Tips Memujuk Anak Memotong Kuku

Salam seukir senyuman buat semua sahabatku.

Sahabat sedang buat apa sebentar tadi? Suri baru sahaja menghabiskan kuih sepet/ gulung dari mak Suri. Mahu setin biskut juga berjaya dihabiskan dari minggu lepas heee.. Ternyata air milo dicicah sama kuih sepet memamglah terasa sungguh sedapnya. Itu belum lagi kuih bahulu di cicah sama air kopi panas peh sah-kawin selepas itu mesti diberika kad nikah ..memanglah ada umh rasanya.. hihihi..

Baiklah kita kembali pada topik asal kita yerk. Bagi ibu atau bapa yang ada anak kecil sudah pasti mereka agak sukar untuk memotong kuku si manja mereka apatah lagi sekiranya si manja anda jenis yang lasak..

Oh tidak, belum sempat kita nak ketip kuku tangan dia, si anak sudah mula mengelakkan diri dari anda apatah yang cerdik lari lintang pukanglah jawabnya itu sudah pasti :)

Kebanyakan ibu bapa agak buntu untuk menarik perhatian anak -anak mereka supaya si manja lekat di pangkuan si ibu atau bapa mereka sehingga penghabisan potong kuku di lakukan. Namun tidak semua ibu bapa berjaya melaksanakan tugas tersebut dengan jayanya melainkan ada di antara kita sanggup menggunakan taktik kekerasan untuk mengugut anak-anak supaya mendengar kata kita.

Suri tidaklah pandai sangat dalam bab -bab ini tapi sekadar nak berkongsikan tips dengan anda semua Insyallah memanglah boleh sangat-sangat heeee..

  • Sebaik-baik waktu memotong kuku si manja adalah selepas si manja anda selesai mandi. Sebab struktur kukunya akan menjadi lebih lembut dan mudah untuk kita memotongnya secara sempurna.

 

  • Siapkan si manja anda dengan memakaikannya pakaian dia dengan secepat yang  mungkin. Ini kerana sekiranya anda lambat untuk berbuat demikan di khuatiri si manja anda akan berasa bosan lalu lari meninggalkan anda.

 

  • Pangkulah simanja anda sambil ceritakan kepada si manja bahawa harini ini kita akan memotong kuku. Dan anda juga di sarankan supaya memberitahu kepadanya tentang kepentingan memotong kuku adalah penting bagi menjamin kesihatan yang baik. Ingatkan kepada dia bahawa kuku yang kotor dan hitam selalunya boleh menyebabkan kita sakit perut. 

 baby-nails

  • Berikan si manja anda sebotol minuman susu kepadanya atau minuman kegemaran si manja seperti ribena agar dia dapat menikmati minuman kegemarannya dalam keadaan yang santai dan relaks. Sambil anda mengetip kukunya maka secara tidak langsung dia juga sedang menikmati air susunya dengan bersungguh-sungguh.

  • Sekiranya si manja anda jenis yang tidak duduk diam senang cerita tak makan saman apa kata anda pujuk dia dengan memberikan sesuatu hadiah yang pasti digemarinya. Seperti pujukan melalui habuan makanan yang amat disukainya.
  • Contoh ayat:-
  • “Jika Alif  potong kuku nanti ibu akan gorengkan peha ayam untuk Alif ya”
  • Semoga cara sebegini si manja anda akan terus melekat disisi anda.

 

  • Bagi bayi pula anda baringkan dia di atas tilamnya. Pastikan keadaan terang  mudah untuk anda megetip kukunya, bayi dalam keadaan selesa, tidak meragam maka waktu itulah yang paling sesuai untuk anda megetip kuku kaki dan kuku tangannya. Untuk membuatkan dia leka seketika anda sebagai ibu bapa berikanlah dia permainan yang boleh menarik perhatiannya.

 

  • Si manja yang tak terlalu aktif juga kadangkala memeningkan ibu bapa. Awas anda janganlah sesekali mengikat mereka dengan tali supaya dia bisa duduk diam disamping anda . Akan tetapi apa yang perlu anda lakukan adalah dengan membuat pelbagai bunyi-bunyi yang pelik pada pendegarannya. Di samping itu juga anda haruslah menselang-selikan ia dengan memek muka yang pelbagai riaksi sehinggakan dia boleh tertawa sendiri. Anda meragui? cubalah pasti si manja anda akan terhibur.

 

Apa-apa pun ia terpulanglah pada cara anda sendiri untuk mengatasi situasi berkenaan sebab lain orang lain caranya ;)

Share

Tips Mengelakkan Tas Tangan Diragut

Salam sayang buat semua..

