Biar Di Caci Tapi Hati Wajar Kuat

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Sesekali kita bangun dari terus terlena itu ada baiknya juga. Sekiranya kita terlalu lama di ulik mimpi yang indah di takuti juga kita bakal ketinggalan ke belakang. Hari ini Suri mangajak anda di luar sana untuk lebih bermotivasi pada diri sendiri.

“Mengikut kajian Suri sebahagian dari kita terlalu beremosi angkara pihak tidak menyenangi akan satu perbuatan anda, cara anda dalam kehidupan dan sebagainya”.

Bagaimana cara ingin mengatasinya?

Kau gemuk! atau Kau Kurus

Biarkan kata-kata begitu pedas telinga mendegarnya. Tapi kuatkan semangat jadikan itu sebagai cabaran untuk anda lebih bermotivasi untuk mencari cara mengurangkan berat badan anda.

Fikirkan kembali andai ada orang yang selalu berkata begitu kepada anda, kelak suatu hari perkara itu akan berbalik pada dia nanti. Kita janganlah pula mendoakan dia sebaliknya diam sahaja akan percakapan mereka. Sebab diam lebih baik dari kita menjawab tapi dalam masa yang sama kita harus bertindak mencari titik fokus untuk makan lebih banyak makanan berkhasiat.

Lebih mudah ingat gemuk lawannya kurus!

Pakaian tidak cantik, tapi biar kemas asal bergosok tidak perlu selekeh.

Manusia terlalu memuji tentang pakaian. Ada yang menyukai pakaian anda ada juga yang sebaliknya. Bahagian anda seksi or comel Suri tidak mahu sentuh.Tapi pedulikan orang kata pakaian anda tidak cantik, ketinggalan zaman tidak mengikut arus peredaran fesyen dan sabagainya.

Langkah yang wajar anda ambil boleh sahaja anda kitarkan pakaian harian tersebut dengan menghias sedikit labuci,  manakala kain yang kosong seperti jeans, tudung boleh sahaja anda jahit dengan mengindahkannya lagi dengan meletakkan renda atau net-net kain ala-ala english gemari. Tentu nampak menarik dan lain dari yang lain bukan.

Pakailah pakaian yang menyejukkan mata memandang asal bukan cara lady gaga sudahlah. Yang penting anda tahu cara begini boleh menjimatkan wang anda dari mengalir ke luar pada perkara-perkara yang tidak sepatutnya terjadi.

Biar tiada rupa, tapi hati mesti baik.

Orang selalu memikirkan wajah yang ayu, cantik lagi tampan harus menjadi sebagai dinding kanvas hati pesona seseorang itu. Tapi sedarlah tidak semestinya wajah yang tidak tampan tidak cantik tiada daya penarik. Begitu juga yang berwajah sederhana tidak berkulit cerah, muka tidak licin dan sewaktu denganya tiada kuasa penyejuk buat hati kalian reda. Tapi kemungkinan kalian  mudah berasa sedih membuatkan anda merasa rendah diri.

Percaya atau tidak pernah Suri dan rakan-rakan berkawan dengan sahabat yang sebegini lebih seronok di bawak kawan sebab mereka-mereka lebih open dari kawan yang terlalu perasan dirinya cantik atau kacak! Kalau baik rupa bagus enak bahasa tidak mengapalah  juga ini tidak rasanya dia yang angkat bakul sendiri dan lebih suka mencaci orang yang dia seperti layaknya bidadari atau bidudari atau sebaliknya. Adoi.. masalah betullah kalau orang tu tidak boleh tengok orang senang. Bukan ke itu semua anugerah dari Maha Kuasa.

Tidak faham mengapa orang suka membangga diri tapi sebagai wajah yang sedia ada kita harus menerima dengan sebaiknya. Apa kata anda cuba mencari jalan keluar dimana cara anda boleh membuatkan orang di sekeliling anda lebih menyenangi anda. Pasti bila trik telah dapat ia akan memudahkan diri anda lebih mesra dan mudah di dekati oleh orang sekeliling sungguhpun wajah anda tidak kacak atau cantik atau sebagainyalah.

Sebenarnya banyak perkara lagi boleh di ceritakan. Tapi memadailah beberapa perkara sahaja yang Suri ketengahkan sebab di luar sana terlalu banyak hati-hati manusia disakiti akibat dari kekurangan diri sendiri dan dari kata-kata orang yang bermulut jahat sukar di tutup.

