Adakah Kita Kawan Part II

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Entri bersambung Adakah Kita Kawan Part I. Memang sengaja di lepaskan satu persatu agar pembacaan tidak membosankan hee.. Banyak kawan makin banyak ragam yang di temui.

Tapi bagaimana pula dengan rentak kawan yang Suri senaraikan di bawah. Adakah kehadiran kawan-kawan anda membawa impak yang cukup besar dalam kehidupan anda?

Jom semak bersama-sama.

Kawan ulat buku. Kawan begini manfaat lebih baik dan terserlah kepintaran mereka dalam bab-bab ilmu. Kemungkinan kita hanya tahu ilmu-ilmu tertentu sahaja tapi kawan kita tahu dalam ilmu kita tidak pernah ambil tahu. Bukan bagus jika kita mendapat ulat buku seperti ini. Saling bertukar pendapat, berkongsi ilmu apa yang dia dan kita ada. Paling cun jika kawan ulat buku ini jadi ensiklopedia bergerak kita hee…sebut apa sahaja dia tahu. Rasanya kita mudah katakan pada kawan kita memang otak buku yang sentiasa berjalan dan mentafsir ilmu 24 jam! Kita pun dengan bangga bila dapat berkawan dengan kawan begini “camni tak payahlah pergi perpustakaan selalu hiiii”

Suri dah dapat pun kawan makan tengahari sama-sama hee..dulu memang bosan makan sorang2, cakap pun sorang2 haha.. ayat jahat kau ada?

Kawan berdakwah mamang manis sahaja jika kita menyelami hati mereka. Ini bukan kawan yang selalu kaki masjid atau yang belajar pondok. Tapi Suri tekankan di sini kawan ini mengajar, mendidik kita, mendekatkan diri pada pencipta. Tidak semestinya seorang kawan tu bagus agamanya dia kawan kuat agama. Tapi kalau kita berjumpa itu memang molek sangat. Yang seronoknya kawan sebegini dia banyak mentafsirkan alam sekeliling, kehidupan, tentang dugaan sabar, muhasabah diri, sekali gus cara dia dapat kita membentuk peribadi kita yang baik. Jika di bandingkan kawan-kawan yang suka bersosial sudah pasti tingkah-laku mereka lambat-laun kita akan terjerumus jua. Bijak dan cerewetlah sedikit dalam memilih kawan. Jangan sebarangan memilih. Pilih jalan yang lurus bukan pula jalan yang bengkang-bengkok.

Kawan kaki shopping. Ramai orang suka membeli-belah menghabiskan wang dengan membeli barang yang bukan keperluannya. Gara- gara minat dan barang itu susah nak turun harga sekali turun kerumlah dia di serata pusat-membeli belah yang ada. Kawan kaki begini memang susah silap hari bulan kredit kad menuntut bayaran anda pula mengelak sebab tiada wang ingin di bayar kembali. Jangan dekati kawan begini silap hari nanti bila terbiasa susah nak henti. Boros itu saudara syaitan. Berjimatlah untuk masa sekarang sebab masa hadapan belum tentu lagi kita semewah sekarang.

Kawan kaki ampu atau bahasa kasar kaki bodek. Selalunya bila pekerja ampu bos. Katakan itu ini semua bagus tapi hakikat hasil kerja dia sendiri kurang kualiti. Kaki ampu punya gerangan akan mengatakan semua baik-baik pada anda. Walaupun hal itu sebenarnya mendatangkan mudarat pada anda. Bahaya kawan begini dalam diam dia memperbodohkan anda. Silap-silap wang banyak mengalir pada dia..dalam dia kaki bergoyang cam mesin jahit anda menuruti katanya tanpa membantah dan dalam masa yang sama anda sebenarnya tiada pendirian yang teguh dalam diri.

Kawan banyak cakap. Erk..bukan blogger banyak cakap tapi kawan banyak bercakap ini kerja tak buat tapi bercakap banyak. Hurm..jika dalam kawasan kejiranan selalunya jenis begini suka bercakap-cakap hal orang di sekeliling dia. Pantang ketemu muka mulalah buka teble asal ada chair boleh duduk-dukduk sembang kosong. Jika bicara hal agama/usrah ada baiknya ini tidak bicara hal tepi kain orang itu memag mengundang fitnah atau mengumpat. Hati-hati jika berkata kalu benar tidak mengapa tapi tidak benar dosa tanggung sendiri. Paling baik ketemu jiran atau kawan banyak cakap cukup senyum dan bertanya khbar sahaja. Jika terlalu ramah pihak ketiga sedia berkhidmat masuk benang dalam jarum dosa pula makin menggungung.

Berani kau tipu aku!

Kawan penipu. Wah jika berjanji seperti harini juga boleh dilaksanakan. Tiba masa janji mula lupa banyak pula alasan yang di beri. Kita memang digalakkan berkawan. Tapi jka kawan kita seorang yang menipu potensi untuk kita mengikut cara dia menipu mungkin ada. Masih ingatkah kita akan peribahasa begini. Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong, lama-lama mencuri.

Pernah atau tidak anda jumpa kawan seperti senarai di atas? Atau sebaliknya kawan

Share

Adakah Kita Kawan Part 1

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Kawan.. sahabat, teman, member, sekepala jika tiada memang akan rasa sepi kehidupan ini tanpa mereka. Sebaliknya jika ada kita boleh bicara apa sahaja pada mereka hatta hal peribadi, masalah pelajaran, kewangan insyallah mereka akan sentiasa membantu sedaya yang boleh dan berusaha mendegar keluh – kesah kita tanpa rasa mual.

Namun begitu tidak semua sahabat atau kawan mampu mendekatkan diri kita apabila kita di himpit kesusahan. Percaya atau tidak jika kita senang maka akan berkerumlah mereka mendekatkan diri pada kita. Hurm..macam lalat jumpa makanan huuu.. Jika boleh janganlah begitu. Ingatlah sebaik mungkin kawan yang sebegini tidak akan kekal lama.

Bagaimana pula dengan kawan tikam belakang? Hurm teringat entri beberapa tahun yang lepas atas permintaan sahabat bro Yas. Lagi bahaya apa yang di harapkan semua tidak menjadi. Tapi yang bagusnya sahabat pernah yang tikam belakang ini ada berkeinginan untuk berbaik semula dengan rakannya kembali. Menarik bukan. Yalah itu mungkin kemaafan telah terpadam di gubuk hati. Maka harus di terima kawan dengan hati yang terbuka. Perkara yang lama jadikan titik ukuran jika sudah berlaku sebegitu maka masa akan datang anda haruslah berhati-hati dalam berkawan, atau dalam menceritakan sesuatu pada rakan.

