Petua Mencuci Kristal

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Salam pagi untuk semua.

Catatan entri diteruskan lagi. Disebabkan sahabat Nizamghazi amat meminati slot petua dari blog cinta maka entri ini dihasilkan untuknya hee.. dari ternanti-nanti apa kata tanpa membuang masa kita ke bait ayat yang seterusnya.

http://www.crystalchess.com
Kali ini Suri ingin mengetengahkan petua bagaimana mencuci dan mengembalikan kristal agar seri dan cahayanya terpelihara. Bagi peminat-peminat dan penggemar kristal sudah pastinya menantikan petua yang ajaib ini dari Suri heee..
Bahan-bahan yang diperlukan:-
  1. Sebiji ubi kentang
Cara-caranya:-
  1. Sebiji ubi kentang di potong sederhana besar di blande sehingga lumat.
  2. Kemudian airnya ditapis.
  3. Cuci kristal berkenaan sebelum dibersihkan dengan air sabun. Selepas itu, bilaslah ia dengan air bersih.
Share

Maaf, Janji & Petua Sakit Perut

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Maaf semua harni Suri tak dapat nak jalan-jalan ke blog korang..Sakit perut dah mula menjalar dalam diri seawal jam 4 pagi tadi huhu..

Mata mengantuk ni..Erm..banyak kerja yang tidak dapat diselesaikan lagi. Semalam dok semak ada dua lagi contes yang belum sempat Suri buat. Sabar ya Pn mekar dan Cik Adele nanti free Suri akan buat segera huhu.. Erk..satu lagi dah termiss contest Bro Maza aduh tak sempat nak lantun-lantun. Tegok Suri akhirnya tersekat kat ceruk tandas gak uhu.. Tapi tak perlah walaupun contenst Bro Maza tu dah lepas Suri ada gak snap gambar masa balik kg hari tu heee..

images (2)

Dah alang-alang bicara pasal sakit perut Suri berikan petua untuk sahabat semua:-

  • Bahan- Bahan:-
  • Air panas secawan
  • Satu teh uncang lipton
  • Cara-caranya:-
  • Rendamkan satu teh uncang kedalam air panas. Biarkan larutan air teh tu menjadi benar-benar pekat.
  • Selawat dan minumlah seperti biasa.
  • Bahan- Bahan:-
  • Segelas air panas suam
  • Cara-caranya:-
  • Minum segelas air tu sampai habis.
  • Inginkan lebih segera pergi kedai beli ubat ‘Pil’Chi-kit Tech Aun‘ heeee..

Ada siapa-siapa yang nak tambah petua lagi. Di persilakan :)

entri & petua lepas mengusik jiwa =)

http://cahayacinta.com/my-love-storey/tanpa-set-t-apa-akan-jadi.html

http://cahayacinta.com/petua/ada-tepung-gandum-tapi-bukan-nak-buat-cucur.html

Share

Momordica Charantia

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Rata-rata yang memberikan respon pada entri semalam membuatkan Suri tersenyum begini hi :) .. hiiiiiii :) .. hiiiiiiiii.. :) Eh, dah terlebih over dos makan ubat tidur ar pulak huu..

Memang diakui peria teramatlah pahit. Sampaikan ada yang tidak ingin menjamahnya buat kali kedua kata sahabat kita iaitu bro Jai. Cukuplah sekali dia makan mungkin kali yang kedua pas ni isteri dia kena tukar menu masakan bagi menghilangkan kepahitan peria tersebut. Begitu juga jawapan pada bloger-bloger yang lain rasa pahit tu jika dimakan ibarat satu mimpi yang ngeri nghee… :)

Bitter MelonBuah Peria

Disini Suri selitkan petua bagi mengurangkan rasa pahit pada peria. Potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit ia disejatkan masaklah peria tersebut seperti biasa. Sekiranya kawan-kawan berhajat ingin menjadikan peria sebagai ubat saranan Suri agar rasa pahit pada buah peria tersebut jangan dibuang.  Jika di buang makanya tidak akan jadi ubatlah jawabnya huuu…

periaPeria katak

Sudah alang-alang menyeluk saku berharap poket seluarku tidak kebocor hendaknya :( . Apa kata hari ini kita sambung lagi pelajaran kita semalam dengan lebih terperinci lagi.

