Panduan Memberikan Hadiah Untuk Suami

Salam pagi semua :)

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sahabat akan menyambut hari lahir suami yang tercinta. Terfikirkah sahabat-sahabat semua apakah bentuk barang yang sesuai untuk diberikan kepada pasangan anda kelak..

Ada sesetengah isteri agak buntu untuk memilih hadiah untuk para suaminya,  malah ada juga yang berasa bimbang jika hadiah yang diberi dikhuatiri si suami tidak berkenan dihati huhu..

Hurm..bagaimana ya? Baiklah disini Suri berikan beberapa tips pemberian hadiah yang wajar diberi kepada pasangan anda. Harap sedikit sebanyak panduan yang di berikan akan membolehkan anda membuat pilihan yang tepat semasa membeli hadiah untuknya nanti :) .

Mampu menyentuh emosi

Sebelum sahabat memikirkan hadiah yang lebih sesuai untuknya, pastikan hadiah yang anda berikan padanya mampu menyentuh gelombang emosi suami. Pilihlah hadiah yang melambangkan kasih sayang  anda kepadanya dan membolehkan si dia berasa dirinya disayangi dan dicintai. Bermainlah dengan daya kreativiti dan imiginasi anda untuk mereka cipta sesuatu khas untuknya. Pasti hasil dari kraftangan sendri mampu membuatkan dia lebih menghargai hasil kerja tangan anda kelak.

Ingat hadiah atau barang yang nak di beri tidak semestinya mahal. Apa yang penting keikhlasan dalam memberi itu ada pada diri anda. Agar dia tahu keluhuran yang anda jalini kehidupan ini lebih bermakna dari segala-galanya. Insyallah hadiah yang di sampaikan akan sarat dengan kasih dan cinta abadi :) .

birthday-04

Tentang minat

Sekiranya pasangan anda suka bermain bola maka hadiahkannya baju bola kesukaan pasukannya. Selain baju bola anda juga boleh membelikan dia kasut bola. Manalah tahu pada masa tersebut kasut bola pasangan anda tu sudah nazak ker maka perlulah menggantikannya yang baru :) . Terus takkan anda nak belikan dia bola pula huhhu..  Begitu juga sekiranya dia berminat kepada hobi memancing maka anda belikanlah kayu pancing sebagai hadiah hari lahirnya. Pasti setiap kali dia memancing dia akan selalu terkenangkan anda. Siapa yang tidak suka jika isteri mudah memahami kehendak hati suami. Memang semua lelaki suka di hargai lebih-lebih lagi barang yang diberi itu adalah minatnya dari kecil lagi :) . Setuju?

Selain mengambil kira minat seseorang maka faktor usia juga perlulah dititik beratkan juga. Katakanlah umur pasangan anda telah mencecah  50 ke 60 tahun pasti keperluan di atas agak kurang bersesuai dengan jiwa mereka. Apa kata anda hadiahkan pasangan anda dengan buku-buka yang berunsurkan tentang motivasi ataupun buku-buku yang menceritakkan tentang keagamaan  Insyallah pada masa-masa yang sengkang pasangan anda tidak akan di himpit kebosanan malah akan lebih seronok lagi meluangkan bacaan dengan ilmu yang bermanfaat.

Belanjawan.

Suri sarankan agar anda membuat perancangan sebelum membeli hadiah tersebut terlebih dahulu. Ini bagi mengelakkan  supaya belanjawan anda tidak akan membebankan kehidupan diri anda dan anak-anak  kelak. Apa yang penting belilah barang mengikut kemampuan diri sendri dan cuba elakkan dari berbelanja dengan perbelanjaan yang terlampau nanti diri sendiri yang merana huhu..

Bulan 12 hari lahir siapa? heee Suri ucapkan selamat hari lahir pada yang menyambutnya :)

Share

Panduan Meluahkan Rasa Cinta Pada Seseorang

Salam pagi :)

Dari kerana mata yang mempunyai kuasa…hooo aku tergoda..aku tergoda kerana dia..

GeduBuk! Aduh.. aku jatuh kat tepi longkang kolej jer..hihihi..

Malam semakin gelap padam lampu kat ruang tamu..

Tick! bukak lampu study plak..hihihi..korang jangan pikir yang bukan-bukan keY. ;)

sweet-korean-cartoon-014

“Minggu lepas aku ada jumpa satu aweks ni kat kedai makan..pastu tak sangka plak dia satu semesta dengan aku. Adui.. camner boleh tak perasan nih.. Tapi dia amik kos lain loh..

Alahai senyum dia buat aku tak tidur malamlah wei. Adakah ini dinamakan cinta pandangan pertama..

Selalu tengok dia dengan kawan-kawan dia jer. Dia dah berpunya ke belum??

Baik aku rembat sebelum dia di kebas orang!”

Tapi beranikah aku untuk meluahkan butiran bOm kata kepada si dia??

Kali ini salah seorang sahabat meminta pandua pada Suri bagaimanakah cara kita untuk meluahkan isi hati pada seseorang..

 

8b99991c2da35346933f2de48aec45322010/10/15  at 10:28pm

saye ni ade kenal seorang gadis tertapi saye x tau nak ckap ape………..saye sebenarnye suke kat die tapi saye x tau cam ne nak ckp kat die.

 

  • Teman tapi mesra
  • Dekatilah dia sebagai seorang kawan dalam masa yang sama cuba selidik latar belakang keluarga dia melalui teman-temanya. Sebab dari situlah kita akan tahu latar belakangnya, ahli keluarganya, taraf pendidikanya hata kesukaannya sekalipun. Dengan cara yang sebegini si gadis pasti akan teruja jika anda ingin mengenali dirinya dengan lebih rapat lagi. Secara tidak langsung juga sahabat akan tahu sama ada si dia telah berpunya atau belum dari sebarang  ikatan perkahwinan mahupun ikatan pertunangan.
  • Jika dia masih single maka sahabat gunakanlah langkah yang seterusnya..

 

  • Melalui Pemberian.
  • Lahiriah seukir rasa cinta itu tidak semestinya pada kata-kata, mahupun perbuatan sahabat dalam membantunya secara ikhlas namun percayalah ia juga boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Seperti contoh dengan memberikannya  bunga, kad mahupun cup cake sebagai tanda sahabat mencintai dirinya.

