Katakan Tidak Pada Anaestasia

Salam hujung minggu untuk semua sahabat-sahabatku..

Perkongsian hari ini Suri nak kongsikan info dadah pada anda semua. Harini kita mulai dengan dadah yang dipanggil ketamin. Sahabat-sahabat nak tahu tentang ketamin dengan lebih lanjut ayuh kita baca info dibawah.

Apa itu ketamin?

  • Nama saintifiknya adalah Anaestasia.
  • Ia merupakan sejenis dadah rekaan yang terbaru yang dihasilkan daripada ubat bius khasnya untuk binatang sahaja.  Masyarakat India menggunaan ketamin ini sebagai ubat bius untuk binatang ternakan mereka di India.
  • Bentuknya seperti kristal dan asalnya pula dari negara India.
  • Pada amnya negara Malaysia dijadikan sebagai transit untuk membawa ketamin ini dibawa ke China dan Taiwan.

KETAMINE

Apakah kesan-kesan halusinasi yang akan berlaku sekiranya seseorang mengambil ketamin ini?

  • Berkemungkinan individu tersebut akan berkhayal dalam masa hampir 15minit seandainya anda terhidu terus bahan tersebut kedalam hidung anda ataupun samada ia disuntik ke dalam badan seseorang manusia itu.
  • Berkhayal dalam tempoh masa yang agak lama seperti hampir satu jam akan terjadi sekiranya dicampur dengan makanan atau minuman.
  • Individu tersebut dapat merasakan seolah-olah dia sedang jatuh dan merasakan dirinya seperti berada di awan-awangan yang anda ciptakan sendri.

Ketamin terdapat dalam 3 jenis bentuk antaranya:-

  • Sejenis serbuk putih yang disedut, seakan-akan kokain akan tetapi ia mempunyai tekstur yang lebih licin dan tidak berketul ketika basah. Kebanyakan pengguna ketamin mula menggunakan ketamin ini dalam bentuk serbuk.
  • Pil atau kapsul yang dilabelkan sebagai jenama pil Ecstasy.  Ianya  berbentuk pil sangat cair dan akan memberikan kesan sederhana.
  • Cecair ketamin hidroklorida pula digunakan sebagai anestetik di hospital di bawah jenama Ketaset, Ketavet dan juga Ketalar.

ketamine

  • Kesan pengambilan ini juga turut menjadikan pergerakan seseorang individu seolah-olah pantas dan ada juga yang merasakan dirinya seperti terbang didasar awan yang biru.
  • Dapat merasakan hubungannya psikik dengan individu yang lain.
  • Turut mengalami gangguan dari segi ingatan mahupun pemikiran.

Apakah pula kesan -kesan kesihatan pada individu tersebut?

  • Berkemungkinan individu tersebut akan mengalami kerosakan pada bahagian otak ekoran dari kekurangan oksigen didalam tubuh badannya.
  • Terlalu kerap keluar membuag air kecil didalam tandas.
  • Akan mengalami kesakitan dan pendarahan sewaktu indivudu tersebut ingin membuang air kecil.
  • Turut mengalami muntah-muntah dan kesakitan pada bahagian abdomen badan akibat kesan dari pengambilan ketamin tersebut.

Sumber: kosmo,www.usm.mydrugs-forum.com,&http://drugfucked.tht.org.uk

SAYA ADALAH BELIA SIHAT TANPA DADAH !

Share
Artikel lain yang best-best :

15 thoughts on “Katakan Tidak Pada Anaestasia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>