Scapulocostal Syndrome

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Wah sudah hampir seminggu Suri sakit urat belikat. Kata orang sakit tulang urat belikat ataupun akan rasa sengal-sengal di bahu atau di belakang badan kita itu dikira seperti urat itu terbenam maka kita kena minat orang yang pandai bab urut ini tarik urat tu semula dan kembali pada keadaan asalnya.

Hurm..Serius masa anak dara selalu juga terkena tapi waktu itu ayahlah yang selalu tarik urat belikat tu. Lagi lama sakit lagi payah nak teraik itu urat ho..Perit pedih bagai. Suri siap jerit-jerit menahan sakit. Sukar ingin di bayangkan ada sekali tu sampai menitik air mata gua.

Ayah kalau bab urut dan mengcengkam tarik urat belikat memang best. Masa itu semua tangan kita akan melujur kehadapan, kaki pun turut sama melujur ke depan. Kemudian tangan di luruskan sisi kiri kanan..barulah ayah mencari urat yang tenggelam tu. Sakitlah juga pakai minyak pun tak lut apa lagi pakai kain heee. Lama sikit barulah okey. Tidur pun rasa nyam selalu :mrgreen: . Terima kasih ayah..

Tapi hari ini agak sukar ingin mencari penawar untuk sembuhkan urat belikat ini. Sebab Suri sudah duduk Ipoh, bukan lagi duduk di Melaka uhuk..uhuk..:???:

Dalam bercerita masalah yang kadang-kadang Suri hadapi ini sempat juga Suri bertanya cik google dan beberapa laman kesihatan dan forum. Ayuh kawan mari jejak baca apa yang Suri jumpa.

Petikan dari forum:

Fastrackeng posted at 9-8-2009 07:21

salam
hang urut di bahagian luar tulang kering aka Shin bone..
urut kaki kanan dan kiri sampai sakit tu hilang..

Di mana bahagian luar tulang kering itu atau lebih di kenali bahasa saintifiknya Shin bone. Lihat gambar di bawah

Gambaran lebih jelas shin bone ataupun tibia

Gambarajah di bawah adalah Petikan dari laman web http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1360859211000702. Cara-cara menarik urat belikat yang terbenam.

 Figure 1. The massage points included in this study are located along four lines on each side of the body.

Figure 2. Specific stretching techniques of traditional Thai massage for patients with scapulocostal syndrome. A: Stretching technique 1, B: Stretching technique 2.

Figure 3. Specific stretching techniques of traditional Thai massage for patients with scapulocostal syndrome (Stretching technique 3).

Kaedah lain seperti berbekam juga di galakkan selain mengambil ubat tahan sakit, suntikan ataupun menjalani pembedahan jika keadaan bertambah teruk. Pilihlah mengikut yang mana kesesuaian anda yang pasti tanpa sebarang usaha dan mengharap sembuh tiba-tiba mungkin ia tidak akan pulih.

Saranan Suri carilah penawar sedaya yang boleh cuba jauhilah dari makan ubat-ubatan dan suntikan dahulu sebab rasanya penawar yang begini makan pada tubuh nanti :oKesimpulannya balik ini Suri mesti cuba kaedah di atas huhu..Jika berlarutan bahaya juga pada kesihatan nanti.  Paling cun pun balik kampung mintak ayah urutkan.:cry:

Scapulocostal Syndrome- Sakit Urat Belikat

 

Update: Alhamdulillah, sudah mencuba mengurut bahagian shin bone ataupun tibia rasanya keadaan bertambah ansur sedikit. Balik boleh buat berkali-kali sampai rasa sakit pada bahagian shine bone dan urat belikat itu hilang.

Share

Seminggu Boleh Bertahan

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Hai ! selamat hujung minggu semua. Hari sabtu yang agak membosankan. Ingin menonton televisyen anak sudah takluki dari pagi sehingga sekarang. Akhirnya terpaksalah jua daku mengadap skrin laptop ini lagi. Masih mencari idea yang terbaik untuk backup entri bakal datang tapi masih tidak kunjung tiba huhu.

yeh! baru dapat bunga beberapa hari.. kata Suri dalam nada agak malu-malu semasa dalam kereta pengasuh.

