Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Sahabat kita Dahulu Lain Sekarang Lain a.k.a Bro Ismail N ada mengadakan satu contets bertajuk Cabaran Blogger dan permainan yang anda gemari semasa zaman kanak-kanak. Bagi menyahut Cabaran Blogger tersebut Suri memilih permainan bola ronders. Hakikatnya sudah lama permainan ini di tinggal-tinggalkan namun Insyallah masih ada sisa baki yang boleh di imbas kembali heee.. “Pang kiri, lempang kanan..asal kau boleh lupa plak arr menyirap darah aku..masalah betullah kau ini Suri.“

Bola Ronders
Suri tidak pasti dari pelusok mana datangnya perkataan bola ronders. Mungkin agaknya sudah terbiasa satu kampung memanggil permaian ini dengan nama bola ronders maka ianya menjadi kebiasaan dalam sebutan Suri. Permainan bola ronders ini senang cerita seperti kita bermain bola besbol.
Bagaimana cara-cara bermain bola ronders?
Kita orang akan berkumpul dan akan membuka mukadimah seperti Lat ta lilat.lai li tampom !! Kumpulan akan dibahagikan kepada dua bahagian. Kedua-dua kumpulan ini perlu membuat pilihan ingin memilih muka hadapan duit syiling 50 sen atau muka belakang duit syiling gambar wau. Sekiranya muka hadapan duit syiling berukir 50 sen menunjukkan muka diatas maka kumpulan itu akan memulakan permaina dan begitulah sebaliknya.

Satu kumpulan A akan berdiri di petak base di tiap-tiap garisan yang telah ditetapkan bagi tujuan bersiap sedia menangkap bola roders dari kumpulan B sebagai pelempar bola ronders.
Kumpulan B akan berusaha memukul menggunakan tongkat pemukul (bat) sehingga tiga kali percubaan. Sekiranya pukulan bat terkena tongkat penukul maka kumpulan A akan berusaha menagkap bola ronders tersebut dan mula melemparkan bola itu kepada ahli kumpulannya B agar terkena batang tubuh ahli kumpulan A.
..base/ home plate
Apabila bola di lempar kepada kumpulan A mereka perlu segera berlari, mengelak, menangkis dan menamatkan pusingan tersebut dengan cara berlari berlawanan arah dengan jarum jam untuk pulang ke pangkalan home plate dan memijak base. Maka disitulah markah akan mula di kira
Kenapa Suri suka permainan ini?
Sebab permainan ini menyeronokkan sambil membaling bola ronders kita boleh main cak-cak atau mengacah musuh kita di balik pokok-pokok kelapa, balik semak-samun hee. Maklumlah kampungku dekat dengan tepi pantai silap hari bulan dengan bola-bola ronders sekali terjunam dalam laut ahaha…ikutkan ada dalam 5 kali bola ronders melantun dalam laut.
Ha yang ini pantainya, ada nampak pokok kelapa? atas sikit lagi tempat main kami main bola ronders
Dan yang paling best sambil berlari kita juga dapat mengeluarkan peluh. Waktu itu angin bayu laut mula meniup helaian bajuku sedar dengan tidak baju yang kebasahan tadi akan cepat mengering =)
Kenangan semanis gula
Selalu lepas habis sekolah agama basikal akan segera Suri lemparkan dihalaman depan rumah. Masuk dalam bilik salin baju sambil tu jengah kat dapur curi cekodok atau apa-apa minuman petang yang emak sediakan di ceruk dapur. Masuk dalam poket seluar dan bawak bekalan sepanjang permainan berlangsung. Paling best sempat gak tukar-tukar juadah petang dengan kawan-kawan yang lain.
Tingkap pecah
Haa sekali lari lintang pukang, asal penat berhenti sekejap untuk makan. Pernah satu ketika syok membaling bola ronders terkena pula cermin tingkap pecah di rumah nenek Selemah. Kami pas habis main games cabot lari. Pasal apa takut kena marah memandangkan anak nenek Selemah yang lelaki tu berjawatan tentera. Dia memang dikenali dengan sifat bengis dan garangnya hoo kami pun takut. Kami lari bertaburan tak hingat selipar sapa semua kami ragut
. Nanti malam akan berlakulah sesi pertukaran kasut kepada Tuan Tanah kembali.
Eh, tapi suri rasakan angin tu yang salah landing tempat. Jadi silap anginlah bukan silap kami hiii…
Kenangan sepahit hempedu ayam
Ada antara kami kaki terpijak kaca aduh memang pedihlah tak tahu nak kata apa. Mana tidaknya pasir tanah warna hitam masing-masing nak ikut sedap. Bermain langsung tidak memakai selipar natijahnya makan kakilah jawabnya huhu.. Saat itu permainan bola ronders ditinggalkan sebab ada orang bandar ingin pindah di kampung kami dan ingin membuat rumah di tapak permainan kami huhu sedih bukan kepalang. Hatiku sering merasa bimbang. Tidur malam kami membilang inikah akhirnya kejadian yang malang huhu..
Teman yang kakinya terpijak kaca tu kaki dia berbalut semasa hendak pergi ke sekolah. Last permaian kami sempat gak ajak dia joint bermain bersama kami. Saat itu barulah kami sedar kawan, lawan tu tiada dalam diri kami tapi keakraban kami tetap tersemat dalam hati.