kira terlebih dahulu.
Sikap ambil mudah dan “asal boleh” perlu dielakkan..
still,
kuasa tuhan tak leh di lawan.. ingat apa yg berlaku di Jepun? baru lagi ehh..
Betul tu kuasa tuhan melebihi segalanya.
B3njy amat setuju tu … kena buat risk assessment dulu baru buat rumah … maka 90% rumah itu akan selamat 10% kuasa tuhan (takdir) .
anif
asal boleh uh.. sambil tutup mata tu jadi begini
Ismail N
apa yang berlaku atas ketenuannya..
kita sebenarnya dah tahu tapi mmg sengja cari masalah..
benjy
jadi..maka jadilah..elka bagai pun tetap kena juga…
benjy
satu cadagan yang baik heee…
klu dah runtuh mengikut hukum alam apa nak buat huuu..mmg tiada daya kita..hanya berusaha untuk mempertahankannya bolehlah…
Selalunya sebelum buat sesuatu pembangunan struktur tanah dikaji. Hakikatnya kat Mesia ni tanah sempit & negara kecik.
Kalau ikut kepesatan pembangunan yg membwa pelaburan yg tinggi area KL & Selangor bukan. Di tmpt sempit inilah pembangunan byk & juga kaw sini juga hartanah agak murah.
Disebabkan tiada pilihan jugalah org2 yg ingin membantu individu yg memerlukan mencari tmpt bajet. Sudahnye di lereng2 bukit yg akhirnya membinasakan……..
Apa2pun ini semua Qada & Qadar Allah
Harap kita semua memahaminya bukan menuding jari kepada satu pihak sahaja …
BEE
tanah KL mmg mahal heee.. lagi tinggi lagi mahal haduIII…
bliNG!! BLING!!! sapa ada tanah mmg blh buat duit huu..tapi bila rakus jadilah bgi.asal aman sesui kat situ le bangunan/rumah d didirikan..
Allah…
benjy
hukum alam, tangan manusia..
Ye suri & benjy
Kuasa Allah tak siapa boleh lawan.
Lagi satu tanah KL mmg TERsangat mahal. Sewa umah flat yg berdekatan LRT pun sampai melebihi RM600.
Manusia tahu mereka boleh ngap duit tu membiarkan kejadian demi kejadian berlaku tanpa mengira keadaan mendatang
bee
sedihkan… sini hartanah makin mahal.tapi semua cina beli…ladamg kelapa sawit dulu milik melayu kini dah semua d borong org cina..sedih saya bila tahu berita ni…
walaupun sy bukan anak jati sini..
terus inagt lagu warisan tu mmg ada kebenarannya…
Sebaik2nya elakkan dari mendirikan rumah atau bngunan dikawasan bercerun….
Setiap pilihan pasti ada risiko…tp pilihlah yg kurang risiko…:(
Betul tu kurang risiko tidak bernaksud 0 risiko …
yas
buat kat tempat yang mendatar Insyallah selamat.
benar tu kekadang duduk mana blh gak rumah yg didudku tak selamat.tak kena ribut kena pula tsunami, tak kena tsunami mungkin limpahan gunug berapai..kejadian banjir blh jer terjadi..
semua tak d duga..mana yg blh di elak..mmg molek di elakkan..
benjy
hii… dah duduk tu bertawakal jerlah
Kalau nak mati, kat mana-mana pun boleh mati. Tapi tak bermakna faktor2 keselamatn boleh diabaikan
kak nora
ya benar tu kak.yg penting amalan msti ada..bila meninggal pun hati kita akan rasa tenang
Macam kelas geografi form 3 pulak kak suri ,tapi persoalannya sekarang adakah kejadian ne akan berulang lagi
kena buat langkah2 bagi pencegahannya pula..
kita berusaha utk tanganinya selebihnya tu kerja Tuhan
harap2 org ambil iktibar dengan kejadian2 tanah runtuh yg berlaku …sedih bila mengenangkan..byk nyawa dan harta benda yng musnah..
Harta bila dah hilang nak dapatkannya semula makan tahun tu ….
Nyawa hilang tak dapat ganti walaupun 1 juta tahun …
chii
benar tu chii bila yang pergi hati luluh sahaja tika terkenangkannya..
benjy
betul2..nyawa yang paling berharga jangan terllu suka tapi harus berjaga2..
Sekarang ni tiap2 petang hujan ribut melanda di area PJ. Faktor cuaca juga boleh mjadi salah satu sbb punca tanah runtuh
Tu kena cari bomoh hujan tu …. ada ke bomoh hujan ye ? … atau hanya kabar2 angin …
ya..punca itu mmg turut menyumbang juga..
hujan, angin, jatuhan batu semua faktor membantu tanah untuk runtuh..
sini ipoh petang2 sudah hujan…
benjy
uh..tak blh percaya heee..
tapi klu doa nak berhenytikan hujan..nak alaihkan hujan mmg ada
Kejadian tanah runtuh, ada tanda-tanda keBESARanNYA. Ampunkan kami Ya Allah. AlFatihah kepada yang terkorban. Dahsyatnya tanah runtuh kan?
b3njy juga semakin bertambah insaf ….
amirul
ya, sedih pada yang terkorban.Al-Fatihan buat mereka2..
benjya
Maha Kuasa Maha Mengetahui segalanya
dengan adanya kejadian macam ni, baru org nak start mengkaji kawasan di sekitar tu selamat ataupun tidak. Sebelum ni tak ada ke orang ambil tahu?
