Cara Mengupas Allium Sativum

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Allium Sativum merupakan rencah yang sering kita guna pakai dalam pelabagai menu masakan di rumah. Selain melengkapkan sajian kita juga sering mengejar masa di dapur untuk menyediakan hidangan bahan dengan lebih cepat sedaya yang boleh. Apa lagi jika makan malam dengan lewat waktunya pasti perut yang lama mulai berkeroncong berdondang sayang weiiiii.

Bunga bawang putih.

Kebiasaannya Suri bab mengupas Allium Sativum akan Suri ketuk pakai tepi pisau tu hee.  Lepas itu buang kulit luarnya, basuh beberapa kali dan terus lebuh dalam kuali. Jika memikirkan soal skema dalam dapur lihat keadaan juga sekiranya tidak tegesa-gesa seperti hujung minggu lain siaran still masih boleh menyanyi sambil mengupas Allium Sativum satu persatu dan mencincangnya la..la.. la.

Petua yang kedua ialah cara mengupas bawang putih sekiranya memperuntukan jumlah yang banyak Insyallah youtube ni masih boleh boleh membantu dan di guna pakai.

Petua yang ketiga yang selalu Suri ataupun ibu-ibu gunakan pada bahagian atas dasar bawang putih yang keras itu di buang dahulu “bersegi kerasnya“, kemudian barulah di kupas tepi sisi bawang putih tersebut. Cara ini memudahkan proses bawang putih di buang kulitnya secara keseluruhannya.

Lupa.. semua di atas merupakan cara tradisional ataupun manual. Cara moden ada juga apa pun semua cara tersebut terpulanglah pada anda untuk mengupasnya. Yang penting dalam masakan tertentu mesti diletakkan bawang putih. Jika tidak masakan tidak lengkap tanpanya :razz:.

Share

Petua Hilangkan Bau Dan Rasa Pada Blender

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Baru-baru ini agak rancak membuat sambal belacan. Mana ke tidaknya asal balik dari Melaka sahaja pasti akan Suri bawa belacan Melaka bukan pula bawa cencalok hii..

Masa rajin akan tumbuk cili bagai dengan batu penumbuk lesung batu, waktu malas aku bisa pakai mesin pengisar sahaja. Cepat dan menjimatkan masa. Setakat menumbuk sambal belacan boleh sahaja menggunakan kaedah manual tapi bila masak lemak cili api hee wajib memakai mesin pengisar atau dalam bahasa orang barat blender.

Habislah si pengisar bukan takat di gunakan untuk mengisar belacan, serai..untuk masak lemak tapi boleh dikatakan bila membeli harus menang memakainya. Sehingglah satu saat bila rasa hati terdetik teringin sekali memanjangkan hidung dalam trowong mesin pengisar. Mana tahu ada bau yang tidak menyenangkan :mrgreen: .

http://my.kimberlycun.com

Pernah bau? Haa.. ada macam-macam baukan. Bagaimana untuk menghilangkan bau dan rasa kurang menyenangkan itu?

Bahan-bahannya:-

  1. Tiga sudu besar garam halus
  2. Secawan air

Cara-caranya:-

  1. Masukkan garam kedalam mesin pengisar dan campurkan secawan air.
  2. Kisar dan goncangkannya beberapa kali sehingga bau dan rasa itu hilang.
  3. Akhir sekali basuh mesin pengisar anda seperti biasa.

 

pStt!! agak2 bulan depan siapa yang ngetop mau gak Suri bagi belacan atau cencalok! spa setuju angkat mata :roll::mrgreen:

Share

Hindari Bau Kulit Udang

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Suka tomyam? sambal udang? Suri gemarkan juga. Tambah lagi tomyam tersebut bercampur dengan pelbagai makanan laut seperti udang, sotong dan sebagainya. Andai di buat sambal pastikan stok sambalnya cukup dimakan untuk satu hari tersebut.

Akan tiba masalahnya sekiranya kulit udang itu di buang ke dalam tong sampah maka akan berkerumunlah lalat di situ. Bukan itu sahaja malahan kulit udang yang telah di kupas juga akan menyebabkan dapur kita akan mengeluarkan bau kulit udang huhu..

Memang sesetengah orang tidak menyukai sekiranya menu mereka di buang kulit udangnya. Katanya tiada lemak atau umph hehe.. Namun ada juga kata lecehlah sambil makan udang sambil tu kita kena buang kulit udang huhuhu. Cara anda bagaimana pula?

Baiklah pada penggemar tegar udang Suri ada salah satu cara bagaimana untuk menghindari masalah bau kulit udang tersebut:-

Gambar: Mr G

Bahan-bahan:-

Air panas secukupnya.

Cara-caranya:-

  1. Kulit udang yang di asingkan tadi di siramkan dengan air panas.
  2. Bungkus kulit udang tersebut dalam beg plastik dan kemudian buangkan ia kedalam tong sampah.
Share

Mak Mataku Pedih

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Masih ingat di tangkai hati waktu dara masih berseri. Alah serilah sangat tapi dulu-dulah mak meminta Suri menumbuk lada untuk di buat sambal belacan. Katanya lada yang di tumbuk pasti sedap kalau air tangannya orang tu jarang memasak haaa..