Apa khabar Suri  mengharapkan agar sahabat-sahabat semua sihat hendaknya. Jangan jadi macam Suri ubat dah habis tapi still kesihatannya tak baik- baik jua, Allah Tuhan sahaja yang tahu huhu.. dah dua tiga klinik duit ni di sedut oleh pembantu doktor tau..

Hari ini Suri nak kongsikan beberapa tips untuk sahabat semua tentang cara bagaimanakah kita harus mengelakkan diri kita dari beg tangan diragut oleh si pencuri. Apakah rahsianya? Ayuh kita selongkarnya bersama-sama.

  • Jika perlu anda isikan sahaja didalam tas tangan anda seperti barang-barang peribadi sahaja. Contoh cermin mata, peralatan solek, tisu muka sekiranya anda berjalan di tempat-tempat awam.

 

  • Seandainya anda berjalan di kawasan yang menggunakan laluan jalan raya sunyi, sibuk dan sebagainya Suri memberikan pandangan kepada anda supaya menggunakan jalan yang berlawanan arah. 

 

  • Cuba elakkan diri anda dari menggunakan laluan kawasan yang gelap atau sunyi. Ini dikuhatiri potensi untuk anda diganggu atau di ragut amat tinggi.

 

ragut_pongsuseribu_blogspot_com

  • Sekiranya anda membonceng motosikal, basikal dan sebagainya anda dinasihatkan agar melindungi tas tangan anda daripada pandangan umum, seperti menutupkan ia dengan baju atau barang yang lain. Biasalah pencuri bila dia nampak barang-barang berharga ni ibarat macam kena panahan magnet jer.

 

  • Simpankan wang anda dalam saku seperti memakai baju kurung, dalam poket kecil yang mudah dimasukkan di dalam kocek seluar atau baju anda. Pastikan sejumlah wang anda itu adalah peruntukan untuk anda membeli barang keperluan sahaja ataupun perjalanan untuk pulang dan balik mencukupi supaya anda tidak akan berkali-kali mengeluarkan wang saku anda di hadapan mata-mata si pencuri.

 

  • Elakkan diri anda dari memakai barangan kemas yang boleh menarik pandangan ramai. Nak pakai boleh sahaja tapi agak-agaklah. Jaganlah pakai macam mamai jarum  junior tu sudahlah.

 

  • Pegang atau kepetlah tas tangan anda tika anda berada di dalam kawasan-kawasan sesak seperti karnival, pasar malam dan sebagainya.

Ingat sebenarnya kita mampu untuk mencegah jenayah itu sendiri sekiranya kita bijak dengan menggunakan cara kita sendiri ;)

Share

Tips Mendapatkan Tidur Yang Berkualiti

Salam sahabat untuk semua.

Apa khabar sihat ke tidak ini hari?  hurm demam ke batuk?? puasa harus diteruskan juga tau hee. Ha, jangan lupa pergi klinik dapatkan ubat dan rawatan dengan segera yang mungkin. Bagi yang sihat tu syukur Alhamdulillah semoga kekuatan dan kesihatan hari ini akan mampu sahabat gunakan tenaga tesebut dengan sebaik yang mungkin pada hari ini.

Suri nak tanyer ni malam tadi anda tidur nenyak tak? cukpu tidur atau tidur ajak- ajak  ayam sahaja. Tahukah kawan-kawan masalah sukar tidur ini sebenarnya sudah menjadi masalah kepada masyarakat umum. 

Dimana sekiranya sahabat-sahabat kurang tidur ia akan memberikan respon kepada tubuh sahabat untuk melakukan aktiviti yang kurang menyerlah ketika anda bekerja pada keesokannya pula.  Bukan itu sahaja malahan prestasi anda juga akan turut merundum teruk tanpa sahabat sedari nanti.

Insomnia

Di luar negara seperti Amerika Syarikat sahaja sudah hampir 25 peratus rakyatnya menghadapi masalah sukar tidur ini. Dan lebih memeranjatkan lagi, terdapat sebilangan mereka bukan sahaja  tidak boleh melelapkan mata sepanjang malam malah ada  jua diantara mereka langsung tidak boleh tidur tika malam sudah mula merangkak  ke pagi!

Terfikirkah sahabat-sahabat sekalian bahawa tanpa kita sedari sendiri, kita sebenarnya telah menjadi penyumbang terhadap permasalah sukar tidur ini kepada diri kita. Berikut Suri berikan tips kepada sahabat-sahabat bagi  mendapatan tidur yang nyeyak.

Malapkan lampu bilik anda.

Dengan cara memalapkan lampu didalam bilik tidur anda selama 30 minit ia sebenarnya mampu untuk anda melelapkan mata dalam beberapa saat sahaja. Ini akan membiasakan fikiran anda bahawa waktu untuk anda berehat dari tempat peraduan telah tiba. Tahukan anda bahawa suasan yang malap ini akan membuatkan anda lebih relaks tanpa sebarang tekanan.

