Api-Api Part II

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Khasiat Biji Pokok Api-Api.

Tahukah kawan-kawan pokok buah apai-api yang segar tidak boleh di makan. Akan tetapi buahnya yang gugur menandakan isi didalamnya masih mampu di olah  dengan cara di buang kulit luaranya. Bakinya dimana biji-biji buah api di rendam dalam air selama dua malam bagi melembutkan dan menghilangkan getahnya.

Setelah itu barulah biji-biji tersebut di rebus dan dihancurkan untuk dijadikan sebagai tepung. Tepung inilah boleh di buat kuih seperti kuih koci ataupun kuih buah melaka.

Bisul.

Manfaat Pokok Api-Api.

  • Resin yang keluar dari kulit batang pokok api-api dikatakan bersifat afrodisiak mengubat penawar sakit gigi.
  • Biji-bijinya pula boleh di tumbuk di pupuk pada bahagian kulit bisul yang sakit bagi tujuan mempercepatkan kematangan bisul.
  • Manakala abu daripada kayu pokok api-api yang mengandungi banyak alkali boleh di hasilkan sebagai sabun di India.

p/s: Harap maklum ini adalah persediaan perubatan tradisional sahaja. Anda dinasihatkan supaya berjumpa dan dapatkan rawatan doktor sebelum mencuba  perkara-perkara di atas.

Antara jenis-jenis pokok api-api yang wajib tahu:-

  • Pokok Api-Api Jambu
  • Pokok Api-Api Ludat
  • Pokok Api-Api Bulu
  • Pokok Api-Api Putih

Share

Api-Api

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Pokok api-api ialah sejenis pokok bakau yang sering hidup meliar bersama-sama pokok bakau jenis lain di gigian pantai berlumpur. Mengikut beberapa kajian pokok api -api ini terdapat di pantai tropika seluruh dunia dan di kawasan asia pula terdapat empat hingga lima spesis sahaja.

Pokok api-api boleh mencapai ketinggian tujuh ke sepuluh meter. Manakala akar udaranya agak panjang ke luar dari lumpur di bawah pokok berbaris-baris mengikut panjang akar sisinya.

Daunnya berwarna hijau tua, licin dan berkilat.  Manakala permukaan di bawah daunya pula berwarna pucat dan sedikit berdebu. Bentuknya pula kecil dan membulat di hujungnya. Biasanya pokok api-api ini boleh mencecah sehingga ke tiga ke lapan meter panjang. Bunganya mempunyai empat kelopak dan hanya mengeluarkan warna kuning, jenis jambak panikel yang kecil.

Buahnya jenis kapsul dan berwarna hijau kelabu. Manakala kulitnya bak sampul yang berwarna hijau muda membaluti bijinya. Bagi kulitnya pula mudah ditanggalkan, akan menampakkan biji yang licin dan berwarrna cokelat kehijauan.

Buah api-api tidak di…sambung..Panjang-panjang baca bosan pulak hiii

Share

Belut Elektrik Part III

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Masa semakin laju berharap entri ini akan berakhir dengan endingnya. Teman sudah puas mencari belut elektrik rasanya makan masa seminggu lebih huhu..

Seperti yang di janjikan posting kali ini Suri garapkan kesemua persoalan yang sering bermian di fikiran blogger, pembaca setia di belog ini. Pertanyaan dalam beberapa entri yang lepas sebahagian blogger masih berteka-teki:-

  1. Saya penggemar sup/panggang belut.. Belut ini boleh dimakan tak?
  2. Belut elektrik ini boleh di guna pakai untuk waktu terdesak tak (seandainya bekalan elektrik terputus dirumah) ?

Namun begitu Suri pun tidak berani hendak mengiakannya komen sahabat atau sebaliknya sebab semasa Suri research methodology tidak jumpalah pula  jawapan tersebut uhu. Jadi kira jawapan a.k.a komen Suri pada entri yang lepas itu menjawab sekadar apa yang Suri tahu dan jumpa sahajalah ye heeee..

Tidak mahu bercerita panjang apa kata kawan-kawan meneroka jawapan Suri seperti di bawah:-

Gambar atas mi sup belut elektrik!

