The Battle Of The Oranges

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

La..la..la..la.. cit orang di sana memang hidup dalam keadaan hati yang bersenang-lenang. Sudahlah kaya-raya dengan melemparkan rezeki yang diperolihi melimpah ruah di baling antara satu sama lain di buang begitu sahaja.

Kita di sini atau orang yang kehidupannya melarat ingin membuang makanan mahupun melemparkan buah-buahan masih memikirkan perbuatan ini berulang-ulang kali jika ingin berbuat demikian lebih -lebih lagi menjurus kepada aktiviti yang tidak berfaedah!

Isyh..isyh namun itulah yang terjadi di Ivrea, Itali dimana aktiviti yang di anjurkan pada bulan Februari setiap tahun ini diraikan bagi mengenang saat-saat kemerdekan negara mereka Itali daripada pemerintah kejam pada zaman dahulu sebelum mereka berjaya mengecap kemerdekaan seperti sekarang.

Tahukah kawan-kawan pada zaman dahulu, penduduk Itali merayakan hari kemerdekaan mereka dengan menggunakan kacang iaitu sekitar kurun ke-19.

Namun begitu apabila zaman sudah beralih waktu kaum wanita di sini mula menukar corak menyambut hari kemerdekaan negara tersebut dengan melemparkan buah oren kepada lelaki yang mereka suka. Begitu juga sebaliknya sekiranya lelaki tersebut menyukai mereka wanita/gadis, dia juga akan membalas dengan melemparkan kembali buah oren kepada wanita tersebut.

Urm..bagi mereka yang tidak meminati aktiviti sambutan ini maka mereka disarankan agar memakai topi berwarna merah. Ini membawa maksud mereka yang memakai topi ini  tidak boleh dilempar oleh buah oren!

Lemparan dari kereta berkuda

Bagaimana cara anda menyambut hari kemerdekaan pula?

Share

Masa Mengaut Untung Di Biar Begitu Sahaja

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Update entri dan kemudian balas komen..jalan ke blog kawan-kawan membuatkan anak mata semakin mengecil hi..hihi..setakat inilah yang mampu di gerkan jemari. Insyallah besok boleh sambung lagi.

Rabu kawan depan pejabat Suri tidak membawa bekal. Suri bawa bekal habisnya pagi tadi tak sempat di bawa ke belah tengahari huhuhu..

Lihat peniaga melayu berniaga di bawah sana masih tutup gerai jualan mereka. Hari ini hari khamis keadaan yang sama berlaku lagi. Kata Suri rugi orang melayu tidak berniaga sebab dah tentu jika mereka berniaga mereka dapat kaut untung lebih sebab peniaga cina sah-sah tutup kedai sampai hari jumaat ini. Dan ramai juga pekerja cina yang masih berkerja waktu bercuti ini.

Orang melayu punya cuti berniaga mengalahkan orang cina sambut tahun baru..

pstt..entri dari blogspot wewe..

Share

Jangan Panas..Panas..

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Hujung minggu yang lepas sempat Suri membawa diri ke Kuala Lumpur. Walaupun ada berkeinginan ingin ke Port Dickson hajat di lupakan apabila memikirkan jem..jem..jem.. tiada kesudahannya..

Port cun kami pergi ke Sogo. Semua orang tahu dimana tempat membeli-belah yang best dan berbaloi-baloi.  Kena pula time sale aje gila semua barang nak sumbatkan dalam troli. Erk… selalu Suri tidaklah begitu namun suka membeli pakaian anak sahaja.

Kalau harga asal RM 60.00 apabila harga di kerat, di potong baki tinggal RM 20.00 sehelai memang jadi belut panas dapat masuk dalam mulut ar jawabnya apabila memborong pakaian anak haaa..sekali dua di libas hu.lalala.. dan kemudian Suri membuat aksi ala-ala unta padang pasirlah..

Waktu ingin pulang ke tempat letak kereta dengan hati penuh ceria. Hakikatnya kesudahan itu tidak berpanjangan akibat daripada tempat parking tiket mengalami masalah agak teruk. Hampir seluruh kawasan tempat letak kereta jem di tambah dengan kereta berebut-rebut nak keluar cepat.

