Cara Mewangikan Sudut Dapur

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Setiap rumah pasti akan ada satu sudut dapur bagi memudahkan kerja-kerja memasak. Semestinya sudut dapur tidak dapat lari dari pelbagai bau masakan yang menyelerakan hidung untuk menghidunya hatta tidak terlepas juga dari mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan seperti bau selepas menyiang ikan atau ayam,  sisa makanan dan lain-lain bau lagi huuu.

images

Kebanyakan para wanita agak kebingungan untuk mengatasi masalah ini. Jangan risau Suri ada cara untuk menanganinya ;) .

Petua a) Bahan-bahan:-

  1. Kayu manis
  2. Bunga cengkih
  3. Sedikit cuka
  4. Air secukupnya

Cara-caranya:-

  1. Ketiga-tiga bahan tadi direbus bersama dengan air sehingga ia menggelegak.
  2. Kemudian masukkan ia ke dalam botol semburan.

Nota Petua: Semburkan ia dikawasan yang mengelurkan bau yang kuang enak. Boleh juga di semburkan atau dilapkan di bahagian lantai jubin dan kabinet dapur untuk memastikan ia sentiasa wangi dan berbau segar :)

201008211241084ALOQI2BHM48-F-011-20mlSumber: http://www.mysimplifieds.com

Petua b) Bahan-bahan:-

Kawan-kawan masih mempunyai bekas sisa botol minyak wangi. Hurm..tidak kisahlah ia jenama apa sekalipun asalkan ada ia sudah menjimatkan kos untuk membeli pewangi yang bersatus Ringgit Malaysia.

  1. Ambil minyak wangi  dan buka penutup yang menutupi semburan minyak wangi tersebut.
  2. Setelah di buka letakkan ia di sudut dapur. Isi minyak wangi itu sendiri akan mengeluarkan baunya nanti :)

Nota Petua: Pastikan isian dalam botol minyak wangi itu masih berisi minyak wangi :)

Share

Petua Elak Telur Retak

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..

Sembang hujung minggu kembali lagi. Kali ini Suri membawakan satu petua bagi mengelakkan telur yang di rebus retak. Pada kebiasaannya musim kenduri kahwin, biasanya telur akan direbus dalam jumlah yang banyak.

Bunga-Pahar-Stokin

Sumber:http://shw.nuwoo8.fotopages.com

Jadi bagaimanakah cara untuk mengelakkan telur tersebut dari terpecah semasa di rebus? hurmmm.. apa kata kita sediakan bahan-bahan asas seperti dibawah:-

  1. Beg plastik
  2. Sediakan paku

imagesCara-caranya adalah:-

  1. Masukkan ke semua telur tersebut kedalam beg plastik dan jangan lupa masukkan sebatang paku kedalamnnya sekali.
  2. Rebus telur kedalam air seperti biasa dan lihatlah hasilnya :)

Nota Kaki:Jika telur sudah masak jangan lupa keluarkan paku di dalam beg plastik tu ya.. Sebarang kelalaian tanggung sendiri. Harap maklum nghee… ;)

Share

Petua Melazatkan Ayam Masak Merah

Salam semua..

Tadi baru sahaja pergi bertandang ke majlis pertunangan sahabat. Wah!! ada ayam masak merahlah.. Siapa yang tidak suka ayam masak merah memanglah rugi. Sekali cekau mau gak 2 kepak ayam Suri rembat nghee. :)

ayam-masak-merah1Sumber:http://www.blogresipi.com

Baiklah disini ada satu petua yang mahu Suri kongsikan pada kawan-kawan semua petua bagaimana ingin melazatkan ayam masak merah dengan cara yang mudah :) .

Bahan-bahan:-

  1. Cili kisar
  2. Buah tomato atau lobak merah

Tomatoes-bike-basket-lo-resSumber: http://chloesblog.bigmill.com

Cara-caranya:-

  1. Semasa anda hendak mengisar cili merah apa kata anda masukkan sekali sebiji buah tomato atau sebatang lobak merah ke dalam mesin pengisar.
  2. Kisar sehingga kedua-dua bahan tersebut mesra.
  3. Kemudian bolehlah digunakan terus dalam masakan dan tumis seperti biasa :)

Suri suka ayam masak merah, wajib ada kepak ayam , kalau tidak memang frust  :)

Share

Petua Mengurangkan Rasa Pahit Daun Betik

Salam malam semua…

Lalala.. entri terhasil lagi..Rasa bosan mula menghantui diri.. Anak dah tidur, dia sibuk buat kerja pejabat hiii. Apalagi pantang ada masa port sini le yang paling di gemari.

