Take Care My Friends

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Suri akan meninggalkan dunia blog ini untuk beberapa detik memberi ruang pada diri untuk bersendiri..

Tidak tahu berapa lama kemungkinan sehari dua atau sebulan ke tiga bulan berikutnya..

..Terkadang ruang yang kosong perlu di tinggalkan seketika bagi memberi ruang rakan-rakan lain beraksi heee.

Maafkan segala kekasaran dan gurauan dari hati andai ada yang terasa hati. Jaga diri baik-baik andai ada rindu jejak Suri di laman blog ini..

Ada rezeki kita jumpa lagi.

Insyallah.

Share

Gift Tahun Baru Cina 2012

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Petang semalam sunyi bagai tidak terkata. Hanya ketukan keyboard memecah hening pagi sehingga menginjak petang. Mr Jim tiada heee rasanya pas solat mahu membaca buku tetapi ketukan pintu kaca membuatkan muka Suri berpaling ke muka pintu.

Oh, Mr Yeoh datang. Ya mahu apa kata Suri. Bila bicara punya panjang barulah dia menghulurkan dua buah beg plastik. Pelik dalam hati selalu datang mintak fax, fotostat dokumen hartanah bagai tapi kali ini datang..?

Erm..sekali begnya beralih tangan.  Terasa sungguh berat menjinjingnya.

Terima kasih atas buah tangan yang di beri kata Suri sambil ucap senyum dan lambai tangan dia pun keluar dengan membalas senyum and lambai tangan.

Jangan merempit yer :)

Erk..pada yang mulai bergerak ke kampung halaman masing-masing tidak kira agama, bangsa dan seangkatan dengannya semoga kalian pergi dan balik dengan selamat.

Selamat tahun baru cina buat Mr Jim & Mr Yeoh.

Share

Saat Yang Ku Idamkan_Update Picture

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Allah..erk..ke kiri ke kana terasa setelah selesai solat subuh perut ini rasa menggilu. Mujur sempat membuang air besar hii.. Adakah ini tanda-tandanya?

Hati mula di palit risau bukan kepalang. Mak pula tidak mengizinkan Suri duduk apatah lagi berbaring.. Maka sepanjang waktu Suri mutar keliling serambi rumah sampai kepala naik pusing.

Ayah pula mencari orang untuk menyusung Suri di bawa ke Hospital Kerajaan Melaka. Wah!!! jauh sekali fikir di benak sempat melaut seketika memikirkan dari kampung ke bandar Melaka. Lebih dari sepuluh lampu isyarat pagi itu harus di tempuhi dengan sabar. Ayah jatuh waktu tu mujur tiada apa yang berlaku.

Sekitar jam lapan pagi ada jiran yang sudi membantu. Suami usah di cerita sibuk hal kerja di Lapangan Terbang Kuala Lumpur mengurskan keluar masuk pekeja asing. Mak dan ayah penguat diri. Angka 9 pagi lebih Suri di kejarkan ke dewan bersalin. Berlaga gigi sesama dalam mulut!! dah tak menahan di suruh jangan di teran. Mangukuk tol masa tu dia suruhnya tahan mana boleh! Sampai jer dah bukak 8 haaa. Misi terkejut sebab tengok riak muka depa sesama sendiri.

Misi mula kelam- kabot dia boleh cakap are you ok? Megong ar masa tu. Suri pulak boleh gelak besar haha.. Doktor cakap time ni awak boleh ketawa hiiiii.. Terus menahan sakit, denyut bagai nak tercabot dek nyawa tepat jam 10.15 pagi bertarikah 17 haribulan Januari tahun 2009 dua kali push!!!vpush!!  dia pun selamat di keluarkan.

Lega bagai tidak terkata. Bila uri dia keluar dari tubuh meleju bagai derasnya air sungai . Serasa perutku mula kempis cam belon di cucuk jarum. Dari bilik bersalin terdengar siapa nama waris Pn Ummu Ainni Binti Maalip. Suri diam.. Sah-sah mak ayah pi mana. Sebab misi cakap baby Puan dalam kesejukan haaa.. Lalu misi yang baik hati selimutkan dia dengan kain hijau uhuhu.. Rupa-rupanya deh mak ayah silap tunggu tempat dah.

Dari jam 10.15 pagi baby keluar habis jahitnya jam 12.00 tengahri deh. Begang jap. Ceritanya begini. Misi cina tu jahit kat bahagian tempat keluar baby tu. Itu tiada masalah still boleh rasa jarum di naikkan tinggi memang terasa di ulik bahagian kulit. Tetiba pulak datang sorang misi melayu agak muda sikit. Misi cina boleh cakap you pernah jahit tak? Pendekkan cerita misi melayu tu belajar jahit!