Ayuh bangkit anda semua boleh melakukan semua perkara yang di inginkan!

Share

Snake Massage Anyone !

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Urutan merupakan salah satu kaedah yang paling tertua di dunia. Dari urutan biasa, urutan menggunakan jarum, urutan menggunakan kerusi mesin duduk yang serba canggih sehinggalah ke urutan pelik sering melingkari dunia perubatan yang serba moden ini.

Biasanya urutan di lakukan bertujuan untuk meredakan sakit pada badan, merawat sesuatu penyakit dan sebagainya. Namun begitu tahukah kawan-kawan terdapat sejenis pusat kecantikan yang pelik di Barak’s snake spa Israel dan UK.

Di sana pihak pengurusan menyediakn ular sebagai urutan utama kerana mereka yakin bahawa persentuhan kulit manusia dengan ular sebenarnya dapat menyenangkan otot-otot di samping memberikan satu pengalaman yang mendamaikan.

Biasanya ular yang tersedia adalah jenis ular yang tidak berbiasa seperti ular California king, florida king, Ular jagung dan ular susu

Tidak mahu cerita panjang apa kata kita melihat gambar sebagai buktinya. Namun tidak semua gambar tidak Suri muat naik yang lain kalian semua boleh google. Rasanya tidak enak gambar2 terbuka di on cini hee..malu..malu..

 

 

Baru sikit, ada tu urutan dalam seluar pun ada adui..memang tak sanggup huhu..

Share

Muzium Mumia Yang Ngeri

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Di sana tersusunnya dua ratus lebih mumia yang kebanyakannya daripada mereka yang mati akibat angin puting beliung…

Ramai orang yang berharap mayat mereka akan dapat di uruskan dengan baik khasnya masyarakat barat setelah mereka meninggal dunia kelak. Bagi mereka yang selaku pemimpin negara, mereka akan mencuba pelbagai cara untuk menguruskan mayat mereka agar tidak mereput walaupun rohnya sudah tiada.

Kelihatannya mereka memang berpengetahuan dalam bidang pengawetan mumia. Contohnya batu jed emas yang terbukti menyimpan sebangkai mayat perempuan dua ribu tahun lalu. Begitu juga penyimpanan mayat di dalam piramid Mesir. Hampir keseluruhan mayat-mayat ini merupakan bahan kajian yang amat bernilai kepada generasi kini.

Mayat perempuan beribu tahun dahulu dan juga mayat Raja Firaun hanyalah sebangkai mayat kering yang kaku tanpa riak wajah yang jelas. Dan disebabkan bilagannya amatlah sedikit jadi tidaklah menyeramkan ketika kita menyaksikan mayat-mayat ini.

Muzium ini merupakan satu-satunya tempat menyimpan di bumi Mexico dan ia mengambil masa 10 jam untuk sampai ke tempat yang di tuju. Tahukah kawan-kawan tempat ini merupakan sebuah kawasan tanah tinggi yang bersuhu melebihi 30 darjah celsius lebih kurang 2000 kaki dari daratan. Tempat ini bolej juga dikatakan sebuah “dapur panas” yang dapat mengelakkan sebarang bakteria membiak!

Mayat kering yang paling suntuk jangka masa kematiannya ialah lebih kurang tahun 1960. Terdapat 210 bangkai mumia yang dipamerkan dalam muzium tersebut antaranya adalah mumia bayi hinggalah ke mumia yang berusia 70 tahun tahun terdapat di sini.

Sumber gambar: google

Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar yang menggerikan erk..tapi den tak sanggup nak muat naik silap hari ada pula yang pengsan ..

Share

Line Clear Itu Kerja Dia

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Suri leka dengan kerja telefon pun berteriak..Sisa baki percakapan itu meminta Suri balik petang semalam naik teksi, bas atau tunggu kat pusat membeli – belah..

Eii. apa kes? 5.15 petang Suri tunggu bas kat bawah pokok besar. Port yang selalu Suri tunggu bas untuk sampi ke pekan utama. Uh..cermin mata pula malas nak pakai rimas-rimas..tawakal jelah hee untung- untung  ada bas parit nampak kelibat Suri tepi jalan..

