Kemaskan Inbox Gmail Anda Dari Email Facebook Yang Berserabut

Assalamualaikum.
Sebelum ni aku ada post entry mengenai cara untuk kemaskan inbox yahoo dari email facebook yang bersepah dalam inbox yahoo kita, so atas permintaan beberapa insan yang bernama manusia meminta supaya aku share cara buat bende ni kat gmail pulak kalau aku tahu. Sebenarnya aku tak tahu pon cara untuk buat bende ni kat gmail, tapi tadi aku dah punggah habis gmail dan berjaya menemui caranya dan aku buat memang jadi.

Jadi, kepada siapa- siapa yang blurr2 entry ni pasal apa tak taw, boleh tengok mukadimahnya di [sini] Sebelum start, Klik gambar untuk tumbesaran yang memuaskan ok, sebab karang tak tengok tak paham pulak. New Tab punya.Ok, start.

1. Login / Sign in Gmail anda.
2. Klik “more” pada senarai label (rujuk gambar di bawah)
3. Klik “Create new label” untuk membuat label baru (rujuk gambar di bawah)

01

4. Akan keluar satu window dan isikan “Facebook” pada ruangan yang disediakan. (rujuk gambar di bawah)
5. Klik “Ok”

02

6. Selepas itu, label Facebook pun tercipta. Then, klik “Create a filter” di tepi tempat Search. ( rujuk gambar di bawah untuk kesenangan abadi)

03

7. Dan akan pergi ke page lain, terdapat beberapa ruangan untuk diisi. Anda hanya perlu isikan pada ruangan From dengan perkataan “Facebook” (rujuk gambar di bawah)
8. Klik “Next Step>>”

04

9. Ke page lain, and then tickkan pada “Skip the Inbox ( Archive it)”
10. Tick pada “Apply the label” dan pilih label “Facebook” (rujuk gambar di bawah)
11. Dan akhir sekali klik “Create Filter”

05

Dan sekarang, email- email dari facebook tidak akan buat kacau lagi dalam inbox gmail anda, gudluck!~ ^__^

P/S:
Original Post By Blog http://aqnaim.blogspot.com
Terima kasih sahabat aqnaim sebab keizinan ilmu ini dikongsi ke blog ini :)

Share

Fahami Kitaran Haid & Waktu Subur

Fahami Kitaran Haid & Waktu Subur

Kami kongsikan maklumat dengan anda mengenai kitaran haid dan waktu subur bagi wanita. Maklumat ini sangat penting dan amat wajar untuk kita ambil tahu serta fahami dengan betul. Terutamanya kepada sesiapa yang sudah berkahwin dan inginkan anak.

baby suri

KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?Ada 2 sebab utama :-
1.Untuk memudahkan mendapat zuriat
2.Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.

Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA
Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

baby suri 03

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri. Harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.

Sumber mykahwin.com.my

Share

Burung Kakak Tua Yang Gatal

Salam semua.. Terasa hari ni macam sunyi and sepi jer.. huhu…mungkin sebab bos selalu masuk lewat..eleh, dia memang masuk lewat pun.. Paling kurang jam 12.30 tengahari dia akan masuklah.. Kalu tak pun mungkin jam 3.40 petang dia akan masuk kiki.. :)

Okeylah tak mahu cerita panjang just nak kongsikan cerita ni untuk tatapan semua. Saje jer berjalan-jalan mati raya disekitar maya terjumpa pula akan blog saudara islam kita ini dari blognya http://rinznyssa.multiply.com. Nampaknyer ada sesuatu cerita yang menarik hendak dikongsikan bersama anda kali ini. Jom! kita hayati bersama-sama.

Ada seekor burung kakak tua yang sangat cerdik dan mempunyai pandangan mata yang sangat tajam sehingga boleh menembusi apa-apa halangan yang menutup matanya (Transparent le tu…)

Setiap pagi burung ini akan bertenggek di dalam sangkarnya yang tergantung di tingkap. Rumah tuan punye burung ni
terletak di antara sekolah rendah dan kuaters guru

Setiap pagi ada 3 orang cikgu melintas di hadapan rumah tuan punye burung ni dari sekolah ke kuaters guru, oleh itu hari-harilah burung ni perhati 3 orang cikgu yang bertutup litup tuh ke hulu ke hilir… ke hulu, ke hilir…..

