Panduan Bangun Awal Ke Tempat Kerja

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Tidur merupakan salah satu cara untuk tubuh badan kita berehat tanpa melakukan sebarang aktiviti lasak ataupun tidak menggerakkan tubuh terlalu banyak.

Ramai individu yang berpendapat tidur yang berkualiti mampu mempertingkatkan daya pemikiran dan ingatan seseorang, bergerak aktif sepanjang waktu berkerja, memiliki emosi yang mudah di kawal dan juga mempunyai stamina serta kesihatan yang baik sekiranya semua berjalan pada kedaan yang betul.

Bagaimana pula sekiranya seseorang itu sering tidur lewat? Nahtijahnya sepanjang hari tersebut akan banyak terganggu. Memang tidak syok kata orang bangun lewat ke tempat kerja dan selepas itu di marahi orang atas huhu.. Pagi-pagi bos sudah memekik akibat sering lewat. Saban waktu muka yang sama lewat masuk kerja. Padahal pejabat itu bukan ayah atau ada kait mengait keluarga kita dalam organisasi syarikat itu huu..

Panduan bangun awal ke tempat kerja mengajak anda mengemas kini point penting bagi menjadikan anda seorang yang berkualit dalam membentuk disiplin diri sendiri dan dipejabat.

  • Biasakan tidur seawal yang mungkin. Seawal jam 9.00 malam. Kerana waktu tersebut biasanya kita telah selesai makan makan, membantu anak dalam hal menyiapkan kerja sekolah, solat isyak dan sebagainya. Wakti masuk tidur wajib disetkan tepat pada waktunya agar hari esoknya mata kita akan terbiasa tidur pada waktu yang sepatutnya.
  • Untuk mengelakkan kita jimat masa cubalah menggosok stok baju dalam seminggu berkerja. Cara yang selalu Suri amalkan menggosok baju sekali harung menjimatkan bil elektrik di samping mengelakkan diri tekejar-kejar menggosok baju. Terkenalah pula baju agak sukar di gosok selalunya makan masa untuk tampak licin apa lagi jika di tambah dengan situasi beradab pepatih depan alamari pilih bajunya tidak lagi huhu..Maklumlah inginkan sedondong baju sama dengan seluar.  Kain tudung mesti match bila di pakai nanti.. kan..kan..kan..tidak ke haru masa tu nanti…
  • Sekiranya anda seorang sukar bangun lewat saranan Suri belilah dua tiga jam loceng. Mudah di dengar dan jimat pula harganya. Usai kunci jam loceng jangan lupa kunci jam telefon bimbit. Pastikan volume kuat kalau tidak risau juga andai tidak bangun-bangun. Bagi yang duduk rumah sewa tu baguslah juga boleh kawan-kawan kejutkan. Pesan pada kawan sekiranya anda lewat bangun berikan Lesan SA. Lesen Simbah Air di atas muka anda heee mana tahu selepas ini serik bangun lewat nanti.

  • Tidur..dan tidurlah jangan sesekali memikirkan apa yang bakal terjadi pada keesokannya walaupun anda bakal tahu kemungkinan esok adalah h ari temuduga, peperiksaan bagi sedang menuntut, ada masalah apa sekalipun cuba lupa sebelum mata dipejam. Ambil jalan yang mudah seperti tidur sambil berselawat, senyum dan cuba memikirkan perkara yang indah hee.. Insyallah kalian akan dapat tidur dengan hati yang tenteram tanpa memikirkan soal dunia dan segala masalah tentang kerja akan memudahkan anda tidur lebih awal selesa.
  • Elakkan minum minuman kafein atau kopi. Ini menyukarkan mata anda untuk tidur dalam keadaan normal. Kopi yang pekat selalunya akan membuatkan mata lebih cerah penglihatannya huhu.. Jadi elakkan minum kopi sebelum tidur tapi minum kopi selepas bangun dari tidur boleh sahaja.
  • Siapkan awal-awal barang yang bakal bawa di pejabat misalannya beg, dokumen-dokumen, helmet atau sebagainya di letakkan di tempat mudah di lihat. Bukan apa bila selesai bersiap nanti semua barang mudah di capai. Ini juga salah satu cara untuk mengelakkan situasi barang tertinggal nanti silap hari kaita juga yang terpaksa berpatah balik kerumah hanya semata-mata barang keciciran dan sekaligus membuatkan masa terbuang begitu sahaja sampai pejabat lagilah lambat.
Share

Panduan Menguruskan Geram

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Suri baru sahaja selesai membungkus nasi lemak ayam madu satu barang huu.. aje lambat sahaja nak hadap blog huhu.. Di fikirkan mahu kongsikan topik pokok api-api tapi mood nak bercerita panjang masih lemau lagi huhu..