7.00 Petang pengasuh ambil depan perhentian bas. Awat? katanya kakak tahu tak bateri kereta suami saya hilang, kena curik kat tempat kerja..

Pagi 4/11/2011 kami meminjam motor kawan untuk menghantar anak ke rumah pengasuh dan pergi ke tempat kerja.

Aiseh, malu nak kasi tahu.. lama tak berempit berdua dengan Suami memang terbagus!

Tapi, masih ada tapi laptop dok atas riba jadinya dok kepit peluk suami tapi dok kepit laptop haaaa.. Semasa dalam perjalanan ke tempat kerja Suri tersenyum sambil berfikir selepas ini kami kenalah membeli bateri kereta..

Kejam! Jahatnya orang itu mencuri barang yang terang-terang bukan milik dia. Sekarang ini bukan setakat di sekitar bangunan kawasan tempat kereta selamat untuk di park tetapi kat kawasan atau tempat-tempat awam pun aktiviti ini semakin berleluasa terutama di town Ipoh. Erk tempat lain Suri tak tahulah pulak

Kesimpulannya kereta harus ada alarm sebagai langkah keselamatan. Ada pengalaman atau cadangan jom kongsikan sumbangan idea anda di bawah.

Share

Hati Tua Tetap Bersabar, Hati Muda Mudah Memberontak

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Hari khamis last berkerja sebab jumaat dah bercuti hee.. Mood cuti masih ada namun mood nak berkerja masih lemau ibarat keropok masuk dek angin kus-kus heee..

Bulan lepas punya cerita..

Pagi itu seorang ayah keluar..
Woi! budak apa kau buat dekat pokok kelapa aku tuh?

Saya ambil buah kepala muda!

Kau ambil tak minta kebenaran tuan punya, kau tak malu ke minta tanpa keizinan orang..

Budak tu selamba badak jer mengambil 3 biji buah kelapa tanpa rasa bersalah dalam diri.

Tingkah ayah menggeleng tanpa banyak berkata-kata. Hati tua malas benar ingin berpincang debat bersama anak muda itu..

Hari ahad 10/7/2011

Nenek minat le ayam jantan tu aku nak beli boleh?

Ayam tu tak dijual nak..buat baka sahaja..

Nenek tak bagi, nanti aku curik ayam tu nanti

Kenapa kau nak curi?

Yelah sebab saya nak beli nenak tak bagi, saya dah minta nenek tak mahu jual jadi aku curilah..

Dan pagi itu memag ayah tak kunci reban dia kecuali malam. Ayam kampung jantan tu hilang satu hari ayam tu tak balik rebannya.

Ayah termenung..mak bising-bising begitu sahaja. Anggap tiada rezeki sudahlah. Perbuatan yang baik akan di balas baik, perbuatan yang jahat dibalas selayaknya kelak kata ayah..

Suri Gerr bedebah punya orang mmg Ha… !

Share

Ada Berani Pandang..

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Uh..rasanya ayat macam nak cari gaduh tapi memang benar pun.. Rasa kebengangan mula menyelimut diriku.

Pernahkan Suri buat salah kat orang tu? Suri pakai skirt pendek ek? atau pakaian Suri pelik -pelik macam lady gagap? Sentuh kamu pun tidak inikan nak tegur kamu, no hal punyalah.. Astafiruallahalazim..

chiyo-chan-angry

Perhentian bas

Lama Suri berdiri. Lalu datang seorang mak cik bercermin mata gelap hitam yang besar, bertemankan sebatang tongkat kayu di tangannya. Kasihan melihatnya duduk sambil termenung. Suri ringan pula memulakan bicara itu ini pada mak cik yang sebatang kara ni. Sepanjang kami berborak mak cik ini perasan akan seorang lelaki tu asyik memerhatiakn kami. Dan bukan kami jer malahan orang yang sedang menunggu bas dok di perhatikan dari bahawa sampai atas pastu dia akan tersenyum kambing.

Mak cik dah gelisah tak menentu.. Dia pula minta Suri sound kat orang tu apa pasal asyik pandang kami jer. Tapi Suri tak berbuat demikin sebab Suri fikir mungkinorang tu kurang si…m agaknya. Mujurlah mak cik tu akur. Last Suri cakap dekat mak cik tu. Mak Cik kalau dema ganggu kasi hayun itu tongkat pada dia ar. Mesti dia takut punya. Mak Cik tu ketawa menampakkan raut mukannya yang retak di mamah usia. Lalu bas Suri pun sampai..

angry-anime-girl

Di KLIA.

