Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Hujung minggu tiba lagi. Indahnya jika saat-saat begini seluruh ahli keluarga berkumpul menikmati sarapan yang enak di meja makan. Kalaulah ada cucur, nasi lemak, mi udang uh memang mantaplah hee.. Nak-nak bersama dengan secawan minuman kegemaran yang panas peh.
Kawan-kawan Suri sudah bersarapan ke belum? Jangan melengahkan sarapan nanti perut sakit heee.
Apakah itu rabies?
Rabies adalah sejenis penyakit anjing gila. Ia berpunca daripada sejenis virus penyakit yang boleh menyebabkan ensefalitis akut iaitu sejenis radang otak pada haiwan yang berdarah panas.

Secara amnya ia akan merebak melalui dua cara iaitu:
- Melalui gigitan haiwan.
- Melalui sentuhan
Pada kebiasaannya genjalan yang boleh dilihat apabila seseorang itu terkena jangkitan anjing gila tersebut maka individu tersebut akan mengalami kompilasi yang agak teruk seperti:
- Mengeluarkan air liur yang banyak di kawasan mulutnya atau mengeluarkan buih-buih yang meleleh sehingga mengakibatkan seseorang individu itu hidrofobia di mana pesakit akan mengalami kesukaran untuk mengunyah.
- Berlaku kekejangan otot.
- Seseorang itu akan takut melihat air sebab penyakit ini disebut sebagai hidrofobia membawa maksud (takut air).
- Mata si penderita akan terbuka lebar dan menatap tajam pada orang-orang yang berada di sekelilingnya.
- Mudah mengamuk, kadangkala sukar untuk di redakan amukannya. Lama kelamaan dia akan tenteram semula.

Tanda-tanda serangan rabies.
Serangan rabies boleh membawa musibah pada sesiapa yang terkena gigitannya. Namun begitu terdapat beberapa simptom awal yang boleh dikenal pasti seperti demam, mengalami halusinasi dan sebahagian badan akan mengalami kelumpuhan.
Sekiranya terdapat genjala tersebut wujud maka haruslah menghubungi pusat kawalan penyakit berpenyakit dan membawa segera pesakit ke hospital berdekatan dengan segera.
Ketika anda melakukan aktiviti keluar rumah seperti bejoging, berbasikal, berkemah dan sebagainya anda di sarankan agar lebih berhati-hati supaya tidak terkena gigitan haiwan liar tersebut dengan cara:-
- Memakai stokin untuk mengelakkan gigitan dari anjing gila.
- Membawa objek seperti yang keras atau tajam seperti kayu bersama dengan anda bagi keselamatan diri.
- Digalakkan memakai baju lengan panjang dan seluar panjang walaupun pada musim panas.Sarung tangan juga perlu sekiranya anda berada di kawasan hutan atau terpencil.
- Memakai kasut bertutup bagi mengelakkan di gigit.
Biasanya anti serum akan diberikan kepada bakal mangsa yang bepontensi mangalami rabies ini seperti doktor haiwan, penjaga gua kelawar, penduduk yang terancam dengan gigitan anjing gila. Amnya suntikan vaksin ini akan di cucuk pada bahagian tempat gigitan, sebahagiannya di suntik ke bahagian otot biasanya daerah kawasan pinggang.
Ingatlah sekiranya anda digigit pada waktu itu dari spesis anjing liar, kucing liar, musang atau kelawar anda MESTI membersihkan gigitan tersebut terlebih dahulu dengan sabun. Sekiranya anda tidak mempunyai sabun, digalakkan mengalirkan air tersebut di atas tangan dan segera menghantar pesakit ke hospital dengan segera.
Pesanan: Sesuatu perkara yang berlaku kadangkala tidak di jangka di mana, bila, keadaan situasi tersebut akan terjadi. Kata orang mencegah lebih baik dari mengubati. Langkah penyediaan dia atas adalah sebagai saranan dari pihak penulis sahaja.
Dulu masa Suri belajar mengaji kat Masjid kampung ada seorang kakak ini duduk dekat atas tangga masjid. Tiba-tiba dia menunjukkan tanda-tanda seperti diatas. Memang kejadian itu masih berbekas dalam ingatan. Kasihan sangat tengok kakak tu huhu. Masa kami kecil-kecil suka berkumpul tengok kejadian itu berlaku depan mata. Rasanya sedih dan menyakitkan sekali.
ayie selalunya bila melintas dekat anjing amat berhati2…antara lain sebab jangkitan penyakit anjing gila ni laa…ermm
tu salah satu darinya..
klu kena mau gak samak balik heee
boleh ke kita nak kenal
yang mana satu anjing gila
yang mana pulak anjing biasa2 [tak gila]
Hmm… betultuh bro nak tahu sifat-sifat anjing gila supaya boleh dijadikan panduan
Akubiomed
uh..yg ini suri dapat melalui sumber pambacaan sekali imbas jer bro. Insyallah jika saya terjumpa artikel yang menarik untuk cara mengenali spesis2 ni suri akan betangkan karpet merah dlm blog ini di bawa ke part II.
tehr
Insyallah akan diusahakan.terima kasih atas permintaan artikel tu heee…
ps:pasni kene buat homework huhu..
ada persamaan ke penyakit anjing gila dengan sawan babi? ada tak penyakit babi gila dan sawan anjing?
kalau gila babi biasa la dengar
tapi sawan anjing ni tak pernah pulak
pelik je bunyinya
kak nora
Mengikut kajian dan pembacaan suri kedua-dua penyakit anjing gila dengan sawan babi mempunyai persamaan dimana kedua serangan ini akan terus tarik iaitu “menangkap bahagian otak manusia” dan akan menyebabkan kompilasi gerak tubuh luar kawal dimana akan berlakunya kekejang otot pada tubuh si mangsa.