Kawan yang sering tidak senang dengan diri anda. Haa pernah alami tak situasi begini? Asal kita bergaya sikit dia pun mulalah cemburu melihat kita. Selepas itu mulalah iri hati dengan apa yang kita ada. Kononnya dia lebih bagus dari kita heee.. Kawan begini memang wujud ikutkan hati boh layanlah sama dia. Lagi di layan lagi naik tokong kata Suri. Erm..naik tocanglah maknanya tu hee.. Kawan-kawan yang mengusik ada bagusnya tapi kadangkala ia bisa mengundang pergaduhan. Haa..yang ini tidak bagus. Baik tutup mulut dan anggukkan sahaja kata dia. Esok lusa jika dia datang pada kita buat model catwalk  istifarlah banyak-banyak.

Kawan yang membantu dalam berkehendakan sesuatu pun ada juga. Kes begini selalunya apa yang saya buat saya rasa saya harus dapatkan sesuatu kebaikan dari awak. Kiranya bila kawan ini membantu anda maka dia mengharapkan sesuatu balasan dari kita. Kawan begini jika tidak dapat apa yang di hajati bahaya juga tu. Yelah jika kita berjanji dia akan mengharap kita akan mengotakan janji. Siapalah kita bila buat janji, bila sibuk atau terlupa boleh jadi janji hanya tinggal janji. Silap hari bulan dia pun panas maka boleh jadi isu-isu yang kita bercakap dengan dia dulu boleh di ungkit/ ingat janji itu sehingga sekarang. Lebih dasyat lagi dia akan cakap “si tu ada janji dengan aku sekian..sekian…” Wah kes berat boleh berlaku sekiranya dia mengkhbarkan anda seorang yang lupa pada janji. Sudahlah di umumkan hal itu pada kawan-kawan maka rasa malu akan mula makan pada diri anda.

Kitakan kawan. Tapi tidak semua kawan atau teman boleh di percayai. Walaupun dia teman sepermainan anda masa kecil, baru kenal, kenalan lama, satu sekolah rendah dan menengah jangan terlalu percaya sama mereka 100%! Lebih-lebih lagi jika anda perempuan kawan anda tu lelaki. Opss.. Bukan maksud Suri ingin membenci kawan lelaki tapi berhati-hatilah bila berkawan dengan mereka takut kawan akan ambil kesempatan atas anda tu memang bahaya. Tidak percaya tahun lepas ada kawan sepermainan budak-budak sekolah rendah merogol budak perempuan. Bila punya paper Suri tak ingat tapi tahun lepas punya ceritalah. Tapi apa pun situasi sebenarnya nafsu kalau tidak bijak di kawal oleh akal kena pula dengan berlainan jantina memang potensi besar untuk syaitan menerjah iman yang lemah. Jadi barhati-hatilah.

Kawan karib adalah kawan selalunya rapat. Di mana kita pergi di situ dia ada. Jika kita susah hati dan sebaliknya dia lekat sisi kita. Kawan karib agak sukar nak di cari ganti. Jika dapat seorang pun sudah kira bagus. Tapi jika terpisah dengan kawan karib yang sebegini pasti dari jauh akan terkenang memori indah bersama-sama. Korang ada kawan seperti ini tak? Kawan karib boleh di kongsi segalnya. Selalunya kawan yang kita kenal lebih lama dari kita kenal kawan-kawan baru setahun dua tu hee.. Amnya kawan karib atau kawan rapat ini  mudah memahami jiwa, paling best dia seusia atau jarak setahun dua umur dengan kita. Perkara yang paling syok sekali bila fikiran sama-sama selari haa.. yang tu masyuk jer bila kita fikir kisah ini dia pun dengan selamba badak ikut rentak cerita kita. Part yang best- best tu bila sudah melalok cerita sampai ke laut boleh buat kita ketawa berderai akhirnya. Yang geli punya lawak cerita pula jika membebel- bebel lebeh boleh sampaikan air mata  meleleh keluar dibuatnya.

Kawan facebook. Ramai ada kawan muka buku. Kalau anda adalah salah seorang tiada muka buka memang anda hebat dalam melawan arus maya. Kawan muka buka tidak boleh di percayai sepenuhnya. Jika ada pun kemungkinan kawan-kkawan sekolej anda, sanak-saudara itu mungkin dalam relung yang anda kenali. Tapi Keseluruhannya kawan muka buku indah khabar dari rupa. Jadi jangan ingat kawan di maya akan serupa dengan kawan yang selalu kita ketemu di luar maya. Hati-hati pada pak itam, keldai dadah sebenarnya potensi itu lebih besar skala dia jika anda terjebak dengan kes sebegini. Ini dinamakan kes berat! Jika dah sabitkan kesalahan dalam bab-bab seperti  “jerat  terhenti” keputusan untuk lepas pada tali gantung belum tentu selamat di pihak anda.

Setakat entri ini dihasilkan kawan mana yang yang korang pernah jumpa? Ce citeh..

 

Share

Kawan Blog Ngam Tuan Tanah

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Nampaknya kalian cukup lumat membelasah entri semalam sampai lebam! Mentang-mentanglah ower admin bicara spontan bukan main banyak yang membaking atau sebaliknya hee..

Terima kasih pada yang sudi mengkomen dan membalas perbahasan semalam ternyata sahabat blog memang sempoi sekali hatta tidak pernah bersua di depan kaca mata hamba sekalipun cewah..

Suri dah jenuh sepak bola tang kanan, belok side tepi tapi dok mengena juga mahu ker kalian berbicara sama Suri apa beza teman blog ngam dengan tuan tanah heee..

