Selamat pagi semua.
Mulakan dengan sekuntum senyuman macam ni
.
Jika di beri pilihan sahabat suka gembira atau berduka? Pilihlah yang mana satu Suri yakin pasti sahabat berpihak pada kegembiraan bukan. Sapalah yang tidak mahu hidupnya di selubungi kabus gembira sepanjang hari. Dan kalau boleh kita tidak mahu kisah suka-duka terpalit dalam dairi kita walau seinci disepanjang denai ini sebab ia sedikit sebanyak akan mencoretkan hati kita yang sedang terserentak dilamun mimpi.
Tapi janganlah kita salahkan diri mahupun orang di sekeliling kita sebab apa setiap yang terjadi itu punyai kelemahan dan kekuatan yang tersendiri. Kita janganlah marah-marah, membentak kata itu ini tidak baik tapi kita haruslah berfikiran jauh bahawa jika kita tidak melalui semua itu mana mungkin kita akan mendapat pengajaran..pelajarn dari perkara-perkara tersebut.

Think positif okeY. Jadilah sebagai seorang hamba yang tahan akan ujiannya supaya kita sedar kita sebenarnya mampu untuk melangkah setabah itu lagi..
Haaa.. Suri ada sesuatu yang hendak dikongsikan kepada anda semua supaya anda tidak akan berupaya untuk bersedih kembali. Apakah rahsia di sebalik sedu -sedan itu. Ayuh kita baca sama-sama ya.
Kenapa kita tidak digalakkan bersedih?
- Sebab rasa sedih boleh menyebabkan kehidupan kita akan suram. Paling kuat pun jika mood sedih pagi ini kurang baik maka pasti anda telah setkan dalam otak bahawa sepanjang hari ini adalah hari yang tersedih buat diri anda secara totalnya.
- Motivasi diri kita di pejabat akan turut menurun. Buat kerja pun macam mahu dengan tidak sahaja. Sebab saban waktu memikirkan kesedihan yang tidak berkesudahan itu.
- Kurang ambil perhatian pada penampilan diri. Secara tidak langsung raut wajah yang ayu, macho akan jadi cam ikan masin..suram mambang.. lama-lama akan jadi cepat tua. Sebab orang yang selalu mengalirkan air mata ini hampir keseluruhan wajah dia turut mempengaruhi otot-otot muka mereka.
Pergerakan apakah yang boleh membuatkan otot-otot kita berasa sedih?
- Tahukah sahabat-sahabatku semua sekiranya hati anda sedang di himpit kesedihan bahagian otot di leher anda secara tidak langsung akan turut mengerut.
- Manakala kelenjar liur pula akan mengeluarkan sejenis cairan yang berbentuk kental ekoran dari perjalanan gerakan aktiviti tersebut.
- Bukan itu sahaja bahkan sahabat jua akan mencuba menelan air liur berkali-kali akibat dari sedu sedan yang telah anda lakukan.
- Apabila anda mengalirkan air mata dengan melakukan tindak balas seperti memejamkan mata anda secara buka tutup buka tutup salah satu kelenjar di bahagian mata anda akan mula mengelurakan air mata tanpa perlu di sekat lagi.
Apakah pula tanda-tanda yang secara tidak langsung turut mempengaruhi wajah seseorang yang sedang suram itu?
- Antara tanda-tanda yang bakal terlihat pada wajah yang suram adalah kening, mulut, pipi, rahang anda akan mula mendapat tindakan refleksi seperti mengerut atau turun, bibir akan mula terkatup rapat, hujung mulut tertarik ke bawah, serta kelopka mata jua turut mengendur.
- Secara keseluruhannya bahagian muka anda akan kelihatan mengerut, seperti seolah-olah ia menutup diri anda dari terus mengasingkan diri dari menikmati dunia luar .
- Ia juga dapat di gambarkan keadaan anda seperti kepala anda akan mula terkulai lesu sambil bahu pula akan mula jatuh tanpa anda sedari sendiri.
Entriku panjang.. Korang bosaN ke??
uish bahaya juge sedih2 ni yer..
so kita selalu lah happy2 je la ye.. baru awet muda..:)
Orang kate gitu la, sebab bile bersedih banyak otot bekerja, tapi kalau suka atau senyum, sikit otot yang bekerja, so senyum2 selalu..
.-= rashid´s last blog ..Jom Layan Cerita Orang Korea Masuk Islam Di Malaysia! =-.
kami
muka pun dok le cepat berkedut heee..
rashid
senyum bro..pasti wajah akan nampk berseri2
apa yg penting?yer…fikir positif…setiap yg berlaku..pasti ade hikmahnya
thanks suri atas entri ni
.-= hafizmd´s last blog ..Sudah tertulis ketentuan ini… =-.
Bagus saudara, fikr positif je, memang susah, tapi itu yang terbaik..
.-= rashid´s last blog ..Jom Layan Cerita Orang Korea Masuk Islam Di Malaysia! =-.
hafiz..
jangan kusutkan fikiran hidup muhasabah..
rashid:
jika tak buat macam tu alamatnya pasti hidup kita akan suram
kalau sedih pun salunya sy akan cuba tak perlihatkan kpd org lain..
diam jer..take time lama2 oklha nnti heee
senyum walaupun disaat kedukaan.. mudah2 an ia bisa menjadi kekuatan.