Suri sedang menyuapkan makanan pada anak. Lihat dia makan dengan penuh berselera. Lalu ayahnya datang menyergah kami. Suri terkejut bagai. Faham-faham sahajalah bila anak dah nampak ayah dia, mulalah dia meraung cam sebulan tak jumpa huu.. Patu ayah dia hilang ditelan orang ramai yang lalu lalang disitu.

Anak pula menangis. Suri cuba memujuk dan mententeramkan dia. Laungan dia mula memecah lubang telingaku. Suri pun bangkit dan segera membawa anak untuk mencari en suami.

Tidak semena mata Suri menyorok kebelakang. Lihat ada orang memandang Suri. Suri buat biasa-biasa sahaja. Alah relaks ar budak menangis is normal ma. Mata Suri toleh belakang lagi sambil cari en suami. Anak waktu tu memang menangislah tanpa henti. Di beri apa jua makanan, susu semua di tolak.

Lihat pula ada sekumpulam budak lelaki pandang Suri. Tapi salah seorang dari mereka pandang Suri tanpa henti. Memang sewaktu Suri membuat pusingan mencari en suami dan lalu depan mamad ni dia asyik pandang Suri jer. Cam tak puas hati jer mamad ni bisik hati Suri. Apasal!

Bila dah lelah mencari ayahnya Suri pun datanglah pada mamad tu. Tanpa banyak bicara sambi mengendong anak Suri cakap

“Wey Ko ni pandang-pandang apesal. Kau tak pernah tengok budak menangis ker..” Lalu Suri pun blah cam tu jer..

b62cb33e67bbc33456f8efff4f46105a1252958504_full

Tempat kerja, Ipoh

Suri selalu tegur orang yang lalu lalang yang berkerja satu tingkat dengan Suri. Boleh dikatakan orang kenal dengan Suri. Ada masa sambil menunggu en suami sambil tu Suri membaca novel, majalah. Paling tidak pun berborak dengan rakan sebelah pejabat.

Ada yang cina, india dan melayu Suri cakap sahaja apa yang perlu. Sampai satu saat orang lelaki cina itu balik dan melalui tempat penungguan Suri dan kawan-kawan yang lain menunggu. Ada sorang lelaki cina, tidak tahulah apa masalah dia kalau pandang sekali dua tak apa. Ini tidak sekali pandang. Dia akan pandang anda dari bawah sampai atas tanpa bola matanya berkelip-kelip! Kalau kita jeling dia, dia balas eksyen pada kita pula eeeee..

Ah, suri diamkan sahaja. Sampaikan kawan Suri yang cina girl tu pun kata, ayo apa pasal itu orang pandang kita macam mau makan sahaja ma.. Lu ah, Mie pergilah bising sama dia..tanya..atau marah dia apa pasal dia suka ini macam..

Suri cakap dengan girl cina tu.. eh, itu orang dia punya leher tarak baik punya ma..kita kasi cungkil mata dia mau kah. haa..haa Suri memecahkan kebosanan pada satu petang tu di depan Maybank investment..

Saat Suri ke tempat kerja..

Eh jumpa dia lagi (lelaki cina itu). En suami cakap orang tak betul datang lagi le.. Dia kerja kat bangunan ini ya. Suri ya kan aja. Tapi sempat juga Suri jeling dia. Tapi dalam masa yang sama lelaki itu berlalu sambil pandang Suri tanpa menoleh ke hadapan. Gerrr.. gERAMNYA akU!!! kau kan memang nak kena dengan aku kan..kan..kan..

angry

Semalam..

Suri melepaskan das tembakan pada dia. Suri jalan kebetulan dia pun lalu. Sekali dia pandang Suri dari atas sampai bawah sambil di jinjingnya botal air dia. Last tu Suri cakap ar..

“Kau ni hari-hari pandang aku ada masalah ker? Pandang-pandang macamlah aku ada hutang kat kau. Apa pandang-pandang..pandanglah diri sendiri tu dari pandang orang lain nak buat apa”! masalah..masalah..