  • Tidak kira topik apa yang di buka oleh tuan tanah atau kawan blog perasan atau tidak entri berjudul “wordless wednesday” hanya gambar tanpa ayat penerangan sudah cukup membuatkan ruang komen membawa maksud yang berbeza pendapat. Sungguhpun begitu ia dapat di tafsirkan ada give and take di situ.
  • Perhatian bloger kawan bila membaca entri tuan tanah katanya keadaan kurang sihat, kepenatan, kemalangan, perginya insan yang tersayang, motor rosak dan sebagainya dengan hati terbuka tanpa di pinta bloger kawan seakan memberi kata semangat Insyallah semua akan pulih seperti sedia kala. Sabar ya.
  • Tidak kurang juga terlalu emo dalam satu masalah. Macam tuan tanah dalam blog ini benci bangat sama hack! Tapi sedar atau tidak tanpa mengenal latarbelakang ilmu masing-masing bloger kawan akan turun padang membincangkan permasalahan, berkongsi tips, panduan, link-link berguna pada tuan tanah agar blognya menjadi juara memangkah si hackes.
  • Tuan tanah yang mesra akan mengusik blog kawan tidak kira situasi sama ada kawan blog sedih atau sebaliknya. Yang pasti kehadiran tuan tanah masuk ke blog kawan  pasti akan ada satu komen tertinggal persoalan atau kata-kata seperti contoh:
  1. Janganlah sedih-sedih kita orangkan ada :)
  2. Sudah sembuh ker sakitnya..?
  3. Erk Sori maaf jika kata-kata/komen saya buat awak terasa heee.. ini cuma pendapat atau pandangan saya sahaja.
  • Kawan blog dengan tuan tanah memang menyeronokkan. Lebih-lebh lagi punyai minat dan hobi yang sama. Pasti akan ada panduan dan rahsia bakal kongsi bersama-sama. Namun begitu ada juga sesetengah tuan tanah yang kaya dengan satu-satu ilmu tidak kedekut kongsi ilmu pada orang lain. Jika di bandingkan kawan-kawan biasa tidak semua ilmu mereka dapat di kongsikan di laman maya.
  • Hal yang menggujakan buat kawan blog bila sudi berjumpa dengan Tuan Tanah. Rasanya kenangan ini yang tidak bisa dilupakan. Andai kita ingin berjumpa kawan yang selalu kita bergurau – senda rasanya aura tu biasa-biasa sahaja. Tapi bila bertemu secara live rasa gegar hati tidak terkata. Erk..yang ini ker bloger kacak! haa..
  • Saat hati menguntum senyum bila tuan tanah memberikan penghargaan buat kawan blog yang selalu singgah di blognya. Ada yang manis memori itu akan di berikan dalam bentuk gift tidak kurang juga menyerikan laman blog masing-masing dengan meletakkan poster cumil di bahagian si debar.

Banyak manfaat kawan blog ngam tuan tanah. Ada lagi jom kongsikannya di ruangan komen.

Eisyh..tadi nak bukak topik petua tetiba terfikir pulak buat entri camni laju cam air terjun asahan jer..

Share

Panduan Mengambil Hati Kawan

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Lama tidak menjeguk bahagian “tentang persahabatan” rasanya saat ini Suri berpelung berkongsikan beberapa panduan bagaimana cara untuk mengambil hati kawan. Kawan waktu kita susah agak sukar di cari lebih-lebih lagi jika kita berada dalam kesukaran mengharungi kehidupan, manakala kawan untuk bersuka-ria sebaliknya begitu mudah untuk di cari ganti.

Bagaimana pula ingin mencari kawan atau sahabat yang setia pada kita? Perlukah kita menabur wang pada dia baru dia mengikuti kehendak kita. Oh tidak sama sekali. Jangkaan Suri pasti hubungan anda dengan rakan tersebut tidak akan bertahan begitu lama.

Apa panduannya ayuh kita selongkar bersama-sama.

  • Bantulah kawan anda sekiranya dia benar-benar kesempitan wang. Contohnya ingin membayar wang pengajiannya ataupun menghulurkan bantuan dari segi makanan atau pakaian. Mungkin hari ini dia susah mana tahu akan datang giliran kita pula. Tidak salah kita saling membantu atas niat yang ikhlas pasti akan mendapat ganjaran yang baik kelak.

 

  • Kawan yang baik adalah kawan yang bijak mengambil tahu hal berkaitan dengan kesihatan rakan baiknya. Jika selalunya kawan anda riang tapi kini berduka ia menggambarkan seolah-olah kehidupan anda bersama rakan kurang ceria. Seperti adanya tidak kena pada saat itu. Dan anda sebagai rakan baiknya anda akan segera membawa dan menemankan dia ke hospital sebab anda tahu tanpa dia pasti kehidupa kalian berdua akan hambar. Tanpa gelak-tawa pasti sayu dalam bilik or usikan itu bukan huhu..

  • Menjaga hati kawan juga perlu di ibaratkan kita mencubit atau menampar peha kiri peha kanan jua akan terasa ngilunya jika ia cubit berselang-seli. Ibarat hati kita pelru dijaga begitu juga hati rakan sebaik-baik rakan dia tidak akan sesekali melukakan hati rakan baiknya sendiri. Kawan yang baik tidak akan memburukkan kawannya dihadapan kawan-kawan yang lain. Sebaiknya keaiban rakanya itu di simpan sekemasnya ibarat menutup mulut dalam ada emas hee. Bukankah mencerita keburukan rakan pada orang lain amalan itu amat di murka oleh Allah s.w.t. apatah lagi para Rasul kita.

 

  • Jika kita menyukai orang lain menghargai kita apatah lagi rakan kita. Gembirakan hati rakan anda seperti meraikan hari lahirnya dengan mengadakan majlis makan-makan sesama rakan. Pasti kenangan yang tercipta akan sentiasa tersemat didalam hatinya. Lebih-lebih lagi sekiranya perpisahan terjadi segala memori yang lalu akan mudah terimbas di benak masing-masing. Bak pungguk rindukan bulan saat itu mulalah kuntuman rindu mula berlegar-legar di fikiranmu heee..

 

  • Jadilah seorang yang pemaaf sebab tanpa sifat ini pasti keakraban anda dengan kawan akan mudah merenggang. Sebenarnya tidak kira hubugan apa yang anda bina dengan seseorang meskipun hubugan kekasih semasa kekasih, hubungan dalam perniagaan semuanya memerlukan maaf. Tanpa ungkapan maaf pasti akan ada kediginan sepanjang hubungan tersebut berlangsung. Percayalah jika salah seorang dari anda agak tegar atau sukar menggungkapkan kata maaf pasti hubugan yang dibina akan membuatkan rakan atau sahabat akan jemu dengan sikap anda seolah-olah andalah seorang yang terbaik dalam membuat kata putus. Orang lain anda menganggap salah di hadapan mata anda sendiri.

