Resepi Obor-Obor

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Seperti yang di janjikan entri kali ini berkisar tentang resepi obor-obor. Janji tetap di kota walaupun bukan Suri yang masak heeee..

Jom semak apa bahan-bahan asas yang di perlukan.

Bagi orang Sarawak umai adalah delicacy yang popular seperti juga budu di Terengganu, air asam di Kedah dan cencaluk di Melaka. Ada beberapa jenis bahan utama yang digunakan untuk buat umai. 3 yang utama ialah ikan, udang dan obor obor. Yang menariknya, bahan-bahan yang digunakan untuk membuat umai tidak dimasak, sebaliknya dipotong potong halus, digaul dengan bahan bahan lain seperti hirisan tomato, cili, bawang dan hirisan limau

Umai Obor-Obor
1. 300 gram Obor-Obor masin
2. Dua batang cili merah (dihiris nipis)
3. Sebiji bawang besar (dihiris nipis)
4. Dua biji bawang merah (dihiris nipis)
5. 1 sudu serbuk kacang tanah (yang telah digoreng & ditumbuk)
6. 5 – 7 biji limau kasturi
7. Ajinomoto secukup rasa

Cara-Cara Membuatnya
1. Rendam Obor-Obor untuk mengurangkan rasa masinnya selama beberapa jam
2. Tus & hiris Obor-Obor kecil-kecil.
3. Potong dan perah semua limau kasturi, gaulkan dengan Obor-Obor.
4. Masukkan bahan-bahan yang dihiris tadi.
5. Masukkan serbuk kacang tanah.
6. Gaul sehingga sebati, tambah Ajinomoto secukup rasa.
7. Hidangkan.

Sumber: http://anak-sarawak.blogspot.com

 

Share

Pinjam Bahu Sekejap..

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Jam menunjukkan 10.39 pagi paling lewat update entri di cahayacinta.com manakan tidak dari malam semalam melayan anak yang demam dan batuk-batuk. Semalam giliran ayahnya menjaga si anak sebab cuti memandangkan hari Ahad ayahnya bekerja. Mahu tidak giliran Suri menjaganya pula =)

Fikiran masih berserabut bagi rasa nak naik boat kat kampung membawa diri ke tengah lautan. Kalu ada serangkap kerang boleh gak bawak sekali sambil-sambil tu dapat hasilnya jua. Apa yang serabut sepertinya bro Tehr, Bro Yas… tahu-tahu sahaja dengan blog cinta Suri nan satu itu.

Usai medodoikan anak Suri terus on laptop dan mengasingkan diri dalam bilik anak. Apa lagi still meggodek bloglah nampaknya. Mujur ada sahabat facebook sahabat chii bro Azhar yang sudi tunjuk ajar Suri itu ini. Dari malam menginjak ke 2 pagi jugalah Suri godek-godek sambil belajar apa-apa yang patut dalam wordpress.

Malam tadi sempat pindahkan entri dari blogspot masuk ke wordpress. Jika ada yang perasan bulan Jun, July dan Ogos banyak entri tiada. Senang kata gigi blog cinta sudah rogak ha..ha..haa.. Sebab tiada entri di catatkan disitu gara-gara blog di godam tempoh hari. Tang tu cuba pindahkan satu persatu mau gak adjust tarikh, hari dan masa. Uhu..bukan satu kerja yang mudah bang uik..huhu..

 


Itupu belum sentuh bab – bak gambar unta lagi. Nak muat naik gambar dalam entri pun tak dapat inikan nak godek-godek yang lain. Andai dapat muat naik gambar dalam setiap posting rasanya makan masa 1 jam lebih! ger…. bab ni tolak tepi dulu huhu.. (tu sebab posting Suri baru-baru ini tiada gambar) cuma korang jer yang tidak perasan kan..kan.. Jom makan ikan bakar. Suri dari pagi tadi tidak sempat bersarapan pagi.