Paling panas kami sudah duduk dalam kereta hampir dua jam. Mujur tak jadi kebab! boleh di makan begitu aja. Kami mengikut arus keluar siap ikut pusing memanjang lagi. Ada pula beberapa kenderaan yang tidak berhati -perut depa boleh pula buat jalan shortcut! Den rasa mau je sagat kereta dia! Tak menyenpat punya orang!

Bila pemandu tidak sabar perkara yang boleh di jalani sebaiknya mulalah mengkecohkan keadaan. Pon saya ..pon sini. Memekakkan cuping telinga sahaja. Atau mereka tidak bertamadun membunyikan hon sesuka hati huhuhu..

Di sinilah sebenarnya sikap seseorang pemandu itu kita boleh lihat sama ada dia punyai sifat sabar, pentingkan diri sendiri atau sebaliknya.

Akhir kami dapat keluar setelah malalui stage 3 dengan rasa sabar di hati huhu..Itu bernasib baik sebab pihak pekerja Soga ada bukak laluan jalan susur keluar yang lain untuk kami maka perjalanan kami terukir gembira :)

Apapun memang selalu pihak SOGO buat sales..kayalah tauke SOGO  :P

Share

Pabila Queen Menarik Perhatianku

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Pada awalnya Dia mengisi minyak di petrol pam dan kemudian Suri meluru ke peti aiskrim. Mamad india pelik garu kepala melihat gelagat Suri membawa aiskrim depan kaunter bayaran.

Keluar dari kedai petrol pam tu Suri apa lagi dengan rakus dan bismillah dalam hati mengkoyakkan lilitan kertas aiskrim queen tuh. Urm..nikmat rasa cokelat di tabur dengan bijian kacang bersalut hazel atasnya..

Lebih kurang macam inilah Queenku..

Eh, apa pasal makan aiskrim pagi-pagi ini kata dia.

Suri membalas eh salah ker? haaaa derian ketawa agak besar memecah isi dalam kereta.

Taklah salah tapi orang selalu makan aiskrim waktu petang ke, hari tengah panas terik ker..

Deih.. mana ada akta tak boleh makan aiskirim sesuka hati. Inilah salah satu cara nak gembirakan hati.

Ini nasi lemak. Sesekali makan bagus kalau selalu tarak baguh.

Uh, makan nasi lemak lagi baguslah..kata dia.

Deih, semalam sudah makan lagi mau mata kasi mengantuk ker? hii Suri memberi sogokan alasan yang bagus untuk di hidangkan pada dia sambil senyum tanda nak menang dalam perlawanan aksi bola sepak MU..

Masa dalam lif Suri nyum..nyum aiskirm dengan tangan kanan. Sambil tangan kiri pula membibit bekalan mangkuk tingkat besi, air botol dan sebuah beg  (barang-barang nak pos untuk blogger) tanpa menghiraukan orang di sekeliling. Nak tekan punat butang no 5 tangan dah tak cukup nak beraksi makanya hamik tangan kanan eksyen aku ada ais krim! dan tekan butang lif. wewe erk. buruk sangat tingkah Suri waktu tu haaa..

Orang lain pandang apa entah bukan nak tolong eiyh..pang sekali karang baru tahu. Deih mau rasa aiskirm queen saya ke baru nak mambantu huhu..

..Entahlah..rasa nak makan kita beli jelah hee.. Kata orang teragak nanti kempunan sapa nak jawab wakaka.. Hakikatnya perilaku agak menyimpang pada hari-hari biasa. Tapi tidak salahkan kita buat begitu. Menikmati makanan atau apa sahaja menu, tabiat luar dari jangkaan asalkan jangan buat perkara yang orang tidak suka, tidak senonoh sudahlah.

So enjoy you self!

Bagaimana cara anda menikmati hari-hari yang membosankan? Adakah cara kawan-kawan agak berlainan dengan Suri heee..

.

..

Sahabat blogger dari Petua Emak Hot & ahmad kamil tolonglahhhh bagi butir2 diri dalam email Suri sekarang. Korang tak mao gift ker???

Share

Untung Ada Pelanggan “Muda” Datang

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Hik..hik..hik..