Mek! uik.. ko rasa apa? siap depa boleh bertekak..tegang urat lagi. Deh, ko pikir Suri gape nak jahit anak patung ker? bantal musyu? Menahan beberapa jam juga di bilik bedah. Misi cina punya bising you jahit tak kemas! Bukan jahitan macam ini, tapi macam ini! Bukan selang begini! Kasi bukak balik!

Azab ker? haa tidak tapi satu pengalaman yang agak sukar dilupakan. Bila kami  terpandangkan muka dia rasa sejuk dan damai di hati. Bila berkerja rasa nak sahaja balik rumah cepat-cepat. Hal kerja terus di lupakan. Saat di beri susu ibu sepenuhnya dan menyeru panggil ibu memang azimat yang di kurniakan Allah nikmat nan tidak terkata.

Last ketawa, misi cakap serik tak? Suri jawab nak lagi haaaa..Itu atas rezeki dan ketentuannya juga.

Selamat hari lahir anakku semoga tahun ini dapat part II. aMin. hiii

-tamat-

Update gambar potong kek. Secara sederhana sahaja kami meraikannya yang penting doa kami sering mengiringi setiap langkahnya.

Share

Itu Sekolah Rendah Saya

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Serasa mahu menangis bila mengenagkan zaman kecil-kecil menuntut ilmu. Ia membawa Suri ke satu laman yang selama ini di cari akhirnya ketemu jua. Hakikitnya sudah lama ingin berkongsi cerita ini namun walaupun tidak menarik perhatian pada semua sahabat tapi bagi Suri ia merupakan satu kenangan yang tidak akan di lupakan.

Pada yang sudi membaca tentang sejarah awal sekolah rendah Suri yuk baca entri ini di bawah.

Ini sekolah saya :) Jaga-jaga hantu kuda2 ada di sini haaaa..

Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Melayu Kuala Sungai Baru. Pada asalnya sekolah ini ditubuhkan sekitar tahun 1916-1918 dan bangunannya terletak di Kampung Pantai di tepi Kuala Sungai Baru. Bangunannya pada ketika itu berbentuk empat segi. Oleh kerana tiada kemudahan seperti kerusi dan meja, murid pada ketika itu hanya menulis pada papan batu di lantai. Manakala guru hanya memiliki sebuah meja dan kerusi usang . Pada ketika itu Cikgu Salehudin adalah guru besar pertama seterusnya Cikgu Baba dan yang ketiga ialah Cikgu Md Derus.

Ini blok seberang jalan darjah 5 dan 6.

Selepas itu sekolah ini berpindah ke tapak yang sedia ada pada 1924. Atas arahan Kerajaan Persekutuan , nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Umum pada tahun 1957. Dan pada 9 November 1985 sekolah ini telah ditukarkan nama kepada Sekolah Kebangsaan Othman Shawal sempena nama anak watan yang pintar satu ketika dahulu.

Sekolah ini didirikan di atas kawasan seluas dua ekar. Ia terletak kira-kira 250 meter dari sebuah pekan kecil Kuala Sungai Baru. Mempunyai tiga blok bangunan, satu daripadanya berbentuk ‘L’ yang diperbuat daripada kayu, tiang batu dan beratap genting .

Pada awal persekolahan terbahagi kepada dua sesi di mana murid lelaki bersekolah pada waktu pagi dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari manakala sesi petang bermula jam 1.00 hingga 4.00 petang. Pada penghujungnya 1920 an persekolahan telah ditukar kepada satu sesi di mana murid lelaki dan perempuan bercampur. Mereka diajar oleh sembilan orang guru iaitu Cikgu Md. Derus, Cikgu Mohd Jidin b. Kidon, Cikgu Bibon b. Leman , Cikgu Ahmad b. Abd. Wahab, Cikgu Katan b. Mohammad, Cikgu Hajah Zainab bt. Mahat, Cikgu Hajah Munah bt. Dumun, Cikgu Habsah bt. Sidang dan Cikgu Ligan bt. Md. Jan.

Jarak dekat blok darjah 5 dan 6.

Pada ketika itu baju sekolah tidak seragam hanya dengan syarat murid lelaki wajib memakai songkok dan murid perempuan memakai tudung. Pada tahun 1928 pakaian sekolah mula diperkenalkan iaitu pakaian seragam baju putih , seluar biru dan berkain biru.