Masalah gvatar menjadi punca kedua. Sempat gak tukar gambar malam tadi. Ikutkan hati lepas tukar gambar dan bodek-bodek wordperss masalah akan selesai. Bila tengok balik blog cahayacinta.com masalah gvatar masih tidak selesai-selesai juga. Erm.. jika ada yang perasan gvatar Suri sudah bertukar wajah baru hehe.. Em tidak mengapalah asalkan kita sudah mencuba. Next time jika free Suri akan cuba sekali lagi- yang ini wajar di pertimbangkan sebab ia berkait -mengait dengan membalas komen di blog cinta.

Btw selagi masalah tidak selesai Suri tidak akan membalas komen-komen kalian di blog cinta sebab Suri rasa rata-rata member bloger yang tinggalkan jejak mengatakan baik letak gambar sendiri dari gambar kartun baru ar cun hee..

  • Ini semua gara-gara version lain kot.. maybe interface tapi bendanya sama jer ni.
  • Yang pasti bertaburan..ftp dan sure ada dalam salah satu file tu kena ubah something..

Rasa semak pulak nak baca dan memahami kod html. blh..blh.

Itulah apa yang Suri rasa sekarang ini. Pinjam bahu sekejap. Suri nak lentok dan menangis huhu…

Share

Tiada Gambar Gavatar

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Masih menari tangan ini menggodek -godek ruang komen di cahayacinta.com dan bahagian yang lain-lain.

Jangan salah faham wahai sahabat-sahabatku andai Suri tidak membalas komen-komen sahabat sebab bila Suri balas komen kelak tiada gambar gavatar original Suri yang muncul di situ sebaliknya gambar kartun yang muncul huhu…

Gambar hiasan.
Gambar tak keluar cup cake yang keluar. Ikan pergi cabot lari ke??

 

Insyallah Suri akan membalas komen-komen sahabat semua apabila keadaan sudah di baik pulih nanti. Terima kasih pada yang sudi memberikan komen walaupun hanya sebaris ayat amat-amat Suri hargai.

Terima kasih sekali lagi..

Salinan enrti dari blogspot Suri.

Share

Apa Nak Buat Bila Blog Kena Hacked

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Itulah jawapan yang suri terima dari pakar aka syukri huhu..

Sedih..
Sedih..
Sebelum tu dah menangis meleleh air mata ini berjuraian bak manik-manik di pipi putihku ini huuu.. Tidak pernah aku merasakan sebegini kali ini punya sakit rasa amat mendalam sekali..
Apa yang membelenggu sekarang ini membuatkan Suri sayang sangat akan blog ini huu..
Aduhai cahaya cinta banyak sungguh dugaanmu dari awal hingga kini..
Share

Bermanja-Manja Itu Mengundang Sayang

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Dulu lagi saya telah berpesan, biar bermanja-manja jangan sampai mengada-ngada. Bermanja-manja itu best juga tapi mengada-ngada memang cari bala. Terlalu banyak bermanja-manja akhirnya menjurus pada mengada-ngada. Bermanja-manja akan semakin disayangi, mengada-ngada akan semakin dibenci.

sweet_couples_cute_lover_1101986_top_wallcoo.com

Hampir semua lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada tapi amat mendambakan wanita yang pandai bermanja-manja, pada suasana dan situasi yang betul. Malangnya kebanyakan wanita tidak dapat membezakan antara mengada-ngada dengan bermanja-manja.