standard kebanyakan rakyat malaysia bila kena baru nak beringat … sebelum kena joli katak … hehehe
afzal
entahlah..
biasanya klu nak dirikan satu tmpat mmg kita harus ambil kira kadaan d sekelilingnya..
klu tak buat beginilah keadaannya berlaku..
pemerhatian harus di buat berkala
benjy
yang d takuti berlaku lagi… harap akan datang kita akan lebih waspada lagi…
Kebanyakan infrastruktur dinegara kita ni dibina dengan cara sambil lewa sahaja. Alahai. Kalau ada gempa bumi tak tahulah bagaimana. Rasa jadi padang jarak padang terkukur kot.
gempa bumi dan puting beling sekali … jangan lupa gunung berapi dan tsunami sekali … maka licinlah malaysia …
miss tira
harp jauhkan ya..
rasa gerun bila degar perkatan itu huu..
benjy
semua blh berlaku kita mmg dekat dengan sempada sumatera..
salam..
moralnya..
jangan duduk di kaki bukit
kalau takutkan tanah runtuh..
lagi satu seperti rumah2 anak2 yatim eloklah ditempatkn dikawasan yg lebih selamat tidak lah dikawasan berhampiran hutan dan bukit, mereka sepatutnya dilindungi dengan lebih baik..
Kesian anak2 yatim..
Siapakah yang buat rumah tu a’a ? namun b3njy percaya niatnya adalah baik.
zul
tepi laut rumah lambung ombak..
atas darat bencana banjir..lain ada sahaja akan terjadi…berserah bertawakal shja padannya moga d jauhkan bala yg tdk diingini…
LA
mereka harus d beri perlindungan seajarnya..kerna mereka juga anak2 jati Malaysia..bumiputera kita juga..
mengapa harus d anak tirikan…
benjy
yang membina rumah tu sb dia ada rasa tanggungjawb pada meraka2 huu..
kalau takut dipukul badai jangan berumah di tepi pantai … kalau takut di pukul tanah jangan berumah di tepi bukit.
benjy
apalah benjy wat kawak pulak adeiii
ermmm..
projek subkontraktor
berapa orang mau untung daaa..
tu yang tangkap muat je…
rumah kampung dan rumah anak yatim guna sub kontraktor ke ?
zul
amik jalan pintas…nak kaya cepat..maut yang menanti…
benjy
no idea
Nampaknya topik tanah runtuh ni sunggu menarik dibincangkan … ramai blogger buat N3 tajuk tanah runtuh … sungguh prihatin rakyat malaysia.
ada isu harus d ambil perhatian..
suri tak selitakn gambar dan berita tapi suka cari maklumat akannya…
Kalau terperangkap didalam Glacier boleh makan beribu tahun sebelum glaicer mencair. Jawabnya jadi bahan beku ler
ais dah mula mencair bro..bumi kita pun mmg byk air dari tanah huu…
tak salah lagi bumi akan d genagi air kelak..
tq sbb share proses tanah runtuh ni..
sy kurang amik thu tntg ni..
tpi rasanya semuanya adalah berpunca dari manusia itu sendiri.
Manusia semakin ramai, kawasan semakin berkurangan
tempat terhad rumah byk pula yg nak d bina hurm…
masalah2…
sama2 sahabatku
em,tgn2 manusia yg suka mencemar jua faktor kpd pencepatan tanah runtuh..huhu
manusia mmg rakus..dah tahu tapi buat juga tanpa berfikir panjang pada masa2 akan datang..
kawasan cerun memang bahaya… kena ambil iktibar dengan peristiwa lalu… beringat sebelum kena…
*tak sangka Cik Suri pun expert geografi ye…
klu terkena alahai bersyukur pd masih hidup huu..
jangan sampai terjadi lagi..
google ada juga hasilnya..bacaan ada juga..adalah ingat sikit2 masa belajar dulu..yang selebihnya selongkar video youtube
Banyak aspek perlu diambil kira sebelum buat rumah di kawasan berbukit. Sebelum ni banyak kes dah, tapi lepas jadi semua diam. Bila jadi pulak bising.
Terima kasih atas perkongsian
mereka dah tahu tapi buat tak tahu..
bila terjadi lagi buat2 sibuk itu ini…
Bahayanya tanah runtuh ni, yang dalam video tu sampai tumbang pokok.
semua boleh jadi bro..paling teruk blh jadi kejadian banjir…
ada satu videotube saya nak embed dia tak tak blh sb tak der copynya di stu huu..
yg tu klo bro dpt tgok mmh jelas mmg bro terkesima seketika..
Takut gak tinggal di kawasan tanah tinggi nih…
kwsan rendah takut juga hee..bajir ..blh berlaku..heee
Pelan mukabumi tu mcm cantik je buat hiasan kek. heheh
blh pas ni kak buat kek bumi heeee..
Kita kena sentiasa berhati-hati
risau jugak kejadian tanah runtuh sering berlaku
kawasan cerun tinggi..bukit was pada sllu..sb kt stu kwb berstatus tinggi mudah runtuh…
sedey mengenangkan kisah tanah runtuh yang menimpa anak yatim baru-baru ni
harap pasni pihak tertentu lebih peka
pembaharuan perlu dilakukan sekarang..tak blh tangguh2