Pengasuh anak: Sejambak bunga lagi?

Suri: Tidak

Pengasuh anak: Ker bunga mati?

Suri: Pun tidak.

Pengasuh anak: Bunga apa pula tu?

Suri: Ada jugalah batang,  daun, duri cumanya kudup bunganya sahaja yang belum kembang lagi..

Pengasuh anak: Loh, ingatkan sejambak bunga tadi.. ?*&$#@ =]

Suri: Kenapa ada petua juga ker Kak Nor?

Katanya kalau dapat bunga sejambak tu sayang juga di biar di genangi air lama-lama tanpa di letakkan pengerasnya. Suri yang diam mati akal. Penggerasnya..? Hampir dua ke tiga kali juga Suri ulang penggerasnya apa ya.

Bahan-bahanya:-

  1. Bekas tempat isi bunga.
  2. Air secukupnya.
  3. Sebiji penadol.

Cara-caranya:-

  1. Seperti biasa masukkan bunga ke dalam bekas isi bunga.
  2. Isikan air di dalamnya.
  3. letakkan penadol dalam bekas yang berisi bunga tadi. Tujuannya supaya jambangan bunga yang kita dapat tu akan bertahan lebih lama. Jangka hayat dalam seminggu lebih.

pstt.. bukan setakat manusia sahaja yang boleh telan penadol bunga pun mau juga maaa..:mrgreen:

Selamat mencuba.

Share

Kelopak Garam

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Ayong bangun mandi pergi sekolah! teriak Suri dari dapo. Tengok dia tak bangkit lagi. Hakikatnya usia tidak sampai cucur atap mahu bikin sekolah lagi haaa. memang lawak sungguh di pagi hari.

Biasa gunakan perkataan sekolah sebab saban waktu bila kereta yang di pandu akan membelah jalan pasti akan ada tepi jalan sekolah.

Maka dia sering membecokkan mulut ibu nak sekolah. Pastu dia meminta izin pada ayahnya pula..

Ayah nak sekolah boleh tak?

Korang rasa apa jawapan ………………………………………………… yang bakal Suri bagi…? ataupun jawapan rasa best untuk di beri pada anak-anak makin cerdik.:grin:

Suri masuk dalam bilik melihat anak tidak sedikit pun berkutik. eII.. pagi-pagi mendukung dia ke bilik air saban pagi tanpa jemu. Dia hok mengkelek sekali bantal busuknya belakang bahu Suri. Selesai kerja sepatutnya barulah Suri perasan ada tanda merah di muka dia seperti kelopak. Suri fikir mungkin itu hanyalah ruam (allergic). Sebelum ini hari ahad perkara yang sama pernah berlaku. Kami mengambil vicks lalu di sapukan atas muka. Tahan pedihlah sikit ya nak.

Di kenali sebagai gegata.

Setibanya dirumah pengasuh mereka kata kelopak garam. Suri pula pertama kali mendegarnya. Seingat Suri masa sekolah dulu ada dengar-dengar kawan cakap kencing langsuir eii biar benar, pastu cuba hok google kata air ludah hantu. Hooo lagilah parah bunyinya.

Subahanallah lupakanlah seketika ayat-ayat itu sebab katakan pada hati mungkin anak terkena gigitan serangga, sebab sejuk atau sebagainya. Ingin menyedapkan hati sahaja. Apa-apa pun itu semua hanya Tuhan yang Maha Mengetahui. Selebihnya kita berusaha mencari penawar dan berdoa.

Kakak..macam mana nak hilangkan ruam ini kata Suri. Itupun pengasuh dia cakap basi-basi. Terus sampai pejabat Suri menelefon pengasuh anak.  So Suri dapatlah petua ini darinya.

