Blogger Yang Paling Banyak Bercakap_04/2012

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku .kronologi cinta

Kronologi kerajaan cinta bertukar tahta. Yang dahulunya memegang tampuk kerajaan kini telah pun melepaskan pada yang berhak. Sungguhpun  kronologi saling bertukar tempat, bersilih ganti muka-muka baharu namun ia sedetik pun tidak mematahkan semangat admin selaku penakluk besar kerajaan cinta berpatah arah.

Entri malar segar akan cuba di hasilkan. Baik dari segi penyampaian ataupun sudut bahasa akan cuba di perbaiki mana-mana yang dirasakan perlu untuk di perbaharui. Mari kita lihat wajah kesayangan hamba yang sungguh mesra, baik budi bicara alahai santun pula butir katanya ahaks. hok..hok..tersedak gua haa…:mrgreen:

Terlebih pedas berbicara pada bulan April adalah :-

 

 

 

Terima kasih jambangan di beri

Hadiah bermakna dari admi

Kalau boleh datanglah lagi

Mana tahu bulan depan hadiah dimiliki

Pada cik chii minta hubungi saya melalui email/ muka buku ada istimewa sedia menanti :grin:

Tanpa bloger siapalah saya, tanpa pembaca setia saya rasa sedih.. Kasih hamba tidak turutkan, tapi kasih memberi  ilmu hamba hamparkan..

Share

Chondropython Viridis

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Ia dikenali dengan ular sawa biru yang merupakan spesies ular yang jarang di temui daripada spesies Green Tree Python berwarna biru muda, yang merupakan satu fenomena luar biasa dalam dunia reptilia.

“True Blue” Green Tree Python, merupakan spesies yang jarang di temui di seluruh dunia. Ia hanya terdapat beberapa ekor sahaja reptlia jenis ini termasuk dua ekor ditempatkan di Taman Rama-Rama di Ayer Keroh, Melaka. Biasanya ular sawa biru ini akan di temui di kawasan Indonesia – Australia yang merupakan salah satu kawasan daripada haiwan-haiwan yang dilindungi.

“True Blue” Green Tree Python atau nama saintifiknya Chondropython Viridis. Warna asal tubuh badannya berwarna hijau kekuningan bercorak biru. Namun akibat daripada perubahan warna pada struktur genetik yang disebut sebagai mutasi warna yang berlaku secara semulajadi menghasilkan lebih banyak pigmen biru pada kulitnya, menyebabkan reptilia ini bertukar berwarna biru.

Chondropython viridis merupakan ular sawa yang bersaiz kecil. Panjangnya adalah kira-kira satu meter manakala beratnya pula 800 gram. Dari segi ukur lilitannya ialah sebelas sentimeter. Jangka hayat bagi chondropython viridis sekitar dua puluh tahun sahaja. Bagaimanapun, sekiranya penjagaan dapat di jaga dengan baik maka reptilia ini boleh bertahan hidup selama tiga puluh tahun! Awas chondropython viridis biasa bergerak cerdas di waktu malam.

Siapa disini pernah pegang ular secara live ?

Share

Masa Untuk Berehat

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Selamat menyambut hari buruh pada yang berkerja swasta, kerajaan, berkerja sendiri, berkerja kilang dan tidak lupa juga buat suri rumah masih di level berkerja untuk berkhidmat rumah sendiri.

Mutu kerja yang bagus datangnya dari kesihatan yang baik, pemakanan yang menyihatkan serta emosi yang stabil. Semuanya merangkumi aspek-aspek yang penting bagi melahirkan pekerja yang berkualiti.

Labor Day

Selamat menyambut hari buruh. Ada masa yang sedikit ini bagus manfaatknnya untuk keluarga bagi yang sudah berumahtangga. Yang masih single lakukanlah perkara yang berfaedah jangan buat nakal-nakal ya.

Selamat menyambut hari pekerja. Moga maju jaya dalam setiap bidang yang kalian ceburi.

Share

Main Tukar – Tukar Warna

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Sudah lama laman blog ini tidak menunjukkan video youtube pada umum. Pagi isnin ini memang sungguh membosankan. Yuk..menukarkan warna badan si S.. dengan pelbagai warna.

Ak…ah.. bukan bermain watercolor paintings tapi melihat kebesaran Tuhan dengan apa yang ada pada sesumpah. Apa kata kita semua melihat video ini dan ….

 

selepas itu  fikirkan apa yang terbuku di kotak fikiran anda.

