Salam Sekuntum Bunga Raya untuk semua.
Bersempena dengan bulan kemerdekaan yang ke 53 tahun Suri nak raikan kemeriahan di blog ini dengan bendera dan posting tentang kemerdekaan negara kita malaysia pada tanggal 31 Ogos 2010. Semoga titisan ilmu yang dilayarkan buat sahabat akan lebih bermakna lagi pada tahun ini dan tahun- tahun akan datang jua. Jom kita hayati bacaan kemerdekaan ini bersama-sama.
Kategori: Objek Warisan Katara
Butiran Warisan: Bunga Raya (Hibiscus Rosa-sinensis)
Latar belakang sejarah:
Pada peringkat awal sebanyak tujuh jenis bunga telah di dicadangkan untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan.
Bunga tersebut adalah bunga kenanga, melur, teratai, mawar, cempaka, bunga tanjung dan bunga raya.
Setelah proses pemilihan telah dijalankan Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika iaitu iaitu, TYM Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj.
Warna merah sebenarnya membawa maksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian dalam menempuh cabaran. Ia terus menjadi simbol kemegahan negara apabila ia digunakan sebagai simbol pada logo-logo, lencana, bendera dan setem malah turut diterjemahkan pada wang kertas dan syiling Malaysia.
Bunga raya juga dipilih sebagai lambang kebanggaan berdasarkan kepada beberapa sifat bunga raya yang unik. Bentuk lima kelopak yang terdapat pada Bunga Raya telah dikaitkan dengan lima prinsip Rukun Negara di mana ia merupakan salah satu strategi untuk mencapai perpaduan negara serta masyarakat yang adil dan saksama.
Diatas adalah gambar Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta pada 1947.
Berikut adalah surat lakaran bendera Malaysia dari Allahyarham Mohamed Hamzah.
-Buat pertama kalinya bendera Malaysia dinaikkan pada 31 Ogos 1957 di depan khalayak umum.
-Pemilihan Jalur Gemilang telah diputuskan oleh Jemaah Menteri melalaui Musyawarah Kabinet pada tahun 1997.
-Pengumuman nama bendera bagi Jalur Gemilang telah diadakan pada tanggal 31 Ogos 1997, pada jam 11.58 malam oleh Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, di padang Dataran Merdeka yang pada masa itu beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia.
- Johor
- Kedah
- Kelantan
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Pahang
- Pulau Pinang
- Perak
- Perlis
- Sabah
- Sarawak
- Selangor
- Terengganu
- Kerajaan Persekutuan
-Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima melambangkan perpaduan rakyat Malaysia.
-Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam.
-Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan
-Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.
JALUR
Menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.
GEMILANG
Bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian, Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekalipun sama ada di dalam atau di luar negara.
Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.
Jalur atau Bendera melambangkan citra atau imej negara dan rakyat yang patriotis, gigih, gagah dan berani menghadapi cabaran serta sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara. Warna merah melambangkan gagah dan berani menghadapi cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran budi dan warna biru melambangkan rakyat yang bersatu padu dan hidup rukun damai. Warna kuning pula melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara.
Sumber:
http://www.daftarwarisan.gov.myhttp://geociti.es/CollegePar http://www.daftarwarisan.gov.my
eh, Suri rasa Suri macam study balik jer nih heee.. tengah siapkan portfolio ni nanti cikgu nak semak
1 Malaysia Menjana Transformasi





MERDEKA! 3x
selamat ulamgtahun merdeka 53
Bunga raya boleh dibuat ubat bagi penyakit tiroid..
sekadar berkongsi ilmu hehe
.-= Syafrizal´s last blog ..Sijil Halal- Jakim ibarat ‘harimau tanpa taring’ =-.
terima kash atas ilmu yang diberikan.satu ilmu yang harus di manfaatkan dgn sebaiknya..
klu demam blh amik lendir dia dan pupuk kat kpla..
wah….rajinnyer akak buat entri pasal kemerdekaan..
siap ader bendera berkibar lagi..
hehehe…yelah,aku pon da lpe sebab tak sangke sambutan kmerdekaan tak lame lagi..sebab maybe sibuk ngan test serta bulan ramadhan….
jom bace entri terbaru nas klik:
kami berdua-duaan di atas katil sewaktu
housemate xde
mestilah kitakan rakyat Makaysia harus bangga dgn apa yang kita miliki skr ni.jika d bandingkan khdupan di bumi gaza, palestin lagi sdh kan…
memang dulu selalu terfikir siapa la yang menrekabentuk bendera m’sia ini..sekarang dah tahu dah jawapannya.. hehe
.-= Mr.Z´s last blog ..Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 53 Malaysia! =-.
dialah orag yang kita cari..
banyak sejarah kemerdekaan ni yang perlu diketahui.. bagus entri ni..
.-= kulanz´s last blog ..Bila Anak Mula Berkarya =-.
kita hanya tahu bendera Malaysia shaja,tapi kita tak tahu apa isi di sebalik ilmu tersbutkan..
salam kenal sob blogger indonesia
.-= mas kholiq´s last blog ..Masa – Masa di Smp =-.
salam kenal dari cahaya cinta di Malaysia
tanggal 31 bulan 8, 57 , merdeka!!!
Merdeka semoga khdupan kita akn dilimpahi cahaya rahmat olehNYA
banyak info pasal kemerdekaan ni..selamat menyambut kemerdekaan
.-= etomyam´s last blog ..Yazid Lovehunters Ucap Terima kasih =-.
ya untk sahabat bro one jua
cayalah Suri. Memang rakyat Malaysia sejati ni..haha Bagus2.. sama2 kita pupuk semangat cintakan negara
.-= Dedoku´s last blog ..Rutin Bulan Ramadhan 2010 =-.
yehaa, suri ni mmg hantu sejarah masa sekolah lagi.peluang yang ada maka harus ditaburkan pada yang lain heee
The best info so far….tq suri
sama-sama sahabtku..
info yg besar n menarik.hehehehe…………..
.-= Ali ridha´s last blog ..Tolong update WordPress 301 =-.
semoga sahabat akan terttik untuk mengenagkan jasa2 bapa kemerdekaan kita
selamat menyambut hari kemerdekaan… semangat merdeka harus ada pada jiwa seluruh rakyat malaysia
kitakan anak jati MALAYSIA
indah sekali bunga raya atuh. jadi 14 ya? dulu aku tahunya cuma 13. maaf telni. telat informasi.
.-= wahyu nurudin´s last blog ..bukuku dan blogku =-.
ya, inilah bendera negaraku yang tercinta
Hari Kemerdekaan Malaysia memang sinonim dengan pengibaran jalur gemilang. Merdeka!~
.-= hafidz´s last blog ..Kord Gitar – The Times Tunjuk Perasaan =-.
sebab itulah tunggah malaysia kita..
saya anak pasca merdeka, semoga malaysia aman makmur sentiasa. amin
.-= zackpantai´s last blog ..Esok pagi datang balik sini yer =-.
Amin, semoga rakyat akan sentisa sanjung malaysia ini di hati mereka..
Merdeka!!!
Merdeka!!!
Merdeka!!!
.-= wazy´s last blog ..Antara Realiti Dan Fantasi =-.
banyaknya merdekaku heee
merdeka!merdeka!merdeka!
thanks suri
.-= hafizmd´s last blog ..Sama-sama kita hayati video iniSubhanallah =-.
ya, selamat menyambut kemerdekaan buat sahabt jua
Very nice Info
I Love Malaysia
.-= aktechpage.com´s last blog ..Zaharuddinnet- Blog Rujukan Agama Islam Semasa =-.
saya anak Malaysia Gemilang