Sahabat suka makan ulam-ulama tak? Contoh daun pucuk betik tu.  Rasanya pahit tapi tak semua orang menggemarinya.

betik,papaya

Haa. Suri ada petuanya. Mudah sahaja tu :)

Bahan-bahan yang di perlukan adalah:-

  • Beberapa ulasan asam keping
  • Air- untuk rebusan

cl_asamkep01h

Cara-caranya:-

  • Rebus asam keping tersebut bersama daun pucuk betik tersebut selama 20 ke 30 minit.
  • Toskan airnya. Kemudian sedia untuk di makan seperti biasa.

 

Sekian dari ceruk dapur Suri :)

Pstt!! kalau ada sambal belacan mesti syiok punya.. :)

Share

Petua Menghilangkan Bau Hanyir Ikan Di Tapak Tangan

Salam tengahari semua :)

Setelah membelasah sebungkus kacang goreng bernilai  satu ringgit Malaysia dan diakhirini dengan siraman air suam dalam anak tekak membuatkan Suri bersedawa seketika..  erk..;)

Alhamdulillah Syukur Nikmat kepada Tuhan yang memberi Rahmat :)

fish5

Harini tak sempat nak bawa bekal nampak gayanya teringin nak makan masak asam pedaslah pulak.. Kalau ada terjumpa masak asam berikankan ikan pari tu memanglah sedap tidak terkata.. nak -nak kalau dapat yang kaw-kaw pedasnya memanglah terasa bibir merahku ini pijau gamaknya .

Bercerita mengenai ikan teringat akan petua arwah nenek Suri bagaimana caranya menghilangkan bau hanyir ikan pada telapak tangan ;) .

halia

Bahan-bahan:-

Halia nama saintifiknya dipanggil sebagai Zingiber officinale Roscoe

Cara-caranya:-

  1. Tumbuk halia atau mesin halia sehingga ia separuh lumat.
  2. Kemudian lumurkan  halia yang separuh lumat itu diseluruh jari -jemari anda selama beberapa minit.
  3. Setelah itu bilaslah ia seperti biasa. Insyallah bau hanyir ikan tersebut akan hilang dengan serta – merta.

Psst!!Entri  lepas yang berkaitan: Daun kari hilangkan hanyir ikan sungai

Dulu Suri tak tahu pun nama ikan cencaru tu ikan jaket besi.. kiranya ini ikan yang pandai merempit kat dalam lautlah ya ;) hihi..

Share

Petua Mengelakkan Ayam Goreng Melekat Di Kuali

Salam malam kawan-kawan heee..

Sekejap jer dah masuk waktu malam.. rasanya tak puas lagi menikmati hari yang begitu mengasyikan ini. Bukan apa kalu cuti mesti nak duduk relaks lama-lama kat rumah.. nak bermain-main dengan anak, mengemas rumah, taman bunga huhu…

Bila dah naik kerja pula mesti badan ini akan mula lemah longlai cam cendol warna hijau tu sebab nak kembalikan mood berkerja semula semacam tak der semangat jer.. adakah ini disebabkan terlalu over dos berhujung minggu di rumah hee..

dancing-chicken

Stop!!stop…Cuba pula kita bayangkan makanan kegemaran kita berada didepan kita. Cam contoh ayaM.. Ngheee.. Kawan-kawan suka makan ayam goreng tak? Suri suka.

Ayam_Goreng_Berempah

Nak-nak ayam goreng yang tengah baru naik dari darat tu kuali tu.. Kalau Suri sekali makan ayam goreng mesti tak cukup satu round.. Mesti mau 2 ke tiga kali peri ambil ayam tu. Da paling cun jika kita dapat part paha tu hiii memaglah syok sekali.. tapi bukan part hati dan limpa tu yah..

untitled

Baiklah petua dapur Suri harini simple jer . Kawan-kawan selalu menggoreng ayam di dapurkan. Tapi bagaimanakan  cara-caranya untuk kita mengelakkan ayam tersebut melekat cam pelekat gam dalam kuali?