 

 

Share

Mejaku Yang Penuh Dengan Persoalan

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Agak lama Suri mengatur langkah untuk mencari mood agar kembali berblog seperti biasa. Barangkali kesibukan sering sahaja menjadi alas untuk di berikan pada kalian.

Maafkanku..

Jap! Bagi saya tarik nafas lama sikit..

Fail pertama, dalam diam ada jua yang menegur terdapat salah satu entri Suri tidak dapat di komen sampai lebam. Entri apakah itu?

lunaticg on said: Edit

Suri…
Apasal post mangkuk tingkat tu closed comment dia?

benjy on said: Edit

Benjy nak komplen niii ! … apahal hari tu tak boleh2 komen a’a … semangat komen tinggi bak gunung everest last2 masuk kat tempat suri tak der ruang nak komen … tak kan terlebih bergetah kot ? :mrgreen:

Haiyeee.. marah ke atau kecewa teman tidak tahu huhu tapi Suri minta maaflah sangat-sangat atas masalah yang berlaku pada posting Mangkuk Tingkat Suri Satu Cerita.. Serius Suri pun tidak perasan langsung. Tapi berterima kasih pada yang menegur jika tidak sampai sekarang entri tersebut berhabuk.. terima kasih sekali lagi ya kawan-kawan..

Kes kedua pula terbentuk dan di ajukan petikan berikut kepada Suri..

dalam injil perjanjian lama,banyak di sebutkan “yesus berkata….”tapi kenapa pada injil perjanjian baru kata “yesus berkatanya” SEDIKIT sedangkan BANYAK di sebutkan “paulus berkata….”

Insyallah akan Suri mencuba menjawab walaupun Suri bukan ustaz apalah lagi bukan juga ustazah. Naik bigung naik haru dengan persoalan sebegini. Insyallah entri yang penuh akan di kemukan minggu depan. Dan rasanya Suri tidak sabar nak kongsikan pada kawan-kawan Suri semua.

ceduk dari google

Kes ketiga,

behnaz
www.beehimama@yahoo.com
37.63.146.223

hi my name is behnaz and leav in paris & love anime & i love you :oops: :*****

Uik. memang bermasalah. Admin blog ini memang suka kartun animie tapi bukan pula tempat nak meluahkan rasa cinta ya huhu.. Kartun animie di letakkan supaya dapat mengawal mata-mata jahat dari terlihat watak manusia yang real heee.. harap maklum. Sering kali memikirkan perlukan aku meletakkan header di blog ini gambar kami sekeluarga?

Fail terakhir barangkali..

or hayati idris
nornatasyaamalin@ymail.com
180.73.148.118

asalamualaikum…
…saye nak tanye care terbaik untuk memecahkan air ketuban,
kaedah:

1)pecah sendiri,
2)menggunakan alat khas di hospital,
3)menggunakan tangan (dokto la)

boleh hurai tak ke tiga tiga kaedah di atas

Bagi pertanyaan air ketuban akan saya cuba ulangkaji dan mencari mana-mana info ya. Harap bersabar. Rasanya saya perlu ambil sedikit masa untuk mencari jawapannya. Terima kasih atas persoalan Puan Hayati amat saya hargai.

Segala yang terisi dalam hati telah pun sedikit mengurang bebanannya.. Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar. Dari meja blog admin amat Suri hargai segala respon dan komen anda semua.

Terima kasih daun keladi

kalau boleh kita jumpa di sini lagi.

Serius dah tak boleh sambung ayat lagi anak dah mula hempuk Suri dengan anak-anak patung teady bearnya entah kebeberapa kali.. huhu..:???: dari di lepuk sampai lebam karang baik den tutup laptop dulu..

Share

Itulah Yang Kami Mampu

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Minggu ini baru berkesempatan nak berikan senarai yang harus atau yang sering di cari teman-teman rapat untuk di beri pada raja sehari. Banyak senarai barang yang boleh di berikan sebagai hadiah.

Apa kata selongkar almari laskar cinta Suri 1001 tingkat erk.. hee.. Setakat ini Suri mampu capai keberapa tingkat sahaja. Nun atas tak larat heee..tang tu nanti turn korang pulak yang sambungkan ya :o

Kipas duduk.

Masih ingat kawan-kawan ceraikan barang tu pastu depa balut hadiah tu kecil-kecil dan bagi pada raja sehari. Depa bukak sekali tengok satu persatu barang skru, soket, wayar haaa..semua wajib di jejak kasih kembali.

Tempat memasak.

Selau juga raja sehari dapat. Suri masa kawin ayah yang bagi heee. Jadinya tidak perlulah pindah rumah nak beli yang baharu jimat sikit.