Saya penggemar sup/panggang belut.. Belut ini boleh dimakan tak?

  • Ya. Sudah tentu belut elektrik boleh di makan  dalam pelbagai variasi. Biasanya sup belut ini dihidangkan dengan beberapa menu seperti contoh mi sup atau makanan sushi di Jepun.
  • Berminat boleh oder di sini http://electriceelsushiblog.com/?p=245

 

Belut elektrik ini boleh di guna pakai untuk waktu terdesak tak (seandainya bekalan elektrik terputus dirumah) ?

 -Berakhirlah sudah sukatan bab belut Palajaran habis-

Share

Belut Elektrik Part II

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Aa…belut elektrik a.k.a electrophorus electricus mengganas di blog ini lagi. Masih ingatkah kawan-kawan akan soalan Suri pada entri yang lepas. Meh sini Suri ulang tayang soalan tu di bawah.

Soalan Suri.

Bagaimanakah cara-cara orang asli menangkap belut elektrik ini?

  • Mengikut buku kesayangan yang Suri baca cara-cara orang asli di Amerika Selatan menakutkan belut elektrik adalah dengan cara memecahkan batu kepada pada belut beberapa kali.
  • Pemahamanannya begini apabila pemecahan dan deraian batu ini di pecahkan hadapan mereka belut elektrik ini akan mengeluarkan cas elektrik secara automatiknya dari tubuhnya dan akhirnya seluruh badannya akan menjadi lemah. Hasil dari kejutan tindakan manusia tersebut maka peluang yang sedia ada ini memudahkan orang asli menangkap belut elektrik dengan cepat.

Mari kita tengok jawapan sebahagian dari pengkomen terbaik yang meneka:-

  1. lazaac on said: Edit
  2. dorang guna sarung tangan getah kowt
  1. Norasikin on said: Edit
  2. Nak tangkap belut ni kena bagi dia penat sampai abis bateri. Orang asli akan ajak belut ni bersenam sampai pancit.
  1. kimmie on said: Edit
  2. diorg tangkap guna kayu yg dijadikan perangkap kot
  1. hafizmd on said: Edit
  2. Jawapannya: Org asli tu main-main atau kacau belut tu sampailah belut tu penat. Bila penat, tenaga dah habis. Bila tenaga dah habis, letrikpun habis. Ok. Tangkap sekarang!

Sebenarnya ada beberapa kaedah untuk menangkap electrophorus electricus ini. Tapi kalau silap cara penangkapannya boleh makan diri sendiri. Silap hari tu boleh menjadi maut bagi anda!

Berdasarkan jawapan yang di beri melalui rujukan buku Suri dan laman  youtube maka dengan ini kesemua jawapan blogger di atas Suri terima.

Tahniah untuk semua jangan lupe tiggalkan nama penuh, alamat & no h/p kat email Suri. Bagi yang mencuba menjawab terima kasihlah juga sebab sudi mencuba hee..

Share

Belut Elektrik Part I

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Tunggulah kawan-kawan dah nak balik rumah ker? huhu..tinggalkan Suri di pejabat ini sorang-sorang. Hurm..sambil membaca sambil menyelam ilmu haa..jeng..jeng jeng..

Apa yang di jumpai yer? Jika sebelum ini Suri ada membuat kupasan tentang entri manfaat belut aih, geli ar pulak nak menyebutnya..bab-bab makanan ini tapi yang ini Suri ingin ceritakan pasal belut elektrik.

Tahukah kawan-kawan belut elektrik tinggal di dalam kawasan lembah sungai Amazon dan Orinoco yang terdapat di Amerika Selatan. Belut elektrik ini biasanya berukuran lebih kurang dua meter dan boleh menghasilkan daya tenaga elektrik bervoltan tinggi. Akan tetapi awas sekiranya terkena sentuhan belut elektrik ini ia mampu membuatkan seseorang itu maut!

Hidupan belut elektrik bertindak sebagai bateri besar di dalam air. Ia memiliki tiga pasang abdomen yang berupaya menghasilkan cas elektrik dari tubuhnya. Apakah organ utama belut elektrik itu?