Semasa hendak menggoreng ayam tersebut masukkan beberapa helaian daun pisang yang telah dikerat sederhana lebar lalu dimasukkan di dalam kuali tersebut. Apabila kuali mula panas gorenglah ayam tersebut seperti biasa.

 p/s:Pada dasarnya kaedah ini sering digunakan untuk menggoreng ayam dalam jumlah yang banyak. Tapi walaubagaimana pun ia tidaklah menjadi masalah untuk kita mencubanya  ya tak? ;)

 

Tengahari besok paln nak buat ayam masak lemak cili api.. nghee. Kawan-kawan suka ayam masak apa? ayam KFC, MD tolak tepi ar.. hiii

Share

Tomato Terlalu Ranum

Salam semua..

Entri petang tadi tidak dapat di publishkan seperti biasa jadinya ia telah dikukus masak menjadi entri makan  malam pulak hehee.

 

Petang tadi kepala terlalu berat sekali. Lepas rehat terus tidur sekejap tapi keadaan kurang baik juga. Bos lambat masuk carik-cari ubat  penahan sakit dalam poket doremon handbag barulah jumpa ubat penahan sakit.

sweet-korean-cartoon-006

Pastu Suri pun apalagi mulalah melentok kepala untuk memanjakan diri beberapa saat lamanya :) . Wah!! dah jam 4 petang loh tertidur.. Tapi still sakit lagilah sebab naik bas tadi macam naik kerabak keretapi semput jerk huhuhu..

 

Haa..

Malam ni Suri nak kongsikan petua bagaimana caranya untuk kita jadikan tomato yang kita beli sentiasa dalam keadaan baik dan ranum. Kawan-kawan nak tahu ayuh ikuti Suri menyorotkan mata anda di bawah ;) hehee..

 

Untuk merangupkan tomato yang terlalu ranum dan sedikit lembik:-

  1. Rendamkan tomato  tersebut di dalam air sejuk
  2. Kemudian campurkan ia dengan sedikit garam ke dalam air tersebut.
  3. Biarkan tomato itu di dalam peti sejuk selama semalaman sebelum digunakan dalam masakan anda.

 tomato

Untuk tomato yang berwarna hijau pula:-

  1. Masukkan tomato dan pisang anda ke dalam plastik yang kedap udara.
  2. Biarkan ia di dalam bungkusan tersebut selama dua hari.
  3. Pasti tomato anda akan lebih ranum.

 

Sahabat suka makan tomato? Jom komen kat sini. Segala komen sahabat amatlah Suri hargai ;)

p/s:harap2 besok kesihatan Suri akan pulih sepenuhnya. Amin :)

Share

Udang Sentiasa Segar

Salam untuk semua..

Suri selalu jugak ke pasar minggu untuk membeli beberapa ekor udang untuk santapan makan tengahari. Paling tidak pun untuk dijadikan sebagai bahan rencah masakan mi, bihun ataupun kuih tiew basah.

Tapi terfikirkah kita selama manakah udang -udang tersebut boleh bertahan segar dalam peti ais. Sekiranya kita ingin memasak bahan tersebut untuk sekali santapan juadah sekalipun pasti ia akan dihabis hari itu juga.  Tapi bagaimana pula sekiranya kita ingin menyimpan undang tersebut dalam tempoh yang agak lama disamping memastikan undang yang kita masak kelak dalam keadaan yang manis, baik dan segar.

 prawn_logo

Ahak..

Suri punya cara yang tersendiri untuk mengatasi masalah tersebut. Apakah cara-caranya? Jom kita jenguk dibawah:-

 

Bahan- bahan.

-Beberapa biji limau nipis

 

Cara-caranya adalah.

-Perahkan air limau nipis pada udang yang hendak anda simpankan di dalam peti ais tersebut. Sebaiknya pastikan air perahan limau itu di gaul mesra pada keseluruhan udang.

-Simpankan udang tersebut ke dalam peti ais seperti biasa.

 

Selamat mencuba ! :)

 

p/s: Udang ini kalau dibuat sambal memanglah sedap. Tambahlah lagi buat udang masak kari lagilah ada umph! heee..

Share

Daun Kari Hilangkan Hanyir Ikan Sungai

Salam untuk semua.

Harini Suri nak kongsikan satu petua pada sahabat-sahabat semua terutama pada kaum hawa yang selalu keluar masuk dapur yang selalu menyediakan hidangan buat keluarga yang tersayang hee.. Terlebih dahulu apa kata kita kenali dahulu asal usul daun kari ini. Kemudian barulah Suri berikan petua tersebut  seperti biasa.

