Lansium Domesticum Jack

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Semalam bercerita tentang gelagat orang muda di taman permainan Kuala Kangsar. Harini Suri ingin bukak topik pasal buah-buahan tempatan pula. Hari sabtu tu kami baru sahaja sampai Kuala dok lepak kat anjung tempat letak kereta. Dalam borak-borak bersama biras suami pulak melangkah kaki ke kebun Pak Mail. Maka di jadikan cerita sambil berborak kami membantunya memasukkan buah dalam kereta kebal sorong. kebetulan memang ada bau-bau bacang rupanya.

Suri gatal tangan snap gambar berharap tangkapan harimau belang menggunakan kamera menjadi. Maklum ar cuaca ketika itu petang di tambah dengan silau mataku ini agak bermasalah untuk merenung menjau. Hambik mana yang rasa boleh hii..

Ia dikenali dengan nama langsat di beberapa masyarakat setempat. Nama lain untuk langsat turut di panggil lansium domesticum jack, buah dokong, buah duku, lansa, langseh, langsep, lanzon, lanzone atau kokosan.

Pokok langsat adalah sejenis tumbuhan yang asalnya daripada hutan Semenanjung Malaysia. Pada masa kini tumbuhan langsat tidak terikat tumbuh melata di Malaysia sahaja namun ia juga tetap hidup subur di beberapa kawasan-kawasan tropika di mana ia mampu menghasilkan buahnya yang manis dan enak di makan.

Ciri-ciri buah langsat.

  • Warna kulit buah langsat amnya berwarna kuning dan cokelat. Biasanya ia seiring dengan tompok-tompok dengan teksturnya yang licin atau sedikit lekit-lekit.
  • Apabila isinya dikopek, kita akan dapati isinya seperti dihiris-hiris secara berasingan.
  • Isinya yang lut cahaya menghasilkan buah yang manis akan tetapi biji-bijinya pula menghasilkan rasa pahit apabila di makan.

 Kalau balik melaka kulit buang langsat ini mak selali masuk dalam lauk masak asam heee..Korang suka makan buah langsat tak?

Share

Kenali Bed Bugs! Part I

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Ini merupakan entri permintaan dari salah seorang pembaca setia blog cahayacinta.com. Urm..sebelum Suri membawa kawan-kawan menggembara ilmu lebih jauh apa kata pada bahagian pertama kita mengenali hidupan si pepijat dahulu.  Tidak kenal maka tak tahu.

So enjoy this entry!