Buah peria nama saintifiknya adalah momordica charantia. Ia adalah sejenis sayuran bersifar pahit.

Buah peria terdapat dalam dua jenis:-

  1. Buah peria yang panjang, berwarna hijau muda dan berdaun agar sederhana  besar.
  2. Buah peria kecil, berwarna kehijaun tua, sering di gelar “peria katak” dan berdaun kecil.
  • Pada kebiasaannya pokok peria mudah diperolehi di negara-negara yang mengalami iklim panas dan khatulistiwa seperti India, Indonesia, Sri Lanka, Malaysia dan Filipina.
  • Satu kajian telah dibuat di England dengan menemui buah peria mengandungi hypoglycemic atau insulin di dalamnya. Seterusnya membolehkan kita mencipta plantinsulin bagi mengurangkan kandungan gula dalam darah dan air kencing.

normal_09993-Momordica-charantiaSumber: http://luirig.altervista.org.  (Bunga dan daun peria)

  • Antara cara yang paling mudah untuk merawat penyakit ini adalah dengan meminum jus yang di ambil daripada empat atau lima biji peria pada setiap pagi. Kemudian bijinya yang dihancurkan boleh dicampurkan ke dalam makanan. Sekiranya tidak mahu meminum jusnya, penghidap diabetes juga boleh meminum air rebusan beberapa potang peria ataupun menggunakannya dalam bentuk serbuk.

normal_09995-Momordica-charantiaSumber: http://luirig.altervista.org (biji buah peria)

  • Daun peria pula sangat berkesan bagi merawat buasir dengan cara mencampurkan jus yang boleh diperolehi daripada daunnya ke dalam segelas susu. Ia hendaklah di minum setiap pagi selama sebulan untuk merawatnya. Manakala akarnya pula dihancurkan dan di sapu pada bahagian buasir.
  • Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daripada daunnya. Ia juga boleh mengatasi masalah hati kesan daripada pengamblan alkohol.

Tahukah kawan-kawan-

  1. Khasiat peria dalam tubuh badan kita pada setiap 100gm peria mengandungi 92.4 peratus lembab, protein 1.6 peratus, lemak 0.2 peratus, mineral 0.8 peratus, fiber 0.8 peratus dan karbohidrat 4.2 peratus.
  2. Di India, biji daripada buahnya yang telah di masak ranum pula di jadikan sebagai bahan perasa.

Sudut kata:

Peria katak Bahasa Tamil – Pavakka

Sumber Rujukan: Utusan Malaysia, http://fazlisyam.com & wiki sebahagain edit oleh Suri.

Pstt!! Minggu depan exam!

Share

Petua Merawat Batuk Darah

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Semalam Suri sempat menyelak majalah lama. Rasanya tahun 2000 punya keluaran. Sungguhpun ia sudah di mamah hujan namun isinya membuatkan Suri ingin berkongsi pada semua.

DSC01883 copySumber: http://nadhirahazmi.blogspot.com

Laman petua tersebut menyingkap bagaimana merawat batuk berdarah dengan menggunakan kaedah tradisional. Berikut adalah bahan-bahan tersebut:-

  1. Daun peria
  2. Air dua gelas untuk dijadikan medium rebusan.

Cara-caranya:-

  1. Rebus daun peria tersebut sehingga menggelegak.
  2. Apabila air rebusan tersebut berkeadaan suam-suam kuku, maka minum air rebusan sambil diiringi selawat sebanyak 3x.

Nota: Adalah disarankan meminum air ini sebelum masuk waktu tidur.

Share

Serbuk Kopi Hilangkan Daki

Catatan dari blogspot pada Rabu, 02 Februari 2011

Salam pagi untuk semua..

Masih berkeudara disini. Tetap setia pada penulisan blog sungguhpun CINTA telah dimasukkan ke wad khas”Account Suspenden”.

Pernahkah kawan-kawan menggunkan serbuk kopi  kapal api kaw sebagai salah satu langkah untuk menanggalkan daki di seluruh tubuh anda? Bunyinya pelikkan. Tapi itulah kebenarannya :)

Tahukah kawan-kawan serbuk kopi bukan sahaja mampu untuk menghilangkan daki di tubuh badan selain itu juga ia akan membuatkan kulit kita menjadi lembut.

