Salam untuk sahabat-sahabatku semua..
Nampak gayanya malam nie tak boleh nak lelapkan mata macam biasa. Usai menidurkan si kecil selalunya Suri akan lelap sendiri tapi malam ni tidak pula ia menjadi kebiasaan seperti selalu..
Hurm, badannya masih nampak keletihan, ruam-ruam di badan tetap berbaki lagi..
Sungguhpun demam sudah sedikit beransur pulih namun dia tetap juga rancak menari menggoyangkan kaki mengikut rentak muzik a, b, c yang selalu mengingai -ngingai di segenap isi ruang tamu rumahku.. Semoga anak ibu akan cepat sembuh ya. Sebab hari sabtu kita dah nak kena jalan jauh dah heee
Suri tak mahu bercerita panjang cuma nak kongsikan satu nukilan dari seorang teman yang bergelar Cikgu Min, Selayang selangor tentang luahan hatinya sebagai seorang pendidik
.
Konon Kata Orang
Konon orang kata jadi cikgu nampak senang
kerja setengah hari sahaja
setengah hari lagi boleh lepak
tetapi orang tidak tahu kami kerja siang malam
jaga pelajar lebih dari anak sendiri
Konon orang kata jadi cikgu kerja mudah
masuk kelas bercakap sahaja
suka tidak suka pelajar kena dengar
yang orang tidak tahu
kami bukan setakat mengajar
kerana kami perlu didik pelajar jadi orang.
Konon orang kata jadi cikgu senang
banyak lapang banyak cuti
pelajar cuti kami tumpang sekali
tetapi orang tidak tahu
masa terluang kami rancang itu dan ini
semuanya untuk majukan anak bangsa
Konon orang kata jadi cikgu mudah
saban hari lakukan kerja rutin
pejam mata pun boleh buat kata mereka
yang orang tidak tahu
kami perah kepala cari cara pecahkan rutin
kerana tak mahu anak didik jemu jelak.
kami terima cabaran dan kritikan
kerana anak didik itu amanah kami
kami bangga mereka berjaya
walau mereka mungkin tak kenang kami
kami sedar tumpang bangga
kejayaan mereka kejayaan kami jua!
Tinta Suri:
Tanpa guru mungkin sampi sekarang kita tak mampu menerangi lilin untuk diri sendiri apatah lagi orang lain sekalipun..
ada guru di situlah cahaya yang bisa memimpin kita ke jalan kebaikan mahupun sekarang kita telah berjaya mengukir sebuah kejayaan dengannya..
terima kasih buat insan yang bergelar guru kerna kalian kami menjadi sebaik ini

terima kasih cikgu..dulu, semua org sangka sy akan bergelar guru..tp sy takde bakat mengajar …maaf ye cikgu2 kerana tak dpt membantu…cuma sokongan padu akan terus diberikan;-)
.-= humbleyat´s last blog ..Selamat Tinggal Nescafe dan Teh Tarik! =-.
Hua.. asalkan jadi cikgu pada anak2 kelak jadilah heee..
kerja guru mmg mulia di sisi agama
susah juga jadi guru nie… guru ibarat ibubapa …
.-= zik´s last blog ..Doa pagi- zikir diwaktu pagi dan petang =-.
kena selalu pantau keputusan setiap anak2 muridnya.. mmberi nasihat yang berguna pada anak didiknya..
saya seorang cikgu
thanks
paling tak suka bila ‘terpaksa’ buat kerja untuk orang politik
.-= tehr´s last blog ..Makan Luar =-.
oh tidak, baik buat kebajikan utk diri sendiri lagi bagus yer tak huhu..
Setuju 100% nukilan Cikgu Min di atas.
Saya seorang guru sementara, walaupun sementara, tapi mencabar.
benar tu sahabat. guru dulu degan sekarang mmg banayk bezanya. dulu kita agak mudah untuk melentur anak murid walau apa cara ketegasan sekalipun..
tapi sekaranng tidak lagi. sebaliknya guru pula disakiti..dicakarkan kereta guru dgn besilah, pancitkan tayar guru dan sebagainya huhuhu..
salam pg jumaat…
sy suka baca blog saudari..byk info yang sy dapat n kalau boleh byakkan lagi cerita2 tauladan/ kisah2 benar, boleh x?
thanks….
salam sahabat..
terima kasih atas kunjungan anda pada blog yang tak seberapa ni. Insyallah jika ada kisah yang menrik akan suri muatkan disini.
semua cikgu ajaran yang dia bagi kat kita berkat. kerana ikhlas bagi ilmu.sebab tu cikgu kira di anggap tinggi bagi semua orang..tak kira dalam bentuk apa yang dia ajar..
.-= Nine´s last undefined ..Response cached until Fri 24 @ 3:17 GMT (Refreshes in 52 Minutes) =-.
perkara baik pati akan kita sampi mati ..jasanya mmg besar
dlm sumbangan masyarakat
Selamat pagi suri.
Bagi saya, semulia-mulia pekerjaan adalah menjadi guru. Cikgulah yang mendidik anak bangsa menjadi orang berguna.
.-= zezebel´s last blog ..KK Tower clock VS 16 storey hotel =-.
jadi guru kena sabar jika tdk pasti anak murid juga akan naik tocang heeee
sungguhlah mulia pekerjaan seorang cikgu…
sebab itulah kita hurs berterima kasih pada guru
mentang2 la gaji guru kecik, mak bapak pelajar yang bergaji besar semua nak maki hamun. Anak diaorang pun tak boleh diusik. Sikit2 saman, sikit2 keluar paper. Tak pe la. aku akan pastikan pelajar2ku bukan sahaja menjadi seorang yang bijak pandai, malah berakhlak
.-= Norasikin´s last blog ..Roti Bawang Putih Garlic Bread Hari Raya =-.
cayalah guruku ini..
itulah yang nak cari guru yang berdisiplin dan bermotivasi ringgi heee
Pendek kata
Jangan mudah berprasangka terhadap orang lain…
.-= aktechpage.com´s last blog ..Duit Raya Daripada HazmanFadzilcom =-.
sebab kita tidak tahu apakah katar blkang disebalik kerjanya..
Berat tanggungjawab cikgu ini. Masa depan ramai kanak-kanak bergantung kepada mereka. Mungkin kerajaan patut consider cikgu mengajar full-time aje. kerja2 admin di sekolah tu biarlah org lain buat.
.-= Ismail N´s last blog ..KL Bird Park – Taman Burung Kuala Lumpur – Part 2 =-.
memang pun…
orang selalu anggap keje cikgu senang jerk…
nampak mereka cuma mengajar..
tp mereka ada banyak tanggungjawab len..g meeting la….jaga anak la…n bermacam2 lagi…kebanyakan
perangai anak murid yang nakal n teruk disebabkan oleh ibubapa yang gagal mendidik dengan sempurna…
.-= nash´s last blog ..motosikal atau skuter =-.
didikan kurg btul mybabkan mrka bertindak luar batas..guru pun tak hormat..huhuhuu
kerjaya sebagai seorang guru ni amat mencabar
mana taknya kene banyak berkorban untuk mendidik
anak-anak bangsa
.-= wazy´s last blog ..Registry Mechanic 900128 =-.
kekadang masa utk diri sendiri pun kurag difikirkan.. huhu..