Pepijat merupakan sejenis serangga yang berkait rapat dengan manusia, haiwan peliharaan, kelawar,burung dan lain-lain mamalia. Satu-satunya makanan pepijat ialah darah dari haiwan yang berdarah panas.
Saiz seekor pepijat ialah lebih kurang 1/5 inci panjang dan 1/8 inci lebar. Pepijat berwarna coklat kemerahan dan berbentuk oval serta sangat leper.
Pepijat mempunyai mulut yang berjarum kecil untuk mencucuk mangsa bagi menghisap darah. Pepijat yang kekenyangan kelihatan besar sedikit dan menjadi kurang leper.
Telur pepijat.
Telur pepijat berbentuk panjang dan dilekatkan pada sekitar kawasan di mana mangsanya tidur. Seekor pepijat betina akan bertelur sebanyak 2 biji telur sehari dan akan menghasilkan sebanyak 200 biji telur selama hayatnya. Telur akan menetas sekitar 6 ke 17 hari dan melahirkan anak pepijat yang kecil, tidak berwarna dan berbentuk seperti pepijat dewasa.
Untuk membesar anak pepijat memerlukan darah sebagai makanan sebelum dia boleh bertukar kulit untuk pembesaran. Ia bergantung kepada kemudahan bagi mendapatkan darah mangsanya untuk membesar. Jarak dari lahir hingga dia berupaya menetaskan telur adalah antara 4 hingga 9 minggu.
Kitar hidup pepijat.
Pepijat adalah serangga yang tahan lasak walaupun tanpa makanan selama lebih setahun dia masih mampu hidup. Dia juga tahan cuaca panas dan juga cuaca sejuk. Walau bagaimanapun anak pepijat lebih kurang lasak berbanding pepijat dewasa.
Darah kegemaran pepijat adalah darah manusia tetapi mereka juga tidak menolak jika terdapat darah binatang seperti ayam, kucing, tikus, anjing dan seumpamanya. Kebiasaannya mereka mencari makanan pada waktu malam tetapi terdapat juga aktiviti pada waktu siang di tempat-tempat seperti panggung wayang, pejabat dan seumpamanya.
Walaupun di dalam makmal para penyeledik mendapati pepijat mampu menjadi agen pembawa kepada penyakit seperti anthrax, plague, tularemia, demam kuning, dan typhus namun belum ada bukti yang nyata bahawa mereka memainkan peranan dalam penyebaran penyakit tersebut. Jadi pepijat tidak dimasukkan ke dalam serangga pembawa penyakit yang menular.
Pepijat akan menyorok pada waktu siang di celahan atau rekahan struktur bangunan seperti pada lantai dinding, celahan perabut dan sebagainya. Mereka dapat menyorok dicelahan yang sempit di sebabkan bentuk badan mereka yang leper.
Musuh dalam diam.
Tempat kebiasaannya ialah pada tepian tilam, di celah-celah katil, celah spring katil, atau mana-mana ada ruang di sekitar katil. Juga di celahan perabut sekitar bilik tidur seperti di kerusi, celahan sofa atau celahan kabinet. Pada kawasan yang teruk di serang pepijat kita akan dapati mereka menyorok hampir di semua tempat seperti di celahan rekahan dinding, sebalik frame gambar, dan juga di kabinet-kabinet. Keadaan asas yang digemari mereka ialah tempat yang gelap dan terlindung.
Kehadiran pepijat dapat dikenal pasti melalui baunya yang tengik. Gigitan pepijat dapat menimbulkan kesan kemerahan pada kulit dan kadangkal gatal. Ia boleh mendatang kesan yang teruk bagi mereka yang alah kepada gigitan serangga. Kesan tompok kecil darah pada tilam atau kesan najis dari pepijat yang berbintik hitam di celahan katil atau tilam juga menjadi satu tanda kehadiran pepijat.
Urmmmmm…..
Insyallah bahagian kedua Suri akan kupaskan serba sedikit cara-cara-untuk menghapuskan pepijat bagi suri study dulu ek..okis cau!
sumber maklumat gambar :http://malaysiapest.blogspot.com, google.
Share

Moon Snails

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Bukan bulan bukan juga duduknya di atas tapi minggirnya di dasar laut. Kamu tahu apa itu Moon Snails. Haa..aaaa..bukan ular bukan juga lipan.

Moon Snails atau lebih dikenali sebagai siput bulan merupakan antara salah satu siput pemangsa yang tugasnya memburu kerang dan hidupan kecil berada di dalam laut.

*Ingat siput mesti ada radula.

Tahukah kawan-kawan siput bulan ini mempunyai ‘lidah‘ di mana ia berfungsi sebagai ‘gigi’ yang dipanggil sebagai radula. Radula ini mempunyai kuasa yang kuat ada pada siput bulan.

Lihat kerang telah di tebuk! dasar moon snails jahat..

Mengapa ya? Ini kerana sekiranya siput bulan merembeskan lidahnya ke luar ia berupaya melarutkan kulit kerang menyebabkan hidupan itu akan mati.

Bukan itu sahaja malahan siput bulan juga boleh berbuat demikan semasa hendak menggerudi sesuatu lubang untuk di diami satu-satu tempat itu dalam kadar tempoh yang agak lama. Pada kebiasaaya lubang yang digerudi oleh siput bulan ini adalah lubang yang sama!

Lubang tempat simpana telur siput bulan.

Jangan pula kawan-kawan tidak tahu bahawa lubang yang  bulat dan sempurna yang reka oleh si moon snails ini juga setanding lubang yang digerudi dengan mesin.

Keluargan ini dapat menjejak moon snails. Kemudian melepaskannya..Cuba lihat bagaimana moon snails tenggelam balik tanah..

Share

Bukan Teratak Bougainvilla Part II

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Kahwinkan pokok?

Itulah reaksi spontan bagi mereka yang pertama kali mendengar istilah berkenaan. Namun bagi kaki kebun atau peminat pokok bunga misalnya, teknik pokok kahwin ini sudah menjadi kemestian bagi mereka yang mahukan hasil menarik, terutama pokok bunga bougainvillea atau bunga kertas yang sememangnya popular.