 

  • Hadapan umum
  • Sekiranya sahabat seorang yang berani maka tidak salah sekiranya sahabat meluahkan rasa hati kepada si dia di khalayak umum. Ini akan membuatkan si dia benar-benar terharu dengan sikap kejujuran, kecintaan sahabat terhadap dia. Tapi apa yang bakal terjadi muka sahabat kena tahap teballah hihi..

sweet-korean-cartoon-007

  • Siaran Langsung
  • Pernahkah sahabat mendengar station radio Era atau pun Sinar FM haaa.. kat situ juga sahabat boleh luahkan isi hati pada si dia. Sertakan nama penuh dan nama si dia bersama luahan hati sahabat kepadanya. Insyallah pasti akan ada yang mendegarnya.
  •  Jika nak cun lagi sahabat kenalah juga tahu si dia suka mendegar station radio apa supaya si dia dapat mendegar luahan sahabat semasa  siaran berlangsung kelak.

 

  • Melalui Pertemuan
  • Carilah waktu yang benar-benar sesuai untuk anda berdua.  Pastikan mood si dia dalam keadaan yang gembira. Sebelum sahabat ingin meluahkan isi hati kepada si dia apa kata sahabat mulakan ia dengan rentak cerita yang bersahaja. 
  • Apabila perbualan sahabat dan dia semakin rancak apa kata sahabat teruskan pada agenda yang seterusnya meluahkan apa yang terpendam di dalam sanubari kepada si dia.

 

  • Capaian Maya
  • Yahoo masager atau facebook boleh sahaja jika ia tidak mengganggu masa anda bersama si dia sewaktu dalam talian maya. Berterus - terang melalui cara ini juga tidak kurang hebatnya. Sebab pelbagai respon muka yang comel-comel seperti :) :( pasti akan membuatkan dia tersenyum mahupun tertawa. Sebab setiap satu dari muka yang comel -comel itu menggambarkan salah satu tingkah-laku kita pada waktu itu.
  • Kata orang belum cuba belum tahu  kuasa YM  atau facebook :)

 

  • Dalam Talian
  • Jika sahabat tidak selesa untuk meluahkan dengan cara yang sedia ada di atas rasanya sahabat juga boleh menggunakan talian telefon sebagai luahan hati. Tapi pastikan si dia tahu bahawa yang menelefon itu adalah anda. Maka pasti dia akan cuba memberikan fokus terhadap apa yang bakal anda bicarakan pada si dia kelak.  Cara begini kurang best sikit sebab kita tidak tahu respon air muka dia secara sepontan.
  • Biasanya jawapan yang akan sahabat ketahui melalui waktu itu juga agak sukar di ramal. Ini kerana dia tiada di hadapan mata kita. Tidak seperti kita bertemu dia secara berdepan pasti kita akan dapat menggagak sama ada dia suka pada kita atau sebaliknya.

 

Pesan Suri:

Kuatkan mental sekiranya jawapan yang diberikan tidak seperti yang sahabat jangkakan. Ingatlah mungkin jodoh sahabat dengan dia bukan dalam gelanggang percintaan. Sabar, bertawakallah pada Allah ingat segala yang tercipta untuk kita pasti akan ada cuma lambat dengan cepat sahaja jodoh kita  dengan seseorang ;) .

Share

Masa Untuk Update Portofoli Im

Salam ceria untuk semua..

Masa sudah menginjak ke petang. Andainya kat bawah ada jual goreng pisang panas hurm..sedap juga kalu di santap bersama air minuman kegemaran nih heee..

Suri apa maksud…

 ”Update portofoli im”  Ia membawa maksud mengemas beg duit saya.

Manakala “update portofolin tim” ia membawa erti mengemas dompet saya.

Dah..dah.. jangan dok melalut tak tentu pasal.. 

wallet_1441548c

  • Suri sekadar nak bertanya bilakah kali terakhir sahabat mula mengemaskinikan beg duit sahabat? Adakah baru semalam, dua minggu lepas, tahun lepas..ataupun tidak pernah sekalipun anda mengambil kisah tentang isi dalam beg duit tersebut.. ke memang tak ada masa yang sesuai heeeee..
  • Masuk kali ni dah berapa kali sahabat-sahabat semua sudah mengeluarkan isi dompet kepada umum. Hata mahu membeli -  belah, mengisi minyak kenderaan, makan minum dan sebagainya.

Perasan atau tidak rasanya mungkin lebih dari 3 kali sahabat melakukan perkara yang sama setiap hari heeee.. itu belum lagi nak pastikan kita terlupa sesuatu barang. Nak mengeciknya berkali -kali sudahlah pasti huhu..

Apa yang  ada dalam beg duit sahabat? 

  • Kad pengenalan diri
  • Lesen memandu
  • Sejambak  resit keluar masuk wang dari mesin ATM
  • Segugus resit membeli-belah barang dapur, pakaian atau keperluan harian
  • Rantaian resit makan minum selepas membeli - belah
  • Kad perakuan nikah (bagi yang dah berkahwin)
  • Gambar seseorang, anak-anak atau ibu bapa
  • Name card
  • Kad klinik
  • Kad insurans
  • Resit sewa rumah atau resit bayaran rumah MBSB ke..
  • Sejumlah Ringgit Malaysia dan syiling
  • Tiket panggung wayang
  • Cebisan kertas nombor telefon, password blog dan dll.

Ada apa-apa lagi yang nak ditambah tak? Jangan lupa listkan kat bahagaian komen di bawah yer.

Ermm..

Sahabat sudah melakukan semak ke belum ke atas beg duit sahabat? Rasanya tidak terlalu banyakkah isi perut dompet tersebut? Apa kata kita ringankan dompet kita dengan keperluan documet2 yang tertentu ahaja. Sebab apa secara tidak  langsung ia akan membuatkan isi dompet kita berkeadaan seperti ikan kembung. Atau lebih mudah di ucap seperti tong sampah adei..

cute box

Bagaimanakah cara-caranya untuk kita kemaskini beg duit kita dalam keadaan baik.