Wanita yang kerap menyakiti kepala suaminya dengan hal yang sama dikira mengada-ngada. Misalnya, “Bang, cantikkan gelang Ayang ni?” soalan itu ditanyakan sampai 10 kali, dalam sehari. Sudah tentulah ‘hangin’ abang dibuatnya.

sweet_couples_cute_lover_go32_1280_wallcoo.com

Wanita memamg memerlukan belaian sayang dari seorang lelaki, tapi harus ingat tidak semua lelaki pandai mempemerkan kasih sayangnya. Dia sayang dan cinta, tapi lelaki memang begitu. Untuk berkata ‘sayang, cinta dan kasih’ itu mungkin kerap dilakukan talaka di alam percintaan, setelah berumah tangga usah harap sangat kata-kata yang sama akan terbit dari bibirnya. Apakah dia sudah tidak sayang…., dia tetap sayang cuma dia gagal dalam mempamerkannya untuk tontonan.

Memang anda akan terasa seperti tidak dipedulikan. kadang-kadang sewaktu anda bercakap dia tekun membaca akhbar. Apakah dia tidak kisah? Tidak…, dia tetap mendengar apa yang anda perkatakan tapi kurang memberikan maklum balas. Bukan tidak kisah, tapi menganggapnya kurang penting (remeh). Perkara itu boleh dibincangkan kemudian; atau mungkin perkara itu pernah anda perkatakan. Jadi tak perlu diberikan perhatian sangat.

Begitulah bezanya antara lelaki dengan wanita. Wanita dengan kelembutan dan kehalusan budinya mahu sentiasa dibelai dengan ucap-ucap sayang; sebaliknya lelaki dengan keegoannya yang tinggi tidak pandai mempamerkan rasa sayangnya itu.

sweet_couples_cute_lover_butterfly_1280_wallcoo.com

Usah terlalu merangsang lelaki untuk berkata apa yang pernah diperkatakannya dahulu. Ingat filem Do Re Mi. Suatu hari Re disoal siasat oleh isterinya yang berkerja di night club. Re baru sahaja kembali dari night club yang sama akibat diajak oleh Jailani. Sambil memegang gambar isterinya, yang selama ini menjadi teman ‘bercinta‘, Re menghempaskan gambar itu. “Alamak, Lone Ranger,” katanya.

“Oooo, sudahlah engkau curi duit aku engkau hempas gambar aku ye? Jantan tak tahu diuntung. Makan aku beri, tempat tinggal aku sediakan, Duit aku pun engkau curi ye.”

“Tidaklah darling. Dengan you  i sayang, gambar you pun i sayang.” Soal saya, Kenapa Re ‘terhempas’ gambar tu walaupun dia tak pernah terniat nak berbuat begitu? Dia amat sayang dengan isterinya dan tak pernah membina apa-apa prasangka sebelum ini?

sweet_couples_cute_lover_1087348_top_wallcoo.com

JAWAPANNYA, lelaki tidak pandai mempamerkan kasih sayang.

Berhentilah daripada terlalu mengharap kata-kata yang menarik dari mulut lelaki. Namun percayalah dia mendengar dan menghargai belaian sayang anda, cuma dia tidak tahu bagaimana hendak membalasnya dengan kata-kata yang serupa. Lelaki bukan buta kayu tetapi puas hati dengan apa yang pernah diucapkannya dahulu. Baginya tidak perlu pengulangan selagi situasi tidak berubah dan suasananya serupa.

Hanya lelaki yang agak seni mampu melayani anda sebagaimana anda seorang wanita. Tetapi selagi namanya lelaki dia tidak terkecuali daripada sifat yang biasa dimiliki oleh lelaki-tidak pandai mempamerkan kasih sayang. Jadi usah mengada-ngada. Ingatlah selalu; bermanja-manja itu menarik sayang sedangkan mengada-ngada itu mengundang jurang.

Selamat berbahagia sayang!

Oleh: Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj.

imagesSumber: Google

Suri suka membaca buku motovasi beliau. Setakat ini Suri memiliki buku Membina Rasa Cinta, Membina Peribadi Anggun dan Membina Hati Bahagia.. Andai sahabat semua nak dapatkan lebih motivasi yang menarik tentang diri, rumahtangga, kerjaya boleh sahaja dapatkan buku-bukunya dipasaran. Insyallah ia tidak akan mengecewakan anda :) .

