Makna Disebalik Label Makanan

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..

Kita terbiasa membeli makanan dengan melihat label yang tertera di belakang sesuatu produk. Tapi sedarkan kita didalam memilih satu-satu barang tersebut ia sebenarnya membawa makna yang sebenrnya dalam isi kandungan tersebut.

Berikut Suri senaraikan beberapa makna yang tersirat yang biasanya dapat kita lihat pada setipa makanan yang berbungkus/bertin.

P10395022Sumber: http://www.overstock.com

  • Rendah Lemak
  • Pada kebiasaannya ia mengandungi 25 peratus lemak daripada susu biasa.
  • 85 peratus Bebas Lemak
  • Kedengarannya cukup menyakinkan kita bahawa produk tersebut bebas dari peratus lemak tapi ia sebenarnya masih mengandungi 15 peratus lemak. Amnya makanan jenis rendah lemak biasanya mengandungi 3 gram lemak dari 100 gram kalori.

marigold_low_fat_prune_yogurt

  • No Add Sugar
  • Lebih mudah difahami bahan atau produk yang terdapat dalam makanan/bungkusan tersebut tiada penambahan gula. Sungguhpun begitu ia sebenarnya tetap mengandungi gula atau pemanis tiruan.
  • Rendah Kalori
  • Membawa maksud di dalamnya mengandungi sekurang-kurangnya 40 kalori setiap sajian.

Semoga maklumat yang tidak seberapa ini sedikit sebanyak memberikan kita kesedaran bahawa menu yang terdapat di pasaran sekarang ini kurang elok untuk dijadikan sebahagian dari menu makana atau dijadikan sebagai diet.

Apa yang penting pengambilannya haruslah terkawal dan berpada-pada. Jika tidak dikhuatiri nanti kita akan mendapat penyakit pada masa-masa akan datang. Kata orang ibarat jatuh di timpa tangga memanglah tiada gunanya lagi.

Share
Artikel lain yang best-best :

38 thoughts on “Makna Disebalik Label Makanan

  1. Kadang2 kita teringin juga nak beli makanan yg dijual dipasaran. Biasanya kita bukan tahu sgt apa kandungan yg terdapat dlm sesuatu produk tu. Tambahan produk itu jenama terkenal dan popular pula. Asal sedap.. buat kita selalu jamah makanan tu

  2. Salam suri,

    Perkongsian dan pendedahan maklumat yang sangat berguna.Sememangnya itulah realiti kandungan yang terdapat di dalam makanan kita sehari-hari.

    Tidak hairanlah apabila pemakanan adalah antara faktor tertinggi yang menyumbang kepada penyakit-penyakit kronik.

    • salam sahabat PBP
      rasa sedap melebihi segalanya..

      bila sakit mula bertandang barulah kita terfikir akan mkn apa yg telah kita mkn sebelum2 nih ..

      oh..sesal kemudian tiada gunanya lagi..

    • haa tarikh lupt kena waspada tgok..hatta makanan dlm tin tu yang penting geee..

      bulan lepas suri ada blik kg..pastu duduk tepi laut..ada acik jual kopok segera(jajan).

      en suami makan..dia kata jajan tu lemau. suri cakp mustahil lemau sebab suri dah amik satu pek untuk buat QA.

      tengok backseal eseal ok jer..tak kedap udara..last tgok tarik luput dia..last2 tarikh dia dah luput …

      balik tu suri mahu tukar jajan tu..en suami tak beri.suri apalagi buang jajan dlm tong sampah…huu

  3. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Itulah lebih baik dari pengambilan makanan yang tinggi lemak dan kolestrol. Makanan fast food tu semua sandiwara dunia semua tu.

  4. betul tu.
    bukannya tepat, kadang2 kalau benda tu terlalu sikit, diorg akan “ignore” je.
    Contoh lain, saturated fat. Diorg tulis 0%, tapi realitinya mungkin ada, tapi terlalu sedikit

    • hee bab harga tu mmg tak blh lari bro TE kita mmg sslu jer tertipu..dema nak unung lebih ada jelah tektiknya..

      cam tu berniaga mmg tak berkatlah duit yg dema dpt huuu..

      kita pula sbg pmbli dan pengguna kena byk2 bersabar huuu…

  5. Pengilang biasanya diberikan panduan berapa peratus, maksimum kandungan lemak sebelum boleh meletakkan label tanpa lemak atau rendah lemak. Begitu juga kalori, gula dan sebagainya.
    Jadi jangan ingat bila sesuatu produk itu dilabelkan tanpa kolestrol, betul2 tanpa kolesterol. Sebenarnya masih mengandungi sedikit kolesterol. Kalau labelnya bertulis rendah kolesterol pula ini bermakna kandungan kolesterolnya lebih banyak dari produk dengan label tanpa kolesterol

    • kenalah belajar memasak..
      masak pling senag masak nasi goreng..

      ada internet cari jer resepi simple sure jumpa punya heee..

      halal atau tidak marshmallow..
      ada juga degar berita ttg itu..namun kita harus berhati2 dlm mbelinya..

      seandainya berminat rasanya mash terdapat marshmallow yang halal d jual dalam talian maya..

      pada pandagan suri jika hati kita masih was2 utk mmbelinya..berbolak – balik baik kita lupakan shja niat kita utk mmbli makan tersebut.

      baik cari/beli makanan lain rasanya berlambak lagi kat luar sana mkn yang di yakinan halal dan sedap ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>