Pilihan bougainvillea – Kaedah cantumkan pokok baik mampu hasilkan bunga kertas berkualiti

JIKA sebelum ini kita membicarakan panjang lebar mengenai pokok bunga kertas atau ‘bougainvillea’ yang sememangnya tanaman hiasan popular sejak berzaman lamanya, kali ini, seperti dijanjikan, kita mendekati pelbagai cara mempamerkan pokok bunga menarik ini.

Sebenarnya kehadiran bougainvillea dalam pelbagai warna bunga yang menarik membolehkannya dipamerkan dalam pelbagai cara seperti berikut:

  • Bouginvillea boleh ditanam di atas tanah iaitu dicampurkan beberapa pokok pelbagai warna bunga dalam satu rumpun.
  • Boleh ditanam dalam pasu secara solo atau campuran beberapa pokok berlainan warna bunganya dalam pasu yang agak besar saiznya agar dapat hidup subur dan lebih menarik.
  • Memandangkan ia pokok renek dan jenis pemanjat, pokok berbatang kecil dan panjang ini boleh diikat pada batang kayu untuk melatihnya memanjat seperti menjadikannya pintu gerbang taman, memanjat dinding, pergola, trellis dan sebagainya.
  • Dijadikan pokok bonsai untuk kelihatan lebih eksklusif.

  • Sesuai digunting atau ‘diandam’ kemas untuk dijadikan pokok pagaran dan topiari dengan pelbagai bentuk. Untuk itu ia perlulah digunting dan diandam sekerap mungkin untuk kelihatan lebih cantik dan sentiasa kemas.
  • Beberapa ranting pokok pelbagai warna bunga atau daun boleh dikahwinkan atau dicantum kepada sebatang pokok yang matang bagi menghasilkan pelbagai bunga berwarna-warni untuk pameran yang lebih unik, cantik dan menarik.

Namun, berbanding kaedah yang disenaraikan di atas, teknik kahwin pokok yang merujuk batang atau tunas pokok yang baik dicantumkan kepada pokok kurang baik, disifatkan paling menarik kerana selain memaparkan kerajinan dan kreativiti individu, ia juga mampu menghasilkan pokok idaman yang lebat bunganya dan pelbagai warna.

Teknik cantuman

Ada beberapa cara atau teknik cantuman atau dalam istilah Inggerisnya dikenali sebagai ’grafting’ yang boleh dilakukan. Contohnya seperti cantuman dekatan atau sanding, cantuman mata tunas, cantuman belahan seperti cantuman baji dan sebagainya.

Namun cantuman baji adalah yang paling mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja. Oleh itu saya akan tunjukkan cara mudah melakukan ’kahwin’ pokok bunga kertas menggunakan teknik cantuman baji.

Sebelum itu ikuti beberapa tip dan maklumat mengenai teknik cantuman ini.

  • Hanya pokok daripada jenis sama saja yang dapat dilakukan menggunakan teknik ini. Contohnya hanya pokok bougainvillea boleh dikahwinkan dengan pokok bougainvillea saja.
  • Lakukan cantuman sama ada pada waktu awal pagi sebaiknya sebelum pukul lapan atau waktu petang selepas matahari mulai menurun contohnya seperti jam 6 petang.
  • Jangan lakukan cantuman semasa hari hujan, selepas hujan atau pada hari terlalu panas.
  • Dua cara melakukannya iaitu secara cantuman batang lembut atau cantuman batang keras.

Cara cantuman baji pokok bougainvillea

Pilihan batang yang hendak dicantumkan itu (berbunga cantik) dan ranting pokok yang menanti itu mestilah sama saiznya iaitu sebesar pensil. Potongan mestilah dilakukan menggunakan pisau yang tajam dan bersih. Caranya adalah seperti berikut:

  • Langkah 1: Potong bahagian batang pokok yang hendak dicantum atau ’scion’ berbentuk ’V’. Bahagian akan tumbuh menjadi ranting baru.
  • Langkah 2: Kemudian potong pula bahagian pokok yang menanti atau ’stock’ agar bahagian ’scion’ dapat sesuai untuk dicantum dengannya .
  • Langkah 3: Lakukan cantuman dengan segera agar bahagian kambium tidak kering iaitu faktor utama kepada kegagalan cantuman.
  • Langkah 4: Ikat cantuman menggunakan tali rafia atau pita cantuman secara tidak terlalu ketat dan tidak pula terlalu longgar.
  • Langkah 5: Letakkan di tempat teduh dan elakkan proses pemeluwapan bagi mempercepatkan cantuman iaitu dengan meletakkannya dalam beg plastik (foto 5).