Bahan-bahan yang di perlukan:-

  1. Air setengah cawan-bergantung banyak mana ruam itu terhasil
  2. Garam

Cara-caranya:-

  • Garam satu sudu di campur bersama garam. Kemudian di pupuk pada bahagian katakan ruam tu tadi. Kalau satu badan ruam, merah-merah maka baguskah satu badan di mandikan air tu hee..Kepala tak perlulah di basahkan sekali huhu..

..Ada pula gunakan bedak sejuk Suri tidak pasti boleh ke tidak hee..Sebahagian pergi berjumpa dengan doktor pakar kulit sekiranya teruk.

 Korang pernah tak alami genjala seperti ini?

 

 

Share

Baru Ada Umph!

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Loh hari ini Suri lambat masuk ke pejabat. Seperti biasa masalah penganggkutan awam membuat hal sesuka hati mahu masuk atau tidak ia sudah membuatkan hati Suri dan penumpang yang lain menjadi lali walau dalam hati masing-masing panas ibarat bom jangka menunggu masa diletupkan.

Anak bukan letak dibelakang tempatnya duduk. Tapi di depan Suri.

Penat sahaja Suri kayuh basikal laju-laju seawal jam 6.15 pagi. Ingat akan dapat bas seawal jam 7.00 pagi huhu. Akhirnya penantian berakhir jam 8.15 pagi dah. Kira nasib baiklah juga jika tidak langsung bas tak masuk dalam pun ada gak..

Cop..cop.. Pas kayuh basikal kalau pekena air teh tarik tinggi baru ada umph! Jika minum air milo menjadi pilihan hati aisyeh tak boleh minumlah saat begini silap perhitungan teman akan tertidor dalam bas hik..hik.. akibat kepenatan mengayuh basikal dalam sukan SEA

Suri terpaksa membiasakan diri bila ingin memesan air minuman di gerai makan. Biasanya kami apa memilih air minuman panas berbanding minuman sejuk. Mengapa? Sebab anak kalu dapat ais si ketul-ketul empat segi sama tu, pasti dia akan bedal minuman tersebut sampai kering. Makannya pula sikit bangat! Eiiiii…karang..

Sumber: http://eekangooi.com

Petua bagaimana membancuh air teh tarik berombak-ombak rindu supaya menjadi sedap:-

  • Membancuh air teh seperti biasa.
  • Kemudian tambahkan lebih kurang satu sudu teh sebuk milo ke dalam minuman tersebut.
  • Akhiri tarikan teh tarik tersebut dengan beberapa kali tarik sekiranya ingin membuat buih-buih ala-ala ombak rindu.

 

P/s: Hati-hati jangan sampai air teh tariknya tidak menjadi sudahlah heee..

Krdt:http://www.petuatradisional.com

Share

Mari Geleng Kiri Dan Kanan, Jemurnya Jangan Lupa

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Yahoo.com! “hari ini hari sabtu! Aku mahu buat pusingnya seperti hula hop! Deh, aku cam belut baru di lepaskan tuannya aja kerana tuan kasihankan aku sebab aku ini cekeding makanya aku lepas ibarat burung terbangnya bebas :)

Eh, baik sungguh hati manusia ini bisa lepaskan aku sih hee..”

Loh, apasal cerita pasal belut? hii tiada kait- mengait langsung dengan tajuk entri di atas haaaa. Apalah Suri ini penat jer aku baca huhu..

Suri tengah seronok membalas komen sementara tangan lincah menekan butang keyboard Suri di sapa oleh seorang tamu musin..musin sambil anak membuat lenggok tanggan dalam cerita hantu mak limah. Deh dia memang minat cerita tulah. hurmm..

“Tengok ini leher dan bahu saya sakit..”

“Mau tidurnya ngak enak..tidurnya puas aku musing kiri, musing kanan teros aku jaga sampai pagi..”

Ya, ngak nyaman sih..katanya.

Suri diam sambil memikirkan.. Kok kamu tidur salah bantal yah? haaaa..geli pulak tangan menaip butang-butang keyboard laptop dengan girang di hati.