Banyak point boleh dibicarakan namun diatas hanyalah isi-isi yang penting sahaja. Hakikatnya tanpa kawan kehidupan akan sunyi., Jika tersilap pilih kawan kehidupan akan hanyut pula. Dari itu pilihlah kawan dengan sebaiknya, jangan kawan makan kawan sudahlah heeee..

Share

Hak Dalam Bersahabat

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..

Kita adalah kawan.. Andai ada sudi bertanya perkabaran kita pasti buat bibir menguntum senyum.Tapi yang tak bertanya khabar mungkin sahabat kita sibuk agaknya. Sahabat..kawan.. bila dah terbiasa menyapa andai tak jumpa atau hilang seketika kehadiran kita akan bisa buat orang tertanya-tanya. Haaa..yang itu tandanya kehadiran kita amat disenangi oleh rakan-rakan disekeliling kita.

Bagaimana pula jika sebaliknya. Kemungkinan adalah yang tak kena pada diri kita tu jika tidak masakan orang tidak ambil hal tentang diri kita heee…Ataupun  jawapan tu apa pada diri kita sendri huuu…

3650234

Tidak mahu bicara panjang lebar sekadar memberi point sahaja untuk menyedarkan pada kawan-kawan semua tentang hak dalam menjalinkan hubugan persahabatan:-

  • Elakkan diri kita dari menyakiti hati sahabat. Lebih-lebih lagi sahabat yang baru sahaja kita kenal hati budinya. Melainkan jika anda sudah ada kawan yang begitu lama anda kenali nak cakap bahasa apa pun dia memang dah tak kisah akan perangai atau perkataan anda sebab kawan anda dah masak sangat dengan perangai anda sejak dari dulu lagi.
  • Macam Suri adalah kawan Melaka Suri sering menggunakan bahasa kau, aku, menyirap jer darah aku.. Jika sahabat, Suri sering  gunakan bahasa elok sikit jangan terlepas cakap sleng sudahlah biasanya sahabat, bro, atau mau lebih mesra panggil nama timangan bloger jer hiii ;)
  • Tidak kira apa kelebihan kita, kepandaian dia yang penting antara kita dan sahabat perlu ada sikap rendah diri antara satu sama lain. Ingat jika anda pandai kawan anda pun berstatus gila pandai pasti ia akan membuatkan anda berdua mencipta peperangan api kebencian sesama sendiri.
  • Apa yang paling penting dalam bersahabat kita perlulah ada sikap memberi ruang pada sahabat kita untuk menunjukkan kepandaian dia. Tidak semestinya kita memberikan dia waktu untuk itu kita kurang bijak tapi kita sebenarnya menghormati dia sebagai kawan kita tapi bukan musuh/lawan kita.

anime-going-mainstream-02

  • Andai anda mempunyai masalah anda akan mencari rakan anda. Tapi sebaliknya tidak, anda memalingkan muka yang masam padanya. Janganlah begitu ikatan persahabatan selalunya saling memerlukan antara satu sama lain. Apa akan jadi jika kita buat begitu pada sahabat pasti sedikit sebanyak hati sahabat kita akan terguris. Seolah-olah kita ada buat satu salah kesalahan besar dalam kehidupannya.
  • Tidak kira apa masalah yang menimpa diri kita bermaniskanlah air muka kita. Ingat wajah yang bermuram durja, bengis, serius akan membuatkan orang nak dekat dengan kita pun rasa takut-takut, apatah lagi nak tegur dan ajak keluar makan heeee…Senyum sikit. Ah..macam tulah kawan Suri ;)
  • Janji jangan tak ditepati! Lewat seminit dua tak apa sejam tak kisah 6 jam alah suri pun dah pernah tunggu. Sabar jangan marah-marah tapi pastikan anda yang pandai berjanji HARUS kotakan janji. Kalau dapat orang tak panas baran ok. Tapi di buatnya lambat sikit kawan dan mengamuk..lagi tak tepati janji mau gak aku baling penumbuk digigi hii..
  • Jangan..jangan..baik katakan sahaja awal-awal andai anda ada hal dan tidak berjaya membuat janji dari bergaduh nanti dah satu hal hanya kerana kau mungkir janji..hubungan kawan pun boleh terputus..

[animepaper.net]wallpaper-standard-anime-hidamari-sketch-[hidamari-sketch]-friends-forever-75513-dias-preview-e65c2796

  • Siapa ada kawan rugi kalau tak sayang. Ahai..sayang bukan cinta tapi sayang yang dimaksudkan bagaimana kita menyanyangi diri kita sendri begitu juga kita menyanyangi kawan -kawan kita yang lain ;)
  • Rasanya andai ada sifat ini dalam diri masaing-masing barulah kita akan ada rasa hormat dan kasih pada orang disekeliling kita. Ingat kawan tegur kita, itu tandanya dia amat menyanyangi diri kita dan mengambil berat tentang hal kita. Kalau tiada yang sayang pasti orang pun tak akan sudi ambil tahu akan permasalah dan kehidupan kita ada betul abang manis.
  • Ada yang tak kena jangan pendam dalam diri. Jangan bergaduh seperti layaknya orang tiada iman dalam hati. Malu..kita bukan hidup zaman jahilia lagi tapi sudah bertamadun pun.  Guna kewarasan akal, fikir setelusnya untuk apa pergaduhan di buat tiada siapa yang bakal menang. Hakikatnya orang ketiga yang terkinja-kinja sebab kita dah terjoint dengan syaitan laknatullah.
  • Manusia dikurniakan hati maka dasarkan ia dengan kelembutan. Tafsirkan dengan perbuatanmu. Mansikan bicaramu dengan melunakkannya dengan mengamankan perselisihan pasti yang panas akan sejuk kembali jika kena pada caranya.
  • Rahsia demi rahsia. Andai terbuka pasti malu nak menampakkan riak wajah. Andai sudah tahu apalah salahnya rahsia itu di tutup rapat.
  • Itulah gunanya kawan merahsiakan keaiban seorang sahabat. Satu inilah sukar di cari jikalau ada tak semudah itu ia tersimpan kemas. Tapi Suri yakin tak semua sahabat sebegitu. Jadilah seorang yang amanah kelak orang juga akan amanah pada rahsia kita.