  • Keluarkan kesemua isi didalam beg duit anda.
  • Asingkan kad ATM, wang kertas, wang syiling, kad -kad lain di tempat yang berasingan. (Dibahagian poket kecil disediakan)
  • Manakala resit-resit jual beli barang yang tidak penting di klipkan pada tempat-tempat tertentu. Disimpan sebagai bahan rujukan budget anda akan datang. Seperti anda menyimpan bil air dan elektirk. Sekirannya resit tersebut tidak perlu maka anda bolehlah membuangnya.
  • Bagi yang sedang bercinta. Pasti akan ada terselit tiket wayang bersama pasangan anda bukan. Apa kata anda asingkan ia dan masukkan dalam sebuah kotak khas. Maka segala apa jua aktiviti anda bersama pasangan anda segala bil-bil makan minum, surat cinta dari dia ke, tiket atau resit jalan ke sana kemari bersama dia, boleh sahaja anda abadikan barang tersebut ke dalam kotak yang telah anda sediakan.   

Amacam sekarang adakah beg duit sahabat masih dalam keadaan  berat lagi??

Sumber Pic: http://www.flickr.com/photos/ku-ki/3966483123/

Share

Trik “Balas Dendam” Ex-Boyfriend

Salam pagi untuk semua..

Indahnya jumaat ini sambil keluar dari garaj kereta untuk memasukkan bekalan makanan dalam perut kereta. Terdengar sepasang kicaun burung sedang bertenggek diatas batu rumahku. 

bird

Oiit!! kau buat apa kat port aku ni hah! kot yer pun takan ko nak buat aksi asmara kat sini. Agak-agak le hini kans tempats awams ni huhu… 

Kau apa sibuk manusia! aku bukan kacau hidup kau pun ceh!! pordahh.

Miau..miau mencari sisa makanan di sebelah rumah jiranku.. Kau lapar ya. Jap ah.. Sambil berlari-lari anak untuk dapatkan sisa ikan di sudut dapur. Diberi lalu miau hitam itu berlalu meninggalkanku..

Alahai manisnya hidup ini jika kehidupan itu berpasangan dan saling memerlukan, membantu antara satu sama lain kan. Disayangi sudahlah pasti apatah lagi di ambil berat oleh seseorang yang benar-benar menyukai kita. Tapi dalam erti cinta ia satu perkara yang menakjubkan. Kenapa? Sebab dari kita tidak mengenal seseorang itu kita terus mencintai apa yanga ada pada diri si dia. Walaupun pada asalnya kita kenal melalui renungan mata jer heee..

Tapi..

Bagaimana pula sekiranya jambatan kasih yang dibina tidak sampai ke peghujungnya seperti yang direncanakan dari awal perhubungan lagi.. Pasti antara kita akan membuat haluan masing-masing apabila kata putus mula terpancul di lekuk bibirnya. Oh tidak.

Namun apa yang pasti jika keputusan itu telah di suarakan secara terbuka maka kita haruslah menghadapi situasi tersebut dalam keadaan yang tenang. Tidak kiralah orang yang kita sukai itu didalam gengaman  orang lain sekalipun. Apa yang penting kerjasama perjuangan hidup kita masih belum selesai.

ban_casal24

Kata mak bercinta memanglah senang tapi nak melupakan bukanlah satu perkara yang mudah! Adeiii

Sahabat nak tahu bagaimanakah cara yang terbaik  untuk kita merelakan si dia jatuh ke tangan orang lain? Cubalah trik ini manalah tahu ia berhasil. ;)  

  • Ingat sekali anda telah menjalinkan hubungan cinta dengan si dia cukuplah bagi diri anda memberikannya pelung untuk kali  yang ke dua. Mengapa? Sebab ada kemungkinan sahabat akan menemui kesalahan yang sama pada si dia kelak. Kata orang sekali dia sudah mengeluarkan kata putus tidak bermakna sahabat tidak akan berjumpa orang yang lebih baik dari si dia.
  • Kemaskan penampilanmu, sarungkan ke tubuhmu dengan warna-warna yang lebih ceria supaya sahabat akan kelihantan lebih menarik di matanya. Tapi jangan rosakkan apa yang sahabat sedia ada dengan tidak menghargai apa yang Tuhan kurniakan pada sahabat. Seperti contoh bersosial sana-sani, bunuh diri, disco, mabuk, dadah sebab cinta di tolak. Bukankah ia satu perkara yang tidak mendatangkan untung kepada diri sendiri.
  • Laluilah kehidupan ini dengan penuh keceriaan. Mulalah belajar dari kesilapan-kesilapan yang lalu.Kerana saat inilah yang paling tepat untuk sahabat mengenali siapa diri sahabat yang sebenarnya. Jika dahulunya sahabat banyak menghabiskan waktu bersamanya maka untuk detik ini, sahabat kumpulkanlah kekuatan untuk membuka lembaran baru.
  • Cuba imbaskan kembali detik-detik kemarahan sahabat bersama si dia. Sudah pasti api kemarahan sahabat terhadap dia akan menyedarkan sahabat bahawa betapa beruntungnaya dapat terlepas dari mimpi buruk ketika bersama dahulu. Berilah sedikit keyakinan pada waktu, Insyallah sahabat akan dapat melupakannya.

classic-beauty

  • Bersantailah bersama-sama temamu, seperti teman sekolej, teman tapi mesra pasti ada diantara ramai-ramai itu akan membuatkan hati dia tidak keruan melihat anda bersama mereka. Dan sudah pasti mungkin si dia juga tahu bahawa sewaktu anda bercinta dengannya dia tahu bahawa dalam kelompok tersebut akan ada insan yang cuba mengejar cinta sahabat kelak.
  • Lupuskan dia dalam kamus hidupmu. Musnahkan kenangan yang ada didalam kotak mindamu dan tukarkan sahaja nombor telefon bimbitmu kepada nombor yang baru!
  • Mohonlah petunjuk dariNYA. Seandainya si dia sudah  takdirkan buat sahabat maka mohonlah kepadaNYA agar si dia akan kembali kepangkuan sahabat kelak. Sekiranya dia bukan jodoh yang terbaik buat sahabat rayulah apda Tuhan agar pandangan sahabat sentiasa jauh pandangan dia.