Menerusi kaedah di atas, Insya-Allah cantuman tadi akan berjaya bercantum dalam masa lima atau enam minggu dan bolehlah ditanggalkan tali rafia dan juga beg plastik.

Berikan penjagaan pokok berkenaan seperti biasa seperti siraman air, pembajaan dan dedahan kepada cahaya yang diperlukan. Sebenarnya anda perlu banyak membuat percubaan melakukan proses cantuman ini dan jangan berputus asa sebelum berjaya.

Cara cantuman ini boleh dilakukan untuk pokok buahan dan tanaman hiasan lain seperti pokok bunga raya, pokok bunga tahi ayam atau Lantana dan sebagainya.
Selamat mencuba.

Gambarajah/info:http://www.pertanianperak.gov, google & BH.

Share

Bukan Teratak Bougainvilla Part I

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Pagi seperti biasa Suri sering melalui jalan town ini untuk ke tempat kerja. Deretan pokok bunga kertas membuatkan anak mata Suri memandang tanpa jemu di dalam kereta.

Apa lagi mengomellah Suri sorang-sorang dalam kereta dan dik kerana ingin tahu si bunga kertas yang satu ini membuatkan Suri ingin berkongsi ilmu dalam blog dengan lebih dekat lagi ;) .

Pokok bunga kertas atau sebutannya dalam bahasa Inggeris di panggil bougainvillea. Merupakan tumbuhan pokok bunga yang berjaya menghasilkan bunga yang berwarna-warni dan mampu berkembang sepanjang tahun.

Seperti biasa Suri mengoogle kalau tidak mamang tak kenal. Inilah orangnya Louis Antoine de Bougainville

Pokok bunga Bougainvilla sebenarnya berasal dari Amerika Selatan. Sebutan masyarakat setempat memberikan nama bunga kertas ini di peroleh di sebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti kertas. Manakala nama bagi bunga Inggeris ini di petik Bougainvilla, pula diambil bersempena nama Louis Antoine de Bougainville, yang merupakan seorang Komander Laut Perancis.

Tahukah kawan-kawan semasa pokok bunga kertas berbunga, adalah kebiasaannya bahawa kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga dan dahan-dahan yang menarik.

Suata masa dahulu pokok ini amat  popular di kalangan masyarakat melayu mungkin kerana warnanya yang pelbagai membuat suri rumah menanam begitu banyak sekali di depan halaman rumah masing-masing, taman-taman atau dijadikan landscap sesuatu tempat.

Pokok bunga kertas ini di tanam oleh seorang guru sekolah dengan menggunakan kaedah cantuman tunas. Ini selok dalam http://linaherbs.blogspot.com

Pokok bunga kertas tergolong dalam famili Nyctaginaceae yang mengandungi 28 genus dan 250 spesies. Terdapat tiga spesies utama bougainvilla di Malaysia, iaitu B. glabra, B. spectabilis, dan B. Mrs. Butt. Banyak kacukan telah dilakukan daripada tiga spesies asal ini untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak, baik selapis mahupun banyak lapis.

Pokok bunga kertas juga menjadi pilihan kacukan untuk menjadikan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai dahan dengan bunga yang berlainan warna. Pokok bunga kertas menjadi pilihan ramai disebabkan bunga berwarna-warni yang cantik dan tahan lama, mudah dijaga, serta pokoknya yang tahan lama sehingga melebihi 20 tahun (jika dijaga dengan betul). Pokok bunga kertas kini juga menjadi pilihan bagi menghasilkan pokok bonsai renek.