Share

Kilauan Air Matamu

Salam semua :) ..

Suri harap samua kawan-kawan Suri sihat walfiat hendaknya. Jika yang kurang sihat tu harap-harap segerlah berjumpa dengan doktor ;) .

Harini Suri nak kongsikan satu kisah yang bertajuk air mata wanita. Harap kalian yang ada kawan, isteri, yang bergelar kekasih.. katakan pada mereka air mata tu janganlah terlalu bersedih sebab kalau dah terlalu sedih sangat muka yang manis pasti tidak akan berseri lagi heee.. Baiklah jom kita baca kisah tersebut seperti di bawah :)

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya “Mengapa engkau menangis?”
“Karena aku seorang wanita”, kata sang ibu kepadanya.

“Aku tidak mengerti”, kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, “Dan kau tak akan pernah mengerti”

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, “Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?”

“Semua wanita menangis tanpa alasan”, hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, “Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?”

Tuhan berkata:
“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan ”

“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya ”

beautiful-girl

“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh “

“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya ” “Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya ”

“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu ”

“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk diteteskan.

Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila-bila masa sahaja ia memerlukan.”

“Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuhnya yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.”

“Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada.”

Sumber: http://cerita-tauladan.blogspot.com

Hurmm..jika kaum hawa menangis ok lagi..tapi kalau kaum adam menangis apa ceter?? :) ;) :(

Share

Jangan Dengar Hasutan Orang

Salam jumaat untuk semua ;)

Entri harini terlalu panjang harap sahabat semua akan terus membacanya sehingga ke akhir penamatnya. Artikel ini di bawakan oleh Mohd Huzairi Bin Zainuddin iaitu Perunding Motivasi Self  Dynamic and Management Traning Consulant.

Dalam mencipta kebahagiaan rumahtangga, cubalah kita hayati ungkapan ini:

hot-sun-thermometer

Ku sangka panas sampai ke petang

Rupanya hujan di tengah hari

Itu pepatah Melayu lama. Orang di zaman milenium sekarang sudah canggih belaka, ramalan cuaca kini sudah menggunakan peralatan yang lebih terkini dan hasil kajiannya diakui lebih tepat (bukan seperti di era zaman Nujum Pak Belalang dulu, semuanya mengharapkan kepada  nasib dan telahan semata-mata. Ada kalanya nasib tidak menyebelahi kita, di sinilah datangnya ikhtiar atau usaha). Kebahagiaan yang kita harapkan boleh sampai ke akhir hayat, rupa-rupanya mengundang seribu satu masalah dan kita kecewa akhirnya.

Dahulu sebelum berumahtangga, semasa masih lagi di alam pencarian, segala-gala tindak - tanduk kita adalah terkawal. Segala perkataan kita sering sahaja berlapik dan senyum saling tidak pernah terlepas dari wajah kita. Seandainya pasangan kita merajuk, maka kita akan segera memujuk dan begitulah jua sebaliknya.. Seandainya kita kenangkan kembali suatu waktu dahulu, mahu rasanya nostalgia tersebut berulang semula walau hanya sekali sahaja. Dan kalau boleh biarlah berualng-ulang kali. Ini bukannya cerita dalam VCD yang boleh kita putarkan sesuka hati tetapi inilah dia kenyataan hidup.

Adakah sekali kita dikecewakan, bermakna kita akan terus kecewa buat selama-lamanya? Bagi mereka yang mempunyai ketahanan jiwa dan visi dalam kehidupan, segala dugaan tersebut pasti akan dianggap ‘perkara biasa sahaja’. Setiap manusia mesti  melalui ‘kemanisan’ dan ‘kepahitan’ dalam kehidupan berumahtangga.