Wah!!! saat melenturkan punggung di atas batu Suri terus minum seteguk air. Sambil-sambil tu mengelap manik-manik putih membasahi dahi si anak. Haa.. penat juga mengejar anak sana -sini. Selepas dia pergi ke satu tempat permainan dia akan memegang tangan lalu mengajaknya kita ke tempat permainan yang mencabar pula.

Mari-mari beli satey daun kat saya..

Dalam setengah jam menghabiskan lelah mengikut rentak anak kami berborak kosong di bawah pokok nan rimbun.

Eh, nampak tak hujung sana ada siapa? Kata suami..

Ada oranglah jawab Suri melaju macam bot di kejar kastam Melaka. Eh aku bukan merempit okey hiii..

Sebentar tadi duduk tempat lain sekarang sudah bertukar tempat…. Alih-alih sudah tidurlah.

Cubalah perhatikan betul-betul nadanya seakan meminta Suri camkan sesuatu.

Okey satey daun siap!

Untung ada pelanggang “muda” datang..

Moralnya: Anda sudah cukup dewasa untuk duduk baca surat khbar hatta tidur di situ. Kehadiran anda benar-benar semakkan keadaan ruang yang sedia sempit lagi kecil. Bagilah kanak-kanak bermain sebab secara realitinya itu adalah taman permainan kanak-kanak, bukan taman permainan orang dewasa.

Share

Biar Di Caci Tapi Hati Wajar Kuat

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Sesekali kita bangun dari terus terlena itu ada baiknya juga. Sekiranya kita terlalu lama di ulik mimpi yang indah di takuti juga kita bakal ketinggalan ke belakang. Hari ini Suri mangajak anda di luar sana untuk lebih bermotivasi pada diri sendiri.

“Mengikut kajian Suri sebahagian dari kita terlalu beremosi angkara pihak tidak menyenangi akan satu perbuatan anda, cara anda dalam kehidupan dan sebagainya”.

Bagaimana cara ingin mengatasinya?

Kau gemuk! atau Kau Kurus

Biarkan kata-kata begitu pedas telinga mendegarnya. Tapi kuatkan semangat jadikan itu sebagai cabaran untuk anda lebih bermotivasi untuk mencari cara mengurangkan berat badan anda.

Fikirkan kembali andai ada orang yang selalu berkata begitu kepada anda, kelak suatu hari perkara itu akan berbalik pada dia nanti. Kita janganlah pula mendoakan dia sebaliknya diam sahaja akan percakapan mereka. Sebab diam lebih baik dari kita menjawab tapi dalam masa yang sama kita harus bertindak mencari titik fokus untuk makan lebih banyak makanan berkhasiat.

Lebih mudah ingat gemuk lawannya kurus!

Pakaian tidak cantik, tapi biar kemas asal bergosok tidak perlu selekeh.

Manusia terlalu memuji tentang pakaian. Ada yang menyukai pakaian anda ada juga yang sebaliknya. Bahagian anda seksi or comel Suri tidak mahu sentuh.Tapi pedulikan orang kata pakaian anda tidak cantik, ketinggalan zaman tidak mengikut arus peredaran fesyen dan sabagainya.

Langkah yang wajar anda ambil boleh sahaja anda kitarkan pakaian harian tersebut dengan menghias sedikit labuci,  manakala kain yang kosong seperti jeans, tudung boleh sahaja anda jahit dengan mengindahkannya lagi dengan meletakkan renda atau net-net kain ala-ala english gemari. Tentu nampak menarik dan lain dari yang lain bukan.

Pakailah pakaian yang menyejukkan mata memandang asal bukan cara lady gaga sudahlah. Yang penting anda tahu cara begini boleh menjimatkan wang anda dari mengalir ke luar pada perkara-perkara yang tidak sepatutnya terjadi.

Biar tiada rupa, tapi hati mesti baik.

Orang selalu memikirkan wajah yang ayu, cantik lagi tampan harus menjadi sebagai dinding kanvas hati pesona seseorang itu. Tapi sedarlah tidak semestinya wajah yang tidak tampan tidak cantik tiada daya penarik. Begitu juga yang berwajah sederhana tidak berkulit cerah, muka tidak licin dan sewaktu denganya tiada kuasa penyejuk buat hati kalian reda. Tapi kemungkinan kalian  mudah berasa sedih membuatkan anda merasa rendah diri.