Masih ingatkah akan entri Suri pada penghujung tahun lepas Senaraikan Geram! Haa.. ada orang melepaskan tekanan geram dengan cara membalas geram itu kepada seseorang seperti balas dendam dengan cara membunuh, menghantar sihir tuju-tuju kepada orang yang amat di bencinya, bahkan cuba meruntuhkan rumahtangga orang atau hubungan sesama manusia dan pelabagai cara geram boleh di kelaskan dalam satu masalah geram!

Ingat perasaan geram jika di simpan lama tidak akan menjadikan anda seorang yang lebih baik tapi akan menjadi anda seorang yang emo, bengis, berhati hitam selalu!

Bagaimana cara mengatasi geram!

Kita Kawan Bukan Lawan.

Selalunya orang akan menggunakan burung cip-cip sebagai luahan di layar maya tapi tidak kurangnya juga di cinta muka buku medan wall huhu.. Cara yang salah ini banyak orang menggunakannya tapi anda sendiri tidak sedar bahawa ia menampakkan anda seorang yang tidak dapat menahan perasaan gejolah geram marah dengan cara baik.

Apa kata anda mencari seorang rakan yang boleh di percayai sedia mendegar keluh -kesah anda sewaktu susah mahupun senang. Ingat cari kawan yang anda kenal lebih lama bukan kawan atau sahabat yang baru berkenalan seminggu dua, anda sudah berani cerita itu ini pada dia memang kes makan diri sendirilah jawabnya.

Masak, Makan.. lama-lama badan pun naik hee

Minat

Ada orang minat bersukan maka dia akan cuba melepaskan kemarahan geramnya dengan cara bermain badminton, tenis, berkuda, berenang, memasak, panjat gunung turun gunung, berbasikal, kraftangan, menyanyi sendiri dan sebagainya. Percayalah dengan mencuba menghabiskan diri dengan cara beriadah kadangkala juga ia dapat menenagkan fikiran.

Ibarat menghayunkan bola tenis kepada pihak lawan sedaya kuat seperti anda melepaskan perasaan geram itu pada bola tersebut. Bola tenis itu akan pergi dan rasa geram ke arah pihak lawan! Bola di pukul seperti mangsa yang anda geram hee.. Badan sihat, otak pun cerdas insyallah perasaan geram akan hilang jika anda selalu bersukan secara konsisten.

Depan-depan

Ada yang berani melepaskan geram secara berdepan dengan musuh. Tapi kesudahannya tidak akan membawa anda kemana-mana. Sebaliknya akan semarakkan lagi api kemarahan geram yang semakin melupa-lupa. Andai ada antara satu pihak ingin berdamai mengapa anda tidak bersikap sedemikian rupa?

Berdamai cara baik memang bukan satu perkara yang mudah tapi dalamnya ada keindahan disebaliknya. Akuilah kesilapan diri andai kita rasa itu salah kita sebab geram tidak bertepi. Jika agak suakr mencuba melenyapkannya dan katakan pada diri geram kalau di simpan lama-lama bukan akan membawa penawar tapi makin di sukai oleh jin apatah lagi syaitan. Geram boleh disifatkan sebagai membunuh rasa murni yang ada dalam hati. Sematkan dalam diri sikap geram, marah tidak indah tapi sifat beristifar sebaiknya akan mendapat pahala dariNYA.

Pencipta.

Kembalikan diri pada Pencipta. Geram yang tiada kesudahan kelak akan membinasakan diri tapi cuba mendekatkan diri padaNYA. Cuba beringat akan kematian. Ingat mati ingat beristifar. Tuhan menciptakan hati setiap manusia dengan begitu indah sekali sayang andai kalian merosakkan hati bersih itu degan perasaan yang agak sebal. Hati yang baik hati selalu berzikir dan sering mohon keampunan dariNYA. Belajarlah kawal hati insyallah perasaan geram anda akan sedikit luntur bak gugurnya daun di atas dada bumi.

Jangan berikan pelbagai alasan untuk sukar menghapuskannya sememangnya itulah kita sebagai manusiaNya. Sungguh lemah dan tidak berdaya. Di mana kita berasal di situ juga kita akan dikembalikan.

