Salam pagi semua
Kita sering kali menggunakannya. Tapi mungkin sebahagian dari kita tidak tahu fungsi didalam mesin basuh tersebut dan revolusi sejarah penciptaan mesin basuh ini bermula. Kawan-kawan benar-benar teruja nak tahu apa ada pada setiap jenis mesin basuh, model-modelnya yang terdahulu ayuh kita menyorotkan anak mata dibawah sama-sama.
Mesib basuh merupakan sebuah mesin yang direka khas untuk membasuh pakaian seharian kita termasuklah baju, seluar, tuala dan cadar. Istilah ini merujuk kepada mesin basuh yang menggunakan air sebagai larutan utama, tidak seperti cucian kering yang bendalir pencuci alternatif.
Link:http://ferraye.blogspot.com
Sejarah mencucui pakaian
Cucian pakaian secara asasnya memerlukan seseorang untuk menyental serta menggosok pakaian untuk memecahkan kotoran pepejal serta membantu larutan sabun bagi menembusinya kotoran yang terdapat pada kain tersebut. Asalnya ia dilakukan dengan menyental atau menghempas pakaian di atas batu di dalam sungai, sehinggalah terciptanya papan sental beralur.Semasa zaman Rom, manusia memutihkan pakaian dengan menyentalnya di atas batu sambil membiarkan sabun dilumurkan padanya. Pada masa itu, sabun diperbuat daripada lemak haiwan.
Teknologi mesih basuh dibangunkan sebagai satu cara untuk mengurangkan penggunaan tenaga manusia akibat proses menyental yang leceh dengan menyediakan satu tab terbuka atau bekas bertutup dengan jejari untuk mencuci pakaian tersebut secara automatik. Mesin basuh terawal kebanyakannya masih lagi menggunakan kudrat manusia. Memandangkan bekalan elektrik masih belum didapati secara meluas sehinggalah paling awal pun tahun 1930an, beberapa model mesin basuh ini mengunakan kuasa enjin petrol yang berbentuk silinder tunggal berkelajuan rendah.
Memandangkan air perlu dipanaskan untuk mencuci, air sabun yang panas adalah berharga dan akan digunakan berulang kali. Mula-mula untuk mencuci pakaian yang tidak berapa kotor, diikuti dengan pakaian yang lebih kotor. Sementara model terawal diperbuat daripada kayu, mesin yang lebih baharu diperbuat daripada logam untuk membolehkan unggun api dipasang di bawah tab cucian untuk memanaskan air sepanjang cucian sehari suntuk.
Proses membuang air sabun daripada pakaian selepas mencuci asalnya merupakan satu proses berasingan. Pakaian yang basah asalnya diperah dengan tangan untuk membuang air. Untuk mengurangkan tenaga kerja ini, mesin penggelek dicipta dengan menggunakan dua penggelek yang dikenakan tegangan spring untuk membuang air daripada pakaian. Namun demikian, hanya sehelai pakaian sahaja yang boleh diperah pada satu-satu masa. Penggelek terawal menggunakan tangan sebelum menggunakan motor elektrik.
Link: http://niniane.blogspot.com
Kaedah moden bagi membuang air melalui putaran hanya mula digunakan setelah motor elektrik dicipta. Proses putaran kering memerlukan motor elektrik berkuasa tinggi serta berkelajuan tinggi. Asalnya proses ini dilakukan secara berasingan pada tab putaran kering. Setelah habis mencuci, pengguna perlu memindahkan sendiri pakaian dari tab cucian ke tab putaran kering sebelum pakaian diputar untuk membuang air. Mesin basuh sebegini dikenali sebagai mesin basuh separa automatik dan ia masih lagi dikeluarkan sehingga sekarang berikutan harganya yang lebih murah daripada mesin basuh automatik.
Tab putaran kering terawal selalunya agak berbahaya untuk digunakan memandangkan beban pakaian yang tidak seimbang akan menyebabkan mesin bergegar dengan kuat. Banyak usaha telah dilakukan bagi mengurangkan gegaran akibat beban yang tidak seimbang, seperti memasang sistem penyerap hentakan serta suis hentakan yang mematikan mesin secara automatik apabila ia bergegar dengan kuat untuk membolehkan pengguna menyusun semula pakaian di dalam tab putaran kering. Kebanyakan mesin moden dilengkapi satu gelang cecair yang ditutup bagi menangani sebagang ketidakseimbangan.
