Kamuolys

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Suda lama tidak bermain dengan kata-kata. Apa yang anda dapat lihat seperti gambar di bawah? Sila gambarkan ia..

Tidak lebih dari lima patah perkataan..

Share

Blogger Yang Paling Banyak Bercakap_02/2012

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Hari yang di lalui akan terasa sunyi jika tiada pengunjung yang meninggalkan tapak jejak di sini. Manakala entri yang cuba di hasilkan sebaik boleh untuk di baca mengharapkan akan ada beberapa ulasan, pandangan atau cadangan mana-mana pihak.

Ia tidak terhad pada seorang yang bergelar blogger untuk meninggalkan jejak komen, pembaca setia atau memerhati tapi terkadang hati di bias kata cukupalh jika ada yang mencedok ilmu dan pengajaran di sini ia sudah amat membahagiakanku..

Tidak mengira siapa dan latarbelakang kalian kedatangan anda amat Suri hargai sangat-sangat. Terima kasih tidak terhingga pada sepuluh blogger paling banyak bercakap! Empat terlebih cakap akan Suri kenang jasa anda dengan menggantunggan menggantungkan bendera blog masing-masing di ruang si debar.

Top Komen Cahayacinta.com

Bagi yang tidak tersenarai anda semua memang best dalam bab-bab komen sampaikan satu detik Suri pun mati akal dalam membalasnya.

Terima kasih sekali lagi
kalau boleh kasi komen lebamlah lagi :mrgreen:

P- Pangkat darjah kebesaran bloger cahayacinta.com heeee

Share

Aku Tanpa C M

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Kepenatan berjoging petang semalam ke Taman Botani, Ipoh masih membuatkan dua belah anak kaki keletihan. Di tambah pula awal-awal pagi tadi Suri telah keluar rumah untuk menghantar anak ke rumah pengasuh dan kemudian meleju terus ke tempat kerja.

Akibat dari keterlupaan itu Suri telah tertukar beg plastik dugro anak yang berisi 2 helai baju main dan baju tidur. Manakala beg plastik Upin dan Ipin Suri berisi cermin mata, payung lipat dan bekalan untuk di makan tengahari nanti. Adus.. mujur botol susu dia Suri tak bawa ke pejabat sekali kuang, kuang..kuang..

Sekadar gambar hiasan_Google

Silap detik akan bos teriak di ceruk dapur pejabat mesti dia akan cakap aik dalam pejabat ini ada baby. ke.? Ate kalau terbawa memang pernah berkali-kali bawak botol anak pastu cuci dan sidai menapak kat tepi singki pejabat HAA!!

Cop..cop!! berbalik pada cerita asal. Bila keadaan agak tegang Suri mula mencari idea entri untuk blog. Bagaimana cemin mata di hasilkan. Ekoran dari naluri yang ingin tahu maka Suri akan lampirkan youtube di bawah.

Cara bingkai cermin mata di hasilkan:

Cara cermin mata (kanta) di hasilkan:

Pstt!! tidak sabar menunggu cermin mata baru untuk di pakai pada minggu ini. Last tempah 2010 heee sekarang.. Doakan Suri harini selamat balik ke rumah dengan selamat yer pasal pa harni balik naik 2 bijik bas hua….. :cry:

Korang ada cermin mata? orang kata pakai cermin mata nampak cam cerdik haaa tapi dalam hati mengulum ketawa yeker amukan jer tuh..bila dah kena pakai hamik ko. memang terasa seksa..nak sangat pakai.. klu tak meraban ar jawabnya.

Share

Jawatan Kosong 2012

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Jangan katakan sahabat Benjy sahaja yang menyiarkan jawatan kosong, atau selayaknya SPA yang perlu. Suri pun turut sama untuk menyempitkan diri balik lorong-lorong kerja.

Kerja yang ingin ditawarkan bukan untuk blog ini tapi untuk sebuah syarikat menjahit pakaian. Eh apalah.. Ini memang entri serius apa sebelum ini ada main-main pondok ker huhu..

Berikut adalah jawatan kosong yang perlu di isi segera:-

Nama Syarikat: Srikandi Laundry

Alamat: Bukit Subang

Np. Telefon : 0126346881 (Pn Suhana)

Email : syahredzuan@ymail.com

Pekerjaan :2 orang tukang jahit sepenuh masa

KELAYAKAN : Boleh menjahit pelbagai jenis baju (baju kurung tradisional, baju kurung moden, baju melayu dan lain-lain.

GAJI : Rm1000 untuk 3 bulan Pertama. Akan dinaiknan pada bulan seterusnya berdasaarkn Prestasi.