Percaya atau tidak pernah Suri dan rakan-rakan berkawan dengan sahabat yang sebegini lebih seronok di bawak kawan sebab mereka-mereka lebih open dari kawan yang terlalu perasan dirinya cantik atau kacak! Kalau baik rupa bagus enak bahasa tidak mengapalah  juga ini tidak rasanya dia yang angkat bakul sendiri dan lebih suka mencaci orang yang dia seperti layaknya bidadari atau bidudari atau sebaliknya. Adoi.. masalah betullah kalau orang tu tidak boleh tengok orang senang. Bukan ke itu semua anugerah dari Maha Kuasa.

Tidak faham mengapa orang suka membangga diri tapi sebagai wajah yang sedia ada kita harus menerima dengan sebaiknya. Apa kata anda cuba mencari jalan keluar dimana cara anda boleh membuatkan orang di sekeliling anda lebih menyenangi anda. Pasti bila trik telah dapat ia akan memudahkan diri anda lebih mesra dan mudah di dekati oleh orang sekeliling sungguhpun wajah anda tidak kacak atau cantik atau sebagainyalah.

Sebenarnya banyak perkara lagi boleh di ceritakan. Tapi memadailah beberapa perkara sahaja yang Suri ketengahkan sebab di luar sana terlalu banyak hati-hati manusia disakiti akibat dari kekurangan diri sendiri dan dari kata-kata orang yang bermulut jahat sukar di tutup.

Ayuh bangkit anda semua boleh melakukan semua perkara yang di inginkan!

Share

Snake Massage Anyone !

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Urutan merupakan salah satu kaedah yang paling tertua di dunia. Dari urutan biasa, urutan menggunakan jarum, urutan menggunakan kerusi mesin duduk yang serba canggih sehinggalah ke urutan pelik sering melingkari dunia perubatan yang serba moden ini.

Biasanya urutan di lakukan bertujuan untuk meredakan sakit pada badan, merawat sesuatu penyakit dan sebagainya. Namun begitu tahukah kawan-kawan terdapat sejenis pusat kecantikan yang pelik di Barak’s snake spa Israel dan UK.

Di sana pihak pengurusan menyediakn ular sebagai urutan utama kerana mereka yakin bahawa persentuhan kulit manusia dengan ular sebenarnya dapat menyenangkan otot-otot di samping memberikan satu pengalaman yang mendamaikan.

Biasanya ular yang tersedia adalah jenis ular yang tidak berbiasa seperti ular California king, florida king, Ular jagung dan ular susu

Tidak mahu cerita panjang apa kata kita melihat gambar sebagai buktinya. Namun tidak semua gambar tidak Suri muat naik yang lain kalian semua boleh google. Rasanya tidak enak gambar2 terbuka di on cini hee..malu..malu..

 

 

Baru sikit, ada tu urutan dalam seluar pun ada adui..memang tak sanggup huhu..

Share

Muzium Mumia Yang Ngeri

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Di sana tersusunnya dua ratus lebih mumia yang kebanyakannya daripada mereka yang mati akibat angin puting beliung…

Ramai orang yang berharap mayat mereka akan dapat di uruskan dengan baik khasnya masyarakat barat setelah mereka meninggal dunia kelak. Bagi mereka yang selaku pemimpin negara, mereka akan mencuba pelbagai cara untuk menguruskan mayat mereka agar tidak mereput walaupun rohnya sudah tiada.

Kelihatannya mereka memang berpengetahuan dalam bidang pengawetan mumia. Contohnya batu jed emas yang terbukti menyimpan sebangkai mayat perempuan dua ribu tahun lalu. Begitu juga penyimpanan mayat di dalam piramid Mesir. Hampir keseluruhan mayat-mayat ini merupakan bahan kajian yang amat bernilai kepada generasi kini.

Mayat perempuan beribu tahun dahulu dan juga mayat Raja Firaun hanyalah sebangkai mayat kering yang kaku tanpa riak wajah yang jelas. Dan disebabkan bilagannya amatlah sedikit jadi tidaklah menyeramkan ketika kita menyaksikan mayat-mayat ini.