  1. Main organ
  2. Sachs organ
  3. Hunter’s organ

Kepentingan tiga organ ini memainkan peranan penting bagi menghasilkan dua jenis aliran elektrik yang bervoltan tinggi dan juga bervoltan rendah.

Ell Electric

Maksud begini, apabila tenaga elektrik dialirkan di dalam air, arus elektrik akan mengalir keluar melalui bahagian hadapan belut dan akan mula merentasi air seterusnya akan kembali ke ekor belut semula. Kejadian seperti terkena renjatan elektrik yang dasyat dari belut inilah yang menyebabkan mangsa itu boleh mati.

Namun begitu, seandainya belut tersebut mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan ekornya, ia juga akan terkena renjatan elektrik yang dikeluarkannya sendri.

Gator Bites An Electric Eel & Gets Shocked To Death!

Soalan Suri.

Bagaimanakah cara-cara orang asli menangkap belut elektrik ini?

5.30 balik… >____<

Share

Lansium Domesticum Jack

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Semalam bercerita tentang gelagat orang muda di taman permainan Kuala Kangsar. Harini Suri ingin bukak topik pasal buah-buahan tempatan pula. Hari sabtu tu kami baru sahaja sampai Kuala dok lepak kat anjung tempat letak kereta. Dalam borak-borak bersama biras suami pulak melangkah kaki ke kebun Pak Mail. Maka di jadikan cerita sambil berborak kami membantunya memasukkan buah dalam kereta kebal sorong. kebetulan memang ada bau-bau bacang rupanya.

Suri gatal tangan snap gambar berharap tangkapan harimau belang menggunakan kamera menjadi. Maklum ar cuaca ketika itu petang di tambah dengan silau mataku ini agak bermasalah untuk merenung menjau. Hambik mana yang rasa boleh hii..

Ia dikenali dengan nama langsat di beberapa masyarakat setempat. Nama lain untuk langsat turut di panggil lansium domesticum jack, buah dokong, buah duku, lansa, langseh, langsep, lanzon, lanzone atau kokosan.

Pokok langsat adalah sejenis tumbuhan yang asalnya daripada hutan Semenanjung Malaysia. Pada masa kini tumbuhan langsat tidak terikat tumbuh melata di Malaysia sahaja namun ia juga tetap hidup subur di beberapa kawasan-kawasan tropika di mana ia mampu menghasilkan buahnya yang manis dan enak di makan.

Ciri-ciri buah langsat.

  • Warna kulit buah langsat amnya berwarna kuning dan cokelat. Biasanya ia seiring dengan tompok-tompok dengan teksturnya yang licin atau sedikit lekit-lekit.
  • Apabila isinya dikopek, kita akan dapati isinya seperti dihiris-hiris secara berasingan.
  • Isinya yang lut cahaya menghasilkan buah yang manis akan tetapi biji-bijinya pula menghasilkan rasa pahit apabila di makan.

 Kalau balik melaka kulit buang langsat ini mak selali masuk dalam lauk masak asam heee..Korang suka makan buah langsat tak?

Share

Kenali Bed Bugs! Part I

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Ini merupakan entri permintaan dari salah seorang pembaca setia blog cahayacinta.com. Urm..sebelum Suri membawa kawan-kawan menggembara ilmu lebih jauh apa kata pada bahagian pertama kita mengenali hidupan si pepijat dahulu.  Tidak kenal maka tak tahu.

So enjoy this entry!

