Oh Lelaki..

Salam pagi semua:)

Sudah mandi ker belum? hee.. hope semuanya dalam keadaan serba mewangi :) barulah senang seseorang berani nak mendekati diri kita tak gitu hihihi…

Baiklah rasanya ramai sungguh permintaan dari sahabat adam katanyer Suri ni asyik lebihkan entri pada sahabat hawa jer. Adam punya tak ada ker? huhu.. korang ni memanglah tak sayang mulut komen sungguh.

boy_vs_girl

Sebenarnya Suri tidak memilih bulu tangkis itu semua bagi Suri asal ada sesuatu yang menarik terus Suri akan kongsikannya di sini. Tidak kiralah ilmu itu tentang kehamilan ke, cinta mana yang Suri terjumpa maka ilmu itulah yang bakal Suri kongsikan pada kalian semua.

Okeylah tanpa membuang masa bagi menjaga hati sahabat adam supaya adil dan saksama maka harini Suri ketengahkan beberapa maklumat tentang insan yang bergelar status man lelaki pula.

 

Lelaki vs rahsia

Sememangnya agak sukar juga untuk kita memahami dan menyelami hati seseorang lelaki itu apatah lagi sesuatu rahsia yang tersimpan di dalam diri mereka ini tersimpan seperti sebuah peti besi yang berisi gudang harta karun!

Tidak seperti kaum hawa yang biasanya akan lebih mudah dan senang untuk berkongsikan segala masalah suka duka mereka kepada orang lain sama ada teman rapat, kekasih mahupun pada ahli keluarga mereka.

Namun bagi lelaki mereka lebih selesa memilih untuk menyimpan dan akan cuba meyelesaikan masalah mereka sendiri dengan sadaya upaya yang boleh tanpa mengharapkan penyelasain dari orang lain.

 

Lelaki tidak suka dianggap lemah

Lelaki sebolehnya ingin memperlihatkan yang dirinya boleh melakukan banyak perkara dan akan sentiasa mencuba menampilkan penampilan yang hebat lebih-lebih lagi di mata kaum hawa. Sebab itulah jika anda berhadapan dengan kaum lelaki mereka akan sebolehnya akan cuba menyelesaiakan masalah sendiri tanpa meminta bantuan dari orang lain.

Lebih up lagi jika takala si dia berhadapan dengan gadis yang disayanginya. Dan sebolehnya mereka ini tidak mahu memperlihatkan kelemahan yang ada dalam dirinya.

zanuar126

 Tidak mahu menyusahkan.

Pada kebiasaanya apa yang dapat Suri perhatikan dari seorang lelaki sebelum mereka ingin melakukan sesuatu perkara, lazimnya mereka ini akan menimbang dahulu baik buruknya sesuatu perkara itu sebelum mereka melaksanakannya terlebih dahulu.

Sebab itulah sungguhpun mereka memang mengalami masalah dan ingin meminta bantuan dari kamu, tetapi sekiranya mereka melihat kamu sedang sibuk atau juga kamu sedang bermasalah, mereka ini akan segera melupakan hasrat tersebut kerana mereka tidak mahu menambah bebanan yang sedia kamu tanggung.

 

Ego

Namun ada juga lelaki yang memang tidak mahu berkongsi masalah  yang sedang dihadapinya kerana di kuasai oleh sikap ego mereka sendiri. Bagi lelaki ego akan membuatkan mereka akan berasa lebih tercabar dan akan dipandang rendak jika mereka tidak berupaya menyelesaikan masalah mereka sendiri.

Sebab itulah, mereka akan sedaya upaya akan cuba menyelesaikannya terlebih dahulu. Bagi Suri ia satu perkara yang baik bagi lelaki tersebut kerana mereka berupaya berbuat demikian sebagai alasan yang kukuh untuk berdikari atas kaki sendiri. Akan tetapi padahnya akan memakan dirinya semula sekiranya masalah tersebut tidak dapat mereka atasi.

Pic: Blog Anuar Zain

Share
Artikel lain yang best-best :

28 thoughts on “Oh Lelaki..

  1. Apa yang cuba disampaikan oleh Suri mengenai 99% tepat sebagai lelaki egois tetap ada bukan bermaksud sombong. Lelaki tidak suka berkongsi kesedihan cara depan-depan dalam hati siapa yang tahu

  2. ego memang sinonim ngan lelaki tapi pompuan pun ade gak ego sendiri.hehe. Sal tak suka menyusahkan tu mmg lelaki suka selesaikan sendiri. Mmg sifat semulajadi camtu kot. Tapi kalo rase tak leh selesaikan sendiri bawak berbincang ngan orang lain pun tak salah. jangan rasa semua boleh selesai sendiri. kita hidup kat dunia bukan seorang..hehe..
    .-= dedoku´s last blog ..Skype 5 Muncul Dengan Fungsi Integrasi Facebook =-.

  3. ego tu perlu tp kena bertempat… klu ego tinggi sgt pun masalah jugak rasanya….

    saya sebagai lelaki pun tak faham jugak dgn perempuan… ataupun perempuan yg saya suka tu complicated sgt… or sy yang mengcomplicatedkan keadaan….

    erm… cam ne yek :-D

  4. kdg2 org ckp pempuan boleh hidup tanpa lelaki..
    tp lelaki x bleh hidup tnpa pmpuan..
    hehe karut semua ni..
    lelaki ke, perempuan ke..
    dua2 pun kompleks..
    susah betul nak paham

  5. lelaki mmg ego..cuma yg membezakan tinggi atau x je..tp bila lelaki tu ego, x semestinya kasih syg dia kurang kan..da mmg sifat lelaki macam tu..sbg prempuan, kita kena blajar memahami hati lelaki, dan kdg2 x salah mengalah utk kebaikan bersama… =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>