Ratu Anai-Anai

imagesCAPP9QFK

Anai-anai ialah sejenis serangga perosak yang memakan kayu lalu merosakkan tiang, lantai, dinding rumah, buku dan perabot rumah. Rupanya seakan-akan semut dan warnanya putih, tetapi anai-anai bukanlah jenis semut. Badan anai-anai tidak bersayap berwarna putih dan lembut. Ia juga mempunyai bahagian mulut dan sesungut.

Anai-anai hidup berkumpulan dengan tiga kasta anai-anai iaitu raja dan ratu tugasnya membiak, anai-anai pekerja mencari makan dan anai-anai askar bertugas mempertahankan kumpulannya apabila diserang semut.

Raja dan ratu anai-anai ialah anai-anai yang paling sempurna. Raja anai-anai bersayap dan warnanya kelabu, mempunyai mata dan boleh melihat. Ratu anai-anai berabdomen besar, berwarna kekuningan dan boleh membesar sehingga 4 sentimeter. Tugas ratu anai-anai ialah mengeluarkan telur dengan banyaknya.

gambar_anaianai

Kebanyakan daripada anak-anaknya menjadi anai-anai pekerja, beberapa ekor menjadi askar dan yang lainnya menjadi raja dan ratu. Anai-anai hidup di dalam sarang yang diperbuat daripada tanah, yang disebut busut. Kadang-kadang busut ini boleh dibina setinggi melebihi dua meter..

Bukan itu sahaja malahan Ratu anai-anai ini juga boleh hidup selama 500 tahun dan ia juga berupaya menghasilkan 30,000 telur setiap hari untuk membiakkan anak-anak anai-anainya secara berterusnya.

Share
Artikel lain yang best-best :

17 thoughts on “Ratu Anai-Anai

  1. salam zik,
    terima kasih kerana anda sudi singgah di blog Suri.
    hurm, namanya ciptaan Tuhan tu tiada bandingannya..setahu saya dia tak der sengat..yang ada sengat tebuan la..huuhu..

    • hai.dak wan,
      terima kasih Suri ucapkan kerana anda sudi singgah disini..betul tu..cam kat thai, cina kot..sebab mereka ni suka akan makanan pelik..tapi itu lah sebenarnya realiti kehidupan manusia.yang pelik tule yanh sedap.hik..hik..

  2. 1- dari 30,000 anak anai2, adakah semuanya 100% lahir dan membesar dgn selamat?

    2- Anai2 besar mkn anak anai2 yg kecil x?

    3- Anai2 ade dlm 7-8 species family, tp boleh ke kesemua spisis ni berada dlm 1 busut?

    4- jangka hayat ratu 500thn, bagaimana dgn askar n pekerja?

    Wassalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>