Dah habis kat2a katil pun dah dok lambai2 heee..cau @_@

Share

Tips Menghargai Sahabat

Salam petang untuk semua..

Ada kawan rasa kehidupan ini amat ceria sekali. Andai tanpa kawan rasanya hati pula yang sunyi. Mungkin tiada tempat untuk kita meluahkan segala apa yang terbuku di hati.

Sahabat yang terbaik adalah sahabat yang tidak jemu mendengar cerita kita. Baik cerita suka mahupun duka semuanya akan didengarinya. Namun begitu sukar jua nak dapatkan sahabat yang sejati apatah lagi hendak mencari yang satu kepala dengan kita.

besfren1

Namun begitu bukan mudah hendak mencari sahabat yang jika kita susah dia ada, tapi sebaliknya jika kita senang mudah sahaja dia datang pada kita. Sedih bukan huu..apa pun siapa yang mempunyai ramai sahabat anda seharusnya bijak dalam menghargai hubungan yang sedia terjain itu :) .

Bagaimana ingin membahagiakan hati sahabat? Ker mahu memgembirakan dia seperti layaknya seorang kekasih hati nghee.. ;)

  • Belanja kawan anda menonton wayang. Seperti kisah yang berkisar tentang kawan. Mesti best punya. Ingat cerita yang nak di tonton tidak semestinya kisah tentang sahabat kisah lawak ataupun love storey ok apa :) .
  • Pelawalah sahabat anda datang bertandang ke rumah anda. Sediakan menu yang serba ringkas untuknya. Rasanya ia akan mengeratkkan hubugan sahabat dengan ahli keluarga anda jua.
  • Berilah dia hadiah takala harijadinya bakal tiba. Pasti hadiah tersebut akan dihargainya lebih-lebih lagi anda adalah teman rapatnya :) .

sahabat-sejati2

  • Sekiranya anda rajin membeli – belah, membeli cenderahati apa kata anda belikan barangan tersebut sepasang baju yang sama warna dengannya. Pasti jika ia dihadiahkan kepada sahabat anda dia akan merasa teruju sekiranya baju yang anda berikan pada dia sama dengan anda :) . Erk.. sesekali dah macam kembar seiraslah pulak.. apalah salahnya :) .
  • Jadilah seorang pendengar setia pada setiap masalahnya. Mana tahu kelak jika kita di himpit masalah mungkin pada sahabat itu juga akan kita ceritakan masalah kita padanya.
  • Bantulah sahabat jika ia dalam kesusahan. Tidak seharusnya membiarkan sahabat bersedih, duka sendirian. Cuba meringankan bebanan masalanya dengan menggembirakan hatinya kembali. Walau tidak banyak tetapi sedikit itu lebih membahagiakan hatinya.
  • Seorang sahabat yang baik adalah sahabat yang tidak memburukkan sahabatnya kepada orang lain.
  • Sering memberikan  sokongan pada sahabat baik dari segi kata-kata semangat dan galakan darinya dalam satu-satu perkara yang ingin lakukannya. Opss!! tapi ingat pada perkara-perkara yang baik sahaja. Pasti setiap dorogan yang di berikan akan membuatkan sahabat anda berkeyakinan dalam melaksanakan sesuatu tugasan sehingga berjaya.

kawanDan untuk sahabat cahayacinta.com gambar diatas ini khas untuk kalian semua :)

Share

Tips Mencari Teman Pejabat

Salam pagi semua :)

Adakah sahabat semua mempunyai teman atau lebih mesra dipanggil kawan? Hurm.. masih tidak berteman? rehat pun sorang – sorang macam Suri hiii.. Seperti semua tahu Suri memang tiada teman untuk diberbual dipejabat tapi untuk luar waktu pejabat  Suri akui memang ramai sahabat :) . weiiii..

104587

Apa tipsnya Suri? Ayuh baca trick dibawah :-

Senyum sokmo :)

Janganlah terlalu takut untuk melemparkan senyuman kepada orang di sekeliling kita sungguhpun kita tidak mengenali mereka. Ingat seulas senyuman yang di beri menggambarkan anda seorang yang mesra dari sudut luaran tapi tidak kedekut dalam menjalinkan hubugan pada sesiapa pun yang mengenali diri anda. Setuju angkat kaki tangan ;)

Baiklah cuba bayangkan anda pergi ke sesuatu tempat dengan riak muka yang masam mesti orang nak dekat dengan anda apatah lagi nak tegur anda akan berfikir dua ke tiga kali sebab wajah anda menggambarkan anda seorang yang sombong. Umm..walaupun anda bukanlah jenis yang begitu sebenarnya.Yelah sebab anda tahu siapa diri anda yang sebenarnya:) .

Makan tengahari

Sudahlah dipejabat anda seorang sahaja yang berbangsa melayu lain bangsa cina dan india. Huu boring sih.. Nak ajak mereka makan masakan melayu jauh sekali. Nak-nak jika mereka sudah bertemu dengan bangsa-bangsa mereka sendri pasti ia akan membuatkan diri kita sepi..terkontang -kanting.. Namun bagi Suri tidak semua dari mereka memilih bangsa mahupun agama untuk di ajak berkawan ataupun diajak makan bersama-sama :) jika ada pun hanya segelintir sahaja.

Apa kata sesekali anda makan diluar dan tidak perlulah menapau makanan tersebut di bawa ke pejabat. Ambillah waktu untuk merasai detik-detik tersebut dengan cuba mengenali kawan-kawan di sekeliling anda. Pertanyaan seperti awak selalu makan disini? berbicara tentang topik semasa dan sebagainya sebenarnya mampu untuk anda mengenali rakan tersebut dengan lebih dekat lagi. Insyallah jika pertemua yang seterusnya sekiranya anda bertemu dengan mereka sudah tentu perjumpaan tersebuat akan lebih gamat lagi. Mana tahu lepas ini dia akan mengajak anda untuk  makan bersama lagi :) .

Eating-Pizza

Belanja makan

Bila dah kenal dan selalu terserempak apa kata belanjalah sahabat anda makan tengahari pula. Kata orang belanja teman makan sekali sekala apalah salahnya. Diakan sahabat anda juga.  Pstt!! jika seorang dua okeylah lagi. Tapi tahukah kawan-kawan ia sebenarnya bertujuan supaya kita lebih mesra atau rapat dengan kawan tersebut. Yang pasti pertemuan yang seterusnya dia akan membelanja anda makan pula heee.