.-= puteri´s last blog ..karnival ICEPS 6 =-.
ya, harap2 begitulah cik puteri
kak mas suka kegembiraan tapi kesedihan memang tak kan dapat dielakkan. Itu sudah menjadi lurah hidup…
asam garam memanglah tak blh nak lari huhu..
bunuh diri x dpt selesai masalah.
.-= Ali ridha´s last blog ..Pak cik Hitler dan masalah iphone4 =-.
baik muhasabah diri…cari kwan utk luahan perasaan pasti hati yang sebal akan reda kembali..
awek dlm pic tu pakai seluar boot cut….
ya..mata tajam
think foward..
kalau sedih mesti muka ketat sokmo..hehe
.-= syahrilhafiz´s last blog ..Ubuntu dan Biologi =-.
almaklumlah emo jer heee
setuju..kalau kita selalu bersedih…nanti raut muka kita akan berubah..da ta ensem atau lawa da…kedut2 cepat akan timbul…isk3..tamau sedih2 n stress lagi..huish,,
.-= nash´s last blog ..Rahsia kentut =-.
caba elakkan..dan kawal sedaya yang mampu tau
macam baru tau pulak, kalau sedih otot kat leher mengerut.
tapi paling penting, jangan mulakan hari anda dgn kesedihan, sebab selalunya satu hari tu anda akan rasa suram.
benar tu..jadi kita kenalah handle kehidupan ini dengan sebaik yang boleh..
Semua orang mahu hari-hari gembira tapi ada masanya kita akan bersedih. Bila masa itu datang, harap-harap ada seseorang akan menemaniku. Hehehehe….
pasti kita tidak akan berduka..
perasaan sedih susah nak elak..
tapi kalau boleh hadapi dengan sabar, confirm boleh hilang sedih tu
.-= kulanz´s last blog ..Permohonan ke Matrikulasi sesi 2011-2012 =-.
cuba mengawalnya huhu…
sikit2 lama kelamaan akan hilang hendaknya..
Sedih dan Gumbira (sebutan zaman P.Ramli) adalah lumrah bagi manusia, pada aku yang penting cara kita hadapi semua tu,
kata orang tua tua :
“jangan seronok sangat nanti last last menangis”
.-= dnobiz´s last blog ..Kenapa Blogging… 2 =-.
ya..pernah juga suri dengar kata2 hikmah tu ada jua kebetulannya…
memang setiap org tak nak sedih walau sikit pun dlm hidup mereka. Tapi ia tetap datang juga sebagai ‘pelengkap’ kehidupan kita. Bila ia datang, apa yg mampu kita buat selain berserah pada-Nya, moga kita semua redha & terus kuat.
salam kawan..
yelah suri setuju dengn pandagan kawan tu.. kalu ada perencah manis jer tak der masa takberseni jua khdupan ini kan… semoga hari2 yang di hadapai kita akan lbh cekal lagi dgn ujianNYA..
Thanks kawan sebab sudi meninggalkan komen kawan disini.. rajin2lah datang ke sini lagi ya.
kadang2 kita perlu sedih untuk bangkit dr kesilapan dan membina hidup baru dengan jiwa positif
.-= aimannajmy´s last blog ..Lagu sayugia manakah yang anda paling suka =-.
benar..tapi rasa sedih itu juga perlu d kawal supaya ia tdk berlanjutan dalam tempoh masa yang agak lama..sebab nanti ia boleh menudaratkan diri dan kesihatan juga..
Your mind always think positive…
Setiap perkara yg berlaku atas diri kita pasti ada kesan, positif dan negatif… walaupun perkara itu negatif, lihatlah secara postif dlm negatif…
.-= aktechpage.com´s last blog ..Masalah Keretapi Lagi Teruk di Jepun daripada KTM Komuter Malaysia =-.
cayalah jadi pakar motivasi okey juga nih
Mulakan hari dengan senyuman, tingkatkan keyakinan kepada Tuhan, pasti beroleh kejayaan.
Ya, harap2 begitlah temaku
jangan buat perkara yang tidak sepatutnya… berdoa kepada Allah diberi petunjuk…
.-= zik´s last blog ..20 sifat wajib dan mustahil ALLAH yang perlu kita ketahui =-.
semoga hati yang sedih akan tenang kembali
Percaya tak, kalau saya sedang bersedih, masakan saya jadi tak sedap?
.-= Norasikin´s last blog ..Kemasukan 2011 – Permohonan ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional =-.
ya..sebab masakan juga bakal mempengaruhi modd seseorang..
klu masak tak ikhlas cam rasa masan pasti tak enak..
la tahzan.. Chill out, sedih kejap2 ok tapi jgn berlanjutan lak
.-= dedoku´s last blog ..Cara Lock Folder dengan KAKA software =-.
suka senyum walau bersedih dalam hati huhu..
mood pagi mesti ceria.lama-kelamaan
akan mempergaruhi hidup kita.
lupa kesedihan yg kita alami semalam.
bila hidup ceria.buat keja kt pejabat pon
sambil tersenyum.:D
.-= Ali ridha´s last blog ..Sekotak RX-lite dan Puasa 6 Dibulan Syawal =-.
semua bermula dari hati…dan azam pagi hee..
cakap dalam diri semoga hari ini lebih cantik dari semalam heee