Tempat tidur hanya untuk tidur dan seks sahaja.

Ada sesetengah orang menggunakan tempat tidur mereka menjadi kafeteria, tempat makan, tempat minum dan tempat menonton video dan sebagainya disitu. Tahukan anda cara ini sebenarnya salah sama sekali. Bilik tidur kegunaannya hanyalah untuk anda melakukan seks kepada pasangan anda (telah berkahwin) dan untuk merehatkan badan anda setelah seharian penat anda berkerja dipejabat. 

Tahukah sahabat-sahabat sekiranya anda duduk dan baring terus- menerus di tempat tidur itu seperti selalu tanpa mengira waktu akhirnya ia akan menyulitkan keadaan anda lagi untuk memejamkan mata anda ditempat tidur tersebut.

Cari tempat yang sesuai untuk tidur

Ada sesetengah orang masih boleh tidur jika keadaan di sekelilingnya bising. Seperti contoh anda menjadi terbiasa takala mendengar bunyi penghawa dingin dalam bilik tidur anda, tetapi di bawah sedar, anda sebenarnya tidak menyedari bahawa bunyi bising tersebut boleh mengganggu anda untuk tidur dengan lebih nyenyak lagi.

tidur-150x150

Ventilasi bilik

Sebilangan orang akan menjadikan fikirannya sesak sekiranya ia tidur dalam keadaan suasana bilik yang sempit malahan tiada cahaya atau udara yang keluar masuk di dalam bilik tidur itu. Tahukan anda dengan cara ventilasi ini iaitu pertukaran udara menerusi jendela ia sebenarnya akan membuatkan anda akan lebih tenang untuk tidur lebih baik lagi.

Mengubah susun atur bilik

Ada waktu suasana susun atur bilik boleh membuatkan mood seseorang itu berubah lalu akan memberikan ia pengaruh kepada anda untuk sukar tidur. Tahukan anda dengan cara mengubah susun atur bilik anda sekali -sekala ia sebenarnya mampu membuatkan anda terasa seperti berada di temapt yang lain.

Warna bilik.

Sebaliknya pilihlah warna yang lembut untuk kamar beradu anda. Ini kerana warna yang lembut akan membutkan anda berasa tenang tika berada didalam kelak. Pilihlah warna kegemaran anda seperti biru laut, ungu lembut pasti suasana bilik anda akan terasa sejuk dan mendamaikan ;)

Suri suka dengar muzik box mesti mata akan cepat lelap punya hihihi.. Cara sahabat pula bagaimana? :)

Share

Tips Segar Ketika Berpuasa

Hai kawan-kawanku semua :) ..

Erk..tadi kat pejabat memanglah terasa kesibukan yang teramat sangat..sangat… hAdooii.. :(

Maka dengan beralaskan sepiring idea entri kedua menyusul tiba. Sungguhpun siang sudah mula merajuk sampai ke malam apa kata Suri bentangkan sport toto bunga-bunga rose untuk anda semua.

Ayuh kawan-kawanku hayati air nescafeku 3 in 1 postingku yang tak seberapa menjadi ini hiee..hiee..

Semasa anda bangun dari sahur pastikan anda makan makanan yang bersumberkan sedikit karbohidrat, protein, vitamin, dan mineral supaya anda tidak keletihan semasa menjalani ibadah puasa sepanjang hari.

sahur-400x300

Banyakkan minum minuman air kosong supaya anda akan bertenaga setiap hari dan cuba elakkan dari pengambilan minum minuman yang berperisakan manis. Kerana ia akan membuatkan anda cepat haus dan lesu ketika anda berpuasa kelak.

Bangunlah seawal 4.30 pagi supaya anda tidak akan berasa lapar dalam jangkamasa yang lama.

Sebaiknya selepas anda selesai bersahur apakata anda ambil kesempatan tersebut dengan melakukan solat tahajud supaya keimanan kita akan bertambah kepadaNYA.Tahukan anda tanpa kita sedari setiap pergerakan kita dalam bersolat boleh menyebabkan sistem salur makanan kita akan berjalan dengan lancar dan gerakan tubuh badan kita juga akan turut bersenam secara tidak langsung :)

Untuk mengelakkan masa anda terbuang sewaktu bangun dari sahur apakata pada sebelah petang atau selepas waktu berbuka itu anda sediakan bahan masakan dengan lebih awal. Supaya ketika anda bangun sahur kelak anda tidaklah mengejar masa untuk masak potong sayur dan sebagainya. Sebenarnya waktu tersebut anda boleh gunakan dengan sebaiknya dengan makan dan terus berlalu dan melakukan solat syukur dan sebagainya.