Dulu-dulukan bila bahu dan leher sakit kita sering mengeluh sesal bila tidurnya tidak puas. Ini Semua gara-gara:-

  • Tidur lebih dari satu bantal di kepala. Orang tidur satu bantal yang dia tidur sampai dua bijik bantal. Rasanya bantal tu nipis dan tidak empuk kot heeee.
  • Ataupun tidurnya asyik sebelah badan sahaja (mengiring sebelah). Sudah enak tidur belah kanan maka sebelah kanan sahajalah kita tidur. Mengapa kita tidak tidur sekejap landing time belah kira sekejap belah kanan? Bukan ke bahagikan sama bahagian tu bagus hee.. Erk bukan bermadu ye en abang hii.. Ini mu tidur lagu tu juga sebab tu tangan terkadang hang, bahu sakit-sakit, leher rasa sengal-sengal huhu..
  • Ataupun tidur pada bantal yang isinya didalamnya kekabunya tebal. Memanglah sakit bahu namanya. Begini, bila bantal tidak sama level dengan bahu, tenguk dan kepala maka ia membuatkan postur badan kita rasa tidak selesa dan akan berasa sakit.
  • Kata mak Suri bantal di atas kepala letaknya di atas kepala bukan di kaki untuk di kepit! Membawa maksud nanti sakit kepala bila tidur pakai bantal itu.Selalu kena marah bila tidur rumah nenek. Siapa berani buat begini nahaslah batang penyapu dia humbankan cucu-cucu dia termasuk Suri hii..
  • Kurang mengamalkan senaman.
  • Terlalu lama duduk menegak apabila mengadap komputer dalam tempoh masa yang agak lama tanpa melakukan senaman  ringan-ringan.
  • Cuba elakkan tidur pada tilam yang lembut atau terlalu nipis. Badan mudah rasa sakit atau sengal-sengal badan.
  • Waktu siang tidak boleh main peluk bantal nanti miang! Tu yang bila bantal di buat sepak terajang masa main dalam bilik terus malamnya tak boleh tidur. Malam-malam mengadu sakit bahu huhu..

Cara-cara menangani masalah tersebut.

  • Ambil bantal-bantal tersebut dan jemur bawah terik mata hari kasi hilang debu atau kuman sekiranya bantal itu di buat main campak-campak masa dalam bilik hii..
  • Bantal yang telah di jemur di tepuk beberapa kali kemudian berselawat sambil membelasah bantal tersebut pada bahu si pesakit yang tidak boleh tidur.
  • Lakukan geleng kepala kiri dan juga kanan beberapa kali.
  • Tidak sembuh juga dapatkan rawatan yoko-yoko made in Jepun.
  • Tukang urut yang bertauliah untuk betulkan sistem urat anda.

Deh..suri mau masok tdolah

 

Share

Cara Menghalau Binatang Berbisa Dari Kediaman

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Haaa time ini pulak teringat akan persoalan rakan bloger dari Akubiomed dan juga kakak Nora berkenaan dengan permasalahan lipan di kediaman mereka. Lipan bersaiz kecil bolehlah di angkat dengan jari, di kaut dengan pengaut sampah. Datangnya lipan sebesar ibu jari mau tak haru seisi rumah dibuatnya.

Mak!!!!!!!!! Lipan..

Hari ini Suri akan mencuba study sikit bab lipan dan cara untuk mengusir binatang berbisa dari masuk dalam rumah. Andai ada yang ingin menambah atau memberikan tips persilakan langkah jari anda ke ruangan komen amat di alu-alukan.

Lipan ialah artropod yang tergolong dalam kelas Chilopoda dalam subfilum Myriapoda. Lipan adalah haiwan yang mempunyai panjang dengan sepasang kaki untuk setiap segmen badan. Lipan boleh mempunyai bilangan kaki dari bawah 20 hingga melebihi 300. Lipan mempunyai bilangan pasang kaki yang ganjil, contohnya 15 atau 17 pasang kaki (30 atau 34 kaki) tapi bukan 16 pasang kaki (32 kaki).Lipan biasanya ialah karnivor.

Dianggarkan terdapat 8,000 spesies lipan di seluruh dunia dan 3,000 telah dikenalpasti.