P/s: Setiap orang tidak rela untuk berpisah akan tetapi perpisahan itulah yang bakal merubah kehidupan kita pada masa -masa akan datang kelak. Namun begitu janganlah kita lupa akan asal usul diri kita yang sebenarnya. Sebab tanpa mereka di sisi kita dahulu pasti kehidupan kita akan diselubungi sunyi..

Share

Ibadat Puasa Dan Masalah Rukyah

Firman Allah Taala:

فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ..

“..Sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu ..” (1)

Rukyah sebagaimana yang sedia diketahui ialah melihat anak bulan.

Menurut hukum syarak:
Sabitnya bulan Ramadhan ialah dengan jalan rukyah (atau mengetahuinya melalui sebaran am). Kalau tidak nampak, kerana anak bulan Ramadhan dilindungi awan, maka hendaklah disempurnakan bilangan bulan Sya’aban tiga puluh hari.

Demikian juga halnya mengenai bulan Syawal.

ManSightingMoon

Daripada Talhah bin Ubaidillah r.a. bahawa nabi SAW, apabila baginda melihat anak bulan baginda membaca doa yang bermaksud:

“Ya Allah keluarkanlah bulan sabit ini dengan keberkatan dan keimanan, berikanlah keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhanmu ialah Allah S.W.T. inilah sabit yang boleh memberi petunjuk serta kebaikan”
Huraian (at-Tirmidzi)

Huraian :

1. Bulan merupakan kejadian Allah yang sangat berguna. Bagi umat Islam, anak bulan dapat menentukan tarikh awal Ramadhan serta dapat membuat penentuan ke atas amal ibadat yang hendak dilakukan dari masa ke semasa.

2. Kalender Hijriah (Islam) terdiri dari dua belas bulan iaitu Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jumadil awal, Jumadil akhir, Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah.

3. Islam sangat menggalakkan umatnya agar membaca doa apabila melihat sesuatu nikmat atau mendapat rahmat Allah, sama ada secara langsung ataupun tidak.
Contohnya, apabila melihat anak bulan sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

______________________

1. Ayat 185, Surah Al-Baqarah.

Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:

11- عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَكَرَ رَمَضَانَ فَقَالَ لَا تَصُومُوا حَتَّى تَرَوْا الْهِلَالَ وَلَا تُفْطِرُوا حَتَّى تَرَوْهُ فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَاقْدُرُوا لَهُ. (رواه البخاري ومسلم)

11- Dari Abdullah bin Umar r.a.h., bahawa Rasulullah s.a.w., telah menyebutkan perihal bulan Ramadhan lalu bersabda: “Jangan kamu berpuasa hingga kamu melihat anak bulan Ramadhan dan jangan kamu berhari raya hingga kamu melihat anak bulan Syawal, kalau kamu tidak dapat melihatnya disebabkan awan maka kirakanlah baginya.”(1)
(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

______________________

1. Fath al-Bari (5:22) dan Sahih Muslim – bi Syarh al-Nawawi (7:188).

Yakni kirakanlah bulan Sya’ban dari awalnya dan sempurnakanlah bilangannya tiga puluh hari, sebagaimana yang ditegaskan dalam hadith yang berikut:

12- فَإِنْ أُغْمِيَ عَلَيْكُمْ فَاقْدِرُوا لَهُ ثَلَاثِينَ. (رواه مسلم)

12- “.. Kalau kamu tidak dapat melihatnya disebabkan awan maka kirakanlah baginya tiga puluh hari”.(1)
(Hadith Sahih – Riwayat Muslim)

_______________________

1. Kitab yang sama (7:189).
Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Muslim, rahimahullah dari Abdullah bin Umar juga. Ditegaskan lagi dalam hadith yang berikut:

13- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ فَإِنْ غُبِّيَ عَلَيْكُمْ فَأَكْمِلُوا عِدَّةَ شَعْبَانَ ثَلَاثِينَ. (رواه البخاري ومسلم)

13- Dari Abu Hurairah r.a., katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Berpuasalah kamu setelah melihat anak bulan Ramadhan dan berhari-rayalah kamu setelah melihat anak bulan Syawal, kalau ia terlindung dari penglihatan kamu maka sempurnakanlah bilangan bulan Sya’ban tiga puluh hari.”(1)
(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim).

Demikianlah “masalah rukyah” sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadith-hadith ini dan hadith-hadith yang lain. Sebab itulah apabila timbul sesuatu fahaman yang bertentangan dengan dasar rukyah maka fahaman itu tidak berkesan, kerana jumhur ulama’ rahimahumullah, telahpun menjawabnya satu persatu.(2)

Kesimpulannya:
Dalam masalah ini, “rukyah” adalah perkara asasi, manakala kiraan hisab (falak syar’i) hanya sebagai pembantu sahaja dengan syarat-syarat yang tertentu.

Hakikat ini telah diputuskan dalam muktamar-muktamar Islam sedunia yang telah berlangsung di Istanbul (1978) dan di Amman – Jordan (1986).(3)

___________________________

1. Hadith ini juga diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Nasa’i dari Ibn Abbas dan al-Tabrani dan al-Barra’ r.a. (Ittihaf Ahl al-Islam, bi Khususiyat al-Siyam, 56).

2. Antara lain lih. Fath al-Bari (5:22) dan Bidayata al-Mujtahid (1:284).

3. Tarikh persidangan kedua-dua muktamar itu disebutkan oleh Dr. Abdullah Ibrahim, Yang Dipertua Persatuan Falak Syar’i, dalam kertas kerjanya yang telah dibentangkan dalam seminar yang berlangsung di Pusat Islam.