Ye..iya orang duduk belajar jauh. Balik kampung jarang sekali mau benau mak paksa Suri masak pegang senduk, numis itu ini. Tokok kata ayah masa inilah wajib masuk on job traning katanya sok pas kawin mudah je nak buat kerja rumah, masak segalanya.

Hu..hu. hu..Mak mata orang pedih ini. Suri rengek manja di ceruk dapur. Sambil mulut pok pek po pek menandakan tidak puas hati bila masuk dapur sorang-sorang tanpa ada pembantu. Kakak dan abang waktu itu semua sudah berkahwin. Memang tak aci langsung!

Macam inilah anak dara zaman sekarang tumbuk sikit merungut. Suri menambah perisa untuk mengusik mak lagi. Alah mak itu bagilah petua asal orang boleh menumbuk tapi tak pedih mata. Mak ada tak petua itu..?

Mak memandang sambil menggeleng. Suri protes menumbuk lada dengan rasa geram sebagai omokan mak masih berahsia.

Lalu mak suakan butiran garam pada mulut Suri yang becok!

Erk, mak masinlah..

Ayah di anjung mengkait jala hok ketawankan aku..

Kata mak kalau mata pijau ke pedih jangan lalukan mata dengan air paip atau kain tapi telan secubit garam. Insyallah, rasa pedih pada mata akan berkurangan.

Share

Petua Menjernihkan Minyak Masak

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Sebenarnya ada banyak cara dan petua untuk menjernihkan minyak masak di rumah. Namun begitu terpulanglah pada anda sebagai penggunanya. Ada juga pendapat mengatakan minyak masak baik diguna pakai selama beberpa kali sahaja. Sebab diyakini jika menggunakan minyak masak beberapa kali di khuatiri akan memberi kesan pada kesihatan tubuh badan.

Walaubagaimanapun anda di sarankan mengguankan minyak masak tidak lebih atau kurang dari tiga kali sahaja. Insyallah masakan anda lebih terjamin dan khasiat masakan yang di masak pasti dapat menampung rasa makanan diingini.

Setakat ini Suri cuma guna petua ini sahaja. Nak tahu apa petua Suri jom kita semak rahsia di bawah:-

Bahan-bahan:-

  1. Garam halus

Cara-caranya:-

  1. Setelah menggoreng minyak masak apa kata taburkan secubit garam halus di atas minyak tersebut.
  2. Minyak yang keruh akan jernih disebabkan serapan garam yang masuk dalam minyak lepas masak.

Ayam goreng berempah >____<

Bahan-bahannya:-

  1. Kerak nasi

Cara-caranya:-

Gorengkan keras nasi di dalam minyak untuk beberapa minit.

Kemudian padamkan api dan angkat saki-bali kerak nasi keluarkan dari minyak tersebut. Insyallah minyak akan menjadi jernih semula.

Share

Petua Menghilangkan Hanyir Ikan Sungai

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Sudah alang-alang bercerita tentang bab ikan apa kata kawan-kawan semua mengikuti salah satu petua dari Suri cara-cara untuk menghilangkan hanyir ikan sungai.

Bahan-bahan:-

  • Air cucian beras.

Uh memang mengancam!

Cara-caranya:-

  1. Ikan sungai yang telah di siang tadi di rendam bersama air cucian beras selama sepuluh ke lima belas minit.
  2. Kemudian bilaslah ikan tersebut dengan air biasa, barulah ia boleh dimasak.

p/s: Sebenarnya banyak lagi petua kalu kita bijak google heee..ada tambahan petua lagi yuk kongsikan di sini. Gambar ikan di atas itu adalah salah satu ikan kegemaran Suri.

krdt pic:http://usmgreenlung.blogspot.com

Share

Petua Melembutkan Jemput-Jemput

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Cak!!

Selamat pagi semua. Maaf sebab semalam Suri tidak dapat melanjutkan percutian di terak kalian selama beberapa minit. Ini kerana dek tuntutan kerja untuk menaip semula fail-fail yang telah hilang pada minggu lepas huhu.

Baiklah hari ini Suri cuma mengambil masa beberapa minit sahaja untuk update blog seperti biasa. Kalian suka tak makan jemput-jemput? atau bahasa kampung cekodok atau bahasa goreng dipanggil cucur heee..

Suri menyukainya jika di campur bersama udang geragau alah udang yang kecil-kecil tu peh kalu di gaul mesra bersama dengan 1 sudu cili bland memang terasa kepedasannya.

Erk, hakikatnya tidak kira kawan-kawan letak bahan apa sekalipun pada cucur jemput-jemput yang pasti jangan sesekali dibiarkan isi didalamnya kosong memang tak sedap langsung. Isi bawang yang racik halus-halus pun sedap gak ;) . Nak lebih kaw letak cili api potong kecil-kecil.

Bagaimana petua Suri dalam melembutkan jemput-jemput ya? Mudah sahaja bahan – bahannya ialah:-

-secamca teh air perahan limau

Cara-caranya:-

Semasa kita membancuh adunan apa kata masukkan secamca teh air perahan limau nipis ke dalam masakan.

