Ledakan Handphone Transformers

Salam pagi semua..

Entah mengapa harini punya memori teringatkan anak saudara lelaki..

Agaknya mungkin sekarang ini dia dah masuk tingkatan 1 huuu..  Masihku ingat waktu cuti sekolah kami selalu sahaja dating berdua  menonton wayang cerita transformers tu. Itulah antara cerita kegemarannya. Rasanya kalau dia tengok 100 kali pun dia takkan boring punya huuu.. yang Suri ni layankan ajer hee.. Kata kakak sulungnya “orang kaunter tiket tu dah kenal sangat muka kami berdua!” hiii.. :)

transformers3_800Sumber: http://chhimipenjo.com

Sebut pasal transformers tergerak hati nak melihat youtube handphone Transformers :) Hurm tentu menarik bukan. Jom kita tengok klip video tersebut seperti dibawah :)

Cell Phone Transformers (Handphone Transformers Walkman Series!)

Mencari-cari handphone yang terbaik dalam revolusi transformers terjumpa sebuah video yang terbaik ini yang dicipta oleh pengeluar terkenal, Sony Ericsson yang mempertaruhkan Series Walkman.

Mengandungi pelbagai fungsi didalamnya seperti lensa kamera, fungsi MP3 dan banyak lagi.

Masa zaman sekolah Suri hanya ada walkman yang hanya boleh dengar keset slide a dan slide b jer. Sekarang memanglah jauh beza dengan dulu kan..kan..

Samsung U700 Transformers (Bertukar menjadi piring UFO)

Berlainan pula dengan rekabentuk yang cuba ditonjolkan oleh Samsung U700 ini. Sekilas pandang ia tidak ubah seperti telefon bimbit biasa, namun siapa sangka ia berupaya bertukar manjadi UFO?!

Uniknya handphone ini, selain ia mirip UFO, ia juga boleh terbang :) .

Hurm agaknyalah jika handphone ini cuba di curi adakah ia akan terbang dengan sendirinya :) dan kemudian akan kembali pada tuannya? jawapan anda bagaimana pula

Nokia N900 Transformers (Transformasi yang hebat)

Sebenarnya amat jarang sekali kita melihat handphone yang berada di pasaran bertukar imej menjadi transformers. Akan tetapi klip video yang Suri ingin selitkan disini adalah salah sebuah handphone terkenal iaitu Nokia N900 yang mampu berubah menjadi tranformers.

Di antara fungsi yang menarik pada handphone ini adalah ia merupakan handphone yang pertama sokongan dari platfrom terbaru ‘Maemo 5‘. Bukan itu sahaja malahan, Nokia N900 ini juga turut tersedia dengan fungsi Ovi untuk memudahkan anda seperti Ovi Maps, Ovi Store, Ovi Contact dan banyak lagi.

Jika berhajat besar ingin memiliki Nokia N900 apa salahnya sekiranya ia amat berbaloi bagi anda ;) Kata orang setiap orang punyai citara rasa, minta yang berbeza-beza.

Pstt!! Blog ini bukan kedai handpnone tapi untuk memberikan dia semangat supaya untuk kita memiliki sesuatu kita mesti ada usaha ke arah itu. ;)

So yang mana satu cun?


Share
Artikel lain yang best-best :

30 thoughts on “Ledakan Handphone Transformers

  1. Nasib baik anak-anak ambo tak terjumpa di You Tube mende-mende ni, kalau tak sure depa rayu mintak beli.. :D Bapaknya pun geram tengok. Hmmmm Peminat Transformers la katakan. Alhamdullillah tiada di kedai handphone la ni.. kalau tak tergugat iman :D
    Jwp: 27

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>