niat-400x300

Tidurlah lebih awal supaya anda akan mudah terjaga untuk bangun dari sahur kelak. Sekiranya anda tidur lewat berkemungkinan untuk anda tersedar dari bersahur mungkin agak lewat. Jadi jangan lupa kunci jam anda dengan sebaik yang mungkin ya. ;)

Anda dinasihatkan memakai pakaian yang longgar mengikut keselesaan anda ketika anda berpuasa. Sekiranya anda memakai pakaian yang ketat atau terlalu ketat dikhuatiri anda akan pengsan pada hari tersebut. Mengapa? Ini kerana sebilangan oksigen anda tidak akan sampai ketahap otak anda dalam keadaan yang lebih baik lagi. Jadi anda haruslah bijak dalam memilih jenis pakaian yang sesuai untuk anda supaya musibah tidak akan berlaku terhadap anda kelak.

p/s:Ini adalah caraku, cara kawan-kawan bagaimana pula??

SelaMat MenCUba ya :)

Sumber pic http://kampung-sesok.blogspot.com

Share

Awas Si Hidung Belalang

Salam untuk semua..

Pagi tadi Suri turun dari bas, terpijak bunga dan dedaun yang berguguran krip.. mengeluarkan kerangupan daun yang telah lama jatuh bertebaran dibumi. Beginikah kehidupan manusia tika tumbuh ia disirami dengan air, tika sayang di bajai dengan baja-baja cinta bunga. Tika layu di sapa angin datang si pembersih mengaut dedaun tersebut dengan rasa tanggungjawab dimasukkan dedaun itu kedalam tong sampah.

Inikah manusia bila dah dapat apa yang dia berkehendakan melulu dia bagaikan mata-mata emas mencari mangsa-mangsa yang alpa. Tika mangsa sudah dijaga dan dah dapat hasil yang tuai, ia segera melarikan diri dengan segunung wang yang dihajati.

CINTA itu ibarat api makin di dekat makin hangat bahangnya terasa. Awas pada penjerat CINTA lelaki yang sebegini kelak diri yang merana menjadikan diri papa kedana, hilang maruah dan rosak nama keluaraga. Waktu itu hatta sekalipun jangan sesekali kamu salahkan kedua ibu bapa..

Tips kali ini Suri serikan dengan tips bagaimana kita nak tahu seseorang lelaki itu berhidung belang. Maknanya dia bukan mencintai anda sepenuh hati. Tapi dia mendekati anda kerana menginginkan sesuatu yang di hajati/ idamkan. Entri ini bukan Suri nak merosakkan status kaum adam yang kusayangi dan hormati tetapi ia hanya sekadar peringatan kepada kaum-kaum wanita diluar sana.

001

Awaslah pada lelaki yang suka menabur kata-kata cinta pada anda untuk pertemuan yang pertama dan kedua. Meluahkan isi hatinya berkata aku cinta padamu. Eh, eh, sedangkan kita baru berkenalan..

Suka memuji wanita “awak ni nampak cantiklah” walhal gadis atau wanita didepan mata tu hanya biasa-biasa sahaja. Mentang-mentanglah wanita suka di puji cehh.. dia pun mulalah memasang jerat serangkapnya.

Selalu memungkiri janji. Biasanya pada pertemuan yang pertma kedua dan ketiga akan berjalan dengan lancar. Tapi lama-kelamaan mulalah dia buat hal. Lambat sebab jemlah, kereta rosaklah dan sebagainya pada hal ada udang di sebalik mee entah apa agendalah yang sedang dirangkanya kita tak tahu.

Sesetengah dari kaum lelaki juga ada mengambil kesempatan dengan menggunkan ke tampanan wajah mereka untuk memerangkap wanita untuk kehidupan yang lebih senang dengan mendampingi mereka yang mempunyai aset yang lebih tinggi. Awas pada usahawan wanita yang berkerjaya terutamanya.

Seseorang lelaki itu berkemungkinan akan terlalu mengambil berat akan diri anda tanpa anda sedari ia sebenarnya mempunyai niat yang tertentu dalam mendekati anda. Ada waktu anda rimas dengan kehadirannya namun anda tetap merasa bertuah didalam hati sebab masih ada jua orang yang sudi memantau keadaan anda walaupun ia agak keterlaluan sebenarnya.

Sepanjang perjumpaan anda dengan lelaki tersebut si lelaki akan mula mempangaruhi anda dengan menyatakan masalah peribadinya dari segi kewangan. Seperti contoh “awak boleh tak pinjamkan saya sedikit wang, nanti bila saya dah dapat gaji saya akan bayar semula” paling tidak pun dia akan memberikan alasan ibunya sakitl di hospital, adiknya nak belajar study dan sebagainya. Orang kalau dah nak menipu pasti akan pelbagai alasan akan diberikan kepada anda.