Penggosok baju.

Selalu juga orang bagi gift untuk mempelai hee..

Botol susu.

Ada juga kami beri masa tu belajar di kolej hee yang kawin masa tu kawan sekuliah kami heee..

Set cawan teh.

Ada juga yang memberi. Tapi kebanyakannya zaman-zaman dulu ada orang beri sekarang ada tapi tak selalu di jumpai. Tapi rata-rata ramai juga yang beri. Ada juga Suri beri hadiah ini pada kakak simpan banyak-banyak di rumah pun tak tahu nak buat apa. Bukan guna semuanya pun heee..

Periuk

Untuk menggoreng sebarang jenis makanan bergoreng. Selalu dapat atau akan di beri satu set sahaja hee..

Taraaa!! Hadiah untuk kawan Suri.

Jam dinding.

Masih ada yang menghadiahkan kawan-kawan akan hadiah ini. Lagilah bagus bagi pada teman-teman yang mudah mugkir masa hee harap selepas berkahwin akan ikut peraturan masa dan disiplin pada janji.

Ayat-ayat suci Al-Quran.

Sama ada jenis tulisan gantung Allah dan Muhammad atau ayat suci Qul.

Bingkai gambar.

Memudahkan pasangan meletakkan gambar perkahwinan mereka nanti. Atau letak gambar masa akad nikah pun boleh juga.

Album gambar.

Bisa memuatkan gambar kenang-kenangan sepanjang majlis berlangsung.

 Set cadar.

Idea Suri baru berkembang mekar heee. Rasanya ratu yang ini harus di jaga dalam kamar bagi pasangan yang berkahwin baru mahupun lama keh..keh..keh.. Urm kawan perempuan dia suka warna cokelat jadi Suri pilihlah warna cadar cokelat kesukaan dia hee..

Urm..

Cadangan lagi..? kepilkan sekali di ruangan komen.

Share

Blogger Yang Paling Banyak Bercakap_03/2012

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Lembaran bulan yang baru telah di buka.. kisah lama kembali di singkap. Perhitungan berbaki harus dilaksana berharap masa akan datang mampu mencoret sebuah peristiwa serba indah.

Suri ingin mengambil kesempatan untuk mengumumkan titah pecinta yang banyak bercakap sepertinya Suri saban bulan mengemudi cinta menerajui kerajaan laskar cinta..

Ajarkan ilmu tentang cinta semua orang tahu, ajarkan ilmu banyak cakap pun masih orang tahu. Mantan apa lagi yang harus di serakkan lantas anugerah dekanlah Suri persembahkan =)

Adoi aeeii kisah yang bercampur gembira, suka -duka kalian melemparkan kata-kata setiap hamparan entri yang Suri terbitkan diberi maklum balas dengan sebaiknya. Amat-amat Suri hargai. Berikut Suri umumkan ketibaan penerima  augerah kerajaan laskar cinta untuk mengadap ke hadapan.

Daa jumpa lagi bulan april

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share

Bang Hanya RM25 Sahaja

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Agak mual tingkah yang menjijikkan ibarat sudah berkahwin walhal belum lagi. Gerak tari lentok badan ibarat macam kerengga panjat pokok menyebabkan mereka-mereka ini bangga pada batang tubuh sendiri.

Agak kesal dengan anjakan paradigma katanya beri kaunseling sahaja. Pohon yang kaya akan sedar dan akan gunakan kuasa yang ada dengan sebaiknya, Tapi sayang rm25.00 tidak setimpal dengan kesalahan yang telah di lakukan. Malah mudah dikatakan tidak gentar! Sebaiknya seperti menggalakkan sahaja!

Ah, buat lebih sepuluh kali  tidak mengapa kata mulut yang menjawab sebab peruntukan denda tidak seberat kes seperti melakukan maksiat yang mencecah angka tiga ribu. Jika minggu ini tertangkap di lokasi a, mungkin lokasi b mereka sedia beraksi, jika lokasi c panas sudah di tejah apa barang masih banyak tempat lagi untuk menjuari tarain tiang asal ada permintaan memang berbaloi padahal kos untuk mengeluarkan RM25.00 boleh bagi pada jaim dan dengan tutup mata sahaja. Selepas ini bolehlah buat lagi. Wang pun bisa masyuk..