G.O.L.B 

Bukan goblog tapi cuba terbalikkan perkatan itu pada asalnya semula. Ada bagusnya juga jika anda mempunyai satu blog peribadi seperti Suri hee.. tapi awas jangan sampai kemarahan anda melampaui batas dalam melepaskan marah secara melulu takut-takut jika pembaca yang sedia membaca entri anda dalam diam agak terasa dalam bait-bait yang anda kiaskan walhal itu adalah masalah anda. Tapi harus diingat anda sebagai penulis tidak di galakkan menyentuh isu-isu yang sensetif berkait rapat dengan politik sama sekali, apatah lagi bab-bab menyentuh hal perkauman dan sebagainya sehingga membuatkan orang terasa panas hati tak ka;a membaca entri anda.

Bergolb secara sihat dan cuba mengawal intonasi penulisan dengan cara yang baik supaya pembawakan jalan cerita anda tidak membuatakan hati mana-mana pihak tergugat sebaliknya mereka respet anda kerana anda berjaya menjiwa jalan setiap entri anda di garap dengan baik. Entri yang di tulis dengan nada yang agak keras selalunya akan di sudahi dengan rasa sesal tapi sebaliknya jika di akhiri dengan kesudahan yang baik pasti penghujung pembacaan akan membuat orang tersenyum.

Haa..ini port lepak Suri kampungku!

Kedamaian.

Sebahagian orang suka mencari kedamaian dengan menjerit. Waduh…dasyat juga tapi pastikan jeritan anda di atas bukit hee.. bukan di kawasan perumahan silap hari jiran-jiran akan baling depan rumah anda periuk, penyapu dan sebagainya hee..

Molek juga masuk ke ceruk hutan untung-untung anda lulus dalam pemlilihan akademi tarzan hee ..Jangan marah tapi bergurau sahaja. Tengok anda sudah geram! Kata orang lelaki andai menjerit okey lagi tapi kalu perempuan menjerit..melolong malu juga Suri dibuatnya heee..

Kesimpulannya banyak cara untuk anda melepaskan nafsu geram itu. Bijak memilih pasti ia akan membawa kesan yang baik pada kehidupan anda kelak. Jika salah memilih caranya Suri pasti selagi itulah masalah anda tidak akan dapat di atasi dengan jayanya.

Selamat menguruskan Geram =)

Share

Cara Menghalau Binatang Berbisa Dari Kediaman

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Haaa time ini pulak teringat akan persoalan rakan bloger dari Akubiomed dan juga kakak Nora berkenaan dengan permasalahan lipan di kediaman mereka. Lipan bersaiz kecil bolehlah di angkat dengan jari, di kaut dengan pengaut sampah. Datangnya lipan sebesar ibu jari mau tak haru seisi rumah dibuatnya.

Mak!!!!!!!!! Lipan..

Hari ini Suri akan mencuba study sikit bab lipan dan cara untuk mengusir binatang berbisa dari masuk dalam rumah. Andai ada yang ingin menambah atau memberikan tips persilakan langkah jari anda ke ruangan komen amat di alu-alukan.

Lipan ialah artropod yang tergolong dalam kelas Chilopoda dalam subfilum Myriapoda. Lipan adalah haiwan yang mempunyai panjang dengan sepasang kaki untuk setiap segmen badan. Lipan boleh mempunyai bilangan kaki dari bawah 20 hingga melebihi 300. Lipan mempunyai bilangan pasang kaki yang ganjil, contohnya 15 atau 17 pasang kaki (30 atau 34 kaki) tapi bukan 16 pasang kaki (32 kaki).Lipan biasanya ialah karnivor.

Dianggarkan terdapat 8,000 spesies lipan di seluruh dunia dan 3,000 telah dikenalpasti.

Lokasi panas lipan.

  • Lepas hujan lipan akan mudah merayap satu -satu tempat untuk menyorok celah-celahan sempit.
  • Balik, bawah sekitar mangkuk tandas atau bilik air.
  • Kadangkala ia berpontesi duduk di celah-celah kayu. Perhatikan andai ada pembinaan rumah atau tapak projek di bangunkan pasti ada lipan di celah-celahnya. Tambah pula ada kayu-kayu berlapik memang port yang terbaik tempat lipan duduk.

Bagaimana cara untuk menghalau binatang berbisa seperti lipan, kala jengking, ular dari masuk dalam rumah?

  • Taburkan belerang kuning di sekeliling rumah. Ia bertujuan mengelakkan dan menghindarkan binatang buas atau berbisa masuk dalam rumah. Ada pendapat mengatakan fungsi wap daripada belerang ini berupaya menghalau binatang untuk mendiamai sesuatu tempat lebih lama lagi.
  • Limau perut ambil dari daun, batang atau pokoknya dikatakan ular tidak suka dengan bau yang terhasil dari pokok tersebut.
  • Carilah buluh selalunya orang-orang tua kata binatang bisa takut dengan benda-benda yang panjang dan keras.

