Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Syukur Alhamdulillah nikmat yang diberi memberikan Suri ruang untuk bertamu sahabat semua disini. Pagi yang mendamaikan..curahan air hujan yang membasahi atap genting dirumuhku membuatkan keadaan pagi ini sedikit sejuk.. Manakan tidak dari petang membawa ke malam hujan tidak berhenti -henti mengasak bumi Ipoh.
Berbalik pada tajuk diatas Anak Pertama, Bersediakan Anda? untuk memberikan komitmen kepada mereke sepenuhnya? Kebiasaanya persoalan ini selalunya akan dibangkitkan pada pasangan yang bakal mendapat cahayamata yang pertama.
Amnya apabila perkahwinan telah dibina maka dua hati akan bersatu dan menjadikan setiap apa yang berlaku dalam sesebuah institusi rumahtangga itu menyingkap pelbagai fenomena yang baru. Biasanya perkahwinan yang dibentuk pasti mengiginkan cahayamata yang baru dalam rumahtangga walaubagaimanapun terdapat juga segelintir pasangan yang masih belum bersedia kearah itu. Sedih bukan..
Kehadiran anak dalam sesebuah rumahtangga sebenarnya menjadikan pasangan suami isteri itu lebih bertanggungjwab pada titik saat si kecil berada dalam rahim ibunya lagi. Saat ini anda adalah pelindung bagi dirinya.
Tahukah sahabat-sahabatku bahawa terdapat beberapa elemen -eleman yang penting wajib bagi setiap pasangan ibu bapa menerima si manja pertama dalam keluarga mereka. Ikuti bacaan ini seterusnya sehingga ke noktah yang terakhir.
- Sebagai seorang isteri, bakal ibu terhadap kandungannya yang telah menjangkau beberapa minggu saat itu anda akan berperang dengan ketidakselesaan tubuh badan anda seperti keletihan, ketidakseimbangan hormon dan sebagainya.
- Persediaan yang paling baik adalah menyediakan peruntukan wang yang secukupnya untuk bayi anda sebelum dan selepas ia dilahirkan bagi menjamin masa depan si kecil.
- Menyediakan kelengkapan bayi anda dari segi pakaian, barang keperluan bagi menyambut kedatangan “orang baru”.
- Saat janin kian membesar dan anda sendri dapat merasakan pergerakannya pasti anda akan teruja namun saat anda tidur, bangun dan baring itulah merupakan tanda-tanda awal bahawa apabila bayi anda dilahirkan kedunia kelak ia memerlukan perhatian dari anda berdua.
- Memberikan nama-nama yang baik untuk bayi anda serta membawa maksud yang indah dalam islam.
- Bersedia memikul tanggungjwab dari segi masa dalam memahami karenah bayi anda saat dia mula meragam dalam kelaparan, kesakitan apabila suhu badannya panas, kesejukan apabila tubuh badannya cuba memahami keadaan sekeliling, ketidakselesaan apabila ada sesuatu yang membuatkan bayi anda rungsing dan sebagainya.
- Membentuk persefahaman bersama-sama disamping bijak membahagikan masa dalam menguruskan bayi anda bersama pasangan.
- Carilah ilmu keibubapaan melalui pelbagai sumber terbuka seperti dilaman maya, media cetak, buku-buku yang berkisar tentang ibu bapa dan anak ataupun berkongsi cerita dengan jiran mahupun rakan sepejabat yang mempunyai pengalaman yang lebih lama dari anda.
- Mencurahkan nilai-nilai baik terutama agama dalam mendidik anak-anak yang cermerlang baik di dunia mahupun diakhirat.
- Memahami bahawa masa yang berkualiti adalah masa bersama anak berbanding dengan keadaan anda yang sebelumnya.
- Mampu menguruskan sumber eknomi dengan baik sebelum dan selepas anda bergelar ibu bapa.
Selamat menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak anda. Semoga mereka akan menjadi acuan yang terbaik untuk masa-masa hadapan kelak.
Tahniah pada bloger yang sedang meniti saat kemanisan ini pada yang masih gagal boleh mencuba, dan mencuba lagi. Ada cerita dan perkongsian yang ingin diceritakan ayuh kongsikannya di ruangan komen dibawah, Insyallah Suri akan mencuba menjejak anda kembali

