Fenomena tarian tiang menyebabkan banyak orang berkata sekadar untuk melepaskan penat lelah berkerja, untuk berseronok dan sebagainya. Tapi walau siapa pun ada dalam golongan dalam iblis dan syaitan memang anda antara orang-orang yang rugi. Teguk nikmat dunia tidak bawan kemana-mana, tetapi baik teguk nikmat dari Allah s.w.t. pasti dahaganya akan dapat di kecapi kekal selama-lamanya.

Sedih dan kecewa bila yang tertangkap itu tiga orang anak melayu tidak sedar diri! tidak malu! seperti tiada pegangan agama langsung.

Pandangan anda bagaimana..?

 link http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0329&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Share

Menguap vs Bersin Part I

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Hari ini sudah berapa kali kawan-kawan Suri bersin? Suri usah cakaplah status bersin ini masih bersisa lagi huhuhu.. Dan untuk kesekian kalinya berapa kalikah anda telah menguap?

Tahukah kawan-kawan bersin merupakan salah satu nikmat yang telah Allah turunkan kepada umatnya kerana bersin mampu:-

  • Menolak penyakit datang kepada kita dengan melepaskan bersin penyakit akan terhindar.
  • Sebagai tanda Allah sentiasa memelihara kesihatan kita.
  • Rahmat yang diberikan Allah pada setiap penciptanya.

Akan tetapi Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah s.w.t suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan ‘Alhamdulillah’, maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucap ‘Yarhamkallah’.Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadis Riwayat Bukhari).”

Sebaliknya Allah tidak menyukai kalangan manusianya menguap sekali atau beberapa kali kerana:-

  • Ia akan mengundang seseorang itu lalai  dan malas dalam mengerjakan ibadah.
  • Akibat makan terlebih kenyang, tidak mendapat tidur yang secukupnya menyebabkan seseorang itu mengantuk lupa akan tanggungjawabnya pada perkerjaannya, keluarga serta tanggungjawabnya seorang muslim.
  • Menguap dalam solat juga amat di benci oleh Allah kerana ia tidak fokus dan serius dalam mengerjakan solatnya.

Tinta akhir sekiranya kita bersin masa ucapkanlah Alhamdulillah. Sebaliknya andai terdengar orang bersin ucapkanlah  يرحمك الل. Jika ada seseorang individu asyik bersin lebih dari tiga kali kemungkinan petanda dia di serang penyakit huhu..Makan doakanlah agar kesejahteraan mereka akan sihat kembali.

…update 11.18pm

Share

Bicara Result SPM

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku

Agak lewat update blogspot heee 12.19am hua…apa kes.. Gara-gara kesibukan melanda di pejabat dengan meeting, persiapan afidavit yang harus dimajukan pada court membuatkan Suri lupa seketika tugas sebagai part time blogger huhu..

Ini pun teringat blogspot tak update maka usai membuang toksid di dalam perut sebentar tadi baru plan nak hadap blog. Harap pasni perutku tidak meragam lagi..

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia telah pun masing-masing dapat. Ada yang cermerlang dalam keputusan masing-masing ada juga agak sedih, terkilan, kecewa bila result yang di impikan menjadi sebaliknya atau ada yang buat tak kisah?

Apa pun pandangan masing-masing selepas mendapat keputusan ini sebenarnya itu bukan sebuah pengakhiran kehidupan. Bagi kurang cantik keputusannya tidak seharusnya anda berduka sambil mengenangkan kisah lalu tapi bangkit dengan dairy baharu.

Jika ada ingin belajar pintu masih terbuka luas. Bagi yang minat akan bidang kemahiran Mara ada menyediakan beberapa kursus yang boleh dikatakan mendatangkan kerjaya baik pada masa hadapan.

Sekiranya kursus Mara agak keberatan nak masuk gara-gara tersekat dengan pinjaman dan sebagainya Suri cadangkan anda masuk ILP. Institut Latihan Perindustrian. Yang ini mana-mana cawangan ada di setiap negeri tak silap Surilah. ILP sama lavel dengan Adtec. In case yang ini memang belajar pun free kalau nak bayar tu cuma masa pendaftaran jer kot berapa rm Suri tak ingat hee. Tapi bab-bab asrama pihak pentadbiran di sana ada sediakan penginapan untuk pelajar-pelajarnya. Begitu juga dengan wang saraan diri tiap-tiap bulan anda akan dapat hee..

Bagi yang berkemampuan tu korang bolehlah pilih kursus under swasta yang boleh tahan gak bayaran untuk permulaan kursus dan sampai ke pangajian diploma melarat ke ijazah. Tapi yang sakitnya bila swasta ni perit bab pinjaman huhu.. Pas habis pengajian kenalah bayar balik pinjaman tersebut. Haa yang ini memang adat le sebagai seorang pelajar dengan pinjaman memang tidak dapat di pisahkan melainkan jika anda lepas habis spm terus berkerja itu lain cerita.