Lokasi panas lipan.

  • Lepas hujan lipan akan mudah merayap satu -satu tempat untuk menyorok celah-celahan sempit.
  • Balik, bawah sekitar mangkuk tandas atau bilik air.
  • Kadangkala ia berpontesi duduk di celah-celah kayu. Perhatikan andai ada pembinaan rumah atau tapak projek di bangunkan pasti ada lipan di celah-celahnya. Tambah pula ada kayu-kayu berlapik memang port yang terbaik tempat lipan duduk.

Bagaimana cara untuk menghalau binatang berbisa seperti lipan, kala jengking, ular dari masuk dalam rumah?

  • Taburkan belerang kuning di sekeliling rumah. Ia bertujuan mengelakkan dan menghindarkan binatang buas atau berbisa masuk dalam rumah. Ada pendapat mengatakan fungsi wap daripada belerang ini berupaya menghalau binatang untuk mendiamai sesuatu tempat lebih lama lagi.
  • Limau perut ambil dari daun, batang atau pokoknya dikatakan ular tidak suka dengan bau yang terhasil dari pokok tersebut.
  • Carilah buluh selalunya orang-orang tua kata binatang bisa takut dengan benda-benda yang panjang dan keras.

Ada pengalaman kena gigitan lipan..?

Share

Bukan Sebarang Tajam

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Jumaat lepas teman on muka buku. Alih-alih kawan sekuliah bicara tentang durian. Urm..dalam hati berkata musim durian telah kembali ker hii.. Jika tidak masakan dia mintak Suri menghuluukan sebijik dua durian buat dia di sana.

Tiba rumah mak mertua Suri mandikan anak kemudian perasankan sesuatu. Malangnya tidak berbau di luar tapi di dalam harum semerbak setanggi hee. Cuba lihat gambar dibawah.

Setelah pasti yang itu bukan sebarang tajam maka sudah semestinya fikiran melayan akan keenakan buah durian tersebut jika di buat bubur durian, tempoyak atau makan begitu sahaja memang licin sehingga menjilat jari. Namun perkara yang buat Suri ingin tahu mengapa ia di simpan di sini. Cuba lihat gambar di bawah:-

Cara parking terbaik buah durian di sudut bilik air, Kuala Kangsar. Ipoh.

Bahan-Bahan:

Air 2 botol bersaiz sederhana besar.

Cara-caranya:-

Letakkan buah durian dalam bilik air. Kemudian sediakan 2 botol air besar di sisi buah durian tersebut.

Lokasi penyimpanan di sudut bilik air.

Kenapa buah durian di simpan satu sudut bilik air?

Ini bertujuan mengelakkan buahnya merekah. Sekiranya buah durian di simpan di bawah sinki, di dalam rumah selain dari bilik air buah durian akan berpotensi merekah dengan cepat. Tambahan cuaca yang panas akan memudahkan proses buah durian merekah sampai tiba pada waktunya.

Ini kes buah durian yang banyak hee.. kalaulah ia di biarkan membusuk rugi juga. Baik simpan di tempat yang sepatutnya.

Share

Petua Merawat Bisa Lipan Atau Lebah

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Kau baling tak kena! Kasi aku baling ar baik punya  loading landing hee.. Aku mula melipat-lipat lengan bajuku. Seakan berlagak pada teman bahawa lemparan aku akan pasti mengena pada sasaran.

Erk. Mangga kalau di biar begitu sahaja memang meleleh air liur bawak ke anak tekak. Baik peluang yang sedia ada kami pergunakan sebaik mungkin haaa. Sedia kawan-kawan semua.. Korang yang baca entri ini pun siap sedia ya.

1..2..3.. Zuuup..!

Woi ko sesah apa Mie? Erk, aku cabot lari tanpa berlegah lagi bila member cakap aku sesah gondolan sarang lebah haaa.. Mujur tepian sawah ada lopak bendang yang basah aku teros gejeboh dasarnya..