Muzium ini merupakan satu-satunya tempat menyimpan di bumi Mexico dan ia mengambil masa 10 jam untuk sampai ke tempat yang di tuju. Tahukah kawan-kawan tempat ini merupakan sebuah kawasan tanah tinggi yang bersuhu melebihi 30 darjah celsius lebih kurang 2000 kaki dari daratan. Tempat ini bolej juga dikatakan sebuah “dapur panas” yang dapat mengelakkan sebarang bakteria membiak!

Mayat kering yang paling suntuk jangka masa kematiannya ialah lebih kurang tahun 1960. Terdapat 210 bangkai mumia yang dipamerkan dalam muzium tersebut antaranya adalah mumia bayi hinggalah ke mumia yang berusia 70 tahun tahun terdapat di sini.

Sumber gambar: google

Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar yang menggerikan erk..tapi den tak sanggup nak muat naik silap hari ada pula yang pengsan ..

Share

Line Clear Itu Kerja Dia

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Suri leka dengan kerja telefon pun berteriak..Sisa baki percakapan itu meminta Suri balik petang semalam naik teksi, bas atau tunggu kat pusat membeli – belah..

Eii. apa kes? 5.15 petang Suri tunggu bas kat bawah pokok besar. Port yang selalu Suri tunggu bas untuk sampi ke pekan utama. Uh..cermin mata pula malas nak pakai rimas-rimas..tawakal jelah hee untung- untung  ada bas parit nampak kelibat Suri tepi jalan..

7.00 Petang pengasuh ambil depan perhentian bas. Awat? katanya kakak tahu tak bateri kereta suami saya hilang, kena curik kat tempat kerja..

Pagi 4/11/2011 kami meminjam motor kawan untuk menghantar anak ke rumah pengasuh dan pergi ke tempat kerja.

Aiseh, malu nak kasi tahu.. lama tak berempit berdua dengan Suami memang terbagus!

Tapi, masih ada tapi laptop dok atas riba jadinya dok kepit peluk suami tapi dok kepit laptop haaaa.. Semasa dalam perjalanan ke tempat kerja Suri tersenyum sambil berfikir selepas ini kami kenalah membeli bateri kereta..

Kejam! Jahatnya orang itu mencuri barang yang terang-terang bukan milik dia. Sekarang ini bukan setakat di sekitar bangunan kawasan tempat kereta selamat untuk di park tetapi kat kawasan atau tempat-tempat awam pun aktiviti ini semakin berleluasa terutama di town Ipoh. Erk tempat lain Suri tak tahulah pulak

Kesimpulannya kereta harus ada alarm sebagai langkah keselamatan. Ada pengalaman atau cadangan jom kongsikan sumbangan idea anda di bawah.

Share

Hati Tua Tetap Bersabar, Hati Muda Mudah Memberontak

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Hari khamis last berkerja sebab jumaat dah bercuti hee.. Mood cuti masih ada namun mood nak berkerja masih lemau ibarat keropok masuk dek angin kus-kus heee..

Bulan lepas punya cerita..

Pagi itu seorang ayah keluar..
Woi! budak apa kau buat dekat pokok kelapa aku tuh?

Saya ambil buah kepala muda!

Kau ambil tak minta kebenaran tuan punya, kau tak malu ke minta tanpa keizinan orang..

Budak tu selamba badak jer mengambil 3 biji buah kelapa tanpa rasa bersalah dalam diri.

Tingkah ayah menggeleng tanpa banyak berkata-kata. Hati tua malas benar ingin berpincang debat bersama anak muda itu..

Hari ahad 10/7/2011

Nenek minat le ayam jantan tu aku nak beli boleh?

Ayam tu tak dijual nak..buat baka sahaja..

Nenek tak bagi, nanti aku curik ayam tu nanti

Kenapa kau nak curi?

Yelah sebab saya nak beli nenak tak bagi, saya dah minta nenek tak mahu jual jadi aku curilah..

Dan pagi itu memag ayah tak kunci reban dia kecuali malam. Ayam kampung jantan tu hilang satu hari ayam tu tak balik rebannya.

Ayah termenung..mak bising-bising begitu sahaja. Anggap tiada rezeki sudahlah. Perbuatan yang baik akan di balas baik, perbuatan yang jahat dibalas selayaknya kelak kata ayah..

Suri Gerr bedebah punya orang mmg Ha… !

Share