Kredit:http://www.oceaniedeslumieres.org

Share

Licin Bukan Sebarangan

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Teringat abang ipar asal orang Muar, suka benar dia makan belut! Belut bukan sebarang belut kalau silap pegang tangan boleh terlepas memegangnya. Licin bukan sebab badannya di selaputi sabun mandi tapi memang rupa bentuknya luarannya berkeadaan begitu.

Sup belut kegemarannya maka Suri dok mencari apakah khasiat si belut berlicin slim river ini hee.. Baiklah sebelum Suri membawa kawan-kawan merentasi hidupan air tawar ini apa kata kita mengenali latarbelakang serba sedikit tentang spesis belut secara ringkas.

  • Nama saintifik belut ialah ordo Anguilliformes.

  • Belut termasuk dalam kategori haiwan hermafrodit.

  • Belut adalah sejenis hidupan air tawar yang bertubuh bulat memanjang (seperti ular) yang hanya mempunyai sirip di ekornya dan berkulit licin dan liat.

  • Belut mempunyai satu tulang belakang yang berbentuk Y.

  • Belut terbahagi kepada 4 jenis, 19 keluarga dan 400 jenis spesis.

  • Belut mampu memanjang sehingga 3 meter.

  • Belut aktif pada waktu malam atau gelap, segala pemakanan dan pembiakan selalunya pada waktu malam.

  • Adalah penting untuk menyediakan suasana yang selesa untuk belut iaitu dengan menjauhkannya dari cahaya.

  • Jantina belut berumur 6 bulan kebawah adalah betina dan 6 bulan keatas adalah jantan. Jantina belut mengikut size dan umur belut itu sendiri.

  • Ada juga fakta yang mengatakan belut yang mencapai ukuran panjang 20-50 cm, belut akan kekal betina dan belut yang mencapai ukuran 55 cm ke atas biasanya jantan.

Khasiat-khasiat belut

Belut dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi setanding dengan ikan tenggiri dan selar kerana ikan belut ini mengandungi pelbagai protein yang begitu banyak manfaatnya antaranya:-

Bagi yang selalu memakannya akan mampu untuk menguatkan daya ketahanan badan seseorang.

  • Berupaya menstabilkan tekanan darah.
  • Mampu menghaluskan kulit wajah.
  • Menguatkan daya ingatan seseorang
  • Membantu mencegah penyakit hepatitis

Bukan itu sahaja malahan belut juga dikatakan begitu kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, vitamin D dan juga mengandungi zat besi. Jadi, tidak hairanlah sekiranya ramai yang menyakini ikan belut sebenarya membantu merek mengubati pesakit menghidap penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka kesan dari pembedahan.

Siapa di sini menggemari makan sup belut? belut panggang…

 

 

 


Share

Kenali Obor-Obor Part II

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Sampai laut rasa nak terjun, kalau ada dedahan yang tegap mahu juga aku yang pertama senggayut. Sambil menggayunkan badan menerbos ke dalam laut. Sesekali air masin aku terminum rasa nikmat buat pengubat ulser yang sakit heee..

Dalam keadaan sedar habis jari-jemariku kecut dimakan air uhu. Naik ke darat dengan penuh kegairahan. Uh, kaki tersentak, terasa ada benda menusuk tajam ke dalam kakiku. Aku terduduk menahan kesakitan!

Jaga-jaga itulah bisa obor-obor punya angkara huhu. Apakah rawatan kecemasan yang harus anda lakukan sekiranya situasi tersebut berlaku dalam sekelip mata. Ingat bisa obor-obor boleh meragut kematian malah yang bernasib baik sahaja yang akan selamat.

SEJENIS obor-obor yang diberi nama, Enypniastes ditemui di utara
Teluk Mexico pada kedalaman 2,750 meter di dasar laut.

Antara bahan-bahan yang boleh mengurangkan risiko kematian atau mangsa sengatan ialah:-

  • Penggunaan sodium bikarbonat iaitu sejenis serbuk penaik yang digunakan untuk membuat kek.
  • Asik borik
  • Alkohol.
  • Larutan cucian amonia.
  • Jus limau nipis.

Suri mengapa bahan-bahan seperti ini di perlukan?

Bahan-bahan ini di perlukan kerana ia dapat bertindak menukarkan tahap, keasidan (pH) di bahagian tubuh yang tersengat dan meredakan rasa kesakitan.

