Salam semua..
Masyarakat Melayu terkenal dengan sifat sopan santun, berbudi bahasa serta penuh dengan adat budaya dalam menjalani kehidupan seharian.Adat lebih diutamakan, bak kata pepatah ‘biar mati anak jangan mati adat’, lebih-lebih lagi ketika mengadakan majlis meminang, bertunang dan pernikahan. Untuk memulai upacara merisik, pertunangan dan pernikahan, masyarakat Melayu menggunakan tepak sirih sebagai pembuka kata.
http://shw.cikjahflowers.fotopages.com
Dalam adat bersirih, setiap bahan yang terkandung mempunyai pengertian dan membawakan maksud tertentu.
- SIRIH :
- Memberi arti sifat yang merendah diri dan sentiasa memuliakan orang lain, sedangkan dirinya sendiri adalah bersifat pemberi.
- KAPUR :
- Melambangkan hati seseorang yang putih bersih serta tulus, tetapi jika keadaan tertentu yang memaksanya ia akan berubah lebih agresif dan marah.
- GAMBIR :
- Dengan sifatnya yang kelat kepahit-pahitan memberikan arti ketabahan dan keuletan hati.
Sumber:http://www.pnm.my
- PINANG
- Digambarkan sebagai lambang keturunan orang yang baik budi pekerti, tinggi darjatnya serta jujur. Bersedia melakukan sesuatu perkara dengan hati terbuka dan bersungguh-sungguh
- TEMBAKAU :
- Melambangkan seseorang yang berhati tabah dan sedia berkorban dalam segala hal
Tepak sirih digunakan sebagai barang perhiasan dan atau dalam upacara-upacara resmi. kerana tepak sirih penting dalam adat istiadat, maka tidak layak digunakan sembarangan.Dulang tepak sirih ini terbagi dua bagian, di bagian atas disusun empat cembul dengan urutan susunan : pinang, kapur, gambir dan tembakau. Di bahagian bawah pula disusun cengkeh, daun sirih dan kacip.
Bagi masyarakat Melayu, sirih disusun sedemikian rupa untuk menunjukkan tertib ketika mengapur sirih, yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Daun-daun sirih yang disusun dalam tepak sirih hendaklah dilipat bersisip antara satu sama lain dan disamakan tangkainya, disusun sebanyak lima atau enam helai dalam satu baris.
Satu tepak sirih selalunya mengandungi empat atau lima susun sirih tadi. Sirih yang berlipat ini wajib dibuat kerana hendak mengelak dari terlihat ekor sirih itu. Ekor sirih tidak boleh dinampakkan kerana dianggap satu keadaan yang kurang sopan dan tidak menghormati tamu. Tepak sirih yang telah lengkap ini dihias dengan bunga dan dibungkus dengan kain songket.
Sumber dari bang Ical.


Sekarang tak ramai yang kena tepak sireh. Kalau sirih junjung tu ramai la yang tau.
.-= Norasikin´s last blog ..Kes Pengedaran Tidak Sah Ebook Masakan Barat Kini Selesai =-.
mengikut peredaran masa la.
.-= Ali ridha´s last blog ..Streamyx – tukar katalaluan wifi =-.
kak nora
akan di kupas satu persatu nnti heee
ali ridha
anak2 skr tahu sirih junjung er lain zero
Tertinggal 2 lagi barang penting dalam tepak sireh tu. Ubat gigi dan berus gigi. heheheh
.-= Norasikin´s last blog ..Semakan Kemasukkan ke MRSM untuk Tingkatan 1 dan 4 Sesi 2011 =-.
ubat gigi sesuai gosok gigi.
.-= Ali ridha´s last blog ..Streamyx – tukar katalaluan wifi =-.
kak nora
ada2 jer hiii..pastu panggi anak kak berus ggi dia pakai kapur sirh yer hii
ali ridha
utk gosk tembaga mmg tak blh ok heee..
huhuhu… lama tul tak makan sireh ni…
pergi la beli satu sireh.huuu…
.-= Ali ridha´s last blog ..Streamyx – tukar katalaluan wifi =-.
mancai
pernh mkn ker bro? huuu
ali ridha
kt tecso ada jual..dia akan tutup lewat klu ari ujung mgu heeee
sireh tak pernah rasa langsung… biasanya buat untuk perhiasan jer…
.-= zik´s last blog ..Beregu kecundang- Lee Cong Wei mara separuh akhir =-.
itu mmg ada melayu..di lupa jangan sesekil..
perkongsian ilmu yang menarik, tuan tanah. hehe. tak pernah rasa sireh lagi. huhu
.-= RedBoys´s last blog ..Kalau Sudah Malang =-.
rasanya rasa apa yer? kena tyr bro mancai nie heeee
Banyaknya ilmu yang dinaz dapat nie…terima kaseh!
sama2 kwn ku
wah..baru tahu simbolik sirih..thanks suri for the info:-)
.-= humbleyat´s last blog ..Life Is Like Riding A Bicycle =-.
salah satu simbolik sireh.
.-= Ali ridha´s last blog ..Streamyx – tukar katalaluan wifi =-.
moga kita semua faham semu maksudnya heee
ali ridha
bila dah tahu klo org tahu jwb le hiii
pernah gak makan sireh n pinang..tapi lama2 dulu. dah lupa rasanya.
gambir…tujuannya lain..skrg dah tak pakai lagi. ianya lbh memudaratkan
teknologi dh canggih..bla dpt kesan sesuatu yg kurg baik2 cpt org akan sedia mkluum..
oo..pernah makan sirih ngan nenek..tapi keluarkan balik..pedar….huhu
pedar atau pedas hii..
gigi mesti ctk sb kala merah hiii