003

Lelaki yang sebegini harus dihindari oleh para wanita sebab tak semua lelaki boleh dipercayai. Bukan semua tapi hanya segelintir sahaja. Kata orang jika kita nak berkenalan tu boleh sahaja tapi haruslah berhati-hati dalam perkenalan tersebut. Beringat sebelum terkena itu memang perlu. Jika dah terhantuk baru nak tersedar tak guna masa tu sudah tentu duit pun entah lepas kemana.

Satu masa dulu kita pernah terkena dek sogokan pak hitam tapi dalam diam-diam dia juga sebenarnya menggunakan warga tempatan untuk mengkaburi operasi gelap mereka untuk dadah dan sebagainya. Maka apa pun yang terjadi sebagai wanita hal- hal sebegini haruslah kita saling mengingati antara satu sama lain.

pic from google

Share

Atasi Tekanan Dengan Cara Yang Unik

Salam Jumaat untuk sahabat – sahabatku.

Seperti biasa setiap pagi akanku kuak tingkap didalam kamar agar hembusan pagi akan segera meluru masuk menerjah segenap bilik ini agar bau-bauan yang manis kurang enak akan keluar menerbos angin membawa ia pergi jauh dari sini..

WaCah! nyah ko dari sini bau busuk! kotornya hehehe.. bingkas kata hatiku sambil menyarung selendang di atas kepala..

AnimePaper01

Jap-jap tengok kelender dunia eh harini dah masuk hari Jumaatkan. Sungguh tak terasa masa begitu cepat berlalu. Walhal rasanya kita baru sahaja nak bermesra denganmu cik Julia Julai. Bila ingat besok dah hari ahad sabtu harini rasa macam malaslah pula nak masuk kerja. Bukan apa mungkin ni gara-gara kerja dipejabat yang terlalu banyak cekadak sangat. Sampikan hari-hari rasa nak naik bosan dengan kerja yang selalu dijamahkan ini. Bagai hidangan yang biasa-biasa sahaja.

Bagaimana kawan-kawan mengatasi tekanan tempat kerja? Suri ada beberapa cara yang unik untuk dikongsikan bersama dengan rakan-rakan. Tapi bagi kawan-kawan nak lebih detail lagi tentang cara nak mengatasi stress dan sebagainya kawan-kawan bolehlah menyemak kembali dua posting Suri yang lepas bertajuk Jom Tangani Tekanan dan Tension? Apa Yang Selalu Korang Buat?. Ingat jangan lupa terjah sana dulu tau ;) .

Kata orang kebanyakan kerja yang bertimbun di pejabat akan membuatkan seseorang itu cepat rungsing, marah, mengeluh, bikin muka ketat, macam seluar sendat terasa kepala seperti berat bagai batu dok memikir kerja-kerja bilalah ko nak habis..sambil bermonolng dalam diri kalu aka jadi boskan bagus..

manga02

Yang Tersayang.
Ungkapkan citarasa yang tersendiri diatas meja anda. Supaya kedamaian ditempat anda duduk dan berkerja akan lebih bermakna lagi sekiranya ada sesuatu yang boleh menarik perhatain anda untuk terus berkerja. Dok le badan tu lemah semacam jer. Apa kata anda letakkan gambar yang tersayang di atas meja pejabat anda. Gambar anak anda ke, gambar isteri, suami, cawek, cowok. Letakkanlah ia dimana-mana sudut yang mudah dilihat.

Senang kata jika kita mengeluh, penat pasti anda akan memandang gambar yang tersayang dalam kesibukaan yang menggila. Hati yang kust pasti akan tenang kembali dan anda juga akan menjalankan tugas dengan rasa tanggungjawab dengan penuh amanah. Maka secara tidak manualnya hati anda akan kembali bersemangat seperti biasa :)

Cara Suri
Suri tepekkan pic 4R si comel kat kayu ni hihihi..

Alat Mainan.
Wujudkan sebarang jenis mainan ditempat kerja anda. Yang pasti barang tu tidak menyusahkan anda atau orang lain. Apa yang penting barang mainan tu mestilah comel (kecil). Like cute teady bear, sepasang kasut kecil yang comel. Mengapa? Supaya dikala anda di landa kemaruk kebosanan yang amat sangat anda bolehlah mainkan barang mainan tersebut sewaktu anda benar-benar memerlukannya hehehe..tapi agak-agaklah jangan leka bermaian sudahle.

Cara Suri
Kat atas meja Suri ada dadu empat segi bertulis A, B, C, D, E, F, E ini mainan anak Suri yang punya. Dia suka main handbeg Suri selalu bubuh main dia dalam beg ni. Huhu..dah alang-alang banyak yang masuk dalam ni jadi macam gudang mainan pula. Suri pula hanya ambil satu darinya. Dan sepasang kasut hijau yang comel. Dalam kasut tu Suri isi ubat stapeler dan klip kertas..