001

Masa Melihat Anak Bulan Ramadhan
Masa melihat anak bulan Ramadhan sebagaimana yang sedia maklum ialah pada dua puluh sembilan hari bulan Sya’aban, sebelah petangnya, semasa matahari terbenam, kerana bulan ada kalanya 29 hari dan ada kalanya 30 hari, seperti yang diterangkan dalam hadith-hadith yang berikut:

14- عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الشَّهْرُ تِسْعَةٌ وَعِشْرُونَ فَلَا تَصُومُوا حَتَّى تَرَوُا الْهِلَالَ وَلَا تُفْطِرُوا حَتَّى تَرَوْهُ فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَأَكْمِلُوا الْعِدَّةَ ثَلَاثِينَ. (رواه الإمام الشافعي)

14- Dari Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bulan itu dua puluh sembilan hari, maka janganlah kamu berpuasa hingga kamu melihat anak bulan Ramadhan dan janganlah kamu berhari-raya hingga kamu melihat anak bulan Syawal, kalau ia terlindung dari penglihatan kamu, maka sempurnakanlah bilangan (bulan itu) tiga puluh hari”.(1)
(Hadith Sahih – Riwayat Imam Al-Syafi`i)

Dalam sebuah hadithnya yang lain, Baginda menegaskan lagi, maksudnya: Bahawa bulan itu ada kalanya 29 hari dan ada kalanya 30 hari.(2)

Bahkan kebanyakan puasa Rasulullah s.a.w semasa hayatnya ialah 29 hari berbanding dengan puasanya 30 hari.(3)

Menurut Imam Nawawi, rahimahullah bulan 29 hari ada kalanya berturut-turut selama dua bulan ada kalanya selama tiga bulan dan ada kalanya selama empat bulan, tetapi tidak berlaku lebih daripada empat bulan. (4)

______________________

1. Musnad al-Imam al-Syafi`i (1:272).

2. Hadith Sahih riwayat Muslim dan Ibn Umar r.a. (Ibanat al-Ahkam, 2:371).

3. Demikian dinyatakan oleh Ibn Mas’ud r.a., `Aun al-Ma`bud (6:436).

4. Tuhfat al-Ahwadzi (3:371).

Sumber: http://www.islam.gov.my
Harap maaf sebahagian tulisan berskala kecil. Telah di edit namun tetap tidak memuaskan juga. Harap maklum.

Share

Panduan Bagaimana Mencari Kekasih Hati Anda

Salam pagi untuk para bloger, slient reader, tetamu yang sering bertandang kesini. Bagaimana hari – hari yang anda lalui sebelum ini. Adakah ia berjalan dengan lancar atau sebaliknya. Suri mengharapkan agar anda meniti kehidupan ini dengan penuh kesabaran dan kekuatan dalam hati.

Tidak kiralah apa yang berlaku semalam atau hari ini apa yang penting kita harus bersyukur kerana sebagai manusia kita sebenarnya mampu untuk mengecapi kehidupan ini dengan rasa kasih sayang yang diberiNYA pada kita, rasa sedih, gembira, tertawa itu mampu datang dengan sendirinya tanpa kita perlu mengubah keaslian ciptaan Tuhan terhadap apa yang telah ia ciptakan kepada kita semua.

Berkata Nabi kita sifat bersyukur itu perlu ada pada setiap orang muslim sebagai tanda kita kasih dan cinta pada Maha PenciptaNYA. Apa adakah ada diantara anda cukup rugi di ciptakan sebagai manusia??
04-3

Baiklah harini Suri hanya nak sentuh tentang percintaan. Sebenarnya terlalu ramai diantara kita yang diluar sana tu sukar untuk mendapatkan cinta yang sejati. Sampikan ada waktu banyak hati yang berkata mengapalah aku agak sukar untuk mencari satu cinta yang asli dari seseorang. Walaupun hakikatnya dari sudut fizikal anda sebenarnya mempunyai pesona aura yang tersendiri berbanding dengan orang lain.

Hari demi hari begitu banyak rintihan yang Suri terima tentang kesukaran, rintihan dalam bertemu jodoh melalui kitab muka buku. Rasanya jika Suri boleh bantu pasti Suria akan cuba berikan beberapa tips serba sedikit di dalam blog ini. Namun mengapa anda semua terlalu berkeras hati macam besi bagai sukar untuk dilebuh tetap juga mahu mencari kateria-kateria yang agak sukar untuk digapai sendiri. Walhal dalam islam telahpun menetapkan garis-garis dalam mencari perjodohan itu?

Suri masih buntu.. Hurm barangkali lain orang lain citarasanya :) . Apa-apa pun thnks pada yang sudi menjejak Suri di maya, meluahkan rasa masalah yang terbuku di hati secara semulajadi. Semoga kalian akan bertemu insan yang terbaik buat diri kalian nanti.

Okeylah berikut Suri berikan sedikit panduan pada kawan-kawan bagaimana mencari kekasih hati anda?

Elakkan Terlalu Memilih
Jika sebelum ini kawan-kawan ada menetapkan ciri-ciri pada seseorang gadis atau teruna apa kata kali ini anda mencuba mengelakkan diri dari terlalu memenuhi ciri-ciri tersebut. Kalau sebelum ini anda nak cari yang cantik, bertubuh sasa ala-ala salman khan ko, kaya -raya ada kereta mewah dan sebagainya. Tapi katakan tidak apa detik-detik begini. Saranan Suri anda haruslah mencuba melupakan hasrat hati itu sekiranya anda ingin mencari kekasih idaman hati.

Kata orang jika kita nak mencari sesuatu tu bukan sesuatu perkara yang mudah apatalah lagi tentang perihal jodoh. Maka nak atau tidak anda haruslah berubah dari sekarang. Sebab kat dunia ni tiada sesiapa pun yang sempurna dalam segala hal. Sebab pada pandagan Suri jika kita terlalu memilih tersangat -sangat takut nanti kita jugalah akan terlambat bercinta dan melangkah ke alam perkahwinan. Apa kes??

Jadilah Dikamu Yang Sebenar-Benarnya.
Sekiranya kamu yang jenis low profile maka itulah diri kamu dengan sedanya. Awas! dalam percintaan mahupun persahabatan jangan ada penipuan sebab ia akan memendekkan lagi pertalian yang sedia terjalin itu. Bukannya apa jika kamu terkantoi akan perbuatan kamu itu bagaimana? Jadi senang kata sendiri buat sendiri tanggunglah yer. Dari itu be your self.