Tujuan:-

  1. Untuk melembutkan jemput-jemput selepas ia di masak.
  2. Memastikan jemput-jemput lembut walaupun di simpan dalam sehari.

Share

Pengganti Serbuk Pencuci

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Pagi yang indah di sinar terang aku dan dirimu urm alah Suri lupalah liril lagu yang seterusnya. apa pasal pulak tiba-tiba stok pencuci pinggang mangkuk sudah habis. Inilah gara-gara tidak membeli lebih dari satu untuk masa akan datang. Nah sekarang mahu ganti dengan apa deh?

“Pernahkan kejadian tersebut berlaku dalam kamus hidup anda? heee.. rasanya wanita sahaja yang alami bab-bab begini kan..kan..kan..”

“Jika tetamu datang pasti bertingkat-tingkat pinggan mangkuk ibarat pokok mahu tumbuh meninggi lagi. “

“Bayangkan pula tika hari sudah menginjak ke malam. Mana mahu badan yang sedia letih setelah melayan tetamu berkunjung kerumah, kaki yang longlai ingin ke kedai Tam semata-mata untuk membeli satu barang. Uh, sudah pasti gua banyak rugi loh sebab minyak kereta harus difikirkan semakin surut adalah lagi isyah..isyah. kedekot!.

Erm ada baiknya besok sahaja kita pergi. Usai pulang dari pejabat sudah tentu kita boleh singgah ke kedai tu nanti. Banyaklah kau punya cekdak katakan sahaja diri tu pemalas sudahlah huhu..”  :( sampai hati.

Andai Suri di tempat kawan-kawan sudah pasti Suri pun turut berfikiran sebegitu. Cuba kawan-kawan masuk ceruk dapur semula dan search tepung gandum! ingat tepung gandum bukan biji oat ye. Kemungkinan bahan tersebut boleh kita guna pakai untuk menyelesaikan masalah diatas. :)

Bahan-bahanya:-

  1. Tepung gandum
  2. Air paip

 

Cara-caranya:-

  1. Masukkan satu cawan tepung gandum kedalam bekas yang bakal kita cuci pinggang mangkuk.
  2. Alirkan air tersebut pada tepung. Ibarat kita ingin buat cekodok or cucur udang a.k.a kuih jemput-jemput.
  3. Apabila sudah sebati tambahkan air sedikit demi sedikit pastikan air tidak lebih dari tepung tersebut kerana  ejen tepung gandum tersebut sebenarnya mampu untuk menanggalkan kotoran pinggang mangkuk.

 

Pss..Sekiranya sahabat tidak selesa menggunakan pencuci tepung gandum, sudah tentu boleh sahaja kita mencuci kemudian dengan pencuci khas pinggang mangkuk. Tiada masalah sebenarnya pun. Sebab petua ini hanya alternatif dalam waktu-waktu yang terdesak sahaja.

Selamat mencuba ya ;)


Share

Cara Menyegarkan Tauge

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..

Di rumah boleh dikatakan setiap minggu Suri akan menggoreng kueh tiew, bihun goreng ataupun menggoreng mi kuning. Hurm biasalah antara bahan-bahan asas untuk menyedapkan menu tersebut salah satunya adalah dengan meletakkan tauge.

Baiklah disini Suri akan ajarkan bagaimana caranya untuk mengekalkan kesegaran tauge tersebut.

3066963545_df4ae0c115Sumber:http://www.flickr.com/photos/30344835@N03/3066963545/

Bahan-bahan tersebut adalah:-

  1. Air paip diperlukan-ikut sukatan banyak mana tauge anda
  2. Limau nipis

Cara-caranya:

  1. Rebuskan air tersebut sehingga menggelegak dan kemudian sejukkan ia.
  2. Setelah itu rendamkan tauge tersebut kedalam air rebusan yang telah sejuk tadi.
  3. Selepas itu perahkan sedikit limau didalam bekas rendaman dan simpankan ia didalam peti sejuk seperti biasa.
Share

Petua Menyegarkan Daging

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Selalunya makanan mentah seperti daging akan di simpan didalam peti ais pada satu tempoh yang agak lama. Biasanya apabila kita memerlukan bahan mentah tersebut maka kita akan segera mengeluarkannya dari peti ais.

Namun perasankah kita selama kita menyimpan daging tersebut kedalam peti ais rasa dan keenakan daging yang bakal di masak sebenarnya agak kurang menyegat.

Baiklah bagaimana cara-cara untuk mengekalkan keenakan daging tersebut agar tetap segar walaupun ia telah lama disimpan dalam peti ais. Ayuh ikuti petua Suri seperti di bawah:-

beefSumber: http://www.ironhorsepa.com

Bahan-bahanya:-

  1. Halia sebesar ibu jari

Cara-caranya:-

  1. Halia sebesar ibu jari di tumbuk dengan lesung batu.
  2. Taburkan halia yang di tumbuk tadi di kirai atas daging yang ingin disimpan dalam peti ais. Simpanlah daging mentah anda seperti biasa :)

Nota Petua: Petua ini hanya sesuai untuk daging sahaja.

Share