Bagaimana pula dengan langkah-langkah bantuan kecemasan ?

Langkah-langkah bantuan kecemasan yang disyorkan selepas itu adalah seperti berikut :-

  • Basuh kawasan bahagian yang terkena sengat tersebut dengan air laut.
  • Sekiranya sesungut obor-obor terdapat di atas kulit, Suri cadangkan agar anda menggunakan perkakas seperti garfu, atau memakai sarung tangan untuk membuang sesungut tersebut. Awas! jangan sesekali menggunakan tangan anda dikhuatiri anda bakal terkena.
  • Kawasan yang terkena sengatan itu kemudiannya di rendam dalam larutan cuka sebanyak 50 peratus selama 30 minit.

Lihat cara dia menggigit / meninggalkan kesan racun nematosit pada kulit mangsa mangsa

  • Selepas itu, tuangkan bancuhan tepung atau serbuk penaik a.k.a banking powder ke atas tempat sengatan tersebut dan gunakan pisau untuk ,mengikis keluar nematosit yang tertanam dalam kulit mangsa.
  • Ulangi basuhan cuka ke atas tempat tersebut dan sapukan krim yang mengandungi antihistamin, analgesik dan steroid seperti betnovat pada kawasan sengatan. Jika perlu, gunakanir untuk menghilangkan rasa sakit.
  • Bawa mangsa berjumpa dengan doktor segera.

Sumber:www.prn.usm.my, google.Gambar:http://www.sciencephoto.com&http://www.canada.com.

 

Share

Kenali Obor-Obor Part I

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Entri obor-obor menyinari petang ini. Maaf kudapnya Suri tak sempat nak buat hee kalu nak tunggu malam Insyallah boleh buat sekali dengan makan malam heee.

Menyoroti entri fakta minggu lepas tentang obor-obor begitu ramai bloger yang bertanyakan Suri bolehkah obor-obor ini dimakan, bagaimana cara ingin merawatnya. Cara menanganinya maka harni Suri akan menjawab soalan sahabat seperti di bawah. Insyallah moga-moga ia membantu kalian semua ya.

Terlebih dahulu apa kata kita mengenali apa itu obor-obor kemudian barulah Suri rungkaikan satu – persatu jawapan yang yang berselirat di minda anda tu hee..

Apalah itu obor-obor?

Obro-obor atau lebi di kenali sebagai spesis ampai-ampai merupakan haiwan yang tergolong dalam filum cnidaria, termasuk dalam kelas biologi skifozoa.

Ia juga digunakan bagi merujuk kepada kelas boologi yang berkait dengan mendusa  dalam erti kata lain hidrozoa dan ampai-ampai kotak (box jellyfish)  (cuozoa). Hampir kesemua ampai-ampai tinggal di laut dan walaupun mereka kekurangan struktur, organ mereka mempunyai ciri-ciri tisu khas.

Tahukah kawan-kawan bentuk ampai-ampai dewasa terdiri daripada 95-99% air! Kesemua spesis hidupan ini terdapat di kesemua lautan dunia, kecuali beberapa spesies yang tinggal di air tawar. Kebanyakan ampai-ampai terapung bebas yang makan ikan dan zooplankton kecil yang terperangkap dalam sesungut mereka.

Ampai-ampai mempunyai sistem pencernaan yang tidak lengkap, bererti bukaan yang sama digunakan untuk memasukkan makanan dan mengeluarkan najis. Mereka merupakan Coelenterates yang bererti “perut lopong” (hollow gut), dan terdiri daripada lapisan kulit epidermis, gastrodermis dan lapisan seperti gel yang dipanggil mesoglea yang memisahkan epidermis dari gastrodermis.

Ampai-ampai berenang dengan kuasa denyutan yang dikawal oleh otot-otot dan sarafnya. Alat pengimbang udara yang terdapat pada tubuhnya membolehkan ampai-ampai terus terapung atau tenggelam. Sesungut yang terdapat pada ampai-ampai digunakan sebagai senjata dengan menyengat mangsanya. Ikan dan juga manusia boleh menjadi lumpuh jika terkena sengatan ampai-ampai ini.