“kata cinta jangan terlalu mengikutkan rasa hati yang sanggup buat apa sahaja asalkan papa tapi bergaya, benda yang tiada ada sahaja di ada-adakan tu memanglah menempah perpisahlah gamaknyer”

ban_casal12

Berani.
Maksud disini ia bukan bererti berani melakukan perkara-perkara yang tidak elok tapi berani menyatakan bahawa kamu benar-benar menyukai si dia. Terus apa lagi kamu mulalah berikan lampu hijau kepadanya. Sebagai tanda kamu memang sudah tertarik hati pada keperibadian dia. Dan sekiranya kamu kurang menyukainya si dia, maka kamu haruslah melayan si dia dalam keadan situasi yang bisa-biasa sahaja.

Berhenti Membuat perbandingan.
Pada firasat Suri mungkin bekas kekasih anda itu seorang yang hebat dalam segala hal namun sekarang kamu haruslah berhenti dari membuat sebarang penilaian tersebut keatas si dia. Kamu mesti membuang segala memori yang berkaitan dengan si dia.

Kenapa?
Supaya kamu bisa menjadi orang yang baru dalam pencarian cinta ini. Dan seandainya kamu tidak berjaya meluputkan kenangan tersebut didalam kota fikiran kamu Suri yakin sampai bila-bila pun kamu akan sukar untuk menemui kekasih hati yang kamu idamkan.

Amacam okey tak posting Suri kali nie hehehe..angkat bakul sendirilah pulak wei..
Ada masa cinta itu manis bak buah yang ranum namun sedikit kepahitan itu jua perlu ada supaya kita tahu apa ertinya sebuah kepentingan cinta itu dalam seikat janji yang telah dibina.

Share

Seronoknya Berkemah

Setiap kali cuti sekolah bermula pasti ibu bapa akan mula kepeningan kepala. Ini semua gara-gara memikirkan kemanakah arah tujuan yang harus dibawa anak-anak mereka pada cuti sekolah tersebut. Hurm, pada cuti sekolah yang lepas Suri sempat jugalah untuk bermesra dengan anak saudara dan adik beradik yang lain. Bolehlah dikatakan satu hujung minggu yang menyeronokkan ;) .

Kami pergi ke Sagil dan mandi – manda disana. Wah ternyata ia satu pengalaman yang menarik takala semua adik beradik ada terasa sungguh diri ini macam kebudak-budakan :0. Oh, ya terlupa seketia. Apa yang membuatkan Suri terlalu suka akan perkemahan ni.

oo2

Kawan-kawan pernah terfikir tak? Haa, tak terfikir langsung ke atau sekadar memberi jawapan alah kalau berkemah tu mestilah mandi -mada kat dasar sungai kan hehee..makan-makanan yang lazat..emmm.. yer ke.. Arum.. apa kata kita semak sama-sama apa yang syioknya berkemah kat hutan simpan, di tepi pantai, resort atau calet yang menyediakan tempat khemak dan sebagainya.

Bergambar
Jadikanlah setiap aktiviti anda itu penuh bermakna. Ambillah seberapa banyak gambar anda dan teman-teman atau ahli keluarga sebagai tanda kenangan yang tidak akan dilupakan nanti. Sebab dengan adanya gambar maka ia menjadi bukit bahawa imbasan masa yang lalu akan menjadi butiran kenangan yang tidak akan mudah dilupakan :)

oo1

Jungle Trekking
Woohoo.. ni satu aktiviti paling best. Rasanya kalau tiada aktiviti lasak ni rasa macam mandi sebelah badan jer. Apa yang menarik dengan jungle trekking ini adalah ia akan mencabar ketahanan fizikal dan mental kita dalam meneroka satu-satu kawansan yang perlu kita tuju untuk sampai ke sesuatu puncak yang perlu ditujui.

Tahukah kawan-kawan disamping kita berjalan menyusuri anak-anak sungai, melewati ranting ponho yang sedang hijau merimbun kita juga secara tidak langsung menikmati alam sekeliling dengan penuh kesejukan udara yang nyaman. Haa..jangan pula dilupa pada pokok-pokok yang melatari disana. Pasti kawan-kawan akan temui pelbagai spesis yang menaik disana nanti sepanjang perjalanan kawan-kawan tersebut :)

Menjerat Haiwan
Part yang ini pun best juga di samping melalui laluan yang mencbar, bagi yang pernah belajar atau tahu bagaimana untuk menjerat haiwan-haiwan kecil seperti burung maka waktu beginilah anda wajar menunjukkan skill anda untuk berbuat demikian. Yelah manalah tahu rezeki berpihak pada anda takala jerat mengena sasarannya ;) . Tak mencuba rugi hooo :)

Memancing
Waktu-waktu petang biasanya adalah waktu yang paling sesuai untuk kawan-kawan memancing. Di dalam suasana yang redup pasti aktiviti yang bisa dilakukan bersama teman-teman yang lain akan memeriahkan lagi suasana perkemahan anda. Dan yang pasti sambil – sambil anda berbual-bual kosong dengan rakan atau dengan adik beradik anda, sudah tentu anda memerlukan sedikit makanan untuk mengalas perut waktu itu disamping beberapa teguk minum yang boleh menghilangkan kehausan anda diketika itu.

CampingGopher

Bakar Ikan
Hasil tangkapan ikan yang anda dapat tadi tu maka anda bolehlah memberikan tugas kepada kaum hawa untuk menyediakan bahan masakan untuk makanan tengahari anda. Sementara anda pula sebagai lelaki sediakanlah pula unggun api bersama rakan-rakan anda yang lain. Sekiranya anda pergi bersama keluaraga anda maka anda ajaklah anak-anak anda pula untuk melakukan aktiviti itu bersama dengan anda ;)

Bercerita
Setelah seharian kawan-kawan menjalankan aktiviti seperti di atas apa kata pada waktu sebelah malamnya pula kawan-kawan menjadikan aktiviti bercerita sebagai satu aktiviti yang wajib bagi mengakhiri pertemuan malam tersebut sambil diterangi unggun api, menikmati hidangan ikan bakar pasti suasana ini akan memacarkan kegembiraan di wajah teman-teman yang lain. Berceritalah dari satu topik ke topik yang lain, menyanyi atau bercerita hantu,sesi luahkan hati, luahan impian dan sebagainya bagi menggamitkan suasana yang sedia dingin itu.