Tapi bagi Suri kita janglah terlalu mengharapkan sangat atas balasan tersebut sebab tidak semua orang akan berbuat sedemikian rupa. Berkemungkinan ada sebahagian dari mereka perlu mengambil masa lagi untuk mengenali hati budi dengan lebih dekat lagi barulah mereka akan berbuat demikian siapa tahukan lalala…

 

Waktu menunggu

Suri bab-bab menunggu ini memanglah dah tahap lemau perlu di masukkan kedalam peti ais semula. Apa lagi dengan skil keramahan Suri ini memaglah kompom pantang orang duduk satu sudut atau berdiri kat tepi balik tiang bangunan akan Suri tegur. Opss!! hanya yang perempuan sahaja tau hee.. Soklan temuramah apakah yang harus ditanya jika kita dalam situasi begini? Kata orang dari duduk membatukan diri, bermolong sendiri-sendiri bosan juga yer tak? ;)

Katakan padanya.. salam terlebih dahulu sekiranya mereka orang islam. Kemudian masukkan benang dalam lubang jarum mesin jahit mulakan dengan bicara awak ni tunggu siapa ya? hee.. memanglah akan terjamin sijli halal bahawasanya kawan anda tu akan menjawab soalan anda kembali. Maka apalagi rancakkkanlah persoalan seperti awak ni kerja kat bagunan mana ya? pastu pandailah – pandailah memancing ayat bahawa anda pernah nampak dia sebelum ini tapi segan nak tegur heee.. sebab tak kenal hooo.. :)

Manfaat daripada hasil komunikasi dua hala tersebut  Suri yakin sepanjang anda menunggu kekasih, tunang, suami mengambil anda pasti anda tidak akan merasa bosan lagi sebab sekarang anda sudahpun mempunyai teman untuk di ajak berbicara bila waktu menunggu telah tiba :)

 bola

Hujung minggu

Wahai si dara..baik si bujang atau yang seantero denganya berstatus manusia apa kata hujung minggu ini ajaklah kawan-kawan yang dikenali tadi pergi bersiar-siar ke pusat membeli -belah seperti contoh bermain bowling ker,  menghabiskan masa bermain badminton,  futsal dan sebagainya. Bagi yang berkahwin tu agak-agaklah status M dan B tu? Jangan sampai jadi buah mulut orang sudahlah :) .

Ingatlah persahabat tidak akan mudah terjalin sekiranya kita tidak memulaknnya dahulu. Kata orang dari kawan biasa-biasa terus jadi rapat. Bukankah itu satu petunjuk yang sebenarnya nak mencari kawan atau teman di pejabat tidaklah sesukar mana pun. Apa yang penting keikhlasan itu harus ada dalam setiap perhubungan yang dibina barulah orang disekeliling akan lebih senang dengan kehadiran kita.

hjhj

Kesimpulannya tidak kisalah siapa kawan kita yang penting baik tingkahlakunya dan senang untuk di ajak bicara hata mendekatinya sekalipun yang pasti sedikit sebanyak kehadiran mereka mampu untuk menjadi pendengar setia akan masalah -masalah kita, mampu menceriakan kehidupan kita yang sebelum ini suram. Tanpa mereka Suri yakin anda pergi dan balik kerja pasti dalam keadaan yang membosankan :) .

Kawan-kawan dah joint ke belum Contest Ulangtahun cahayacinta.com? Jomlah joint ramai-ramai :)  tinggal 8 hari je lagi ni ;)

with_all_my_heart-1781

http://cahayacinta.com/?s=ulangtahun+cahaya+cinta&x=0&y=0

Share

Oh Sahabatku, Mengertilah Isi Hatiku..

Salam kawan-kawan semua. Rasanya..eh dah bukan rasanya dah tapi memang dah benar-benar pasti sebab harini adalah hari yang amat sibuk buat suri. Sungguhpun cuti hujung minggu dah nak berakhir namun Suri jua tetap sibuk macam berkerje hari-hari biasa.

Pagi-pagi lagi kat taman perumahan Suri ada buat gotong-royang sampai ke tengahari. Suri goreng bihun, kueh tiew bagai untuk mereka.. yang lain pun ada bawa gak. Masing-masing meriah dengan makanan yang dibawa. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Sesekali kelenjar peluh keluar best gak ;) ehehe..

oo1

Tadi sekumpulan member-member lama datang rumah, masing-masing sibuk bawa anak masing-masing. Suri apa lagi mulalah buka langkah bersilat kat dapur kepang ..pung masak specil untuk dema dari tengahari tadi sampilah sekarang barulah selesai. Lama tak jumpa tu yang merebak kebakaran cerita sana-sini hehee.. pstt!! ada junior kawin dengan senior menjadi hoo..hehee :)

Kata orang jika kita sama-sama melalui kenangan itu bersama teman sekulilah pasti bila kita dah ada kehidupan sendiri hati yang lama akan tercuit memori silam itu kembali. Nak, nak bila dingat nick name masing-masing..ehehe.si tepek, kambing itam, dinosure, minix, si control ayu dan segala macam namalah. Namun itu hanya sebagai penyedap rasa dalam menuntut ilmu dolu- dulu.

Okeylah..
Suri tak mahu buang masa. teruskan pada agenda yang berikutnya. Suri nak tanya anda ada sahabat? berapa ramai sahabat anda? Tentu ramai bukan. Tapi kata orang tak semua sahabat-sahabat kita open minded. Ada juga jika kita tersalah cakap, di tegur itu ni pasti lentingan dia naik sampi ke hati.. Berikut Suri cadangkan beberapa cara yang sesuai untuk menegur sahabat anda.

Sekiranya kamu tidak puas hati dengan sikap kawan kamu Suri cadangkan agar anda menegur rakan anda di lokasi yang sesuai. Jika boleh sewaktu sesi penegura itu dibicarakn anda tidak digalakkan sama sekali untuk menegur perbuatan tersebut di kawasan yang terlalu ramai orang. Sebab ia boleh mejatuhkan air muka sahabat anda di khalayak orang ramai.

Secantik-cantik teguran biarlah ia di tegur dengan cara yang santai dan bersahaja namun tidak terlalu menegangkan keadaan dan suasana tersebut di antara anda dengan sahabat anda . Tapi apa-apa pun anda kenalah kenal pasti kawan anda tu pek peten yang bagaimana ya..