HARI BEKERJA : 6 hari seminggu, 9.00 pagi hingga  6 petang.

Hanya pencari kerja yang SERIUS ingin berkerja sahaja.

Share

Prihatinkah Kita Sebagai Pekerja

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Glup…sambil menelan air liur entri yang di taip pagi tadi hilang begitu sahaja. So terpaksa ingatkan kembali apa yang cuba di bebelkan padi tadi. Agak-agak lebih dari 5 perenggang aku nulis.. Gara-gara masalah hosting punya angkara..

Hai..

Pagi-pagi sakit perut uh..memang rasa tak selesa di buatnya. Kalu bisa di buangnya sebelum mandi bagus juga hii.. Fuh.. lega si perut bila semua kerja selesai ..Apalah dalam blog semua mahu cerita heee uhuh..ate memang itu kenyataannya..

Menyingkap satu permasalah bila terjadi sesuatu perkara yang berlaku di pejabat pekerja buat tidak tahu sahaja. Di tambah pula dengan majikan yang selalu sibuk campur jarang melekat di bangku empuk pejabat heee.. Adakah anda-anda semua goyang kaki sambil buat tidak tahu langsung apa yang terjadi walau anda salah seorang pekerja di situ.

Adakah anda seorang pekerja yang prihatin akan hal tersebut:- Contoh-contoh sebutan kes simpel seperti di bawah:-

Kes pertama cecair pencuci tangan di pejabat telah habis. Biasanya majikan anda akan membelikannya untuk kegunaan pekerja-pekerjanya. Atau ada peruntukan wang khas arah itu, tapi peruntukan tersebut agak sedikit. Apa kata anda membelinya mengikut kemampuan kewangan anda sendiri tanpa mengarapkan bantuan dari bos membelinya. Selepas cecair pencuci tangan telah habis rakan lain pula membelinya. Tapi agak-agaklah jangalah membeli cecair pencuci tangan yang mahal hee..Perkara yang bagus di amalkan kebersihan yang dijaga satu amalan sihat.

Sesetengah pejabat majikan akan mengarahkan perkerjanya mengemas tempat duduk masing-masing seperti mengelap meja sendri, membersihkan habuk sekitar tempat duduk, peralatan mesin fotostat, printer, komputer dan sebagainya. Saat ini sudah tentu anda memerlukan kain yang bersih untuk digunakan bagi membersihkan peralatan tersebut. Kain buruk yang sudah bertahun di guna pakai perlu di ganti yang baharu. Apa kata sebagai pekerja yang prihatin tanpa mengharapkan apa-apa balasan anda membeli kain baru untuk tujuan tersebut.

Bagi sesetengah pejabat pasti akan ada satu sudut dapur belakang pejabat. Biasanya khidmat percuma ini disediakan oleh majikan. Tapi bila selalu di gunakan pasti suatu masa ia akan rosak. Contoh alat pemanas minuman elektrik. Bila tidak boleh digunakan apalah salahnya membawa alat pemanas minuman elektrik dari rumah untuk kegunaan pejabat. Itu pun sekiranya barang tersebut masih elok di guna lagi ataupun ada sale di pusat membeli -belah belilah satu untuk kegunaan pejabat. Bukan untuk kita sahaja yang ingin guna malah untuk kesenangan rakan-rakan sepejabat lain juga.

Hakikatnya tidak semua pekerja akan sanggup berbuat demikian mengeluarkan wang sendiri untuk kegunaan pejabat lebih-lebih lagi perkara sebegini pekerja secara totalnya akan mohon claim. Atau ada yang buat begini tidak mahu claim sebaliknya inginkan perhatian dari majikan pun ada juga.

Hati yang senang..

Pesan Suri buatlah sesuatu itu dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan balasan dari satu-satu pihak. Sebab selalunya kerja atau tindakan yang ikhlas jika di lakukan tanpa paksaan hati atau desakan Insyallah segala yang kita buat jiwa akan merasa tenang takala yang di kongsi bersama-sama itu memudahkan kerja-kerja orang di sekeliling melakukannya dengan sempurna.

Kesimpulannya dalam sesetengah kes kita juga perlu mohon claim dari majikan sekiranya barang yang kita beli itu berstatus mahal maka memang harus claim. Dan ia pun bergantung pada kepentingan pejabat juga =).

Share

How to Make Lavender Oil

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Alahai lavender di sini demam ar heeee.. cop bukan lavender Suri keh..keh..keh..

eH. Punya sukalah hoo lalaa…sambil menyeka lobang hidung yang kian sesak mujur sahaja tak jem haaaa..