Tidak semua obor -obor yang melata di perairan laut kita mempunyai sengat yang berbisa dan mengakibatkan kematian. Ada juga obor-obor di kawasan perairan Sarawak misalannya yang tidak berbisa seperti obor-obor jenis warna putih yang boleh dijadikan sajian makanan.

Obor-obor laut yang berbisa terbahagi kepada lima:-

Chironex Fleckeri, Chiropsalmus Buitendijki, Chiropsalmus Quadrihatus, Chrysaora Quinquecirrha, spesis Physalia Chironex Fleckeri.

Biasanya ia didapati di sekitar perairan Australia manakala yang selainnya boleh didapati di perairan tempatan.Bagi semua obor-obor, sengatan bisa dilakukan melalui sesungut yang mengandungi ratusan pundi-pundi bisa, dipanggil ‘nematosit‘.

Sesungut ini apabila tersentuh oleh mangsa akan melepaskan racun daripada nematosit tadi dan boleh menyakitkan atau melumpuhkan mangsa seketika pada tempat sengatan.

Chironex fleckeri, dikenal pasti sebagai paling berbisa, berupaya menyebabkan kematian dalam masa 15 minit manakala sengatan spesis Physalia pula biasanya akan menyebabkan mangsa mengalami kejutan dan mengakibatkan kematian sekiranya mangsa lemas.

Masa serangan obor-obor:

  • Sengatan yang paling kerap adalah semasa obor-obor terapung di permukaan air ketika mangsa memasuki atau berenang di dalam air.
  • Serpihan sesungut yang terpisah dari badan obor-obor akibat dari laut bergelora seperti semasa ribut.
  • Sesungut ini walaupun telah terpisah dari badan berupaya mengeluarkan bisa apabila serpihan sesungut bersentuhan dengan manusia.
  • Serpihan sesungut yang terdampar di persisiran pantai juga berupaya membebaskan bisa apabila dipijak.
  • Sengatan obot-obor lebih kerap terjadi apabila bilangannya di dalam laut bertambah.
  • Peringatan bilangan obor-obor akan bertambah semasa musim mengawan yang berlaku pada bulan Mai hingga Jun. Oleh itu berhati-hatilah anda jika terpaksa turun ke laut.

Cukuplah nanti sambung lagi keY. Kita tengok apa kesan terkena gigitan sengat obor-obor pula hee.. tunggu ya. janji hiii..

Share

Cây Hướng Dương Bhg II

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Terbit sinar mentari saban hari mengejut mimpi dari lena riang kenari di cemara mengusik sukma. Bunga-bunga matahari anggun mekar di taman sari warna jingga suntingan hati bagai tanda kasih bersemi cewah..

Gedebuk, adOI..sambil mengibas punggung dek becak terkena lumpuh..Sapa suruh gayut atas pokok lagi..

Pandai sahabat menyanyi okeylah tu nanti jumpa bolehlah ajak karoke sekali hee.. Masih ingat pada entri yang lepas? A.k.a kekasih Suri Cây Hướng Dương. Mari kita lihat selanjutnya bahagian kedua fungsi florets.

Tahukah kawan-kawan apabila florets ini mencapai tahap tempoh matang maka ia akan dapat dijadikan biji benih dan inilah sebenarnya yang digelar kuaci.

Picture: http://jonpackapproves.blogspot.com

Bagaimana proses biji kuaci dihasilkan?

  1. Proses mendapatkan biji kuaci ini bermula dengan mengeringkan biji bunga matahari.
  2. Secara amnya biji bunga matahari akan menunjukkan ciri-ciri matangnya apabila bunganya mencapai warna biji sedikit kehitaman.
  3. Setelah itu barulah ia dipanggang atau dicampurkan dengan garam sebagai penambah perisa.

Bunga matahari mempunyai daun yang tunggal serta lebar dengan bersandarkan keadaan batang yang menegak disamping mempunyai bebulu kasar di sekitarnya batangnya. Biasanya tumbuhan batang ini amat jarang tumbuh dalam keadaan yang bercabang seperti bunga-bunga yang lain.

Lihat biji telah matang dan warna kehitaman =)  Picture:http://www.misterhobbes.net

Bagaimana menjaga medium bunga matahari?

Bunga matahari akan hidup subur sekiranya keadaan tanah tersebut bersaliran baik, berkeadaan lembab dengan medium sungkupan yang mencukupi pasti hasil yang di tanam menjadi dan nampak menarik.