Pada tahun 1935-1941, murid-murid sekolah ini telah meningkat bilangannya kepada 486 orang dan mempunyai 11 buah kelas serta 13 orang guru. Murid yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut akan didenda sebanyak 50 sen.

Pada tahun 1996 bangunan baru satu blok empat tingkat telah dibina di tapak bangunan bentuk ‘L’ dan mula digunakan pada pertengahan tahun 1997.Bangunan baru telah dirasmikan sempena Sambutan Jubli Intan sekolah yang ke 76 tahun pada 10 November 2000 oleh Dato’ Aziz Bin Samsudin,Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.

..Sekarang bangunan papan sekolah tu telah dirobohkan. Memang sedih sebab bawah bangunan tu boleh main kejar-kejar, tarik rambut, gosok gigi pas waktu rehat, main lukis-lukis dengan kapur alahai..

Share

Ulangtahun CahayaCinta.Com 30/12/2011

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Syukur. Alhamdulillah. Allah Maha Besar atas nikmat yang di beri kerana mengizinkan Suri menulis di tinta maya tanpa rasa jemu sebaliknya menguatkan lagi jiwa untuk terus berkongsi ilmu, bercerita kisah suka dan duka pada sahabat semua.

Dua tahun lebih ia menjelma. Menjadikan masa yang berlalu berganti pilu bertukar girang. Walau terserentak beberapa kali gegarannya amat kuat dirasakan sehingga kini. Semahunya di ratap andai CINTA pergi namun dugaan hebat melanda akhirnya penantian tetap bertemu di penghujung.

Inilah cahayacita Suri

Tegarkan hatiku Tuhan moga perjalanan blog ini akan berjalan sebaiknya. Tiada kata yang dapat di rungkaikan andai terima kasih Suri pada semua yang sudi hadir blog cahayacinta.com, membantu dalam bentuk sumbangan tenaga dan masa saat -saat blog ini getir, memberikan panduan, tips serta kata-kata semangat dari awal hingga sekarang.

Tanpa kalian semua siapalah Suri di sini. Moga-moga Tuhan bisa membalas jasa-jasa baik kalian kelak. Amin.

Share

Di Sebalik Header

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

**Ingin rasa aura Suri silalah baca entri ini sambil melayari youtube di bawah sekali.

Tika hatiku rungsing aku sering ke situ. Andai rajuk berpanjangan aku akan berbasikal mengelilingi kampung halaman sambil meliuk-liuk mengikut arus jalan yang bak ular kena palu.Tudung yang ku sarung bertiup angin takala aku membelah setiap jalan tepi laut.

Aman dan sayu dapat aku rasakan detik indah itu..

Aku dengan laut memang tidak dapat di pisahkan.. Mungkin sejak kecil inilah sebahagian tempat permainanku. Keluargaku bukan nelayan bukan juga minatku mencari umpun-umpun di dasar tanah akan tetapi minat memancing mula ada sejak aku kenal apa itu nikmatnya menunggu lama si ikan memakan umpan..

Pantai Kampungku.

Walau aku terpisah dengan laut yang sering membelasah denai pantai tidak sesekali ia sunyi kedegarannya berdetak di tangkai hatiku. Kerana aku tahu melodi itu tidak akan terpadam selagi belum tiba masanya.

Kalau rajuk jangan memendam rasa tapi aku amat menyukai duduk bermalas di hujung batu sahaja. Tanpa menongkah bicara aku selalu terdiam sehinggalah birai air mukaku basah terkena biasan ombak barulah aku sedar matahari ingin terbenam dan malam akan mula menyinari cahaya di dada langit di situ kau akan temui butiran bintang bertaburan..

Sejak merantau di negeri orang suasana itu sering menjegah dalam sebakul hati yang dalam. Dan kerana itu di sebalik header cinta membawa maksud aku dan laut memang agak sukar untuk dilupakan.

5.43am

Share

Dr Mata vs Silau

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Hari ahad tidak sempat update blog seperti biasa antara sebab yang menghalang salah satunya sebab suri pulang ke rumah mak mertua menghadiri majlis undangan perkahwinan sanak -saudara di sana. Kedua sebab Suri berjumpa dengan bakal doktor mata heee.

