Posted by Suri Hatiku | Posted in Fakta | Posted on 03-03-2010
Tags: Datuk Dr Mat Saat, kebaikan bermain yo-yo, kemahiran yo-yo, permainan yo yo bagus untuk kecerdasan
Salam semua…seperti yang dijanjikan pada hari Isnin yang lepas hari ini Suri sambungkan kembali al-kisah pasal si yo-yo comel Part (II).
Mungkin ada di antara kita masih mengingati permainan yo-yo sewaktu kecil dahulu akan tetapi masih juga segelintir kita yang tidak sedar bahawa yang sebenarnya yo-yo bukan sekadar untuk menghayunkannya ke hujung tali gandar roda dan akan kembali semula ke telapak tangan, tetapi percayakah anda jika Suri katakan disini bahawa pergerakan yo-yo adalah baik untuk otak anda. hehe..boleh percaya ke?

Masalahnya bagaimanakah cara ini boleh berlaku??
Menurut seorang Ahli Psikologi Klinikal, Datuk Dr Mat Saat telah menjelaskan bahawa seseorang individu yang sedang bermain permainan yo-yo sering kali menggunakan fungsi otak kira dan kanan.
Pada umumnya, maklumat ini diproses dalam pelbagai cara oleh kiri dan kanan hemisfera otak, yang mana seseorang itu akan lebih cenderung untuk memproses maklumat menggunakannya di bahagian dominan.
Bukan itu sahaja malahan tanpa kita sedari juga seseorang pemain yo-yo juga memerlukan persedian dari segi mental dan keyakinan dalam diri. Ini kerana sewaktu mengendalikan permainan yo-yo ini terdapat empat proses utama otak akan menjalankan tugasnya antaranya dari sudut tumpuan, koordinasi mata-tangan, kreativiti dan ketangkasan secara manual.
Sebenarnya ia adalah sama seperti permainan catur yang biasa, dimana tumpuan adalah satu proses yang banyak digunakan ketika bermain yo-yo, kerana bahagaian kiri otak juga dikaitkan dengan pemikiran yang rasional menjadi dominan. Tanpa kita sedari juga bahawa ketika tumpuan diberikan ke atas yo-yo, seorang pemain juga boleh bertindak mengikut teknik dengan jayanya hasil daripada tindakan otak di sebelah kiri juga turut memproses mengikut lelurus, urutan dan secara logik.

Pada masa yang sama juga, bahagian kanan otak juga lebih dikaitkan dengan keterbukaan kepada pengalaman dan rasa gerak hati seseorang individu itu dalam melakukan sesuatu yang semulajadi yang pada amnya ia adalah bersifat tanggngjawabnya untuk mencipta satu kreativiti yang menarik dalam sesebuah permainan tersebut. Dr. Bakri juga menggambarkan seseorang yang suka bermain permainan yo-yo ini juga dikatakan memerlukan pemain tesebut mempelajari pelbagai kemahiran dan teknik-teknik yang baru.
Bukan itu sahaja malahan, si pemain yo-yo ini juga sering kali diketahui mereka ini akan kerap mengubah corak permainan mereka kepada teknik-teknik yang baru dan fresh!. Ini mencerminkan bagaimana sebahagian otak di bahagian kanan ini juga digunakan dengan sebaiknya.
Malahan apabila seseorang individu itu sentiasa bermain yo-yo secara mahir dan terlatih juga akan menjadikan satu lagi bentuk aktiviti dari segi ketangkasan manual dan jasmani yang tergolong dalam permainan seperti ‘frisbees’ dan ‘cup stacking’.
Pandangan anda bagaimana?
Bagi Suri permainan yo-yo ini merupakan salah satu cara yang terbaik dalam berseronok dan pelaburannya juga amatlah sedikit sekali. Apapun anda harus mencari lokasi yang sesuai untuk bermain permainan ini demi menjaga keselamatan orang disekeliling anda.

Jadi apalagi jomlah kita sama-sama cari.. dan beli yo-yo ini kerana ia adalah satu sukan dan permainan yang menyihatkan minda kita..
Majulah suka untuk negara!













Semua games baik utk otak sbb otak kena berpikir… that’s why prof2 yg recommend games akan guna ayat yg sama bila mempromote sesuatu game. He he… Tapi PR tak boleh lah kalau game tu kurang pergerakan sbb PR ni hyperactive sikit.. That’s why PR minat sports mcm bola, hoki, badminton dsb serta muzik rock yg rancak… Yeah Yeah..
[Reply]
Salam, cak! Cik suri, jom lawan chess… hehe.. nak cari yoyo yang dulu2 mana ntah…
[Reply]
Suri Hatiku Reply:
March 9th, 2010 at 8:48 AM
taraa!
chess aduh suri kurang mahir laa..ha..ntha2 yoyo terselat kat bawah katil kot..hik..hik..
[Reply]
Ehem..macam tu yer…bagusnya bermain Yo-yo…dah lama tak main yoyo! Rasa cam nak main balik jer..yoyo kat atas tu comel la..rasa nak makan jer..
[Reply]
Suri Hatiku Reply:
March 9th, 2010 at 8:47 AM
hai wan..
alah..jgnlah nk makan..tapi klu nk terus telan pun bisa boleh kok..hehe..takderlah gurau jer..hik..hik..
[Reply]
nak kena beli jugak ni, bagi kat bebudak biar deme aktifkan otak deme tu…
[Reply]
Suri Hatiku Reply:
March 9th, 2010 at 8:46 AM
salam.. one..
sure boleh juga..sebab ia salah satu permaian yang santai.
[Reply]
Time budak2 dulu, mmg teruja tgk org main Yo-Yo, tapi bila main sendiri lak yang main… tak jadi pun.
Selalu terfikir gak, mungkin diorang beli mahal yang harga ratus2. Yang kita lak, beli tak sampai RM5 kat pasar malam, tu yg tak menjadi tu. Hehe…
[Reply]
Suri Hatiku Reply:
March 13th, 2010 at 3:43 PM
hehe..tau tak per..yg mahal tu dah tentuah brg original..
[Reply]