Rimasnya aku bila jumpa makhluk sebegini.. Nak berkenalan tu lain citer ni pandang tanpa sebab buat Suri panas hati!

Pernah jumpa.. pernah jumpa citer ar sikit..

Share

Bila Kerja Pejabat Bawa Ke Rumah

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..

Jika hidup membujang rasanya tiada masalah sekiranya kerja pejabat dibawa ke rumah. dan bukanlah satu perkara yang agak mustahil sekiranya ia dibawa ke dalam bilik tidur atau atas katil.

Pernah seorang teman Suri terjaga waktu pagi gara-gara kemaruk memikirkan kerjanya di pejabat sampai merewang ke ruang tamu..

typist-copyright2

Uh, teruk juga rupanya jika kita seorang yang benar-benar mementingkan kerjaya melebihi segalanya.. Tu yang ada kes jodoh lambat serulah..suami atau isteri tidak mendapat sentuhanlah..adus… apa sudah jadi.

Mari kita lihat apa akan jadi sekiranya seseorang itu terlalu fokus pada kerjanya:-

  1. Potensi untuk meregangkan hubungan ahli keluarga mungkin tidak harmonis sekiranya anda sudah berkeluarga. Bagi yang bujang pula semestinya hubungan bersama kawan-kawan akan turut terjejas.
  2. Bila masing-masing buat cara sendiri rasanya makan, tidur pun tidak sehaluan.
  3. Sekiranya sikap ini berlarutan natijahnya akan membuatkan pasangan anda merasa jemu dengan sikap anda. Mana tahu pasangan anda akan mula mencari teman yang lain, boleh diajak berbual untuk menghilangkan rasa sunyi dalam hati.
  4. Stamina anda untuk meneruskan hari berkerja kurang memberangsangkan sebab saban waktu anda banyak menghabiskan separuh dari kehidupan anda dengan kerja.
  5. Mudah mendapat sakit sebab jarang melakukan senaman regangan otot pada tubuh.
  6. Teman sekeliling yang ingin mengajak anda keluar bersantai mesti berfikir dua tiga kali sekiranya mereka  mempelawa anda keluar bersama. Alasan yang anda ciptakan sudah pasti membuatkan mereka faham akan keadaan anda  seorang berkomitmen pada kerja.
  7. Masa untuk diri sendiri tiada. Apatah lagi untuk yang tersayang.
  8. Anda sering berasa cemas walhal perkara itu tidaklah terlalu penting sangat.

workaholic-2

Cara menanganinya:-

  1. Selesaikan kerja yang “urgent” dahulu kemudian barulah sudahkan kerja yang kurang penting.
  2. Setiap pagi senaraikan tugas yang bakal anda buat untuk seharian kerja di pejabat.
  3. Elakkan melakukan kerja secara bertangguh-tangguh. Kerja yang bertangguh akan membuatkan anda hilang titik fokus pada kerja yang bakal dihasilkan kelak.
  4. Cuba elakkan membawa kerja pejabat di rumah dengan tidak mensia-siakan waktu pejabat seperti merewang ke tempat rakan-rakan lain, bermain facebook dan sebagainya.
  5. Berikan keyakinan pada diri bahawa kerja yang bakal anda dapat harini pasti akan anda siapkan harini juga.

99

Pernahkan dalam kehidupan sahabat semua membawa kerja pejabat sampi ke rumah?

Suri sekali sahaja tu pun sebab nak balancekan akaun serba tak ngam jer dari pagi sampai ke petang. Nah amik ko merasalah kejap memegang jawatan pembantu akaun selama dua tahun. Sungguhpun bab matematik memanglah tidak amat digemari asal ada kerja dan gaji waktu tu Suri main belasah jer :( . Hurm..mujurlah waktu tu masih bujang mengamcam lagi heee.. :)

Share

Cara Terbaik Hilangkan Tension Di Pejabat

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..

Kerja di pejabat semakin banyak memaksa Suri meninggalkan blog untuk seketika waktu.. Bukan tidak mahu menyinggah di teratak teman tapi keaadan memaksa Suri berbuat demikian huu…

Senang cerita harini punya kerja boleh buat Suri jadi kartun .. Erk..kartun..ha cam tulah gamaknya. Tak menang tangan di buatnya :( .