Semalam selesai masak gulai tempoyak terus seharian hari itu Suri dan dia mengemas rumah, menyusun atur bilik anak dan bilik Suri huhu.. Baru dua bilik, dua bilik yang lagi tunggulah minggu depan untuk di ubah suai kedudukannya. Akibat terlalu banyak membuang habuk, di belakang perabot, mengelap apa yang patut membuatkan hidung mancungku ini melampiaskan aroma persin berkali-kali sehingga sekarang argh…

Blog di jeguk sesekali sambil mengemas sambil membaca komen semalam buat hati bergeli sendiri heee..Hurm..ada satu video yang ingin Suri kongsikan pada semua. Ini sebab ramai peminat di luar sana tu menyukai lavender. Jadi apa salahnya Suri lampirkan youtube ini bagaimana cara-cara untuk mendapatkan minyak lavender.

Oklah kawan-kawan Suri nak berehat seketika. Badan pun tidak berapa maya. Insyallah jejak anda akan Suri balas bila keadaan mengizinkan.

Share

Bila Timeline Aktifkan..Latar Pun Mesti Tukar Baharu

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Eh sejak bila seh menukar facebook kepada Timeline. Aje bebenar cepat menukar setelah membaca posting blogger shar katanya selamat tinggal Facebook. Berpinau mata sekejap melihat semua berubah tiga ratus enam puluh darjah!

Uh tak suka malah menyampah! alih2 Suri blh jadi cam kucing kat atas ini

  • Tidak kemas nampak serabut.
  • Sepertinya membaca sekeping note helaian pendek.
  • Tak suka tapi layan gak haaa. ahaks.. iNI namanya suka dalam terpaksa :(

Tiba saat mood berblog kembali menjegah. Ambil masa dua hari diamkan diri. Tiada apa yang menarik cuma kalau ada tarikan magnet mahu gak lekat tubuh di sisi laptop hee.. Ekoran dari masalah gila-gila berhenti blog maka latarbelakang blog ini di magickan oleh Yang Dila a.k.a Adele heeee… Thanks yang..

  • Suka! Menyebabkan entri dalam blog ini semalam bersusun di medan si debak!
  • Ada love kata dia aik cam baru lamun cinta. HeY! bukan macam di lambong ombak rindu ker..?
  • Admin pantai, laut dan ombak memang tidak dapat dipisahkan hee..
  • Pink tak suka tapi sebab ada kelainan sudah jadi blus in pink. Macam mana tu..?

tAk cuN..bila ada “button comment bertindih” dengan muka-muka comel huu. Ada sesiapa boleh membantu ?

Siapa suka angkat tangan dengan perubahan ini. Tak setuju angkat dua jari ‘peace’.

Share

Blogger Yang Paling Banyak Bercakap_01/2012

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Satu…dua..tiga..lari!!!

Pom pam pom..!! hee.. gedik! blah ar hee.. kaki Suri geli tu yang rasa nak tendang orang kalau dapat bola best juga main kat tengah bendang ada lumpur di harung sepak sekali. Berharap kakiku tidak tersadung kaca ataupun barang yang keras hee..

Tahniah pada yang tersenarai 10 kosa kata bahasa melayu.. konsonan bergabung yang banyak-banyak cakap heee..Mari kita lihat antara yang tercalon Januari setakat ini..

Empat yang terlebih cakap maka muka yang ala-ala ayu dan handsome Suri pacakkan kat blog ruang si debar.  Bila terlebih cakap harap akan datang akan ada yang berjaya menandingi mereka selepas ini.

Tahniah pada semua juga sudi tinggalkan jejak disini. Suri amat-amat hargai komen kalian. uRm.. cokelat..eii tuggu klu ada peruntukan lebih pada masa-masa akan datang yer.

Share

Bowlingové Gule

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Hai selamat berkerja pada yang baru masuk berkerja hari ini. Mood Suri still merewang lagi hati menguntum senyum sendiri-sendiri walhal dalam pejabat ini Suri sorang je yang berkerja haaa..

Cerita yang ingin di kongsikan tengahari ini bagaimana bola bowling di hasilkan. Mesti ada di antara rakan-rakan Suri yang pandai bermain bowling. Tapi tahukah kawan-kawan apakah isi didalamnya? bagaimana menghasilkan tone warna-warni yang menarik ?

Bola bowling.

Haa.. tanpa membuang masa ayuh kita tonton youtube seperti di bawah:-

Suri tak pernah main bowling..kena ar minta tolong kawan-kawan ajarkan.. eRk…tapi hati-hati semasa main bowling kalau boleh di nasihatkan JANGAN sesekali memakai cincin. Sebab ada kes jari cedera parah akibat tersekat dalam lubang tarikan cincin tersebut huhuhu..ar..

Share