003

Tahukah kawan-kawan didalam sedar atau tidak aktiviti ini sebenarnya telah memberikan anda peluang untuk cuba mendekati rakan-rakan anda atau ahli keluarga anda dengan lebih dekat lagi.

Di sinilah kasih sayang tercipta sesama manusia, pertolongan berat sama di jinjing, ringan sama dibatu. Pasti kehidupan inilah yang akan membuahkan bibit-bibit kenangan yang teindah dalam dairi kehidupan anda :)

P/s: Entri yang ada baca ini adalah entri part yang ke II. Manakala entri yang sebelum ini pula Part I yang bertajuk Panduan Perkemahan Ketika Berada di Hutan. ;)

Anda ada pengalaman manis dan pahit ketika berkemah? jom kongsikannya disini :)

Share

Oh Sahabatku, Mengertilah Isi Hatiku..

Salam kawan-kawan semua. Rasanya..eh dah bukan rasanya dah tapi memang dah benar-benar pasti sebab harini adalah hari yang amat sibuk buat suri. Sungguhpun cuti hujung minggu dah nak berakhir namun Suri jua tetap sibuk macam berkerje hari-hari biasa.

Pagi-pagi lagi kat taman perumahan Suri ada buat gotong-royang sampai ke tengahari. Suri goreng bihun, kueh tiew bagai untuk mereka.. yang lain pun ada bawa gak. Masing-masing meriah dengan makanan yang dibawa. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Sesekali kelenjar peluh keluar best gak ;) ehehe..

oo1

Tadi sekumpulan member-member lama datang rumah, masing-masing sibuk bawa anak masing-masing. Suri apa lagi mulalah buka langkah bersilat kat dapur kepang ..pung masak specil untuk dema dari tengahari tadi sampilah sekarang barulah selesai. Lama tak jumpa tu yang merebak kebakaran cerita sana-sini hehee.. pstt!! ada junior kawin dengan senior menjadi hoo..hehee :)

Kata orang jika kita sama-sama melalui kenangan itu bersama teman sekulilah pasti bila kita dah ada kehidupan sendiri hati yang lama akan tercuit memori silam itu kembali. Nak, nak bila dingat nick name masing-masing..ehehe.si tepek, kambing itam, dinosure, minix, si control ayu dan segala macam namalah. Namun itu hanya sebagai penyedap rasa dalam menuntut ilmu dolu- dulu.

Okeylah..
Suri tak mahu buang masa. teruskan pada agenda yang berikutnya. Suri nak tanya anda ada sahabat? berapa ramai sahabat anda? Tentu ramai bukan. Tapi kata orang tak semua sahabat-sahabat kita open minded. Ada juga jika kita tersalah cakap, di tegur itu ni pasti lentingan dia naik sampi ke hati.. Berikut Suri cadangkan beberapa cara yang sesuai untuk menegur sahabat anda.

Sekiranya kamu tidak puas hati dengan sikap kawan kamu Suri cadangkan agar anda menegur rakan anda di lokasi yang sesuai. Jika boleh sewaktu sesi penegura itu dibicarakn anda tidak digalakkan sama sekali untuk menegur perbuatan tersebut di kawasan yang terlalu ramai orang. Sebab ia boleh mejatuhkan air muka sahabat anda di khalayak orang ramai.

Secantik-cantik teguran biarlah ia di tegur dengan cara yang santai dan bersahaja namun tidak terlalu menegangkan keadaan dan suasana tersebut di antara anda dengan sahabat anda . Tapi apa-apa pun anda kenalah kenal pasti kawan anda tu pek peten yang bagaimana ya..

Takala anda berbual denganya maka anda sebagai rakan haruslah berbual seperti keadaan biasa-biasa sahaja. Tapi yang pasti intonasi suara anda haruslah anda jaga dengan sebaik mungkin sungguhpun waktu itu kemarahan anda sedang mendidih. Ingat jangan sesekali anda meninggikan suara dihadapannya sudah pasti nasihat dan teguran anda tidak akan menjadi punya. Malah keadaan akan menjadi lebih buruk lagi adalah.

Bicarakan perkara yang ringan-ringan sahaja tentang kehidupan sehariannya yang tiada kait – mengait dengan apa yang bakal anda nak tegur pada dia kelak. Setelah itu barulah anda tepuk bahu kawan anda secara perlahan-lahan dan bicarakanlah teguran itu mengikut susunan ayat yang sebaiknya agar setiap teguran anda itu dapat di terima olehnya dengan hati yang terbuka.

0002

Sebaik-baik teguran takala anda sahaja yang berbicara dengan dia tanpa ada pihak ketiga dan sewaktu dengannya. Ini bagi mengelakkan sahabat anda merasai perasaan malu dan tersinggung takala teguran di hujani di depan rakan-takan yang lain.

Malahan terdapat jua jenis sahabat yang mudah menitiskan air mata takala teguran dibuat secara baik dilakukan terhadap mereka. Mereka-mereka ini mungkin jenis yang mudah beremosi dan mengeluarkan air mata. Justeru itu anda sebagai sahabatnya yang perihatin anda haruslah sediakan tisu atau sapu tangan buat sahabat anda sebagai persediaan untuk apa jua sebarang kemungkinan yang berlaku. Ada sanggupkah jejaka-jejika di luar sana tu berbuat demikian?? kalu aweks mungkin no hal kot..tapi kalu isteri sendiri? huhu..

Setelah selesai teguran dibuat maka akhir sekali anda haruslah bermaafan kepada sahabat anda. Supaya luahan teguran yang anda berikan kepada sahabat anda tadi dia tidak memandang serius. Dan kemudian anda katakanlah pada dia anda buat begini untuk menjernihkan keadaan yang tegang dan sebab saya adalah kawan awak. Sebab itulah saya menegur awak. Jika orang lain buat apa saya nak tegur. hehe..

