Burung Emu

Salam ceria semua :)

Hujung minggu datang lagi :) . Santapan pagi untuk menu harini Suri sajikan entri seperti biasa :) . Menarik tentang burung Emu membuatkan Suri tercari-carin info tentangnya.. Dari fakta terus merebak menjadi satu enrti yang cukup panjang heee panjang ker? tak kan hiii..  ;)

Apa yang Siri study dalam bab ni jom kita baca dan lihat gambar sama-sama :)  

Emu

Tengok mataku tau!

Pernakah kawan-kawan mendengar nama burung emu?

Burung Emu atau spesisnya dikenali sebagai Dromaius novaehollandiae merupakan burung asli yang terbesar  dari  benua Australia. :)

Tahukah kawan-kawan  Burung Emu adalah burung yang tidak terbang kedua terbesar di dunia, iaitu selepas  burung ratintya (palaeognaths) dan burung unta.

260px-Emoe

Dari jauh burung emu mencari ketenangan.. hihi..

Burung emu ini merupakan ahli keluarga tunggal dalam genus dromaius yang masih wujud sehingga kini. Namun begitu subspesies emu yang hidup di Tasmania telah pupus sejak sekian lamanya akibat dari penempatan orang Eropah di Australia sekitar tahun 1788 telah melenyapkan spesis burung ini membiak dengan lebih banyak lagi. Bukan itu sahaja malahan taburan burung-burung emu di tanah besar di Australia juga kini turut terjejas akibat daripada kegiatan-kegiatan manusia yang tidak bertanggungjawab.

emu-nest

Burung emu menjaga telurnya

Pada suatu ketika, banyak burung Emu terdapat di pantai timur Australia tetapi kini, burung ini jarang didapati di sana; sebaliknya perkembangan dalam sektor pertanian dan pembekalan air untuk penternakan di kawasan pedalaman benua ini telah menambahkan tempat kediaman burung Emu di kawasan-kawasan yang kering :) .

Burung Emu masih banyak terdapat di tanah besar Australia, walaupun burung ini mengelakkan kawasan-kawasan yang penuh sesak atau terlalu kering, serta hutan-hutan padat.

eggg emuLihat telurnya besarkan ;)  

Ciri-ciri burung emu

  • Mempunyai bula badan yang berwarna coklat.
  • Burung ini boleh mencapai ketinggian dua meter. Manakala beratnya pula sekitar 45 kilogram. 
  • Burung emu ini berupaya berjalan dengan jarak  perjalanan yang panjang, serta boleh memcari makanan dalam pelbagai makanan dari tumbuh-tumbuhan sampailah ke serangga. 
  • Pada kebiasaannya burung emu ini di ternak bagi mendapatkan hasilnya seperti daging untuk menu makanan yang tertentu, minyak sebagai penawar mengubat luka dan kulitnya dikormersialkan.

Emu__Chicken_Egg_001

Lihat perbezaan antara telur ayam dengan telur burung emu

Uniknya burung emu ini:-

  • Telurnya gelap hijau hitam
  • Telur dieram oleh yang burung emu jantan.

Faktanya yang Suri jumpa kat sumber bacaan mengatakan ” burung emu ini tidak boleh berjalan mengundur “

 

 

Melihat ia dari dekat

 

Burung emu berlari

Sumber gambar:

carlhavenemufarm.com,http://www.southeasternoutdoors.co,marylandemu.com,http://blather.net,

http://www.alexleow-kimmy.com

entrance

Pada 11/12/2010 kami sekeluarga pergi Zoo Negara Kuala Lumpur wah memang best hoo.. macam-macam binatang ada :) Hujung minggu ni kawan-kawan tak kemana2 ker?

Share
Artikel lain yang best-best :

65 thoughts on “Burung Emu

    • 1) kena ke sana le…klu kat malaysia ni tak tahu plak zook kita ada burung ni ke idak huuu

      2) mak mertua ckp telur unta sedap..rasanya berlemak :)

      3) yang tu harus panjangkan langkah bro klu idak nasib kepala le tanggung derita..

  1. burung emu ngan burung unta berbeza kan.

    nasibbaik burung ni tidak dikomesialkan lagi. kalu tak..memang banyak kedai yang jual telur hitam tu kat kedai.

    jangan ada wanita mengandung mengidam nak makan telur burung emu dah la

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>