Kejadian Pasir Jerlus

As-salam sebagai pembuka kata..

Selamat pagi untuk semua semoga hari ini lebih manis dari semalam ;)

Rasa rindu mula bergelora kala fakta sudah lama tidak di sapa.. Kali ini Suri selogkar pula tentang kejadian pasir jerlus dilaman maya. Semoga sedikit penyampaian bicara buat manfaat untuk semua :) .

Fakta:

“Kekuatan yang diperlukan untuk mengangkat sebuah kaki daripada pasir jerlus dengan kelajuan satu sentimeter per saat sama dengan kekuatan yang diperlukan untuk mengangkat kereta berukuran sederhana.”

quicksandtm
  
Apa itu pasir jerlus?
Pasir jerlus merupakan koloid hidrogel yang mengandungi bahan yang berbutir halus (seperti pasir atau kelodak ), tanah liat dan air masin.
Pasir jerlus ialah bendalir bukan-Newton apabila tidak diganggu ia selalunya muncul sebagai pepejal (seperti “gel”) tetapi gangguan kecil (kurang daripada 1%) akan mengubah tekanan pasir jerlus dan menyebabkan penurunan kelikatannya.
 
Pasir jerlus terjadi apabila air membasahi kawasan di mana keadaan pasir agak longgar sehinggakan pasir tersebut bergerak-gerak. Semasa air itu terperangkap dalam kumpulan pasir tersebut, ia membentuk pasir cair yang tidak mampu menampung berat lagi.
 
 
Terdapat dua situasi yang memungkinkan pasir jerlus berlaku iaitu:
1.Tarikan air yang mengalir ke atas yang melawan tarikan graviti
menyebabkan butir-butir pasir untuk menjadi lebih mengapung.
 2. Pasir jerlus biasanya terjadi di kawasan yang agak lemah tanahnya seperti mata air,sepanjang tebimg sungai, sekitar tasik, kawasan paya atau di persisiran pantai.
  
  
Langkah Keselamatan Terhadap Pasir Jerlus
  • 1.Ketika anda berada di kawasan lembap seperti di persisiran pantai, paya dan sungai atau berada di kawasan di mana mata air bawah tanah berbuih keluar, kemungkinan pasir jerlus berada di situ amat tinggi.
  • Jadi anda janganlah hanya melihat sahaja tetapi bergerak sedikit langkah dan rasakan keadaan tanah. Jika tanah yang dipijak agak lembik, berundurlah ke belakang secepat mungkin. Pasir jerlus biasanya mengambil masa 1 hingga 2 saat sebelum ia mencair.

 

  • 2.Oleh sebab badan manusia kurang tumpat berbanding pasir jerlus, anda tidak akan tenggelam melainkan jika anda panik dan menggapai-gapai tubuh badan secara kekerasan (menyebabkan pasir jerlus menjadi lebih cair) atau dibebani oleh sesuatu barang.
  • Jika kamu merasakan bahawa kamu berada di atas pasir jerlus dan memakai barang yang berat (khususnya beg), segera lemparnya keluar. Jika mampu menarik keluar kasut yang dipakai adalah dibenarkan (khususnya kasut yang mempunyai tapak yang rata dan tidak mudah dibengkokkan seperti kasut  but yang menghasilkan tarikan dan menyukarkan anda untuk timbul ke atas).Sebagai langkah keselamatan, kamu perlu menukar kasut yang lebih sesuai atau berkaki ayam jika berada di kawasan lembap.
  • 3. Tubuh badan manusia mempunyai purata ketumpatan 62.4 paun sekaki padu(64.4 paun/kaki³). Pasir jerlus mempunyai ketumpatan kira-kira 125 paun/kaki³ (2 g/cm³) yang lebih tumpat berbanding air yang mempunyai ketumpatan purata 65 paun/kaki (1 g/cm³) yang bermakna seseorang itu boleh mudah terapung atas pasir jerlus berbanding air.
  • Jika anda disedut ke dalam pasir jerlus, anda perlu bertenang supaya keapungan tubuh badan stabil dan membolehkan anda terapung perlahan-lahan.

 

  •  4.Tarik nafas sedalam-dalamnya. Perbuatan tersebut bukan hanya membantu menenangkan anda tetapi ia juga membuatkan anda lebih mengapung. Jadi anda tidak akan tenggelam kerana paru-paru anda penuh dengan udara.

 

  • 5.Jika anda tenggelam separas tulang pinggul atau lebih tinggi daripadanya, bengkokkan ke belakang.
  • Lebih banyak berat anda dilepaskan keluar semakin sukar untuk tenggelam. Timbulkan sementara anggota belakang anda sementara anda cuba menarik keluar kaki secara perlahan dan berhati-hati. Setelah kaki anda sudah dibebaskan, anda mungkin boleh menjarakkan diri anda dengan cermat menggunakan lengan anda secara pelahan-lahan dan dengan lancar menimbulkan anda. Jika anda berada berhampiran pinggir pasir jerlus, anda boleh berguling-guling sehingga ke daratan yang keras.

 

  • 6.Batang kayu bukan sahaja dapat mengesan kehadiran pasir jerlus tetapi mungkin boleh membantu jika menghadapi situasi disedut pasir jerlus.

quickdiagram

  • 7.Jika anda merasai kaki anda tenggelam, cepat-cepat letakkan batang kayu secara mendatar atas permukaan pasir jerlus di belakang anda. Deburkan anggota belakang anda atas batang kayu tersebut. Selepas beberapa minit, anda dapatkan keseimbangan dan anda tidak akan tenggelam. Ambillah batang kayu tadi dan letakkan secara menegak di bawah tulang pinggul anda.
  • Batang kayu ini dapat mengelakkan tulang pinggul anda daripada tenggelam, jadi anda boleh menarik keluar salah satu kaki anda diikuti kaki di sebelahnya. Imbangkan anggota belakang anda dengan lengan dan kaki anda mencecah permukaan pasir jerlus sepenuhnya dan gunakan batang kayu tersebut sebagai panduan. Gerakkan batang kayu tersebut demi selangkah dan selangkah sehinggalah hampir ke tanah yang keras.

TIPS:

Jika dikangkangkan kaki dan baring secara terlentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.Teknik ni takkan dapat diketahui keberkesanannya jika anda tidak mencuba. Semakin banyak anda meronta…semakin dalam anda disedut.Percayalah!

Sumber:www.mysarawak.org

 

Share
Artikel lain yang best-best :

41 thoughts on “Kejadian Pasir Jerlus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>