Takala anda berbual denganya maka anda sebagai rakan haruslah berbual seperti keadaan biasa-biasa sahaja. Tapi yang pasti intonasi suara anda haruslah anda jaga dengan sebaik mungkin sungguhpun waktu itu kemarahan anda sedang mendidih. Ingat jangan sesekali anda meninggikan suara dihadapannya sudah pasti nasihat dan teguran anda tidak akan menjadi punya. Malah keadaan akan menjadi lebih buruk lagi adalah.

Bicarakan perkara yang ringan-ringan sahaja tentang kehidupan sehariannya yang tiada kait – mengait dengan apa yang bakal anda nak tegur pada dia kelak. Setelah itu barulah anda tepuk bahu kawan anda secara perlahan-lahan dan bicarakanlah teguran itu mengikut susunan ayat yang sebaiknya agar setiap teguran anda itu dapat di terima olehnya dengan hati yang terbuka.

0002

Sebaik-baik teguran takala anda sahaja yang berbicara dengan dia tanpa ada pihak ketiga dan sewaktu dengannya. Ini bagi mengelakkan sahabat anda merasai perasaan malu dan tersinggung takala teguran di hujani di depan rakan-takan yang lain.

Malahan terdapat jua jenis sahabat yang mudah menitiskan air mata takala teguran dibuat secara baik dilakukan terhadap mereka. Mereka-mereka ini mungkin jenis yang mudah beremosi dan mengeluarkan air mata. Justeru itu anda sebagai sahabatnya yang perihatin anda haruslah sediakan tisu atau sapu tangan buat sahabat anda sebagai persediaan untuk apa jua sebarang kemungkinan yang berlaku. Ada sanggupkah jejaka-jejika di luar sana tu berbuat demikian?? kalu aweks mungkin no hal kot..tapi kalu isteri sendiri? huhu..

Setelah selesai teguran dibuat maka akhir sekali anda haruslah bermaafan kepada sahabat anda. Supaya luahan teguran yang anda berikan kepada sahabat anda tadi dia tidak memandang serius. Dan kemudian anda katakanlah pada dia anda buat begini untuk menjernihkan keadaan yang tegang dan sebab saya adalah kawan awak. Sebab itulah saya menegur awak. Jika orang lain buat apa saya nak tegur. hehe..

Cara anda pula bagaimana? Anda pernah alami situasi sebegini? hehehe…jom komen di kotak bawah ;)

Share

Duri Dalam Persahabatan

Hubungan akrab sesama sahabat semestinya akan sentiasa disemai dengan nilai persahabatan yang sejati. Kejujuran dalam bersahabat itulah yang bakal menjadi kekuatan kepada sesuatu hubungan persahabatan yang tersimpul.

Sebolehnya kamu perlu menjaga pergaulan, agar ikatan yang sedia terjalin itu tidak mudah berakhir. Oleh itu, elakkan daripada melakukan 10 terlarang dalam senarai ini, agar hubungan kamu dengan sahabat tetap hangat untuk selamanya! Ikuti tips sahabat ini dari sumber Rafiqrullah.

caption-90268-20080511232530

Kawan Makan Kawan
Ops!! Hal yang satu ini perlu kamu jauhi. Istilah ini sering menjadi perkara pokok di dalam membincangkan hak yang berkaitan dengan pergaduhan dengan rakan. Kawan makan kawan ini sering kali dikaitkan dengan umpatan, mengata dari belakang, menghasut rakan, merampas pasangan sahabat dan sebagainya.

Oleh itu elakkan daripada melakukan kesilapan ini demi menjaga hubungan persahabatan kamu. Kita sudah banyak melihat kesan dari situasi ini kawan makan kawan ini. Yang mana persahabatan mereka kebanyakannya berakhir dengan kemusnahan hubungan persahabatan itu. Bersikap jujur saja dengan sahabatmu tanpa perlu mempunyai perasaan seumpama itu.

friendsCartoon-main_Full

Penipu.
Dalam sesetengah perkara atau situasi kamu mungkin ada kalanya ‘auta’ dengan kawan-kawan sendiri. Contohnya latar belakang keluarga, kononnya kamu anak orang kaya, mampu membeli barangan berjenama mewah dan macam-macam lagi omongan kamu semata-mata untuk mempamerkan kelebihan yang ada pada diri kamu. Bagi kamu, kamu perlu menutup segala kekurangan kamu kerana ingin kelihatan setaraf dangan rakan-rakan yang lain. Namun kamu perlu tahu, bahawa sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh juga ke tanah akhirnya.

Lebih baik jika kamu berterus – terang di awal perkenalan lagi karana, takut nanti akan timbul masalah di kemudian hari. Tidak perlu ada penipuan andai kamu dambakan persahabatan yang sejati. Rakan yang sejati juga akan menerima kamu seadanya, tidak mengambil pusing perihal latar belakang kamu jika kamu benar-benar mahu menyimpul tali persahabatan.

Suka Ambil Kesempatan.
Kamu berkawan dengan seorang yang berada, dan sudah pasti kamu berbuat baik dengannya berbanding dengan kawan-kawan yang lain. Kamu pandai mengambil hati, bijak memainkan peranan kamu semata-mata hanya untuk menumpang kesenangan sahabat anda itu. Padahal kamu tidak senang dengan lagak gayanya yang pastinya berangan kaya dan gedik. Kamu pura-pura menyenanginya kerana kamu pasti mahu selalu dibelanja, menaiki kereta mewah dan sebagainya.

Situasi ini sering berlaku di luar kesadaran kamu. Oleh itu, buat kamu yang suka mengambil kesempatan, cuba untuk sedarkan diri kamu kerana apa yang kamu lakukan itu tidak mendatangkan manfaat pada sikap kamu yang suka bermuka-muka dalam berkawan. Ingatlah sahabatku sesebuah hubungan yang terjalin tidak akan kelihatan realistik, hanya ‘plastik’ semata-mata.

Panjang Tangan.
Aduh, Paling parah jika sahabatmu ini seorang yang panjang tangan orangnya. Buka sahaja ‘harta’ kamu, tetapi ‘harta’ oarng lain juga turut diambilnya. Ketahuilah hal ini amat menjengkelkan kerana ia sudah pasti rakanmu itu tidak akan memberitahumu diatas sikap panjang tangannya itu. Namanya pun pencuri. Perkara ini sering sahaja berlaku di dalam sesebuah persahabatan yang sekali gus bisa membuatkan hububgan persahabatan ini boleh retak begitu sahaja.

