Antara Feng Shui Dan Posisi Tidur

Salam pagi untuk semua..

Suri in the HoUse  maya heee.. :)

Hokey malam tadi sahabat tidur lena tak.  Ke tidur beralih-alih tempat? tidur-tidur ayam? atau tidur atas pokok heee.. 

Tahukah kawan-kawan salah satu kunci kereta yang akan membuatkan seseorang itu tidur lebih lena ketika berada di dalam kamar beradu sebenarnya banyak mempengaruhi beberapa faktor.

Apakah faktor-faktor tersebut. Salah satu faktornya seperti penantaan cahaya, sudut ruang, tema warna sesebuah bilik, penataan perabot yang tepat dan sebagainya. Tapi terfikirkah sahabat masih ada satu lagi perkara yang kita sendiri tidak perasan walhal dalam masyarakat cina hal sebegini tidak dapatlah dipisahkan dalam kehidupan mereka.  Apakah itu “Feng Shui“?

bt

Sedikit pemahamam tentang Feng Shui.

  • Feng shui Cina Tradisional : 風水, Cina Ringkas: 风水, Pinyin: fēng shuǐ; IPA: [ˈfəŋˌʃueɪ] <fung-syuéi>) ialah sistem estetik Cina kuno yang dipercayai menggunakan Hukum-hukum samawi (astronomi) dan bumi (geografi) untuk membantu kita memperbaiki hidup secara menerima aliran qi positif. Nama asal ilmu ini ialah Kan Yu Cina Tradisional: 堪輿, Cina Ringkas: 堪舆, Pinyin: kānyú; harf. “Cara langit dan bumi”.
  • Perkataan ‘feng shui’ secara harfiahnya diterjemah menjadi “angin-air”. Istilah ini dipetik dari satu rangkap dalam buku Zhangshu yang dikarang oleh Guo Pu ketika zaman Dinasti Jin.
  • Qi (udara) menaiki angin lalu menyerak, tetapi disimpan apabila ditemukan air.
  • Ramai pengikut moden mengakui bahawa feng shui ialah amalan menyusun benda (seperti perabot) untuk membantu kita mencapai matlamat. Jika diikutkan secara lebih tradisi, feng shui adalah penting dalam pemilihan tempat tinggal, tempat persemadian dan perancangan pertanian.”

Di atas sebagai ilmu sampingan sahaja . Apa kata kita mempelajari bersama-sama sedikit maklumat tentang posisi tidur kita dengan lebih nyaman lagi mengikut aliran Feng Shui ini.

INGAT!!! ini hanyalah sekadar info sahaja. Tiada kait – mengait dengan apa jua situasi, agama mahupun lain-lain perkara. Kerana ia sekadar perkongsian ilmu sahaja tidak lebih dari itu. Harap-harap tiada siapa pun antara kita akan mengambil serius dalam entri kali ini.  Harap Maklum.

  • Posisi Pertama Terbaik
  • Ketika kita tidur kepala kita mestilah mengadap ke arah dinding yang tidak ada jendela mahupun pintu. Ia lebih elok lagi sekiranya tempat tidur kamu mengadap ke arah pintu. Tetapi, jangan setentang dengan pintu!

 

  • Posisi Kedua Terbaik
  • Kepala tidur kamu mengadap ke dinding yanga ada jendela. Tetapi, pastikan posisi tempat beradu kamu tidak tepat di depan jendela.

imagesCAHI26PW

  • Posisi Ketiga Terbaik
  • Kepala tempat tidur anda berada berhampiran dengan jendela, dan bukan pula di depan kepala.

 

  • Nampak buruk
  • Takala kamar tempat tidur kamu berada betul-betul tepat di bawah jendela.

 

  • Kedua Teburuk
  • Apabila tempat tidur kamu tidak ‘berkepala’. Seperti tiada penghadang katil dan kedudukannya pula berada tepat di bawah jendela.

 

  • Paling Buruk
  • Tempat tidur kamu tidak memiliki ‘kepala’, berada tepat di bawah jendela dan  setentang pula dengan pintu bilik.

Sumber: Maklumat posisi tidur Sahabat Anie Mohamed, ayat oleh Suri dan maklumat ‘feng shui’ Cik wiki.

 

Psttt!! Malam tadi ada orang tidur sampai jatuh bawah katil ke? erkk.. ;) :)

Share
Artikel lain yang best-best :

50 thoughts on “Antara Feng Shui Dan Posisi Tidur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>