Ikutkan hari sabtu Suri sudah berjumpa dengan anak saudara bernama Nur Rabiatul Adwiah ini tapi sayang bahagian lain yang tanyer bahagian lain pula dia duduk huhu  mana nak jumpa huhu ingatkan masa tu bahagian gigi. Sekali bahagian mata dah. Hakikatnya both anak saudara Suri menghadap both pemeriksaan gigi jer huhu..haa

Lama sungguh pemeriksaan ini di jalankan. Dari pengecaman abjad a,b,c sekecil -kecil huruf hingga sebesar-besar huruf mereka meminta kita menyebutnya. Ternyata penyelidikan mereka secara pratikal membuatkan Suri tertawa. Tapi sayanglah gambar-gambar tu tidak sempat di ambil. Ini pun sempat ambil masa dah nak balik huhu…Tang tu baru ar teringat eh aku ada blog ar hee..

my cermin mata huhu..sayangnya nak tukar kekasih yang baharu..

Kesimpulannya mata Suami silau sikit. Tapi mata Suri still silau bertambah. Sekitar dua tahun yang lepas rasanya ok lagi cuma pakai penapis atau penghadang uv sahaja tapi kini mereka menyarankan pada Suri agar buat cermin mata isi silau dan tambah power lagi huhu..

Bila nak buat hati berfikir-fikir..patutlah bawak kereta alah bebenar silaunya. Walau hakikatnya sudah ada penghadang uv tapi tidak berkesan untuk mata kita uh alahai.. Baruku tahu tak sama rupanya.

Bawah ada beberapa kepingan gambar yang sempat pembantu anak saudara Suri snap tapi tidaklah banyak namun inilah perjalanan yang sedang berlangsung pada ketika itu.

Pandangan dari sudut dalam

Ramai datang cek mata. Ikutkan jam 2 petang dah stop tapi di sambung sehingga ke jam 5 petang.

Salah satu ujian titik fokus mata. Ujian 3D..Pengecaman buta warna dan banyak lagi

Nampak kertas kat dinding tu. Yang itu ujian pertama sekali yang harus di jalani.

Pesakit sedang menuggu giliran.

Inilah orangnya heee..Tengok anak makan ice crem comot.

Arghhh!! tak suka pakai cermin mata, kalau pakai rasa ada benda berat atas hidungku huhu.. gara2 terpaksa huhu…

  • Siapa pakai cermin mata angkat kaki tangan ?
Share

Suri!!! Ada Sahaja Kau Ini

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Hampir semingug tidak sihat ini. down..i am down..

Enam hari diamkan diri bermulaa hari sabtu bercuti Suri menyelinap kereta balik ke Melaka. Bagai tidak percaya saat petang jumaat sebelum sempat berlepas itu rancak hati tidak terkata. Waktu rehat menjelama Suri tutup laptop dengan tangan begitu sahaja siap tekan lagi tanpa memikirkan apa jua berlaku. Bila balik nah amik kau skrin laptop retak! Lain kali letaklah apa-apa barang atas keyboard yeee..

Hati masih begang akan kesalahan diri sendiri, selalu tak peka benda remah begini. Ini gara-gara perut lapar dan tidak sabar membeli baju anak di Ipoh Parade jadi begini. Petang itu selesai kerja pejabat Suri  membawa laptop pergi kedai membaiki komputer. Hamik ko RM 380.00 sekali dia tekan gerr..Lain kali buat lagi yer kata Suri dalam gumam sendiri. Dah sah-sah HD LED LCD Acer maka dengan riak kesal Suri hulurkan duit pendahuluan separuh.

Cuti ikutkan sampai hari selasa, tapi mood berkerja hancur gara-gara laptop meragam Suri minta bos cuti melalui sms hii.. ikut suka kau jerkan adei…

Rabu naik lif aje gila tetiba plak lif gelap- gulita. Lif tersentak, berhenti secara mengejut dan Suri terkebelakang. Mau gak beristifar dan tergamam biar benar memanglah beruk tiada kat dalam tapi hakikat kebenarannya Suri sorang jer dalam lif tu.. Masa itu ingat mati jer kalau tak dapat bernafas. Tapi..tapi mujur 5 minit jer. Sungguhpun begitu hati dah tak keruan…Allah…

Sehingga hari khamis laptop masih dalam proses baik pulih datang kerja bawak beg tangan & air kosong sahaja..

Jumaat, member sebelah pejabat pelawa makan kat kedai mamak. Rancak berborak sampai nak masuk jam 2 petang heee.. Erk. asal pintu pejabat ini berkunci, aku bawa scan card jer. Tak pasal-pasal duduk tangga sambil menyanyi merenung keindahan alam di balik tingkap bangunan lima tingkat. Bos Mr. Jim say.. i am sorry.. padaku.. eiiii..memang menyakitkan..Pasni pegi mana-mana wajib bawak kunci pejabat huhu..

 Apapun setiap yang berlaku ada hikmahnya. Usah keluh tapi sabar dan perlu tahan di uji. Moga-moga kesilapan itu tidak akan terungkit lagi..