Bagi dapat best result jangan lepaskan peluang untuk sambung belajar ke mana-mana Universiti tempatan dalam atau luar negara hee.. Pokok pangkalnya ada minat anda boleh sahaja joit kursus yang di inginkan sesuai dengan kehendak pasaran kerja sekarang atau masa akan datang. Bijak pilih kurusu bijaklah masa depan anda dam cerahlah peluang pekerjaan tu nanti.

Ada pula kes dapat keputusan baik tapi sayang tajaan tiada salah satu sebab keluarga kurang berkemampuan untuk hantar anak ke Universiti lebih-lebih lagi yang mintak bahagian kejuruteraan yang memang minat nak sambung pengajian nanti di Jepun, contonyalah ye huhu.. Bab ni korang kena rajin google..cari laman wab jpa ke apa ker untuk mohon pinjama tu. Insyallah kalau ada rezeki akan di panggil temuduga sebagainya. Beberapa tahun belajar di Malaysia pastu terus sambung blajar ke luar negara.

Yang tidak minat belajar jangan pula merasa hampa..Korang still boleh cari pengalaman. Yang minat bahagian pejabat korang boleh apply kerani mana-mana syarikat perlukan pekerja begini. Saat ini belajar asas dulu dalam bahagian pejabat menulis memo, surat jual beli, fax dan sebagainya. Timba ilmu sebanyak mungkin dan kalau boleh cuba kekalkan jawatan ini dalam 3 ke 4 tahun. Sekiranya anda bosan cuba cari persekitaran kerja di tempat lain dan pastikan anda minat jawatan kerani juga.

Sebenarnya tidak kisah jawatan mana yang anda minat. Katakan minat kerja bahagia akaun maka kekalkan potensi dan minat kerja tu satu bidang sahaja. Tahu tak mengapa Suri katakan demikian. Sebab katakan tadi anda berkerja di syarikat lama selama 3 ke 4 tahun dan bila pindah kerja ke tempat yang baru peluang anda untuk kenaikan gaji akan cerah sebab ekoran dari pengalaman anda berkerja beberapa tahun di syarikat pertama tempoh berkerja agak lama dan kemungkinan peratus anda untuk gaji itu naik mungkin tinggi.

Hampir mengikut pengalaman Suri berkerja lebih dari 7 buah syarikat kebanyakan mereka akan mencari pengalaman anda berkerja dahulu selain menitikberatkan bahasa english, soal result pmr, spm. diploma dan sebagainya. Cuba anda fikirkan selepas beberapa tahun anda berkeja dan fokus satu kerja sambil menimba ilmu dalam bahagian pejabat baik kerja kerani,qa kilang, akaun akan tiba saat nanti gaji anda akan lebih tinggi dari pekerja yang berkerja selepas keluar dari pengajian kolej swasta yang terkadang belum tentu ada pengalam kerja seperti anda. Biasanya lepasan kolej swasta gaji bermula pada tangga permulaan sebab baru dalam bahagian bidang kerjayanya paling sikit pun mereka tiada pengalaman langsung jusy asas sahaja. Jika di bandingkan dengan anda yang mula berkerja saat tamat sekolah tingkatan 5!

Pada minat bahagian kerjaya seperti polis bantuan ker apa2lah pun boleh mencuba nasib mengisi borang dalam suratkhbar. Ada masa2 iklan permohonan kerja ini akan keluar untuk mengambil pengambilan baru. So try grab! heee mana tahu dapat kerja ini gaji pun bileh tahan juga geee..

Kesimpulanya banyak cara untuk berjaya dan mencari duit atau pengalaman jika kena pada kehendak dan keinginan dari diri sendiri. Tepuk hati, soal otak dan fikir baik-baik mana satu pilihan anda. Pastikan anda tidak tersalah pilih jalan yang mati sudahlah. Penulis hanya berkongsi idea dan pandangan sendiri dalam blog ini mengikut pengalaman dan pengamatan. Tiada apa2 ingin katakan itu ini tidak elok di sebalik keputusan anda.



Di sini hanya ingin memberikan anda ruang, peluang yang tersedia terbuka luas untuk anda. Kata orang pintu dah terbuka tinggal lagi pilihan di tangan anda.

okis nak tdo hee… camat malaem

pstt!! coretan dari laman blogspot Suri

Share