Apakah bahan yang di perlukan?
Antara bahan yang diperlukan adalah serbuk kopi kapal api kaw.

60319_108803285847534_108701295857733_78406_1749041_a

Bagaimanakah cara penggunaan tersebut?
Cara penggunaannya dengan menggosok ia seluruh tubuh anda dan sebaiknya anda disarankan agar melakukannya sebelum mandi :)

Psst!! jika kawan-kawan ke Bali jangan lupa di sana juga turut menawarkan lulur kopi. Bukan itu sahaja malahan di luar negara juga terdapat pengeluaran sabun kopi :) . Masih tidak percaya jom kita tengok gambar seperti dibawah. Tapi awas ia bukan untuk dimakan atau di buat bancuhan air ya ;)

coffee heidi bott

Sumber: http://productbody.blogspot.com/2008_04_01_archive.html

finished-layer-soap-with-coffee-bentonite-clay-and-spirulinaSumber: http://blisstree.com/live/diy-homemade-natural-eco-chic-soap/

Kekadang sambil buat kopi sempat gak Suri curik bau aroma kopi yang asli ni.. :)
Share

Petua Untuk Menghalau Tikus

Salam semua..

Satu pagi yang lesu..

Suri terdengar sesuatu cit..cit..cit.. eh yer ker bunyi dia macam nie. Lalu ku buka..

22564029Link: http://syukran.wordpress.com

“Mak orang jumpa Jerry kat dalam almari baju!”

“Tak per ko jangan risau nanti mak carikan Tomyam untuk mengejar dia”

“Nanti ayah akan belikan perangkap tikus untuk Jerry..

Hatiku bermonolong sendiri. “Ada Tomyam mesti habis dikerjakannya Jerry kelak  heee..”

Bagaimana cara untuk mengelakkan rumah kita dihuni si tikus? Haaa salah satu caranya seperti di atas tadi. Dengan hanya membela seekor kucing sahaja pasti nasib si tikus dalam genggaman si kucing. Tapi itu petua lama bukan :) . Sungguhpun begitu ia diakui amat mudah sekali untuk kita pratikkan. Lebih-lebih lagi kucing. Pergilah dimana-mana hatta dikawasan pasar yang menjual ikan, ayam gerenti beres disitulah ada kucing ;) .

Cara Suri pula agak jauh berbeza sedikit dari cara diatas ;) . Kawan-kawan kenal tak pokok durian belanda? Haa.. kalau dah kenal pokok durian belanda mesti kawan-kawan kenal dahan pokok durian belanda :) . Kenal. Tahu rupa bentuknya? bagus. Cuba tengok gambar rajah dibawah betulkah tekaan kawan-kawan tu :) .

durian_belandaYa Tepat! Inilah dia pokok dahan durian belanda.

Tahukah kawan-kawan dahan durian belanda sebenarnya mampu untuk menghalau kehadiran tikus yang sentiasa berkeliaran di dalam rumah mahupun di luar rumah. Caranya dengan meletakkan dahan durian belanda di tempat yang tersembunyi seperti dibawah almari, bawah tikar, bawah katil yang dirasakan sering menjadi laluan periuk api si tikus :) . Insyallah pasti si tikus akan menjauhi rumah anda.

Apa yang bagusnya petua ini tiada lagi bau busuk akan mewarnai sudut rumah. Sebab si tikus akan lari membawa kain baju lari diri. Bukannya seperti petua di atas tikus mati meninggalkan bau yang amat kuat sekali huhu..

Tom and JerryLink: http://mondemerda.blogspot.com

Pstt!!Tom and Jerry antara kisah yang selalu mencuit hati :)

Share

Ubat Sukar Tidur

Salam malam sahabatku..

Entri terlajak sekapal telah maju kehadapan lagi.. Hari ini agak terlewat juga menjeguk blog seperti petang-petang yang biasa sebab minggu ini dan yang seterusnya Suri sibuk teramat sangat-sangat huhu… Walaubagaimanapun blog ini Insyallah akan berjalan seperti biasa walaupun ia  tak sepadat ilmu seperti bulan-bulan yang lepas harap ia sedikit sebanyak dapat mengisi masa lapang sahabat semua..

good_night-3805

“Sesejuk malam menyebabkan angin yang dingin menyapa tubuhku. Sesekali cuba menarik selimut menjamah serangkul tubuh namun mata ini tetap berkeras tidak mahu terlelap  jua.. Pusing kanan pusing kiri semua yang dilakukan serba tidak menjadi.  Hurm..alagkah bagusnya sekiranya hujan turun mencurah-curah di atap gentingku ini. Pasti sepanjang malam lenaku diulit mimpi bersama si dia puteri..”