Penyakit gila babi atau sawan babi secara amnya ia lebih berkait rapat dengan aktiviti elektrik otak yang normal diganggu oleh lebihan aliran elektrik dalam otak yang menyebabkan berlakunya masalah komunikasi sementara antara sel saraf.
Manakala penyakit sawan anjin pula tu disebut kerana seseorang individu itu terkena gigitan atau sentuhan mana-mana jenis binatang yang liar seperti keterangan suri di atas.
tehr
sawan anjing tu sama je dgn penyakit gila anjing. Virus tu ada pada anjing yang berdarah panas maka apabila di pindahkan pada manusia jadilah sebutanya org panggil sawan anjing.
tak gitu cikgu Tehr dan cikgu Nora??
eh?! ini blog cahayacinta ke? asal nampak lain
heee. blue like me lah suri. sukeee.
erk anjing gila == rabies
harap dijauhkan dari penyakit ini
eh yelah..blue means romantic
ye anjing gila tu salah tu penyakit huhu..
Info sgt2 berguna.
TQ 4 sharing
terima kasih
mengenai gigitan tu, betul la. Saya pernah pergi kerja lapangan yg memerlukan kami buat survey spesies kelawar kat kawasan hutan. Memang kena hati2 untuk pegang kelawar tu, sbb gigitan dia ada virus.. Beberapa bulan lepas, ada staff yang meninggal akibat kesan virus tu lepas kena gigit beberapa tahun dulu.. hati dan buah pinggang gagal function.
benar tu..benda ni klu dah kena mmg musibah jwbnya..namun itu semua kuasa Tuhan..
Al-fatihah buat sahabat ejoncb.kita yang ada perlu hati2 akan anjing gila ni. sb dia dtg bukan mengira mangsa huu
salam..
ermm..ala-ala jadi serigala jadian
la agaknya Suri ye..?kena pula malam
bulan mengambang..he he..
terima kasih infonya tu…
wslm.
takut2 suri suri tak gerak kemana2 takut d gigit..
bulan mengambang awoooooooo!!! hiiii
dulu saya memang takut dengan anjing, sejak dah dewasa, saya rasa anjing biasa jer, malah anjing yg takutkan saya, hehehe, pasal gigitan anjing gila ni minta dijauhkan lah
tu pasal ada info kongsikan je sini hee…harap membantu yer
Pernah ada kawan yang terkene jangkitan ni…meninggal dalam usia muda..mintak2 dijauhkan laa…
mmg pykit ni kurg menular tapi derita tu mmg perit..
mula2 tgk tajuk..chii ingtkn suri nak citer pasal arnab..rupa2nya pasal penykit anjing gla.
dari dulu smpai skrg..kalo nmpk anjing mmg cuak..lgik2 da tau pasal penyakit ni..minta2 di jauhkan la..
da la area umah chii ni byk sgt anjing liar berlegar2..sedangkn kat sini perkampngan melayu..tak tau anjing sesat mana tah yg da membiak kat sini
hee.bunyi jer cam arnab tapi bukan..rabies tu makna dia dlm bahasa english heeee,,
sabar kena hati2 moga2 djauhkan..cam taman umh suri juga ni byk anjig huuu..
hti2 ya chii
kawan sy ada yg mengidap penyakit ni…kesian kt dia..kalau cuaca panas tu mcm nak melepuh satu badan…
mmg derita kita yg melihatnya..hanya yg mengalami rasa kekejangan tu..moga2 shabt tu d lindungi sllu..
mungkin ini antara sebabnya anjing termasuk dalam kategori najis berat
mungkin juga tuh
binatang khinzir tu pun haram d sentuhkan huuuu..
Ingatkan rabbit tadi
huhuhu
ni yg part I eh…
haa yang ini bahagian pertama heee
bukan arnab heeee tapi nama penyakit heee
salam..ni saya ada satu poblem..dulu saya tak takut gak anjing nie..p karang dah takut balik…aiya…balik keja kna kejar,pg keja tak delah bab masi awal..pemalas punya anjig..bagaimana cara nak takutkan anjing !@#4 tu,,orang !@#% tau nak bele,tak reti nak taruk leklok
Wksalam sahabat..satu persoalan yang bagus juga untuk di kongsikan bersama-sama.
Berikan Suri masa untuk mencari jawapan nanti suri akan jadikan ia sebagai tajuk posting ya.
terima kasih atas pertanyaan tersebut. Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda d sni.
UPDATE 11.00 AM 20/12/2011
CARA-CARA MENAKUTKAN ANJING
http://cahayacinta.com/info/apakah-itu-rabies-part-iii.html?preview=true&preview_id=13993&preview_nonce=17a27be656