Mesin basuh automatik
Menggabungkan ciri-ciri tab cucian serta tab putaran kering dalam satu mesin, termasuklah keupayaan untuk mengisi dan membuang air secara automatik. Ciri-ciri pengeringan pakaian boleh juga ditambah pada mesin basuh sebegini, tetapi ia jarang dilakukan memandangkan proses mengering menggunakan lebih banyak tenaga elektrik daripada menggunakan dua tab cucian dan putaran kering serentak; mesin basuh/pengering gabungan bukan sahaja perlu mengeringkan pakaian, tetapi perlu juga mengeringkan tab cucian itu sendiri.
Konfigurasi era mesin basuh
Mesin basuh moden boleh didapati sama ada dari jenis muatan atas ataupun muatan hadapan.
Link: http://petalingjaya.olx.com.my
Muatan atas
Mesin basuh muatan atas menempatkan pakaian yang dimuatkan melalui penutup di sebelah atas ke dalam tab yang disusun menegak serta mempunyai pemutar (pulsator) pada bahagian dasarnya. Mesin sebegini popular di Asia, Australia, Amerika Syarikat, Amerika Latin, New Zealand, Kanada dan Malaysia.
Semasa kitar cucian, tab yang berisi pakaian diisi dengan air yang banyak untuk menyokong pakaian dan pergerakan pemutar menarik pakaian ke bahagian dasar tengah ke arah pemutar. Kemudian pakaian bergerak ke arah sisi tab dan proses berulang bagi arah putaran yang berlawanan sehinggalah masa cucian tamat. Selepas proses cucian tamat, sebahagian air dibuang dan pemutar memutar pakaian dalam sela masa yang sangat singkat bagi menyerakkan pakaian untuk menyeimbangkan muatan pakaian sebelum proses putaran kering perantara. Proses seterusnya diulang bagi bilasan pertama dan terakhir, dan selepas kitar bilasan terakhir tamat, kitar putaran kering terakhir berlangsung selama lebih kurang 6 minit bagi mengeringkan pakaian sepenuhnya.
Kelebihan mesin basuh muatan atas ialah:-
- Harganya lebih murah daripada mesin muatan hadapan.
- Kurang penyelenggaraan berbanding mesin muatan hadapan, terutamanya penggantian sesendal pintu sebagaimana mesin muatan hadapan. Ia adalah kerana mesin muatan atas hanya bergantung pada graviti untuk mengekalkan air pada mesin, tidak seperti mesin muatan hadapan yang memerlukan satu pintu kedap air bagi mengelak kebocoran.
- Sabun, pelembut pakaian serta cecair peluntur boleh ditambah secara terus ke dalam tab, tidak seperti mesin muatan hadapan di mana bahan-bahan cucian tersebut mestilah dimasukkan ke dalam bekas khas dan seterusnya ditambahkan ke tab cucian melalui injap kawalan soleniod.
- Sesuai digunakan oleh orang bertubuh tinggi lampai kerana tidak perlu tunduk untuk memuatkan pakaian ke dalam mesin sebagaimana mesin muatan hadapan.
Kelemahannya pula ialah:-
- Banyak menggunakan air berbanding mesin muatan hadapan.
- Tidak sesuai untuk mencuci bantal kerana ia cenderung untuk terapung di permukaan atas tab cucian.
- Tindakan agresif pemutar boleh merosakkan fabrik jenis lembut seperti sutera.
Link:http://petalingjaya.olx.com.my
Muatan hadapan
Mesin basuh muatan hadapan memerlukan pengguna untuk memasukkan pakaian ke dalam tab melalui pintu hadapan yang kedap air. Kesan sentalan dihasilkan melalui pergerakan tab serta tindakan graviti, sebagaimana kaedah cucian zaman dahulu dengan menghempas pakaian ke atas batu. Pergerakan tab mengangkat pakaian ke bahagian atas tab sebelum pakaian jatuh semula ke dasar tab.
Kelebihan mesin basuh muatan hadapan ialah:-
- Kurang memerlukan air dan sabun berbanding mesin muatan atas.
- Lebih menjimatkan tenaga elektrik berbanding mesin muatan atas.
- Mesra orang kerdil kerana kedudukan pintu mesin yang amat mudah dicapai.
- Lebih senyap serta kurang kecenderungan untuk bergegar akibat ketidakseimbangan beban pakaian.
Kelemahannya pula ialah:-
- Mesin muatan hadapan lebih mahal daripada muatan atas.