Share

Kenanganku Bersama Aiskrim

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Sungguhpun tekak masih perit batuk tetap bersisa lagi. Hari tu balik Melaka pi kedai borong satu bungkus aiskrim patah. satu plastik ada sepuluh batang Ringgit Malaysia satu ringgit sahaja deh. Haa camner rupa dia? Meh kita tengok gambar yang sempat anak sedara tangkap kat dapur sebelum ia selamat di qurbankan khe..keh..keh..

Dahulu kita sering di sogokkan dengan ais krim Malaysia yang biasanya berharga seposen sebatang. Lagi ceria kalu melihat warna-warna bak pelangi. Dulu Suri mengaji kat Masjid kampung, sebelah masjid tu ada sebuah rumah yang memang jual ais krim Malaysia heee.. Saat pengajian belum bermula biasanya kami akan ketuk tingkap kayu rumah makcik tu.

Tuk..tuk.. Mak cik sayanak aiskrim anggur sebatang..

Tuk..tuk..mak cik saya nak aiskrim milo ek.

Dah habis mengaji pun kami park basikal kat tepi bahu jalan. Kalu yang bernasib baik dapatlah aiskrim yang keras yang tak bernasib kurang baik dapatlah aiskrim cair. Ni ais krim memang cair nak mak cik baru masuk dalam perot peti ais hihi….

Manakan tidaknya dah kalau dua puluh orang yang terjah tingkah mak cik tu sudah tentu tingkap kayunya roboh hahaha.. Yang kuat makan aiskirim punyalah banyak heee..;) yang tukang membuatnya sorang adeh..tepuk tangan kat dahilah masa tuh

“kau orang ini mengaji ker makan aiskrim” kata suatu suara di belakang kami…..

Bila era sudah maju sikit maka terciptalah aiskrim patah. Sebab orang panggil ais krim ini aiskrim patah kerana ia boleh dipatahkan kepada dua bahagian tapi..ta…..pi dengan satu syarat mutlak aiskrim tersebut haruslah keras makanya barulah boleh di patahkan heeeee.. Aiskrim ini memang tiada pilihan sebab rasanya memang manis tapi kurang umph tak macam aiskrim Malaysia yang mempunyai pelbagai rasa dan variasi warna.

Bila sudah moden pelbagai aikrim warna, bentuk, jenis balutan menjadi pilihan hati. Cakap sahaja nak bentuk kon, bentuk cup, semua ada hee.. sediakan duit sahaja deh..pasti ditanggung beres :) .

Mak kat kampung ada gak  jual aiskrim, nama aiskrim tu aiskrim kacang, aiskrim jagung heee..sebatang seposen heeee.. Budak mengaji bolehlah beli heee..

Pilihan hati korang ais krim yang mana satu menjadi pujaan hati?

Share

Satu Petang Yang Mendamaikan

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Hari itu 25/09/2011 terciptalah satu pertemuan yang tidak diduga. Pada mulanya ingin berjumpa dengan si dara adele nama manja Suri panggil yang Adila. Tapi sayang yang Adila ada urusan yang harus di selesaikan segera.

Sedikit kehampaan bertamu di hati pabila mainan perasaan berbisik siapakah yang dapat Suri jumpa pada hari lahirku ini? Lalu Suri mencapai hp meminta yang Adila bagi nombor hp bloger yang dikenali area Kuala Lumpur. Terima kasih yang Adila tanpa anda tarak mungkin Suri jumpa bloger yang satu nie heeee..

Penulisan cerpen beliau memang Suri minati rasa nak terjunam dalam tiap entri yang dibawa. Siapa lagi kalau bukan..

Jeng..Jeng..jeng.

  • Bloger Bro Maza dari blognya mazaaida.blogspot.com
  • Jenuh eh nak pose sana sini..
  • Hitam tu menawan dan seksi tahu ngheeeee..

  • Suri dan keluarga.
  • Tahun lepas sambut hari lahir jumpa kawan satu kolej kat sini.
  • Tahun ini plk jumpa bloger.
  • Tahun depan ….
  • Suka anak bro Maza yang sulong tu, sempat gak peluk dia haa…Boleh aja di bawak berkawan heee..gaduh pun boleh kot hiii
  • Ayong lagak menyilangkan siku tangannya. Mana belajar ini?

Bro Maza as salam Suri buat isteri dan anak-anak yer lain kali ada rezeki kita jumpa  lagi.Btw thnks atas gambar2 dia atas tu memang cantik hee..mujur tak kena bayar =)

Share