Ada juga yang bertanyakan pada saya benarkah ada pasangan suami isteri yang tidak pernah bergaduh? Kehidupan mereka sentiasa sahaja aman dan damai. ” Secara peribadi saya berani berpendapat, sememangnya TIDAK ADA. Bahkan, tidak pernah ada. Sedangkan kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya sendiri pun, tidak pernah sunyi dari menghadapi tribulasi dalam rumahtangga. Inikan kita pula, manusia biasa.

Saya sentiasa percaya bahawa semakin banyak kita hulurkan dan korbankan  demi kebahagiaan pasangan kita, maka kita akan mendapat balasan yang setimpal kelak. Sekalipun bukan di dunia ini, akan tetapi di akhirat sudahlah pasti. Lakukanlah segala-galanya dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah. Apakah Tuhan tidak memerhatikan setiap perilakuan hamba-hambanya?

imagesCAX56KYJ

Ada yang mengadu kepada saya tentang betapa malang nasibnya kerana baru beberapa bulan berkahwin, segala rahsia telah terbongkar. Ada yang teraniaya kerana telah terpedaya dan terpaksa hidup secara ‘berkongsi kasih’. Apa boleh buat, segala-galanya telah berlaku dan nasi telah menjadi bubur. Hendak ditelan mati ayah dan luahkan pula mati ibu. Kesudahannya diri sendiri yang merana dan akhirnya, mati kekeringan..

 

Saya pun berasa kasihan dam serba salah jua. Mari ikuti cerita saya. Lebih kurang  dua puluh tahun dahulu, perkara ini berlaku benar-benar di hadapan mata saya. Malam itu kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabulkan. Alih-alih di waktu pagi, datanglah seorang perempuan pergi menemui pegantin lelaki. Kehadirannya dengan membawa seorang anak kecil dan berlakulah sedikit kekecohan. Setelah diselidik, ternyatalah lelaki tadi sudah pun beristeri dan anak yang dibawa tadi adalah merupakan anaknya sendiri.

Setelah berunding dengan kesemua pihak, maka si lelaki tadi terpaksa melepaskan talak terhadap isteri yang baru dinikahinya. Macam filem hindustanlah pulak. Jika hendak dikaji, kesalahan tadi hendaklag diletakkan kepada siapa?? Si lelaki tadi sememangnya mempunyai niat yang jujur, sedangkan dia telah pun beristeri dan sanggup membohongi wanita tersebut.

muslimah-berjilbab-7 

Sepatutnya setiap wanita mestilah berhati-hati dalam soal pemilihan jodoh ini. Seorang lelaki yang baik, mesti mempunyai rasa ‘segan dan malu’ dan lihatlah salsiah dirinya secara mendalam. Adakah dia seorang yang bersembahyang dan sentiasa mengekalkan lima waktunya? Ini mudah dilihat dan dinilai melalui mata kasar. Jika seseorang itu berbual, ber sms dari zohor hingga magrib, tandanya dia tidak menunaikan asar dan begitulah seterusnya. Perkara yang  wajib pun tidak boleh di jaganya sendiri, bagaimana pula nak memegang tanggungjawab yang lain-lain pula? Fikir-fikirkanlah..

Para pembaca yang saya muliakan. Kadangkala dugaan datang pada kita dalam bentuk hasutan. Sebagai orang yang telah lama berumahtangga, ada kalanya perasaan kita tergugat juga. Betapa pula kalau mereka yang baru berumahtangga dan baru hendak mengenali hati budi masing-masing. Binalah keyakinan terhadap pasangan kita dan sentiasalah memberian yang terbaik untuknya. Sentiasalah memberikan haknya dan binalah kerukunan rumahtangga kita atas paksi iman serta amal. Sentiasa percaya bahawa kunci yang terbaik dalam menuju kebahagiaan rumahtangga ialah mempertingkatkan komunikasi bersama pasangan kita. Belajarlah untuk tidak mendegar hasutan orang kerana kadang-kala ianya tidak benar. Sesungguhnya kita adalah apa yang kita fikirkan.