001

Peralatan Yang Comel / Menarik
Jika ada kewangan yang lebih apa kata anda beli sesuatu yang menarik untuk dipakai di pejabat anda. Seperti contoh tempat klip memo yang ada gambar lembu, kartun-kartun dan sebagainya. Hurm mouse ke yang berbentuk unik hehee.. Mesti tampak ceriakan.

Cara Suri
Suri hanya ada pensil tekan jer. Kat atas tu ada muka karton siap ada rambu-rambu lagi tu hehehe..

Itulah uniknya duniaku dipejabat. Cara anda bagaimana? Jom sharekan topup kawan-kawan disini ;)

Share

Biasan Minyak Wangi

Salam pagi untuk semua.

Harini memang kompom Suri tak bawa bantal mucuk lagi. Dah kaw-kaw Suri bubuh minyak wangi kat bantal busuk si kecik tu. Dont risau sebab semuanya masih dalam keadaan baik lagi :) Itu hak kerajaan, maka kita hurus akur sekiranya pihak si kecik nak mewartakan barang tersebut didalam bilik tidurnya sendiri hehehe :) .

Baiklah Suri tak mahu nak berceloteh panjang macam kereta’s api’s KTM. Jadi waktu yang sesingkat ini Suri nak kongsikan tips dan cara pemakaian minyak wangi dengan betul bersama -sama anda.

001

Ada sesiapa yang tak suka bau minyak wangi sila angkat dua jari peace :) . Sah-sahlah anda adalah antara orang yang suka mencemarkan menyumbangkan bau kimia secara tidak sengaja percuma kepada penduduk bumi ni. Anda terasa ke? Huuu Suri minta maaflah yer sebab jenis Suri memang suka pada benda yang wangi jer ;) . Ada bau wangi sikit-sikit jadilah. :)

Kata hati Suri kalu kita tak pakai minyak wangi tak perlah lagi tapi, kita MESTI dan WAJIB pakai deadorant pula. Awas! Jika anda tidak memakai salah satu bahan rempah ini barangan tersebut alamatnya kebarangkalian untuk orang menjauh dari anda peratusnya ada dan mungkin tinggi hihihi.

Kemungkinan akan ada orang berbicara pada anda..
“nyah kau dari sini hehehe..”
sikit lebih terkata “eh awak ni tak mandi ke bau macam persis ….?” kamu orang pandai-pandailah sambung menyambung sendiri yer
“hah! budak yang tak mandi pagi tu ke” aku tak nak jumpa dialah..

Okey cukup! Suri apa tips dia tu?

Anda mulakan titik minyak wangi tersebut di bahagian nadi seperti dikawasan pergelangan tangan anda, belakang telinga anda, leher, bahagian dalam siku, bahagian pelipat lutut dan bahagian tengah antara dua buku lali kaki.

002

Bagi menaikkan bau wangian tersebut anda juga bolehlah menyemburkannya dari atas badan dan sekeliling anda. Bagi Suri cara ini kurang baik sebab kebarangkalian akan membuatkan orang yang lalu lalang sebelah anda nanti akan pening meroyan lalat. Akibat bau yang terlalu kuat.

Perlu diingat juga, semburan minyak wangi haruslah disemburkan pada tubuh yang sedang lembab dan bukan pula di sembur pada baju.

Bagi wanita sekiranya anda memakai kerongsang pada baju atau tudung maka anda haruslah berhati-hati kerana ditakuti barang perhiasan anda akan rosak hasil dari semburan tersebut.

P/s:
Kepalaku selalu pening takala member1 bilik nak keluar rumah pasti bilik kami akan terbiasa wangiannya. Oit kau ni nak berhabis minyak wangi untuk diri sendiri ke untuk bilik? ke memang sengaja nak kasi hari-hari kepalaku pusing 360 darjah
:( . Orang kalau dah hantu minyak wangi ni susah nak cakapkan..hehehe..

Anda ada kisah di sebalik si pewangi? Jom sharekannya kat sini

NoTA cINTA:
Wanita dilarang sama sekali memakai perfume…walaupun tiada bahan dilarang dalam campurannya…Larang memakainya diluar rumah takut akan menimbulkan nafsu berahi pada orang disekelilingnya. Dan hanya harus pakai untuk suami sahaja terutama malam jumaat dan malam yang sewaktu dengannya.. :)

Share

Tips Dating Dalam Talian

Banyak sudah kita dengar berbagai-bagai keburukan akibat ‘dating’ setelah berkenal-kenal di alam siber. Inilah sebahagian langkah berjaga-jaga. Beringat sebelum kena, bukan menyesal sesudah kena.

1. Ketahui seseorang dengan mendalam terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk bertemunya.

2. Gunakan e-mel, chat, ICQ atau Netmeeting terlebih dahulu untuk berkomunikasi. jangan terlebih awal memberi nombor telefon anda kerana anda tidak benar-benar mengenali rakan siber baru anda itu.