Bukan kerana mencuri barangnya, akan tetapi rakanmu itu berasa tidak senang dan kecil hati dengan sikap rakannya yang panjang tangan. Kata orang, jika kita mahukan barang tersebut maka apalah salahnya sekiranya meminta padanya untuk meminjam barang tersebut darinya. hurm sudah tentu dia rakan anda akan memberinya tanpa banyak bersoal jawab.

Talam dua muka.
Berpura-pura. Ha, itulah kata kuncinya yang utama.Buat kamu yang mungkin boleh disifatkan sebagai kawan yang talam dua muka ini, sebolehnya kamu cuba elakkan daripada meneruskan sikap kamu yang merugikan itu. Di depan A, kamu baik-baik sahaja. Akan tetapi di belakangnya, kamu pula yang menjadi batu api kepada kawan B, bercerita perihal keburukan kawan A.

Dalam persahabatan itu, tidak mustahil kamu juga akan dilayani seperti itu. Ingatlah sekiranya kamu tidak suka, begitu juga dengan rakanmu. Tiada siapa yang suka untuk menjadi bahan umpatan dari belakang. Langkah terbaik, elakkan saja dari bersikap sedemikian. Takut nanti ia akan memakan diri kamu sendiri.

Sekejap Ada, Sekejap Tak Ada.
Rakan yang sebegini hanya memerlukan kamu pada waktu-waktu yang tertentu sahaja. Misalnya untuk meminta pertolongan kamu, ingin menumpangkan kamu untuk ke kuliah atau ke tempat kerja dan sebagainya. Pun begitu, apabila tiba waktu senangnya, dia boleh pula melupai kamu dan buat hal dia saja tidak mempedulikan kamu lagi.

Sahabat yang berperangai sedemikian tidak perlu diberi peluang sama sekali. Ternyata ia hanya memerlukan kamu sekiranya dia didalam kesusahan. Pada waktu senang, kelibatnya pun tidak pernah kelihatan. Individu seperti ini tidak boleh dianggap kawan, tetap akan hanya layak digelar kenalan biasa sahaja..opss!!

friends-forever-border

Perasan!
Sedar atau tidak, kadang-kadang ada diantara rakanmu yang sering memuji diri sendiri dihadapan kamu. Macam-macam cerita yang keluar dari mulutnya. Apa yang pasti, setiap cerita yang disampaikan itu akan ada unsur-unsur memuji, angkat bakul sendiri. Pendek kata, dia perasan sendiri! Antaranya dia sering memberitahu kamu bahawa ada seseorang di dalam kuliah atau di tempat berkerja sedang memerhatikannya, merenungnya tajam seakan-akan mahu menggoda dirinya.

Padahal kamu mengenali individu yang dimaksudkannya itu dan dia sebenarnya mengutuk rakamu itu perihal pemakaiannya atau tingkah lakunya yang kurang menyenangkan. Kamu pula segan untuk memberitahu hal yang sebenar. Apa yang jelas, bagi kamu yang selalu berperangai sebegini ini, elakkan saja sikap yang sedemikian. Tidak salah untuk memuji diri, asalkan kita tidak melampau sudahlah ya.

Mata Duit Vs Kedekut!
Tentu kamu pernah mendengar istilah wang adalah segalanya! Begitulah juga ‘pengaruhnya’ kepada rakanmu jika ada. Terdapat segelintir rakanmu yang tanpa segan silu menunjukkan pada kamu betapa wang ringgit itu merupakan keutamaan dalam sesebuah kehidupnya. Mahu ‘dipayungkan’ setiap masa, kedekut untuk mengeluarkan wang dari poket sendiri.

Nama pun berkawan, adalah sangat penting bagi kamu untuk berkongsi apa sahaja.Tambah juga jika kamu masih menuntut lagi. Tentunya kewangan akan menjadi perkara penting buatmu. Jika kamu beriadah atau menonton wayang, tidak salah jika masing-masing berkongsi tambang, makan dan lain-lain lagi. INGAT! jangan terlalu kedekut dan hanya mendambakan sumbangan dari orang lain sahaja. Kebanyakan orang tidak suka jika kita bersikap sedemikan rupa. Tapi untuk sesekali tidak mengapalah jagan selalu..

sneak_hug_by_Cartoon_Gal

Gedik.
Ini juga merupakan salah-satu ‘dosa besar’ dalam bersahabat. Gedik dalam situasi ini bukan dalan konteks sosialnya. Tetapi gedik apabila keluar bersama. Takut-takut nanti si dia pula akan gedik degan teman istimewa kamu! Bayangkan, sedang kamu asyik bergembira makan bersama, tiba-tiba rakan kamu cuba pula untuk ‘beramah mesra’ denga teman istimewamu.

Tidakkah perkara itu akan membangkitkan kecemburuan kamu? Justeru, cuba elakkan perkara sedemikian dari berlaku. Bagi si gedik, perangai kamu yang sebegitu hanya akan membuatkan orang lain menyampah sahaja. Tidak salah jika kita hendak mempamerkan keramahan diri kita yang sebenarnya, akan tetapi biarlah ia dengan cara, situasi dan masa yang betul kena pada tempatnya.

Moody!
Tentunya ada dikalangan kamu yang mempunyai rakan yang agak moody dan tidak boleh diramal sikapnya pada satu-satu masa. Hal ini mungkin dianggap normal, namun tidakkah kamu sedar bahawa perangainya yang angin tidak mengira tempat akan membawa kepada situasi persahabatan yang kurang enak? misalnya ada ketikanya moodnya ok sahaja, akan tetapi selepas tidak lama itu, sikapnya akan mula berubah pula. Marah-marah, tengking kamu hingga mempamerkan sikap barannya juga.

Bagi kamu yang bersikap agak moody ini ia boleh memberi kesan negatif kepada hubungan kamu dengan sahabat. Elakkan sikap itu dalam diri kamu, apatah lagi jika sahabatmu itu sensitif orangnya.

Jadi nasihat Suri sentiasalah waspadalah pada rakan-rakan anda disekeliling lebih-lebih lagi pada rakan yang baru kita kenali..

Rakan anda bagaimana pula, adakah baik-baik kesemunya..?? jom kita kongsikannya disini..

Share