Selamat melayari bahtera kasih  dan semoga sampai ke pelabuhan ‘bahagia’ dengan selamatnya. Wallahualam.

Share

Bengkoknya Wanita..

Salam petang untuk semua…

Jalan-jalan sekitar maya lalu tersesat di sebuah blog.. Hurm kisah yang indah baik di kongsikan disini. Semoga setiap kejadian yang diciptakannya tidak menjadikan kita lupa asalnya kita dari mana.. Matinnya kita hanya Tuhan sahaja yang tahu bila..

Sungguh indah hiasa dunia tapi indah lagi aturan yang telah ditetapkan dibumi mahupun di dasar laut.. Percaya atau tidak itulah dia kuasa ditangan Maha Pencipta tiada siapa yang akan dapat menandingiNya..

“Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut lembut, cakap baik-baik… hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi.”

“Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?”

“Staf aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu.”

“Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion.”

bunda2

“Alaah… orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti takut patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah.”

“Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis to bukan begitu.”

“Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?”

“Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang “disadvantaged” atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik. “Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap “golongan yang tak berguna” kepada sayap kiri kepada masyarakat.

Baginda ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan.”

“Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. jenuh kita nak layan dia.”

“Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara protes tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. “Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk,bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih `bengkok daripada mereka!”

“Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje.”

marah

“Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu.”

“Apa maksud sebenar Hadis tu?”

“Orang perempuan yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu penyempurnaan. Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna.

 

Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung. la melindungi organ-organ penting di dalain tubuh manusia seperti jantung, paru-paru,hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu ”

images

“Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?”

“Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok itu ialah sifat `rahmah. “Ini bermakna bengkoknya wanita ialah sifat semulajadi yang Allah ciptakan untuk wanita agar dia dapat memainkan peranan yang tidak dapat dimainkan oleh lelaki. Orang perempuan itu sifat semula jadinya penyayang.

Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan.”

“Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat “bengkok” ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak
akan selamat.

“Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar”

“Hmm, betul tu Naim.” “Sebenarnya tiada siapa yang bengkok mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya.”

“Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar.”

“Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok daripada semua orang lain di muka bumi ini…

 

sumber:www.hanan.com.m

Share

Behind The Blood

As-salam…
Sepetang yang indah, semangkuk cempedak  ubi rebus panas di makan beriringan kelapa parut bersama secawan kopi pekat meghangatkan lagi suasana pantry di pejabatku.. heee..
 
 
JENIS DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.

 

Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.
Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.

Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.

Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

JENIS DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan.

Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.

Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

JENIS DARAH B

 golongan-darah2

 

Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri.

Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.

Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

JENIS DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.

Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda.

Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.

Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

 

p/s:tery jejak entir ini milik entri siapa? huhu..

 

Apa jenis darah sahabat-sahabatku pula?

Share

Bicara Iblis Kepada Allah

Salam ceria untuk semua..

Anas bin Malik r.a. berkata:
“Iblis telah bertanya pada Allah: katanya, wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka
berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku.”
Firman Allah:
“Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas.”

Iblis bertanya lagi:
“Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?”
Firman Allah:
“Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat.”

kartun

Iblis bertanya:
“Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?”
Firman Allah:
“Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan.”

Iblis bertanya:
“Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?”
Firman Allah:
“Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta.”

Iblis bertanya:
“Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?”
Firman Allah:
“Azan untukmu ialah seruling.”

Iblis bertanya:
“Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?”
Firman Allah:
“Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku.”

Iblis Bertanya:
“Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?”
Firman Allah:
“Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan.”

Iblis bertanya:
“Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?”
Firman Allah:
“Perangkap bagimu ialah wanita.”

Iblis bertanya:
“Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?”
Firman Allah:
“Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya.”

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Sabda Rasulullah saw:
“Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan.” (Hadis Riwayat Muslim)

http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=9174

Share