Sahabat pernah menghadapi masalah di atas lebih-lebih lagi jika seseorang itu mengalami penyakit imsonia. Tahukah kawan-kawan banyak sebab yang boleh mempengaruhi seseorang itu sukar melelapkan mata. Antara salah satunya seperti lewat tidur malam, berkerja pada waktu yang tidak sepatutnya, mengalami masalah peribadi dan sebagainya.

Baiklah bagi mencari jalan penyelesaiannya untuk mengatasi masalah berikut apa kata sahabat mencuba petua Suri seperti di bawah  ini. Mana tahu ia berkesan ;) . Kata orang mencuba tiada ruginya yer tak ;)

good_night-7945

Bahan-bahannya:-

  1. 2 sudu besar madu asli
  2. Secawan air tea panas

 

Cara-caranya:-

  1. Masukkan 2 sudu besar madu asli kedalam secawan tea panas. Sambil dikacau rata minuman tersebut.
  2. Kemudian minumlah air tersebut dan selawat sebanyak 3x.

 

Nota penting

Sahabat disarankan agar melakukan petua ini setiap hari, sebelum tidur. Lakukanlah ia selama seminggu Insyallah tentunya sahabat akan rasa lebih selesa serta tidak menghadapi masalah sukar tidur lagi ;) .

Nota yang berkaitan: http://cahayacinta.com/tips/tips-mendapatkan-tidur-yang-berkualiti.html/comment-page-1

Share

Petua Rambut Cantik (Kelumumur) Part II

Salam

Catatan maya pada tanggal 8.11.2010 melalui blogspot..

Salam pagi Isnin buat semua.

Harap semua dalam keadaan baik-baik sahaja. Wah..harini Suri lambat masuk ke pajabat sebab bawa anak jumpa doktor. Panas badannya mencecah sehingga 38 darjah calsius huhu.. Sebenarnya dah 3 hari badan dia panas. Suri bagi  juga dia ubat demam tapi nampak gayanya tidak beransur baik. Makanya sebab itulah Suri segera membawa anak ke klinik pagi tadi…

Baiklah Suri tak mahu membuang masa hanya nak kongsikan satu petua dengan kawan-kawna di luar sana. Pada yang terlupa minggu lepas Suri ada sentuh petua untuk pelbagai jenis masalah rambut. Namun masih ada satu yang Suri lupa bentangan pada kawan-kawan tentang masalah rambut kelumumur pula huhu..

 Maaf sebab Suri terlupa ingatkan posting Petua Rambut Cantik  Part I dah lengkap modul pembelajarannya. Rupa-rupanyan masih ada anak tajuk kecil yang tertinggal lagi heeee..

Apa itu kelemumur?

  • Kelemumur adalah keadaan di mana kulit kepala yang mati dan kering mengelupas secara berlebihan
  • Lapisan permukaan kulit kepala yang normal akan diperbaharui setiap 28 hari
  • Dalam keadaan kelemumur, kulit kepala akan tumbuh dengan cepat dan diperbaharui setiap 11 hari
  • Pertumbuhan kulat seperti yis yang berlebihan di atas kulit kepala, boleh menyebabkan bertambahnya pembentukan kelemumur

 

Faktor-faktor lain yang menyumbangkan kepada pembentukan kelemumur ialah:-

  • Jarang bersyampu atau tidak membilas rambut dengan sempurna
  • Penggunaan penyembur rambut atau gel yang terlalu kerap
  • Penggunaan pewarna rambut yang tidak betul
  • Pengeluaran minyak yang berlebihan
  • Perubahan hormon
  • Tekanan perasaan
  • Daya imuniti yang rendah

 

Apakah tanda-tanda kelemumur?

  • Kulit kepala gatal dan menggelupas
  • Terdapat kelupasan kulit kepala (kelemumur) berwarna putih dan berminyak pada rambut, bahu
  • Terdapat kelupasan kulit kepala (kelemumur) berwarna putih dan berminyak pada pakaian

  

Bagaimana untuk merawat kelemumur?