Tahukah anda pokok kari atau nama saintifiknya dikenali sebagai Murraya Koenigii ia tergolong dalam keluarga Rutaceae. Pokok daun kari ini berasal dari negara India dan Sri Lanka dan ia biasanya akan tumbuhan subur dalam zon tropika.

Pokok kari merupakan sejenis tumbuhan yang renek dalam paras ketinggiannya diantara 0.9 sehingga ke 6 meter. Pada kebiasaannya pokok kari ini ditanam di kawasan sekitar rumah dan juga kadangkala ia membiak di semak ataupun kawasan yang terbiar. 

murraya

Pokok kari ini selalunya digunakan dalam pelbagai masakan terutama dari masakan berempah terutamanya dalam masakan kari. Daun kari ini juga turut mengeluarkan  bau yang kuat disamping itu ia juga mempunyai rasa yang agak pahit.

Tahukah kawan-kawan daun kari ini kebanyakannya banyak digunakan oleh masyarakat India kerana ia bukan sahaja digunakan dalam masakan kari, malah juga dalam masakan lain seperti masakan rasam, chutney , muruku dan sebagainya lagi.

Bunganya pokok kari biasanya  berbentuk kecil dan berwarna putih kekuningan manakala buahnya pula bersaiz kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang.  Pokok kari ini mudah membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya.

100076_fish_450

Cara untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai adalah:-

Dengan menyediakan 7 tangkai daun kari (dibasuh dahulu)

Kemudian anda ramaslah daun kari tersebut supaya ia mesra dengan ikan sungai.

Setelah itu anda perapkan daun kari tersebut dengan ikan sungai selama satu jam.

Selepas itu anda bolehlah mencuci ikan sungai seperti biasa. Opss! selawat jangan di lupa ya :)

Harini admin cahaya cinta kurang sihat take a break jaP :( . Ikan tu sekadar gambar hiasan yek..hihi. ;)

http://www.plantoftheweek.org/week129.shtml&http://stockazoo.com/tag/cartoon-character/

Share

Eviter Les Fourmis Dans Le Sucre

Salam hujung minggu untuk semua..

Harini lewat sikit update blog. Sebab pembantu dapur harini dah serakan satu umah adeh… Apa pun kena tunggu chef tidur barulah Suri kemas semula. La ni dia tengah leka tengok cerita upin dan ipin. Harap-harap lepasni dia tidurlah sendiri sambil-sambil menggentel hidung anak patung tu.

Kawan-kawan mesti pelikkan apa tu éviter les fourmis dans le sucre ia bermaksud elakkan semut pada gula.

Rumah kawan-kawan ada semut ke? semut hitam oklah lagi, semut gila-gila ada ke? hehee.. Ni cerita tentang semut merahlah huhu..

ant

Bagaimanakah cara untuk mengelakkan semut dari berkerumun dibalang gula?
Apa kita kena bubuh bapak semut dan queen semut dalam tu ke supaya kita akan dapat perangkap sekutunya yang lain… hurm..ke macam mana ek hehee..

Suri ada caranya. Kawan-kawan sediakan segengam bunga cengkih kemudian taburkan ia ke dalam balang gula tersebut. Setelah itu tutupkan semula balang gula kawan-kawan seperti biasa.

22

Cara ini bukan sahaja sesuai digunakan didalam balang gula sahaja malahan kawan-kawan juga boleh menggunakan petua ini dengan menempatkan bunga cengkih ini di celah-celah almari, tepi kabinet dan sebagainya di mana semut itu sering datang.

Tahukah kawan-kawan?
Bunga cengkih yang disimpan didalam balang gula tersebut akan mengeluarkan bau yang wangi didalam simpana anda kelak.

Cara yang kedua:-
-Sediakan kapur tulis atau chalk. Kawan-kawan digalakkan menggunakankapur tulis dengan warna putih lagi bagus :)
-Dengan menggunakan kapur tulis tersebut , kawan-kawan buatkan satu bulatan garisan sempadan tersebut bagi menutupi tempat balang gula yang kawan-kawan simpan

002

Tahukah kawan-kawan?
Bahawa semut tidak suka kepada kapur kerana ia mengandungi (CaCO3). Bila semut nampak saja garisan sempadan kapur tersebut, pasti ia tak akan mendekatinya hehee..

Insyallah pasti ia akan berhasil :)

Selamat mencuba :)

Share