Ada pengalaman kena gigitan lipan..?

Share

Kenali Bed Bugs! Part II

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Uh seperti yang di janjikan entri bahagian dua tentang pepijat muncul. Banyak sangat berhutang entri dengan sahabat mujur semuanya tunggu tuan di publishkan jika tidak naik haru gak nak mencari bahan buku di rak mini Suri, carian maya sana- sini huhu..

Bagi yang berhadapan dengan masalah pepijat ini Suri berarap agar kalian bolehlah mengikuti panduan ini satu persatu. Yang penting kita mencuba. Mana tahu usaha anda akan mendatangkan hasil :) .

Gambar rajah di bawah, si pepijat tinggal dan menyerang.

Cara-cara menghapusakan pepijat.

  • Letakkan kulit durian atau daun durian belanda berserta rantingnya kawasan sering di serang pepijat. Mengikut kajian bau kulit durian yang kuat menyebabkan pepijat tidak menyukai sesuatu kawasan itu. Tapi kulit duriannya harus di ganti selepas dua hari berikutnya. Jika tidak serangan pepijat akan mula menyerang tempat itu kembali.
  • Daun pandan bukan sahaja enak buat masakan malayu tapi juga manfaat untuk menghapuskan pepijat dengan mencari daun pandan yang agak besar dan tua untuk menghalang terus pembiakan pepijat. Letakkan ia di kawasan persinggahan pepijat yang berpotensi tinggi untuk dia membiak seperti di bawah tilam,  celahan/ sisi tilam sempit pembiakannya.
  • Dapatkan minyak serai wangi yang terdapat di pasaran dan semburkan ia setiap hari.
  • Asingkan pakaian pernah terkena pepijat kalau boleh buang terus sebab potensi untuk dia datang semula tinggi.

Zoom pepijat dari jarak dekat !

Cara merawat gigitan pepijat.

Jus lemon, soda bikabonat di pupuk atas kawasan yang terkena gigitan pepijat.  Bahan ini berupaya meredakan sakit gigitan pepijat pada kulit manusia. Langkah seterusnya berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan ubat dan nasihat terbaik darinya.

Selamat mencuba >____<

p/s:Terima kasih pada yang sudi tinggalkan komen. Nanti Suri akan belasah komen korang sampai lebam hii..korang tunggu Suri depan pintu blog jap g Suri sampai daa..

Share

Bukan Wangi Bau Pengantin Part II

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Pada minggu lepas Suri membuka topik tentang persediaan membeli barang-barang hantaran sebelum majlis pertunangan bakal di adakan. Hari ini Suri perincikan sedikit lagi persiapan tersebut supaya kawan-kawan boleh nampak dengan jelas apa yang Suri maksudkan pada entri yang sebelum ini.

Hias barang hantaran

  • Untuk menjimatkan kos sebaiknya lebih elok andai anda sendiri menghiasnya sebab menjimatkan kos dan memenuhi citarasa anda.
  • Sekiranya anda tidak mempunyai masa untuk memberikan fokus pada barang hantaran tersebut boleh juga anda mendapatkan khidmat dari beberapa kedai hantaran yang menyediakan beberapa pakej berpatutan buat majlis anda. Sediakan  wang semua pasti berjalan lancar.

Tatarias wajah

  • Inginkan kelaian yang nampak dramatik tidak salah sekiranya anda mengambil upah mak andam untuk merias wajah anda nampak berseri.
  • Andai anda bijak dalam menatarias wajah sendiri atau memang anda ada kemahiran tentang persolekan tidak salah rasanya anda menggunakan saat ini untuk menunjukkan kemahiran saat-saat bahagian depan sahabat andai dan keluarga pasti ia satu hasil yang menarik.
  • Ada rakan yang pakar dalam hal menaikkan seri alat solek boleh sahaja anda meminta pertolongan dari mereka. Yang pasti dia benar-benar tahu akan persolekan jangan cakap tapi tidak tahu payah juga. Tak ke haru bila last minute cari juruandam nanti huhu…Pstt.. ada wang hulurkan sedikit untuk di ya hee..

Persediaan baju bertunang.

  • Sekiranya anda berkemampuan untuk menyewa baju untuk majlis pertunangan maka pastikan harga berbaloi dengan citarasa anda.
  • Sebaliknya sekiranya anda lebih selesa menempah baju sendri mengikut kehendak yang di fikirkan maka budget anda haruslah senada dengan apa yang di idamkan. Urm..harus di ingat baju yang bakal di tempah MESTI hantar awal jangan last minute yer.
  • Lagi bagus jika anda tidak ingin membazirkan wang boleh sahaja anda meminjam baju rakan-rakan yang pernah bertunang. Cun sekiranya baju pertunangan rakan anda sama teman warna dengan majlis pertunangan anda itu lebih best bukan.