  • Gunakan syampu anti kelemumur atau petua yang sesuai bagi mengatasi masalah rambut anda.

  

Antara contoh -contoh syampu anti kelemumur dan fungsinya utamanya ialah:-

  • Syampu berkandungan zinc pyrithione berfungsi untuk mengurangkan kulat dan kelemumur
  • Syampu yang mengandungi tar untuk memperlahankan pertumbuhan sel
  • Syampu berkandungan salicylic membantu menghapuskan kelemumur
  • Syampu berkandungan selenium sulphide membantu mengurangkan pertumbuhan sel dan kulat
  • Syampu berkandungan ketoconazole membantu mengurangkan berbagai jenis kulat

 

Cara bagaimana mencegah berlakunya kelemumur?

  • •Syampu rambut anda dengan kerap sekiranya kulit kepala anda berminyak
  • •Elakkan penggunaan bahan pendandan rambut secara berlebihan seperti penyembur, gel dan mousse rambut:

 

Petua Untuk Rambut Sembunyi-sembunyi Kelumumur.

  • Sediakan santan kelapa yang telah ditapis
  • Kemudian di lumurkan diatas kepala perlahan-lahan sambil mengurutkan dia keseluruh bahagian kepala.
  • Setelah itu balut rambut anda dengan tuala yang besih
  • Diperap sealaman. Bilas rambut seperti biasa

 Info:

Amalkan petua ini seminggu sekali. Petua ini juga sesuai digunakan untuk rambut gugur dan untuk melebatkan rambut.

 

Cara kedua dengan menggunakan limau purut. Limau di potong 4 bahagian.

  • Air limau tersebut di pupuk atas kepala sehinggan rata.
  • Kemudian di lumurkan diatas kepala perlahan-lahan sambil mengurutkan dia keseluruh bahagian kepala.
  • Setelah itu balut rambut anda dengan tuala yang besih
  • Diperap selama satu jam. Bilas rambut seperti bias.

 Nota kaki:

Ada sesetengah orang mencampurka kedua-dua bahan tersebut kedalam ramuan kelumumur mereka. Namun ia terpulaglah pada kesesuaian sahabat sendiri. 

 

Pstt!! Rambut adalah mahkota bagi setiap insan hee.. Rasa macam nak bukak kedai salon perawatan rambutlah pulak heee..  

Akhir posting baru teringat rambut berkutu? Apa itu masalah rambut  juga ker? heee.. Tapi bagi yang sokong Suri akan buat posting tu pada masa-masa akan datang pula. Sekiranya permintaan tentang itu kurang memberangsangkan Suri tetap akan posting juga hee..

tqJumpa di lain petua lagi.

Share

Petua Rambut Cantik Part I

Salam petang untuk semua..

Catatan maya pada tanggal 2.11.2010 melalui blogspot..

Sudah menjadi kebiasaan Suri mengeposkan surat  entri dimaya selagi ada bahan yang nak dikongsikan kepada semua.

Seperti hari-hari biasa begitulah rutin harian Suri waktu berdating dengan Bro cahaya cinta masa dulu-dulu? Opss!! dulu-dulu? mana ada Bro Cintalah. Cik cinta adalah. Ternyata ia masih wujud lagi tau cuma dia di gantung tak bertali jer adeiii…#@!&%?

 couple

 Hurm..

Saat watikah wordpress blogspot ini dihuni Alhamdulillah masih ada juga yang sudi meninggalkan jejak disini. Baiklah bagi memenuhi tuntutan seorang teman sahabat farezo (enjobe kot den dah lope nick dia sebab selalu name boleh search kat wordpress) dia ada meminta Suri petua untuk lebatkan rambut.

Haa.. Suri memang ada petua itu. Jadi tidak syak lagi apakata Suri kongsikannya disini bersama-sama teman yang lain.

 

Cara Suri Untuk Melebatkan Rambut.

  1. -Beberapa helain daun lidah buaya .
  2. -Ambil isi jel putih kemudian di kisar dengan menggunakan pengisar.
  3. -Ramaskan isi tersebut ke atas kepala anda dan biarkan ia terperap selama beberapa jam. Lakukan cara ini seminggu 2 kali.