- Kebocoran air melalui pintu hadapan cenderung berlaku akibat sesendal pintu yang tidak tahan lama.
- Pakaian yang lebih kecil seperti stokin boleh tercicir melalui ruang di celah pintu. Proses pengeluarannya memerlukan pengguna menanggalkan pemasangan mesin.
- Jika tidak dimasukkan dengan sempurna, pakaian boleh tersangkut pada pintu apabila pintu terkunci, menyebabkan pakaian rosak dan boleh koyak.
Link: Wikipedia & http://www.oldewash.com/
Apa akan jadi jika tiada mesin basuh? Hurm.. masa untuk bersama keluarga pasti akan banyak dihabiskan dalam bilik air. Air sungai sekarang ini pun banyak yang telah tercemar huu.. Pendapat kawan-kawan pula bagaimana pula
Nota: Mesin basuh dalam bahasa Romania di sebut Maşină De Spălat sebut betul-betul Maşină De Spălat..sekali lagi Maşină De Spălat
sok kita belajar lain bahasa pula ya
hiii








kat umah ni guna mesin basuh otomatik.. dulu2 separuh otomatik.. dulu3 guna tangan jer.. semua mak sy merasa la.. hehe.. bagus gak sape yg cipta mesin basuh ni.. kalau orang dah tua mane larat nak basuh secara manual kan..
.-= Ezany-Kun´s last blog ..Ini Statistik Belog Saya Sep-Dis 2010 =-.
yelah dema kena berehat jer.biarkan mesin yang berkerja heee
hehehe aku tahu guna dan hantar repair kalau rosak je
Ps : pernah tegok kat TV cara pekerja dobi mencuci pakaian di India (dobi menual)
.-= dnoBiz´s last blog ..Seni Kelantan – Dikir Barat =-.
kat sungai adui… gelaplanh mataku huuu
tv boleh lg kalau tak dak. Tapi kalau mesin basuh wajib ada… Pemalas sikit kmas nie
Ingatkan cerita pasal kmas tadi…
.-= maslinamansor´s last blog ..Azam tahun 2011 =-.
hikk..harap mas tak tersedak hee…
klu ada anak ramai mesin basuh harus ada kak heee
sekarang ni perkhidmatan membaiki mesin basuh menjadi satu perniagaan yang lumayan. kenapa? kualiti mesin basuh murah yang mudah rosak. selain tu penggunaan yang melebihi kapasitinya – lebihan muatan.
.-= Hisyam´s last blog ..Sederhana Berbelanja Antara Boros dan Bakhil =-.
yelah.. kekanag muat berapa kilo jer. yg kita ni punya sumabat mesin tu byk2 dlm lubang baju huu..
tu yg rosak huuu
Mesih basuh saya dah mula meragam sejak setahun lepas. Kdg2 merajuk tak nak pusing. Air pulak sentiasa mengalir keluar sampai terpaksa naikkan salur keluar ke atas masa tadah air. Tak pe la usianya pun dah 7 tahun.
.-= Norasikin´s last blog ..Resepi Cream of Chicken Soup =-.
Mengenai air perlahan masuk mesin basuh boleh periksa penapis dibelakang mesin yang disambungkan dengan paip itu tersumbat.
Saya selalu service sendiri dengan mencuci filter dibelakang mesing setiap kali air masuk perlahan
.-= akubiomed´s last blog ..Pendedahan berani mengenai Hanis Zalikha =-.
kak nora:
apalagi kak beli yg baru le…
akuboimed
filter.. hurm blh try juga tu kak nora mana tahu ia blh selamatkan mesin basuh kak
belum cuba belum tau
mesin muatan atas dan hadapan masing2 punya kelebihan dan kelemahan, tetapi rasanya muatan atas lebih menjadi pilihan kebanyakan org disebabkan harganya, dan nampak tak leceh sgt
.-= tengkorak emas´s last blog ..Sedikit vs Ramai =-.
Harga mesin basuh top loading memang murah dari front loading. Alang-alang beli top loading pilih yang jenis fully automatic.
Saya dulu ada semi memang leceh dan kesian dekat isteri bila pakai terpaksa manual spin dry untuk keringkan baju menganggu tugasan yang lain di rumah
.-= akubiomed´s last blog ..4 TIPS utama untuk tingkatkan TRAFIK ke blog anda =-.
tengkorak emas
suri pilih yang atas juga..senang..klu yang bawah alamat nnti bila rosak air mglir kat lantai pula huu
akubiomed
ada org yang mamahi lagi licinlah tugas isteri dlm menguruskan hal rumahtangga
adakah sesuai untuk punyai 2 mesin basuh dalam sebuah rumah?