Apakah manfaat bunga matahari kepada manusia?

Manfaat bunga matahari kepada manusia di mana bunganya dikatakan baik sebagai ejen untuk menurunkan tekanan darah dalam badan seseorang.

Biji bunga matahari : 

Boleh diubati bagi melegakan cirit-cirit yang berlarutan di samping dapat mambantu menguragkan demam campak.

Daunnya :

Amat bagus sebagai ejen anti radang dan anti malaria

Akar :

Boleh meredakan kegatalan anak tekak ataupun melegakan batuk-batuk. Di katakan sebagai ejen emetik sperma.

Bahagian luar pokok:

Akan di tumbuk  sehingga lumat dan kemudian di tampal pada bahagian yang bermasalah seperti radang payudara, bisul, reumatik.

Bahagian pokok-pokok bunga:

Digunakan bagi tujuan merebus terlebih dahulu sebelum diminum airnya bagi mengubati penyakit sakit kepala, sakit gigi, batuk, sesak nafas, tekanan darah tinggi, kembung perut dan sebagainya.

ps: Hari ini Suri sibuk sikit. Terima kasik kerana meninggalkan komen ruang ini. Nanti Suri akan jejak anda kembali.

Share

Hymenocallis Littoralis (Bahagian II)

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Sedar jam 3 pagi..

Entah apa yang merasuk membuatkan tubuh baru segar menuju ke bilik buku membuka laptop. Ah..apakah yang meresap hantu dalam diri pagi -pagi buta ini Suri pun tidak pasti..

Sepanjang Suri menyiapkan entri yang bertangguh ini Suri tertarik pada dua lagu ini yang ada kaitannya tentang bunga spider lili ini. Satu lagu pada youtube dan satu lagi crdt  picture, ada link Suri beri last entri. Sekitar tahun 2007 satu kisah bertajuk cinta “spider lilies” dihasilkan dalam genre drama

: When Jade, a web-cam girl visits Takeko’s tattoo studio she becomes entranced with the image of the spider lily and with Takeko as well. In order to get closer to the object of her desire, Jade asks Takeko to give her the same lily tattoo, challenging Takeko’s monastic existence and opening up memories..

OK.Dah lupakan pasal lagu & kisah diatas be serius hiii..

Masih ingatkah kawan-kawan pada tumbuhan spider lily ini. Rujuk entri yang lepas http://cahayacinta.com/misteri-alam/hymenocallis-littoralis-bahagian-i.html.

Ternyata entri tersebut mendapat sambutan komen yang agak memberangsangkan =).

5/5/2011 sekarang 22/9/2011. Suri sebenarnya risau juga takut-takut janji nanti lupa. Sementara masih ingat ini Suri lepaskan entri ini dahulu.

Jika kawan-kawan tidak faham cara yang Suri sampaikan nampak gayanya rela dalam terpaksalah Suri wajib buat secara live toturial akan datang nanti huhu. Apapun apa kata cuba fahamkan langkah-langkah menanam pokok spider lily ini seperti gambar rajah dibawah:-

Sumber: http://todaysgardenideas.com

Cara menanam pokok spider lily:-

1) Cabutkan satu dahan pokok spider lili dengan berhati-hati.

2) Seterusnya buangkan daun, batangnya dan tinggalkan bawang sahaja.

Pokok lili yang telah dicabut.

3) Belah bawang tersebut kepada dua bahagian dengan pisau.

4) Buangkan akar asal yang tertinggal pada bawang tersebut.

5) Akhir sekali tanamkan ia di dalam tanah campuran.

Tips:-

  • Jika bawang yang diperoleh agak besar Suri sarankan agar anda membelahnya sehingga ke empat bahagian.
  • Tujuan membelah bawang tersebut dilakukan untuk mendapatkan banyak tunas.
  • Sekiranya anda menanam bawang tersebut tanpa membelahnya beberapa bahagian tanaman spider lili anda tidak akan mendapat tunas yang banyak.

Haa..bagaimana faham tak kawan-kawan-kawan?

Crdt pic: http://cyclamen1994.wordpress.com/2010/06/05/b%E1%BB%89-ng%E1%BA%A1n-hoa/

Share