Pelamin Mini.

  • Trend sekarang begitu ramai orang yang membuat pelamin mini yang comel ini untuk majlis pertunangan. Bagi Suri sekiranya anda berkeinginan ingin membuat sebegini memang tiada masalah sebenarnya tapi ikutlah budget yang anda peruntukan khas untuk pelamin mini. Pada kebiasaannya pelamin mini ini di wujudkan bagi bertujuan agar keluarga dari lelaki akan lebih dekat lagi mengenali atau melihat wajah gadis yang disarungkan cincin pertunangan kelak.
  • Seandainya anda tidak membuat pelamin mini tidak mengapa sebaliknya bukan menjadi satu perkara yang penting dalam sesebuah majlis. Akan tetapi anda masih boleh mengekalkan tradisi melayu terdahulu di mana si gadis duduk dalam bilik dan bakal ibu mertua dari pihak lelaki akan memulakan majlis dengan menyarung cincin seperti biasa. Cuma yang membezakannya situasi tempat sahaja yang berubah.

http://ogiemalaysiagiftboxes.blogspot.com

Doorgift.

  • Merupakan hadiah pemberian dari para tetamu yang hadir. Pemberian ini bertujuan mengucapkan terima kasih atau kenang-kenangan dari pihak tuan rumah pada tetamu yang sudi hadri ke majlis pertunangan tersebut.
  • Tiada hadiah yang ingin di beri atau buah tangan untuk para tetamu tidak megapa sebab semasa majlis berlangsung para tetamu telah pun di jamu dengan makan, minuman dan kuih-muih dari pihak tuan rumah.

Jamuan/catering.

  • Mengikut budget contoh satu kepala RM5.00 atau RM18.00 atau lebih atau kurang.
  • Jimatkan belanjawan adik-beradik, jiran tertanggan boleh bergotong-royong antara satu sama lain. Itukan lebih bagus :) .

Apa yang penting kesemua haruslah bersedarhana dan di sulami dengan nilai keikhlasan bukan untuk menunjuk-nunjuk. Jalankan yang wajib itu perlu dari membazir tidak bertempat tiada gunanya juga.

Erk.. kursus khwin jangan terlupa ek..

Share

Bukan Wangi Bau Pengantin Part I

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Musim cuti sekolah telah menjelma maka ramai yang mengambil peluang untuk mengukir sejarah yang indah dalam kamus kehidupan masing-masing. Bukan setakat menghadiri jemputan perkahwinan dari sahabat andai, sanak-saudara namun ada juga yang merancang untuk menyunting bunga di laman orang.

Wah, Suri sudah bukak langkah silat gayong siap kuak bunga lagi heeee. Bagi yang bakal atau merancang mengikat tali pertunangan pada tahun ini apa kata anda merujuk senarai wajib mesti ada dalam majlis korang yang bakal berlangsung kelak.

Ingat senarai barang keperluan haruslah dirancang dengan sebaiknya. Jika tidak dikhuatiri perbelanjaan anda akan melebihi segala apa yang dicadangkan. Kata orang jangan sampai berputih mata selepas habis bergaya sudahlah. Apa yang penting budget haruslah sederhana dan sempurna bukan pula membebankan kewangan anda dan si dia pada masa akan datang.

Barang hantaran dari pihak lelaki untuk pihak perempuan.

  1. Tepak sirih
  2. Sebentuk cincin pertunangan
  3. Sepasang kasut
  4. Sepasang persalinan pakaian/kain 4 meter
  5. Manisan seperti cokelat atau gula-gula
  6. Buah-buahan
  7. telekung/sejadah

 

Barang yang dibalas oleh pihak perempuan untuk pihak lelaki.

  1. Sirih junjung
  2. Sepasang kasut
  3. Sepasang persalinan pakaian/kain 4 meter
  4. Buah-buahan
  5. Kek
  6. Manisan seperti cokelat atau gula-gula
  7. Set mandian
  8. Pot puri wangi
  9. Biskut/kuih muih tradisional

 

Pstt!!! Kebiasaannya jumlah hantaran terdiri daripada jumlah yang ganjil 7 dulang berbalas 9 dulang.

Selepas bertunang perlu juga menyediakan wang untuk langkah seterusnya iaitu persediaan untuk melangkah ke gerbang perkahwinan heee..

krdt picture: google.

Share

Panduan Memilih Vitamin C Untuk Kanak-Kanak

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..