3. Cuba bertanya soalan-soalan yang boleh membantu anda mengenali mengenai seseorang terlebih dahulu , sama ada dia emrupakan pasangan yang anda cari.

4. Anda juga patut bertanya sebanyak mungkin soalan sehingga anda benar-benar mengenali personaliti seseorang itu.

5. Sentiasa simpan maklumat yang pasangan baru anda beritahu mengenai dirinya dan pastikan maklumat2 tersebut tidak berubah apabila anda bertanyakan di waktu lain.Ini penting untuk memastikan dia bersikap benar atau tidak.

tips-online-dating-men-800X800

6. Kebiasaannya terdapat dua golongan dalam masyarakat Internet. Golongan pertama ialah mereka yang suka menyamar dan tidak mendedahkan identiti mereka. Mereka ini mempunyai niat2 tertentu bersikap demikian. Manakala golongan kedua pula ialah mereka yang sentiasa bersikap jujur. Golongan ini berpendapat memandangkan mereka tidak dapat dilihat oleh org lain, tiada sebab mereka perlu berpura2.

7. Jangan mudah percaya kepada sesiapa sahaja walaupun orang yang anda hubungi melalui Internet kelihatan seperti benar-benar memahami diri anda. Ini kerana masih banyak orang yang berpura2 dalam Internet.

8.Jangan memandang dating terlalu serius kerana ia hanya tempat anda mencari teman baru. Anda masih perlu berjumpa secara fizikal untuk benar-benar mengenali pasangan anda.

9. Anda boleh memberi maklumat yang anda inginkan tetapi jangan mendedahkan maklumat peribadi anda seperti alamat rumah, sekolah, telefon atau tempat kerja.Apa yang penting maklumat seperti apa yang anda suka dan tidak suka dan bukannya maklumat alamat rumah atau tempat kerja anda. Jaga2 jika individu tersebut mendesak untuk mendapatkan maklumat peribadi anda.

Tips Untuk Berjumpa Kali Pertama

1. Anda hanya perlu berjumpa si dia selepas anda pasti dia merupakan orang yang anda cari dan minati. Jika tidak, terus saja menjadi rakan siber.

2. Bertemu di tempat awam dan bawa rakan-rakan anda sekali. jangan sekali-kali pergi seorang diri.

3. Pastikan makanan dan minuman yang anda minum bersamanya selamat. jangan sekali-kali pergi ke bilik air dan meninggalkan makanan di atas meja kerana anda tidak tahu kemungkinan sesuatu dimasukkan ke dalam makanan atau minuman ketika anda tiada.

4. Apabila bertemu, orang yang anda jumpa merupakan org yang anda sering hubungi dalam talian. Anda boleh menanyakan soalan-soalan yang biasa anda gunakan ketika berbual di Internet.

5. Jika anda rasa sesuatu tidak kena, elakkan perjumpaan itu segera.

Online-Dating-Tips-For-Men

Tips Untuk Perjumpaan Seterusnya

1. Teruskan perasaan was-was terhadap orang yang anda temui. Teruskan langkah berjaga2 seperti perjumpaan pertama.

2. Dapatkan maklumat di mana beliau tinggal atau bekerja. Ini penting untuk memudahkan anda mencarinya jika sesuatu berlaku.

3. Dan anda kemudian perlu mengenalinya dengan lebih dekat seperti menilai gaya hidup dan keperibadiannya.

P/s: Memanglah nak berkenalan, berkawan, bercinta itu di bolehkan untuk mencari pasangan yang benar-benar serasi dengan kita, tapi kita haruslah sentiasal berwaspada sebelum keadaan tersebut terkena pada kita terutama kaum hawaku. ;)

Gedung Ilmu: http://www.hanan.com.my

Share

Bijirin VS Nasi

Kebanyakan ibu bapa menginginkan anak-anak mereka makan nasi dengan alasan yang kukuh bahawa untuk membesarkan anak mereka dengan cara pemakanan yang baik sihat.

anakku
Inilah Cahaya Cinta Suri ;)

Akan tetapi tahukah anda bahawa jumlah satu auns bijirin adalah bersamaan dengan setengah cawan nasi.

Manakala satu auns bijirin pula mewakili dianggarkan bersamaan dengan sekeping roti.

Ini bererti sekiranya anak si manja anda tidak mahu menjamah nasi maka biarkanlah sahaja dia menikmati memilih bijirin sebagai menu hariannya. :)

Anak sihat kenyang pasti ibu bapa turut gembira. :) ;)

makan
Nape pandang-pandang nak makan jugak ke? :)

Anda ada pengalaman semasa memberikan bayi anda/anak saudara makan?