Setiap hari burung ni tengok cikgu-cikgu tu atas bawah, atas bawah.. Bila dia boring dia menyanyi-nyanyi…. tak pun, dia akan baca skrip cerita sembilu 2… lama-lama makin boring pulak… so dia ternampak le si cikgu-cikgu tu berderet jalan slow-slow nak pergi ke sekolah

Burung-Kakak-Tua

Burung ni pun kuyu-kuyukan mata dia…then tonyoh tonyoh sikit mata dia…dah tu dia kibas-kibas kan kepak dia…pas tu dia jerit kuat-kuat….

“BELANG!! PUTIH!! BIRU!!!”

Cikgu-cikgu tadi sama-sama menoleh ke arah burung tu dan pandang ke depan semula. Mereka jalan cepat-cepat… Sampai di sekolah mereka cuma saling pandang memandang…..

Keesokan harinya cikgu-cikgu tu pun macam biasa lalu depan burung tu lagi. Bila balik ke rumah kuaters guru, burung tu buat dek je… bila time cikgu ni nak ke sekolah, burung tu jerit lagi…….

“PUTIH!!! BUNGA-BUNGA!!! PINK!!!”

Cikgu-cikgu tu terkejut dog… dan berjalan cepat-cepat lagi… sampai di sekolah depa pun tanya sesama depa…..cikgu pertama bercakap “camna burung kakak tua tu tau warna sepender yang kita pakai?”

Cikgu kedua menjawab “Tak tau pulak …. ahli sihir ke apa ntah…..” .

Cikgu ketiga mencelah “Alah ..kebetulan je agaknyer…..

tak pe, kita tengok besok pulak camana…”

Keesokan hari nya macam biasa… pagi-pagi cikgu-cikgu

tu lalu depan rumah burung tu…. burung tengah bersenam

memusing-musingkan kepaknya 360 darjah……..”Iyah! iyah! lapan lapan

lagi… satu…dua…” dan seterusnya.

Bila time cikgu ni nak ke sekolah, lalu lagi depan

burung…. Burung pun tengok…. dia jerit lagi..

KELABU!! HIJAU!! PURPLE!!”

Cikgu-cikgu berlari-lari anak tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Setiba di sekolah guru mereka berbicara lagi…Cikgu pertama “Memang betul apa yang burung tu cakap…. heh, apa nak buat hah?”. Cikgu kedua “Kita mesti buat something untuk uji burung tu…”.Cikgu ketiga….”Aku tau… apa kata esok kita semua pakai color hitam”.

“Okey…Set!!!!!” balas depa…..

Keesokan harinya……sama juga…. bila time kesekolah, burung tu jerit lagi…

219988873

HITAM!!HITAM!!!HITAM!!!!”

Cikgu-cikgu tu berlari anak lagi….di sekolah mereka berbincang…. cikgi pertama “Nampak nya burung tu mempunyai pandangan mata yang transparent…” . Cikgu kedua “Atau pun dia cuma boleh kenal warna….”. Cikgu ketiga…”Betul tu, mungkin dia dah di latih untuk meneka warna, tapi tidak dilatih untuk meneka bentuk. Kengkawan, apa
kata esok kita jangan pakai sepender langsung.”

“Orait!! Set!!” depa jawab.

Keesokan hari nya, lagi sekali macam biasa Di waktu pagi burung buat dek je…. bila time cikgu-cikgu tu nak ke sekolah, burung tu tengok…. ditenungnye lama-lama…cikgu-cikgu tu mula tersenyum dan jalan slow-slow……sambil toleh-toleh kat burung tu…burung tu tengok lagi…. dia naik-naikkan mata macam Ziana Zain gitu….dah tu pusing belakang… dia tengok lagi dengan cara menonggeng…..dah tu dia pandang ke depan balik…. dia garu-garu kepala…dah tu usap-usap
dagu…..dia cekak pinggang….. dah tu burung tu pegang dagu lagi…pastu dia senyum…..dia jerit lagi kuat kali ni…

“LURUS!!! LURUS!!

KERINTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

Cikgu-cikgu ni terus lari sampai tak cukup tanah gamak nyer….. ;) :)

**MORAL : JANGAN SESEKALI MENGUJI BURUNG YANG PANDAI BERCAKAP. HEHEHE

Share

Manfaat Makanan Organik

Pada hari ini terdapat banyak makanan bayi yang diperbuat dari bahan organik yang mampu menambahkan dimensi yang baru di dalam rangkaian makanan bayi yang mempunyai pelbagai pilihan, resipi serta bentuk bagi memenuhi pelbagai pilihan, resepi serta bentuk bagi memenuhi keperluan bayi anda yang sentiasa berubah-ubah.

organic_baby_food

Barangan pemakanan bayi yang organik juga mampu untuk memastikan bahawa produk makanan tersebut adalah tulen dan tidak terdedah kepada sebarang bentuk pencemaran yang boleh mendatangkan risiko kepada bayi anda.

Organik adalah yang terbaik untuk bayi anda!
Makanan bayi yang organik boleh memberikan beberapa pilihan bergantung kepada kaedah ianya ditanam di ladang-ladang, namun demikian terdapat banyak lagi pilihan yang boleh di buat dari segi rasa serta resepi yang berbeza samada ianya adalah organik ataupun tidak bagi memastikan bayi anda membesar dengan kuat dan sihat.

Sebab-sebab utama mengapa bayi anda perlu mengambil makanan organik:-

Ianya menyihatkan
Secara purata, makanan organik mengandungi Vitamin C yang tinggi berserta dengan khasiat yang diperlukan.

Mengelakkan racun serangga
Bahan yang tertinggal dari racun serangga seringkali di kesan kehadirannya di dalam makanan bukan organik.

my baby

Tiada GM
Bahan ‘ginetically modified‘ (GM) dan kandungannya tidak dibenarkan langsung di dalam piawaian organik.

Piawaian yang tinggi
Makanan organik wujud dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Semua ladang organik dan syarikat-syarikat pengeluar makanan akan diperiksa sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.

Baik untuk persekitaran
Ladang organik adalah sesuai untuk haiwan yang dibiarkan bebas, ini akan mengurangkan pelepasan karbon dioksida serta kurang pembuangan bahan-bahan yang merbahaya.

Artikel ini hasil ihsan dari Heinz Organic

Bisakan anak anda atau anda makan makanan yang organik. Sebab kualitinya dan manfaatnya begitu baik sekali untuk tubuh kita. :)

kangkung

Pst!! sekali tu kawan Suri beli kangkung nak buat masakan tengahari untuk orang rumahnya. Bila kangkung tersebut sudah bersih dia pun mulalah potong kangkung tu macam biasa. Last-last seekor ulat keluar dari batang kangkung tersebut. Sejak tu kawan Suri tak makan batang kangkung pun. Just makan daun dia jer..hehehe ;)

Anda ada cerita di sebalik penyediaan makana untuk si dia/keluarga/suami/isteri jom kongsikan pengalaman anda tu di sini :)

Share

Surat Cinta Zaman Moden

Kekasih,

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan.

Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

sevgimabedi_sevgi_mabedi_(100)

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi.

Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku.

Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

smilesuntin

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald’s, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri.

Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan.

Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

http://www.lawakjenaka.com

p/s: post ini sekadar memenuhi kategori slot copy nd paste artikel..

Share

Hantu Yang Megong

Salam semua..Nampaknya hati ni nak bertukar anginlah pula. Oopss! tapi bukan nak bertukar pasangan yer..hah, hah..jagan salah faham tau. Hurm jika selalunya entri tentang kesihatan, perkahwinan, percintaan, fakta akan mewarnai blog cahayacinta.com.

ummie

Tapi untuk yang sekelian kalinya Suri nak setkan bahagian lawak disini. Rasanya taklah bosan sangat kot..hehe..Yang mana menarik perhatian Suri maka akan Suri jadikannya sebahagian KOLEKSI peribadi Suri. Bila baca Suri dah tergelak itu dah bermakna daku manusia yang normallah..hehe..jika anda?? hehe…maka hayatilah entri dibawah ini dan yang seterusnya nanti. ;)

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berboraklah untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

“Apsal kau ni asyik menggigil je?”

imagesCAMR77JO

“Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais…sejuk!!” Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

“Ooo..kesian… aku dulu mati sebab heart attack.” Kata Hantu A ramah.

“Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang.” Balas Hantu B.

“Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya…” jawab Hantu A sayu.

“Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih..”

“Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang.”

“So, ko dapatlah tangkap diorang?” tanya Hantu B penuh minat.

“Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak…” kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

cartoon-scoutsLaughing

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

“Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.hikk..hik..

slot copy nd Paste Artikel dari http://ketawa.com

Share