Selamat datang ke bulan jun terasa masa dan bulan berganti sungguh cepat sekali. Saban hari dok memangkah kotak tarikh dalam kalender sedar dengan tidak kita telahpun menginjak ke pertengahan tahun.

Pernahkan kawan-kawan membeli pil vitamin C untuk si manja? prihatinkah anda tentang setiap produk keluaran vitamin C tersebut sebenarnya kita harus meneliti beberapa ciri-ciri yang penting perlu dititikberatkan.

30327093-ChildrenOutsideSumber: http://www.theepochtimes.com/n2/content/view/3333/

Baiklah Suri tidak mahu membuang masa. Di sini Suri sediakan maklumat yang ingin dikongsikan pada kawan-kawan semua. Berharap dapat membantu ibu bapa memilih makanan tambahan untuk anak-anak dengan lebih teliti lagi.

  • Pastikan botol atau bekas produk vitamin C tersebut mempunyai label keterangan yang terperinci dan mudah fahami.
  • Sebaik-baiknya pililhlah perisa buah-buahan kerana kanak-kanak lebih menyukai berbanding dengan perisa yang lain.
  • Utamkan kuantiti vitamin yang banyak didalamnya supaya anda tidak perlu membelinya setiap bulan.

110241Sumber: http://www.pharmachoice.com.my

  • Pastikan tablet vitamin mudah untuk dikunyah disamping ia bebas daripada kandungan gula.
  • Lihat pada harga tersebut biarlah berpatutan bertepatan dengan kualitinya dan kuantiti vitamin.
  • Mempunyai rekaan bentuk botol yang menarik. Ini bertujuan untuk menarik minat kanak-kanak supaya makan vitamin C setiap hari mengikut sukatan yang telah ditetapkan.
  • Amat baik sekiranya ia mengandungi 167 vitamin C yang menepati kuantiti saranan USRDA.

jOM BeLI =)

Share

Panduan Mengenali Mengapa Pasangan Anda Berlaku Curang

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..

Kecurangan berlaku dimana-mana sahaja. Hata pada kawan, kekasih dan pada perkahwinan itu sendiri.

Bila diri dikhianati terasa dungun sungguhkah diri ini..

Patungkah diriku..

Hakikatnya nyawa kita pun belum cerai dek badan lagi pasangan/kawan berani pula buat begitu pada anda..

Persoalan demi persoalan sering diasak lantas membutakan Suri terfikir seandainya kita tidak bermain dengan api manakan tidak ia bisa memakan diri. Jika semarak kecil boleh sahaja menjadi besar. Kalau segudang tin minyak tanah lagilah menjilat kelaparan..

Antara sebab-sebab terdorongnya seseorang itu melakukan kecurangan terhadap pasangannya yang telah berkahwin:-

  • Kemungkinan tiada kepuasan yang di temui sepanjang mengecapai kehidupan alam rumahtangga
  • Mungkin ada satu dua perkara yang amat dimarahi oleh pasangan anda sehingga menyebabkan pasangan anda teramat marah pada anda. Cuba telitikan baik-baik..
  • Terkadang bila pasangan anda memerlukan anda, kelihatannya anda tiada di sisinya, maka ruang yang ada di gunakan si dia sebaik mungkin untuk mengadukan permasalahnya pada orang lain. Terutama pada yang berlaian jantina.

148592_176170465728415_100000063882829_617853_1569454_n2

  • Dorongan sendiri untuk membuatkan pasangan anda mencemburui anda.
  • Ketagih pada pengambilan alkohol atau pun ubat-ubatan yang menyebabkan kawalan emosi tidak dapat dikawal dengan baik.
  • Atas sebab masalah peribadi pada masa yang lampu menjadikan pasangan anda hot semacam ..
  • Keperluan mencari variasi dalam kehidupan seksual.
  • Berkemungkinan pasangan agak sukar menolak godaan. Contoh apabila melihat perempuan cantik mulalah si dia tak duduk senang.
  • Atau mungkin si dia tidak mencintai anda seperti dahulu lagi..
  • Kurangnya mendapat perhatian juga membolehkan seseorang itu berlaku curang.
  • Terserempak dengan kekasih lama menyebabkan seseorang itu lupa pada status yang dipegangnya.
  • Senaraikan lagi ya ;)

Curang..curang..apalah yang seronok sangat berlaku curang. Bukannya satu perbuatan baik pun. Andai di curah kasih pada yang sepatutnya itu lebih afdal dari membuat dosa menambah beban diri di akhirat kelak huuu..

Psst..sebagai peringatan untuk diriku dan kalian jua.