1 kecil dan 1 besar
.-= tehr´s last blog ..ComLuv No Last Blog Post To Return =-.
tengok kemampuan sesebuh rumah..bgi suri 1 sudah cukup sb ia byk menggunakan penggunaan elektrik pula..
Huhu… banyak gila info mesin basuh perlu digest kat entry nie. Btw, me and wifey baru je beli mesin basuh fully otomatik Samsung 7kg apa model lupa tah. Tgh offer RM650, so sambar je walaupun sebenarnya plan nak beli next month.
.-= Anwar Osman´s last blog ..The Number 1666 Comment Award =-.
Esok dah ada baby senang nak basuh baju kalau manual mana larat kesian dekat wife tuh
anwar osman..
time murah kena bli klu mahal alamatnya berkurun nak merasa.. hu..
akubiomed:
betul juga cadagan bro tu setuju2,,sok klu ada anak ramai2 pun dah mudah sikit kerja nak menguruskan baju yg kotor
mesin basuh kat rumah ok lagi.. kalau rosak.. manual lah jawabnya… huhu
.-= zik´s last blog ..Pencipta tulisan braille- dan asal-usulnya =-.
hu letih jua.. kluu dok membujang hostel mmg biasa..klu dah besar kenalah bsuh bju sndri..takan nak harapkan ibu cian dia huuuu
Mesib basuh dan saya memang tak boleh dipisahkan sebba dah selalu guna
kalo tad der parah gamaknya
salam..
haaa..tu dia sejarah ni..
bayangkan kalau tak de
mesin basuh sekarang..
sakit pinggang menyangkung
jawabnya..he he..(cuba membayangkan…)
.-= zulkbo´s last blog ..Hanis Zalikha Yang Manja =-.
dok le kaum hawa kat tepian sungai..skrg dah tak der lagi
sb pakcik mesin basuh dah ambil alih task tu hii
jenuh nak hantar dobi
kalau tak de mesin basuh..
dobi pun gamaknya macam
kat India yang saya lihat
di National Geografic..basuh
guna air sungai..sental atas batu..
mati habis ikan nanti..
bencana alam!!!!!!!
.-= zulkbo´s last blog ..Hanis Zalikha Yang Manja =-.
telah berlaku..
apanak buat tu dah jadi kerja mrka.. nak minum pun blh juga air tu hrrr
Hmm, kalau dua lebih cepat kerja membasuh maju sebab load kerja membasuh telah dibahagikan kedua mesin. Mengenai kegunaan air dan elekrik mungkin memberi kesan
.-= akubiomed´s last blog ..Pengalaman sekolah untuk tahun 1 sesi 2011 =-.
bil elektrik akan banyak huu.. tulah dia jwapn yg di beri jika pilihan kita mmbli mesin basuh
Dulu emak saya basuh guna papan dan saya pernah mencuba tidak menjadi.
Sekarang ni orang tua pun dah pakai mesin basuh top loading semi auto8
hee.. suri pernah gak tapi utk baju suri jer tu main2 masa kecik2 heee..
orang tua pun harus ikut perederan moden juga bro lalalaa..
p/s:duduk rehat je keja byk2 bukanya larat bila usi dah lanjut..
Teringat masa takde mesin basuh dulu…sumer baju kena sental sendiri pakai papan penyental dan sabun buku..huhuhu..
.-= adamfaiz´s last blog ..Tahun Baru 2011- Semangat Blogging- Bertunang =-.
try cari papan sental kat pak cik goooooooglre tapi tak der huuu
perkongsian yang menarik.
di rumah ini menggunakan mesin basuh automatik dan muatan atas.
.-= RedBoys´s last blog ..Entri Yang Ke-100 =-.
kerja yang mudaj bila ada teknologi
zaman tinggal di asrama sekolah dulu, mmg seronok membasuh baju walaupun manual aje. kdg2 baju itu direndam terlebih dahlu..smp 2 minggu dan bau yg wangi bertukar bau bangkai.
bila dah kahwin, antara dlm list wajib adalah mesin basuh.
mesin basuh masih lagi kekal yg sama walaupun sudah hampir 9 tahun menggunakannya.