Pengalaman Suri, first time buat bubur halus ayam campur kentang untuk si manja seawal si manja mencecah 5 bulan. Masuk lima suap dia akan tertidur sendiri..ZZzzz…Hehehe..

Share

Siapa Kata Single Itu membosankan??

Salam setepak sirih tapi bukan untuk meminang sang teruna atau si dara yang menjadi tambatan hati tapi sekadar bermadah helah disini..Adeh apalah Suri ni waktu tengahari hujung minggu ini pun masih ada aura nak buat lawak itik lagi..hahaha..

Okeylah..Suri tidak mahu membuang kata lagi apa kata hari ini kita bukak kisah bab single menyinggel ni bagi menghangatkan topik di blog Suri pada petang yang membahagiakan ini..

Eh, kata orang bila putus cinta tu hati gua sakit loh..kau apa tahu!

Tengok! apa yang boleh aku buat bila putus cinta dengan dia. Semua rugi hoo..rugi belanja dia makan, minum, shopping dan segalanya bagai..last-last dia buat aku macam nie. Ceh dasar orang tak kenang kenangan cinta langsung.

love

Aku memang dah tiada semangat nak bercinta..aceh, sejak bila pula tiada semangat itu Ini. Selalu baik-baik sayang sahaja. Elah relasklah Suri tahu tak semestinya bila kita dah putus cinta kehidupan kita akan terhenti setakat tu sahaja. Tidak sama sekali wahai kawan-kawanku.. Suri ada ubat untuk merawatkannya.. Come on..

Tahukan anda jika sebelum ini anda lebih banyak menghabiskan masa bersama si dia dari teman-teman sekepala anda tapi sekarang anda sebenarnya boleh menghabiskan lebih banyak waktu untuk bersama-sama dengan mereka kembali. Apatah lagi dengan ahli keluarga anda sudah tentu banyak yang masa yang akan anda berkongsi cerita bersama dengan mereka.

Hidupkan kembali suasana anda yang dahulunya hanya terikat pada si dia sahaja. Sedarlah bahawa anda kini bebas untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Dan yang penting anda tidak perlu menjelaskan kepada sesiapa pun tentang siapa yang ada sedang berkawan atau sabaliknya pada seseorang yang bergelar kekasih. Tapi awas! batas-batasnya perlu di jaga juga ya..

Kini anda boleh manjakan diri anda di salun untuk mendandan rambut anda agar dengan tampak segak, bergaya lagi atau ke spa dan sebagainya tanpa harus anda memikirkan bahawa si dia sedang bosan boring menunggu ada di dalam kereta.

Bedandalah dan bergayakanlah diri anda atau melaram mengikut rentak hati asalkan ia tidak melanggar lunas-lunas dalam islam dalam etika berpakaian. Jika dahulu mungkin ada sesetengah dari pasangan mengkongkong cara berpakaian anda tapi kini tidak lagi. Anda yang menentukan segala-galanya :) .

Anda boleh pergi kemana sahaja anda suka sama ada berkelah bersama teman-teman, pergi melancong dan sebagainya tanpa perlu memikirkan untuk memberitahu kepada si dia dimana anda berada sekarang. Tidak perlu sms atau panggilan telefon yang banyak membuangkan masa anda begitu sahaja. Apa yang penting anda perlu enjoy pada waktu-waktu tersebut.

Ada waktu kita perlu bergembira, ada tika juga kita perlu bersendiri tapi carilah kekuatan tersebut dengan selalulah mendekatkan diri kepadaNYA. Layarkanlah doa kepadaNya seberapa banyak yang anda mampu semoga akan ada suatu hari nanti jodoh yang terbaik buat diri anda. Percaya dan yakinlah dengan setiap doa anda itu kerana Dia Maha pendengar lagi Maha penyayang. Mintalah apa yang di pohon nescaya Dia akan tunaikannya. Amin.

q14a22

Saat yang ada inilah sebaiknya anda cuba membahagiakan diri anda sendiri tanpa mempedulikan dia yang sedang berbahagia bersama insan yang lain. Buatlah perkara yang bisa membutkan anda gembira seperti melakukan aktiviti riadah, melakukan aktiviti futsal dan sebagainya mengikut selera dan kehendak anda sendiri. Bukan apa dengan cara ini anda akan lebih mudah untuk melupakan dia sedikit demi sedikit..

Anda pengalaman putus cinta ke? Jom kita leraikannya di sini. Hurm, jika ada yang terkurang tips kat atas tu minta kawan-kawan tolong tambahkan le..hehe :) ;)

p/s: Entri ini tidak bermaksud untuk menyinggung perasan sesiapa pun yang sedang putus cinta tapi ia hanya sekadar tips-tips yang berguna sahaja.

Nak masak jap, nanti Suri jumpa anda semua kat ruang maya semula ya :) daaa..

Share