Cara anda pula bagaimana? Anda pernah alami situasi sebegini? hehehe…jom komen di kotak bawah ;)

Share

Mengenali Wanita Berdasarkan 4 Unsur

Kami kongsikan dengan anda mengenai cara kita mengenali atau mengenalpasti perangai dan sifat seseorang wanita melalui 4 unsur semulajadi iatu TANAH, AIR, API & ANGIN.

WANITA TANAH
——————-
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak;
Taurus (21 April-20 Mei),
Virgo (24 Ogos-23 September) dan
Capricon (22 Disember-20 Januari).

Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia d! an berwibawa.

WANITA API
—————
Wanita api dilahirkan di bawah zodiak;
* Aries (21 Mac-20 April),
* Leo (24 Julai-23 Ogos) dan
* Sagittarius (23 November-21 Disember).

Dilahirkan sebagai pemimpin
Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.
Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

anak saudara suri

WANITA ANGIN
——————
Mereka ini lahir di bawah zodiak ;
* Gemini (22 Mei-21 Jun),
* Libra (24 September-23 Oktober) dan
* Aquarius (21 Januari-19 Februari).

Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh sungguh.
Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

WANITA AIR
—————
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak;
* Cancer (22 Jun-23 Julai)
* Scorpio (24 Oktober-22 November) dan
* Pisces (20 Februari-20 Mac).

Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati hati.
Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.
Adapun, semua yang dicatatkan ini bukanlah satu fakta 100% tepat yang boleh dijadikan hujjah atau sandaran keyakinan anda, sebaliknya ia hanyalah sekadar satu ramalan berdasarkan fenomena dan pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji2 dalam bidang psikologi manusia.

Pastinya, semua perkara atas dunia ini adalah menjadi hak mutlak ALLAH, yang mempunyai kekuasaan penuh atas apa jua perkara di muka bumi ini.

Kiriman dari: umarbaki.a@klk.com.my>
krdt pic anak saudara Suri on FB

Share

Sampaikan Rinduku Pada Dia

001

Salam..
Malam ni mata rasa macam tak mahu tidur jer. Kenapa yer? Tetiba pula hati den rindu pada teman-teman yang dulu hik..hik.. Oit ini bukan teman tapi mesralah tapi teman sekolah-sekolah rendah sampilah teman sekolej dulu.

Hurm…
Try juga jejak mereka kat talam dua muka tapi just dapat jumpa separuh jer dari mereka. Kot-kotlah jumpa bekas secret admire sapa tahukan.. hehehe..apalah Suri ni merepak cam kerepek kentanglah..

002

Orang kata jika kita rindu seseorang maka tiba-tiba sahaja kita teringat kat dia. Eh ya ke? or mungkin kita yang tersyok sendiri??

……… Alah katakan kau rindu pada si dia sudahlah yer tak abis cter ..and tamat..huhu.. :)

003

Akan ku cuba jejaki mereka sehingga ku temuinya melalui..
Facebook hurm mana tahu dengan menggunakan nick kawan, atau nama sebenar kawan anda kita akan dapat menjejaki kawna kita semula.

Suratkabar lama macam kat kosmo kat bahagian aduan dan jejak rakan semula tu

Buat bintang origami banyak-banyak dan kemudian masukkan ia ke dalam botol besar. Kata kawan lagi banyak bintang yang kita hasilkan bermakna begitu banyaklah rindu kita pada teman kita tu..hehehe (ni pepatah masa Suri belajar kat kolej dulu-dululah)

004

Cuba call nombor hp kali terakhir anda menghubunginya. Mengikut kepercayaan bomoh suri yang telah suri jumpa kebanyakan dari mereka tidak menukar nombor telefon mereka atas sebab-sebab tertentu. Contoh sebab ramai yang dah tahu nombor yang digunakan itu ramai kawan-kawan sudah lama megetahuinya. salah satunya juga mungkin sebab nombor hp itu telah digunakan dengan pelbagai urusan seperti pengisian jawatan kosong untuk panggilan temuduga dan sebagainya.

Bila ku rindu ku sebut namamu..hehe..

Bawa diri pergi ke tempat kenangan bersama teman-teman dulu.. contoh pergi ke tempat belajar dulu-dulu ke..hostel dan sebagainya bagi menggamit memori anda bersama teman-teman sewaktu masa dahulu.

kawan

Keluarkan gambar kenangan tersebut dari album anda. Kemudian tepekkan gambar kawan-kawan anda tu di tempat kerja anda. Pasti akan membuatkan anda tersenyum sendiri dan anda juga akan dapat merasakan yang teman atau kawan-kawan anda itu seolah-olah terasa dekat dengan anda sungguhpun kalian masih belum ketemua mereka lagi.

005

Sentiasalah berdoa selalu semoga anda akan temui sahabt anda pada suatu hari kelak. Dan pada ketika itu pastinya keadaan akan lebih gamat dari biasa.

006

Soalan cepus emas celup..
Apa korang akan buat jika kenangan lama terimbas bersama kawan-kawan dulu..tak kiralah teman tapi mesra ke, kekasih ko, bekas tapawe kekasih ke, ibu ayah dan yang sewaktu degannya.

p/s: pagi besok suri akan up date pic lama lagi key. masa zaman kolej.. hari dah pagi nie..hehe.. tUNGGUU..

Dimanakah Suri? hehehe..
Pic No. 1: Duduk kat bahagian hadapan, sebelah kiri tudung crem baju hitam putih.(Baru lepas sesi perkenalan)
Pic No. 2: Bahagian hadapan, yang sedang menunduk tu..(Duduk dibawah pokok)
Pic No. 3: Duduk kat sebelah baju biru (Sesi taklimat)
Pic No. 4: Suri duduk di tengah-tengah (Masa ni semua muka kami semua separuh darinya diarang.. hitamkan)
Pic No. 5: Suri tengah duduk (Lepas makan buat aktiviti bebas. Kami bergambar di pantai Kuala Linggi, Melaka)
Pic No. 6: Baju Suri warna hijau (Pejabat KWSP zaman pratikal)
Pic No. 7: sebahagian member satu kuliah yang sempoi. Masa ni dah nak konvo)

Share