Cadangan bahan lain: Bunga raya.

 Cara Suri Untuk Mengelakkan Rambut  Sesat Jalan Bercabang

  1. -Daun inai di basuh kemudian di kisar dan tambahkan sedikit air.
  2. -Sedia di pupuk atas kepala.

 Amaran: Jangan terlalu halus. Nanti sukar nak basuh rambut.

  

Cara Suri Untuk Mengelakkan Rambut ada buah ceri Berbuah.

  1. Boleh juga digunakan seperti petua rambut bercabang juga.
  2. Cara lain sahabat cari produk “henna” berwarna hitam.Untuk pengetahuan semua produk ini asalnya dari  pokok inai juga.

 =) Suri telah mencuba Alhamdulillah semuanya menampakkan hasil yang memberangsangkan.

 

Petua Untuk Rambut Merajuk Gugur.

  1. Sediakan segengam kacang hijau.
  2. Masukkan kacang hijau kedalam satu bekas dan rendamkan ia selama semalaman.
  3. Setelah itu tapis air kacang hijau tersebut kemudian urutkan kepla anda perlahan-lahan bersama dengan air tapisan berikut disamping selang – selikannya dengan urutan memicit kepala.

 Tips: Hindari dari rambut anda dari mengingat getah kenyal!

 

 Petua Untuk Rambut Klasik Beruban.

  1. Ambil biji betik dalam 3 sudu.
  2. Kemudian gorengkan ia sehingga garing tanpa menggunakan minyak.
  3. Setelah itu tumbuk bijik betik itu sehingga halus.
  4. Campurkan ia dengan minyak but-but.
  5. Kemudian lumurkan ia dibahagian kepala.

 Nota: minyak but-but boleh beli di beberapa cawangan HPA

 

Suri suka rambut panjang hee.. rambut pendek nampak cam tak ada anak pulak hee ;) Sahabat punya rambut bagaimana?

Share

Clorox Penghapus Kotoran

Salam kawan-kawan semua..

Harini Suri nak kongsikan satu petua kepada kawan-kawan semua. Petua ini sesuai di gunakan oleh suri rumahtangga terutama bagi ibu-ibu yang selalu membersihkan kawasan bilik mandi ataupun tandas dimana mereka ini selalu menghadapi kesukaran untuk menghapuskan kotoran hitam atau hijau di atas batu mamar ataupun permukaan bersimen dirumah.

imagesCAT5HFUX

Idea ini rasanya dah lama Suri gunakan di kampung. Anak dara masa tu biasalah buat kerja mesti mengelat heee..Apatah lagi dirumah sendiri huhu. Bab-bab nak buat kerja cepat serahkan sahaja kepadaku ini ;) . Sebagai  isteri, punyi anak-anak maka ruang untuk Suri agak terhad untuk memberikan sepenuh masa pada bilik air.

Yelah mana ada masa kita nak menggosok, memberus, menyental kesan degil itu semua didalam bilik mandi. Paling kurang jika kita cuci minggu ni minggu depan dah geranti dah pasti lumut, kesan kehitaman itu akan melekat kembali atas permukaan lantai tersebut .

Hurm.. cuba pula kita kira berapa lamakah kita mengambil masa yang lama untuk duduk terperuk dalam bilik air /tandas semata-mata untuk si tandas! Oh tidak.. Bagi Suri masa untuk keluarga lebih penting dari membuat kerja-kerja amal yang sebegitu heee..

imagesCAX8SPLW

Apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk menyahkan kesan toksid  degil ini?

Bahan-bahanya seperti cecair clorox dan air paip.

Bagaimanakah cara-cara penyediannya?

  1. Curahkan air didalam baldi. (bagi dia separuh penuh)
  2. Kemudian tuangkan cecair clorox itu didalam baldi tersebut . Sekiranya kawasan yang anda ingin bersihkan besaiz kecil maka memadailah anda menggunakan satu cawan clorox sahaja. Seandainya kawasan bilik air anda luas anda isikan dengan dua cawan penuh cecair clorox sahaja.
  3. Setelah itu curahkan campuran tersebut kedalam bilik mandi/ tandas anda. Dan biarkan ia semalaman. Setelah itu anda cucilah ia seperti biasa. :)

Amacam senang tak? heeee.. :)

Share