Charlie And The Chocolate Factory

Salam pagi untuk semua..

Suri minta maaf pada semua sahabat yang datang singgah disini namun entri baru masih belum terhasil. Ini menyebabkan blog Cahaya Cinta keciciran entri edisi hari ahad seperti hari hujung-hujung minggu yang biasa.

Churp.. churp..

Sahabat pernah tak tengok cerita Charlie And The Chocolate Factory?

Ia mengisahkan tentang pertandingan yang diadakan oleh pembuat coklat terkenal, Willy Wonka di mana lima orang kanak-kanak yang menjumpai kertas emas di dalam coklat-coklat beliau di beri peluang untuk melihat bagaimana coklatnya di hasilkan.

charlie_and_the_chocolate_factory_2

Sedikit rantaian sinopsis tentang kisah tersebut:-

“Coklat Willy Wonka adalah coklat yang terbaik dan yang menghairankan semua orang adalah, tiada siapa tahu siapakah pekerjanya kerana tiada siapa yang memasuki atau keluar dari kilang tersebut.

Lima orang kanak-kanak yang menjumpai kertas emas tersebut termasuk Charlie, seorang budak lelaki yang miskin dan tinggal bersama ibubapanya dan datuk dan neneknya di sebelah ibu dan bapanya.

Di kilang tersebut, pelbagai kejadian yang berlaku. Kilang tersebut adalah di luar imaginasi kerana mempunyai sungai coklat, rumput juga dari coklat, malah, segala di kilang tersebut boleh di makan..”

Roald Dahl

Tahukah sahabat siapakah yang menulis karya ini.?

Roald Dahl adalah seorang penulis buku cerita kanak-kanak yang terkenal di Eropah yang telah mencipta judul buku seperti diatas.

Apakah karya-karya yang pernah dihasilkan oleh beliau?

Di antara karya-karya yang pernah dihasilkan oleh Roald Dahl adalah  Charlie And The Chocolate Factory dan Matilda  adalah antara karya yang paling mendapat sambutan yang popular dikalangan kanak-kanak mahupun golongan dewasa.

Bilakah Roald Dahl dilahirkan?

Roald Dahl telah dilahirkan pada tanggal 13 September 1916. 

roalddahlday

Apakah yang menyebabkan tarikh lahir beliau begitu unik? 

Yang menyebabkan tarikh lahir beliau begitu unik kerana ia dijadikan sebagai  “Roald Dahl Day” bagi memperingati karya beliau yang berunsurkan kisah lucu serta mempunyai daya imiginasi yang tinggi dalam setiap penghasilan  buku yang dihasilkannya.

Sumber sinopsisi:http://bicaraku.blogdrive.com/archive/cm-07_cy-2004_m-07_d-11_y-2004_o-0.html

 

Siap ada tarikh memperingati lagi hee..

Sahabat ada tarikh-tarikh yang tertentu yang istimewa selain dari tarikh hari lahir sendiri.. ;)

Share
Artikel lain yang best-best :

26 thoughts on “Charlie And The Chocolate Factory

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>