Pepijat merupakan sejenis serangga yang berkait rapat dengan manusia, haiwan peliharaan, kelawar,burung dan lain-lain mamalia. Satu-satunya makanan pepijat ialah darah dari haiwan yang berdarah panas.
Saiz seekor pepijat ialah lebih kurang 1/5 inci panjang dan 1/8 inci lebar. Pepijat berwarna coklat kemerahan dan berbentuk oval serta sangat leper.
Pepijat mempunyai mulut yang berjarum kecil untuk mencucuk mangsa bagi menghisap darah. Pepijat yang kekenyangan kelihatan besar sedikit dan menjadi kurang leper.
Telur pepijat.
Telur pepijat berbentuk panjang dan dilekatkan pada sekitar kawasan di mana mangsanya tidur. Seekor pepijat betina akan bertelur sebanyak 2 biji telur sehari dan akan menghasilkan sebanyak 200 biji telur selama hayatnya. Telur akan menetas sekitar 6 ke 17 hari dan melahirkan anak pepijat yang kecil, tidak berwarna dan berbentuk seperti pepijat dewasa.
Untuk membesar anak pepijat memerlukan darah sebagai makanan sebelum dia boleh bertukar kulit untuk pembesaran. Ia bergantung kepada kemudahan bagi mendapatkan darah mangsanya untuk membesar. Jarak dari lahir hingga dia berupaya menetaskan telur adalah antara 4 hingga 9 minggu.
Kitar hidup pepijat.
Pepijat adalah serangga yang tahan lasak walaupun tanpa makanan selama lebih setahun dia masih mampu hidup. Dia juga tahan cuaca panas dan juga cuaca sejuk. Walau bagaimanapun anak pepijat lebih kurang lasak berbanding pepijat dewasa.
Darah kegemaran pepijat adalah darah manusia tetapi mereka juga tidak menolak jika terdapat darah binatang seperti ayam, kucing, tikus, anjing dan seumpamanya. Kebiasaannya mereka mencari makanan pada waktu malam tetapi terdapat juga aktiviti pada waktu siang di tempat-tempat seperti panggung wayang, pejabat dan seumpamanya.
Walaupun di dalam makmal para penyeledik mendapati pepijat mampu menjadi agen pembawa kepada penyakit seperti anthrax, plague, tularemia, demam kuning, dan typhus namun belum ada bukti yang nyata bahawa mereka memainkan peranan dalam penyebaran penyakit tersebut. Jadi pepijat tidak dimasukkan ke dalam serangga pembawa penyakit yang menular.
Pepijat akan menyorok pada waktu siang di celahan atau rekahan struktur bangunan seperti pada lantai dinding, celahan perabut dan sebagainya. Mereka dapat menyorok dicelahan yang sempit di sebabkan bentuk badan mereka yang leper.
Musuh dalam diam.
Tempat kebiasaannya ialah pada tepian tilam, di celah-celah katil, celah spring katil, atau mana-mana ada ruang di sekitar katil. Juga di celahan perabut sekitar bilik tidur seperti di kerusi, celahan sofa atau celahan kabinet. Pada kawasan yang teruk di serang pepijat kita akan dapati mereka menyorok hampir di semua tempat seperti di celahan rekahan dinding, sebalik frame gambar, dan juga di kabinet-kabinet. Keadaan asas yang digemari mereka ialah tempat yang gelap dan terlindung.
Kehadiran pepijat dapat dikenal pasti melalui baunya yang tengik. Gigitan pepijat dapat menimbulkan kesan kemerahan pada kulit dan kadangkal gatal. Ia boleh mendatang kesan yang teruk bagi mereka yang alah kepada gigitan serangga. Kesan tompok kecil darah pada tilam atau kesan najis dari pepijat yang berbintik hitam di celahan katil atau tilam juga menjadi satu tanda kehadiran pepijat.
Urmmmmm…..
Insyallah bahagian kedua Suri akan kupaskan serba sedikit cara-cara-untuk menghapuskan pepijat bagi suri study dulu ek..okis cau!
sumber maklumat gambar :http://malaysiapest.blogspot.com, google.
Share

Moon Snails

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Bukan bulan bukan juga duduknya di atas tapi minggirnya di dasar laut. Kamu tahu apa itu Moon Snails. Haa..aaaa..bukan ular bukan juga lipan.

Moon Snails atau lebih dikenali sebagai siput bulan merupakan antara salah satu siput pemangsa yang tugasnya memburu kerang dan hidupan kecil berada di dalam laut.

*Ingat siput mesti ada radula.

Tahukah kawan-kawan siput bulan ini mempunyai ‘lidah‘ di mana ia berfungsi sebagai ‘gigi’ yang dipanggil sebagai radula. Radula ini mempunyai kuasa yang kuat ada pada siput bulan.