Share

Panduan Menceriakan Diri Ke Pejabat

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Pagi tadi Suri jadi mam besar duduk bahagian belakang tempat memandu kereta. Ek, tempat duduk hadapan tak boleh bukak gara-gara pinnya tersekat.. Nampak gayanya duduk belakanglah jawabnya.. apalagi untuk memecahkan kebosanan pagi Suri pun melayan lirik ini sorang-sorang kat belakang..

Larilah hai kudaku

Larilah ayuh lari

Larilah hai kudaku

Larilah ayuh lari

Gerakkan keretaku

Blogku  telah menunggu

Ayuh lari uh..

karaoke-queen-generic-cartoon-image

Haaaa….a…a…a…

Kudaku lari gagah berani

Harini hari selasa aku mahu berkerja.. a…a…a..

~Lalu dengan tidak semena-mena dia pun ikut menyanyilah sekali ar ngheee… ;) :)

Agak lama tuan punya blog ini bercuti sekali dengan blog-blognya turut menfollow we..we..we.. Biasalah bila cuti telah mejamah diri membuatkan kita nak gerak ke tempat kerja akan membuatkan seluruh urat sendi kita terasa longgar sekali.

Hurm, bukan kerana kekurangan zat kalsium dalam tubuh tapi kemalasan telah bersarang di relung hati membuatkan langkah kita semakin longlai dan tidak bermaya untuk ke tempat kerja. ce.. citer pasal harini gaji masyuk men’sure’ punya akan nampak senyum sampai ke telinga :) .

Berikut Suri sediakan panduan menceriakan diri anda semasa ingin ke tempat kerja.  Berharap lepas ini mood sahabat semua akan kembali segar ibarat bunga kembang pagi :) . Apalagi jomlah kita baca sama-sama ;) .

  • Langkah kaki kanan untuk keluar rumah. Perbanyakkan selawat dan semat dalam hati kita berkerja mencari rezeki demi anak-anak, keluarag dan tanggungjawab. Insyallah kerja yang bakal kita lakukan seharian akan mendapat berkat dariNYA. Insyallah rezeki itu akan sentiasa berpihak pada kita.

imagesSumber: http://www.dailymail.co

  • Tergesa-gesa ke pejabat jangan lupa pastikan hari pertama berkerja (hari isnin) kita memakai pakaian yang boleh membuatkan kita berasa bersemangat untuk ke tempat berkerja. Pakailah pakaian yang bersederhana tapi kemas dan sedap mata yang memandang. Jangan memakai pakaian yang kurang menyerlahkan keyakinan diri kerana ia akan membuatkan semangat anda berkerja akan menjadi malas atau kurang fokus pada kerja  yang bakal di jalankan kelak.
  • Selain beristifar, berselawat dalam kereta, dalam bas dalam train apa kata anda menghadiahkan senyuman anda kepada rakan sepejabat. Kata Suri dengan senyumlah orang akan mudah rapat dengan kita, pagi -pagi senyum itu merupakan satu sedekah yang membuatkan orang yang memandangnya berasa senang hati.

newhhaw1Sumber: http://www.irishheart.ie/iopen24/workplace-t-198.html

  • Sering bosan dengan nyanyian di radio apa kata sahabat menyanyi mengikut lirik lagu sendiri. Em..hujung lirik kali ini biarlah lengkok sikit bagi ayat tu nampak menarik kita tukarkan seni kata lagu itu mengikut apa yang terlintas di fikiran kita. Pasti ia akan membutakan pagi sahabat akan terasa lucu. Tak percaya buatlah.. ;) Sesekali skema bosan juga :( .
  • Cuba imbaskan kembali saat-saat percutian anda bersama anak-anak, keluarga di kampung, semasa majlis kenduri kawin, perkelahan pasti dalam banyak -banyak peristiwa yang dilalui akan ada satu dua kisah yang bisa membuatkan kalian tertawa sendiri. Bahkan mungkin akan ada cerita yang ingn anda sampaikan pada suami atau isteri yang hendak anda perjelaskan sehingga menyebabkan kejadian lucu sehingga ia mampu membuatkan anda dan yang lain tertawa tanpa henti

Sabar ek..nanti Suri akan jalan-jalan ke blog korang pulak :)

Share

Kesan Penggunaan Kosmetik

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Siapa yang tidak ingin cantik semua orang menginginkannya. Siapa yang ingin tua jikalau boleh tak semua orang berani menghadapinya. Namun itulah realiti kehidupan dimana hampir kebanyakan manusia tidak rela melaluinya. Hanya sebahagain sahaja yang mampu bertahan dengan menerima ketentuan ilahi dengan hati yang terbuka.