Secara tiba-tiba tercetus pula fenomena entri seperti di atas. Kali ni tidak mahu jadi budak skema hee.. mahu jadi budak jahat pulak. Rasanya jika skema jer bosan juga. Sesekali begau kata orang Melakau apalah salahnya.. Ini antara sebahagian dari tingkahlaku kebagauan yang terserlah..

kittyskitty

  • Jika rasa-rasa teringin nak buat gelang tangan lain dari yang lain apa kata gunakan sahaja paper clips sebagai ganti gelang tangan trend 2011 :) . Mesti orang yang melihatnya akan toleh sekali lagi ;) .
  • Gigit papan keyboard. Asyik pegang dan guna sahaja. Kenapa tidak kita makan dan rasa keenakanany pula :)
  • Keluar masukkan ink dalam printer berulang-ulang kali. Sampai printer tu jem. Jika rosak mu tanggung sendiri ha..
  • Mana-mana yang ada kertas A4 tersalah print huruf  tu apa kata bahagian belakang kerats yang kosong itu anda print sekali :) . Jika bos cakap kamu buat apa? saya buat kerja part time bos.. nghee…
  • Pen pun banyak. Apa kata kita buat aktiviti senaman jari dengan cara memusingkan-musingkan pen tersebut dalam bentuk bulatan. Silap haribulan dengan pen-pen sekli terbabas di muka bos..

teng-teng

  • Ada pensil, ada bakat apa kata lukiskan sahaja bentuk petak-petak untuk bermain teng-teng bermai-ramai :) . Mesti syiok punya.
  • Gunakan tali telefon juga sebagai tali skeping heee..
  • Main sorok-sorak di balik almari / fail pejabat
  • Setiap pejabat mesti ada stamp pad dan cop alamat sekali. Apa kata lekapkan cop tu di stamp pad dan kemudian tekapkan ia di setiap dinding pejabat :)

Harap maklum ini adalah aktiviti yang tidak galak di ikuti hee..

Share

Mahu Serius Atau Biasa-Biasa Sahaja

Salam semua..

Taraaa!!!

relax cat

Sekali ku tangan budak ni karang. Tak pasal-pasal dapat pelempang free off cas beteri yang tidak perlu di cas.

Andai ditanya pada sahabat kehidupan ini mahu jadi seorang yang benar-benar serius atau biasa-biasa sahaja.

Kata orang jika kehidupan kita terlalu serius kita ini di ibaratkan macam robot yang tidak ada perasaan. Hanya ikut pada rule  yang telah ditetapkan sahaja. Tapi bosan juga sekiranya kita pilih biasa-biasa ini di kuatiri perkara yang remeh – temeh akan kita buat bagai tak indah pula.

Pilihan dan pendapat kawan-kawan pula yang mana satu? Lain orang  lain pandangannya ;)

Share

Hidup Tanpa Berus Gigi..

Salam semua..

Entri ahad terlayar lagi..

Pagi tadi korang ada gosok gigi tak? Erk..tak kisah brand apa sekalipun yang penting ada berus yang mencanak kat pangkal dia, pastu warnanya berwarna -warni..dan kadangkala ada dua warna sahaja.. Eh, stail yang berwarna satu kala pun ada jugaklah hiii..

Sekarang lagi moden siap ada pencuci bawah lidah lagi..Pegh!! memanglah tak menahan kalbu..2 dalam satu tuh..ko ada? hii

19277

Awas kalau tak gosok gigi pergilah mu dari sisiku.. Bau dia halamak kalah bau kopi da..jauh sekali bau cik nescafe kat kedai halimah joggang tu erk.. Isyh.. mulu tak der insuran plak.

Apa akan jadi sekiranya kehidupan ini tanpa cik berus gigi?

  1. Kemungkinan kita akan menggunakan khidmat pakar jeari-jemari kita ..
  2. Ambil kain kemudian tenyeh kat gigi ..
  3. Kalau zaman Rasulullah ada kayu sugi :)
  4. Pasti gigi akan di jual dalam 25 karat..
  5. Sabut kelapa adalah gunakan sahaja. Ambil kayu ais – crem jadikan ia sebagai bahan pemegangnya ;)

Ada apa-apa cadangan? heee minta di tamabah nasi kat ruang bawah heee.. ;)

Share