Di serang lebah atau terkena bisa lipan memang menyakitkan. Kalau tidak percaya tanyalah pada insan yang pernah terkena panahan tu. Mesti jawapan yang di beri sakit. Mustahil tak sakit. Sure kenangan itu tidak akan dilupakan heee..

Bagaimana cara untuk merawatnya?

Bahan-bahan:-

  1. Biji asam jawa.

Cara-caranya:-

  1. Pastikan bijinya di bersihkan jika ada sedikit sisa asam jawa yang terlekat tidak mengapa.
  2. Tumbuk biji asam jawa tersebut sehingga halus, kemudian pupukkan ia pada bahagian yang terkena sengat.

..Insyallah dalam beberapa saat, rasa sakit itu akan mula surut.

 

Share

How To Peel Almond

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Keadaan Suri kurang baik hari ini. So tak larat nak tulis entri panjang-berjela cam kain ela siap langsirnya tak tahu bila lagi. Barangkali tunggu sihat barulah boleh disambung menjahit kembali hee.. Apa merepek macam kerepek pisanglah hakikatnya diri kempunan nak makan goreng pisang tapi kedai kat hujung nun dah tutup awal ar ..

Gambar oleh: Christine Benlafquih

Cara-caranya:-

  1. Air didihkan  di dalam mangkuk berisi badam.
  2. Biarkan seketika badak berendam badam tersebut berendam selama 3 ke 4 minit
  3. Selepas itu angkat badam dan gosokkan kulit badan dengan jari telunjuk dan ibu jari.
  4. Kulitnya akan tertanggal segera

 

Melalui youtube cara pengarang buku masakan india mengupas kulit badam:-

Selamat mencuba =)

Share

Penawar Selsema

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Hari ini keadaan Suri kurang sihat makanya mood ingin berblog kurang rancak huhu..Asal cam sipot sedut malu nak masuk rumah sendiri..

Ikutkan ini entri semalam hari khamis heee.. tak done nak publish sebab kejar bas semalam takut tertinggal heeee.

Berbicara pada selsama uh memang amat di benci oleh semua orang hatta pada bayi pun jika kita melihat hidung sentiasa meleleh pun sudah merimaskan kita apatah lagi kita sendiri yang melaluinya huhu..
Berikut Suri kongsikan beberapa petua untuk dikongsi pada semua. Harap kalian semua dapat manfaat dari entri ini :-
Mengikut kata-kata orang dahulu jangan mandi pagi kerana di fikirkan air tersebut pasti sejuk. Namun begitu sekiranya ingin mandi anda dinasihatkan agar mandi didahulukan pada bahagian kaki dahulu. Jangan mandi di mulai dengan kepala sebab ia akan melambatkan penyembuhan selsama anda kelak. Paling bagus mandila air suam-suam kuku. Sebab haba boleh menurunkan suhu panas dalam badan kita.
Selalunya kanak-kanak atau bayi orang-orang tua dahulu akan menggunakan kunyit hidup diasah belakang pasu kemudian selawat sambil di sapukan pada hidung bayi.
Basuh kulit kayu manis dan kunyahkan ia sedikit. Ia membantu mengurangkan dan mengeringkan lelehan hingus, melancarkan peraliran darah dan sekaligus dapat membantu proses penyembuhan.
Sediakan susu panas dan kemudian campurkan sedikit sebuk kayu manis kedalam minuman tersebut dan minum semasa air tersebut bersuhu panas. Ia membantu menghangatkan badan segera.
Batang sirih di ambil dan di tumbuk atau di hancurkan sehingga ia mengeluarkan lendir. Kemudian sapukan lendir tersebut atas hidung yang selsema. Cara ini memudahkan anda bernafas secara normal. Insyallah hidung anda tidak akan tersumbat jika dilakukan setipa sehari sekali.
Beli buah-buahan oren dan jadikan ia sebagai jus buah-buahan tapi JANGAN di campur dengan ais. Amnya buah oren kaya dengan vitamin C.
Jangan lupa pada entri yang lepas ada juga petua ini limau campur madu :)
Rawatan paling cepat jumpa doktor minat ubat. Cuma tahan mengantuk ke tidaklah hee..

Share