Kata seorang rakan biar diriku di mamah usia tapi jiwaku tetap mudah hehehe.. Kata-kata yang terhambur di bibirnya membuatkan sesiapa yang mendengarnya bisa geli cuping telinga. Tapi asal kita sentiasa beralas dengan rona-rona agama dan tidak menyekutukan Allah itu sudah memadai.

Pagi membugar ini apa kita sama-sama soroti beberapa penggunaan alat kosmetik yang biasanya kita gunakan sebagai tatarias diwajah kita setiap hari. Ingat penggunaannya memanglah boleh tapi harus terkawal. Kita dinasihatkan agar berhati-hati dalam setiap penggunaannya kerana tidak semua yang indah didalammnya ada manis yang tersembunyi.

2_100526145354_1

  • Krim anti kedut
  • Biasanya bahan yang terkandung adalah liposome, kolagen dan elastin di dalam krim anti-kedut sebenarnya tidak boleh menghilangkan kedutan pada wajah. Walaubagaimanapun ia hanya mampu memberikan kesan kelembapan dan menggebukan wajah anda agar kelihatan lebih muda remaja.
  • Bahan ini tidak sama sekali boleh melambatkan atau mengelakkan proses kesan penuaan kulit. Seperti contoh tulang yang sudah semakin dimamah usia, sebenarnya tidak mampu untuk mengembalikan kekuatannya semula. Begitu juga dimaksudkan dengan pemakaian krim anti-kedut atau anti-penuaan  ia tidak mampu untuk menghilangkan kedutan pada wajah.

  • Bedak asas
  • Kebanyakan bedak asas jenis cecair biasanya mengandungi minyak  mineral yang disyaki mengandungi detergen iaitu agen pencetus kanser.
  • Syampu
  • Penggunaannya pula mengandungin detergen di mana ia boleh menyebabkan rambut anda kehilangan, rambut mula menipis, berlaku kerosakan kulit kepala, rambut kering dan tidak bermaya, rambut berbuah (penyebab rambut kusut dan putus) uban dan masalah kelumumur merupakan antara masalah-masalah yang seharusnya boleh dijangkakan syampu kepala yang terlalu kerap..
  • Bukan itu sahaja malahan wangian dan bahan lain yang turut hadir bersaman kandungan seperti formaldehyde pada sesetengah jenis perapi syampu juga boleh menyebabklab reaksi alahan serta iritasi pada mata anda kelak.
  • Penyembur rambut
  • Penggunaan penyembur rambut aerosol mengandungi bahan kimia jenis yang bertoksik seperti prppellants, neutralizers, plasticiser dan coating substance. Sebahagiannya dari bahan-bahan kimia tersebut boleh menyebabkan masalah paru-paru dan juga kanser.
  • Pewarna rambut
  • Hampir kebanyakan pewarna rambut mengandungi bahan kimia yang kuat yang boleh mengakibatkan kerosakan rambut atau menyebabkan kulit terbakar atau akan berlaku kemerah-merahan pada sekitar rambut anda. Malah ditakuti juga, bahan-bahan seperti ini boleh menyebabkan kanser.

mac-cosmetics-outlet-in-nc

  • Pembayang mata
  • Dasarnya mengandungi Talc-hydrated magnesium silicate iaitu sejenis bahan utama di dalam pembayang mata. Talc ini pula mungkin tercemar dengan carcinogenic asbestos dan apabila kita menggunakannya, ia akan berterbangan di udara dan akhirnya masuk ke dalam paru-paru.
  • Maskara
  • Maskara merupakan produk kosmetik yang kedua merbahaya selepas lipstik. Ia juga berkemungkinan mengandungi formaldehyde, alkohol dan beberapa plastik damar. Paling merbahaya apabila ia bleh menyebabkan iritasi pada mata, mata merah dan bengkak pada bahagian mata anda.
  • Lipstik
  • Lipstik antara bahan kecantikan yang paling banyak mengandungi toksik. Hampir kebanyak lipstik mengandngi bahan yang boleh menyebabkan kanser. Antara masalah lain yang sering dilaporkan adalah seperti masalah mata, kulit merah, terbakar, bengkak dan tak kurang juga masalah pertnafasan.
  • Bukan itu sahaja malahan ada juga yang mengalami masalah bibir kering, masalah bibir mengelupas, merekah, berlaku pengelupasa bibir akbiat penggunaan lipstik. Puncanya datangnya daripada pewangi, pewarna ataupun  bahan lain yang digunakan bagi menghasilkan satu-satu lipstik itu. Ia juga turut mengandungi lanolin yang boleh menyebabkab kanser alahan.
Share