Lihat kerang telah di tebuk! dasar moon snails jahat..

Mengapa ya? Ini kerana sekiranya siput bulan merembeskan lidahnya ke luar ia berupaya melarutkan kulit kerang menyebabkan hidupan itu akan mati.

Bukan itu sahaja malahan siput bulan juga boleh berbuat demikan semasa hendak menggerudi sesuatu lubang untuk di diami satu-satu tempat itu dalam kadar tempoh yang agak lama. Pada kebiasaaya lubang yang digerudi oleh siput bulan ini adalah lubang yang sama!

Lubang tempat simpana telur siput bulan.

Jangan pula kawan-kawan tidak tahu bahawa lubang yang  bulat dan sempurna yang reka oleh si moon snails ini juga setanding lubang yang digerudi dengan mesin.

Keluargan ini dapat menjejak moon snails. Kemudian melepaskannya..Cuba lihat bagaimana moon snails tenggelam balik tanah..

Share

Bukan Teratak Bougainvilla Part II

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Kahwinkan pokok?

Itulah reaksi spontan bagi mereka yang pertama kali mendengar istilah berkenaan. Namun bagi kaki kebun atau peminat pokok bunga misalnya, teknik pokok kahwin ini sudah menjadi kemestian bagi mereka yang mahukan hasil menarik, terutama pokok bunga bougainvillea atau bunga kertas yang sememangnya popular.

Pilihan bougainvillea – Kaedah cantumkan pokok baik mampu hasilkan bunga kertas berkualiti

JIKA sebelum ini kita membicarakan panjang lebar mengenai pokok bunga kertas atau ‘bougainvillea’ yang sememangnya tanaman hiasan popular sejak berzaman lamanya, kali ini, seperti dijanjikan, kita mendekati pelbagai cara mempamerkan pokok bunga menarik ini.

Sebenarnya kehadiran bougainvillea dalam pelbagai warna bunga yang menarik membolehkannya dipamerkan dalam pelbagai cara seperti berikut:

  • Bouginvillea boleh ditanam di atas tanah iaitu dicampurkan beberapa pokok pelbagai warna bunga dalam satu rumpun.
  • Boleh ditanam dalam pasu secara solo atau campuran beberapa pokok berlainan warna bunganya dalam pasu yang agak besar saiznya agar dapat hidup subur dan lebih menarik.
  • Memandangkan ia pokok renek dan jenis pemanjat, pokok berbatang kecil dan panjang ini boleh diikat pada batang kayu untuk melatihnya memanjat seperti menjadikannya pintu gerbang taman, memanjat dinding, pergola, trellis dan sebagainya.
  • Dijadikan pokok bonsai untuk kelihatan lebih eksklusif.

  • Sesuai digunting atau ‘diandam’ kemas untuk dijadikan pokok pagaran dan topiari dengan pelbagai bentuk. Untuk itu ia perlulah digunting dan diandam sekerap mungkin untuk kelihatan lebih cantik dan sentiasa kemas.
  • Beberapa ranting pokok pelbagai warna bunga atau daun boleh dikahwinkan atau dicantum kepada sebatang pokok yang matang bagi menghasilkan pelbagai bunga berwarna-warni untuk pameran yang lebih unik, cantik dan menarik.

Namun, berbanding kaedah yang disenaraikan di atas, teknik kahwin pokok yang merujuk batang atau tunas pokok yang baik dicantumkan kepada pokok kurang baik, disifatkan paling menarik kerana selain memaparkan kerajinan dan kreativiti individu, ia juga mampu menghasilkan pokok idaman yang lebat bunganya dan pelbagai warna.

Teknik cantuman

Ada beberapa cara atau teknik cantuman atau dalam istilah Inggerisnya dikenali sebagai ’grafting’ yang boleh dilakukan. Contohnya seperti cantuman dekatan atau sanding, cantuman mata tunas, cantuman belahan seperti cantuman baji dan sebagainya.

Namun cantuman baji adalah yang paling mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja. Oleh itu saya akan tunjukkan cara mudah melakukan ’kahwin’ pokok bunga kertas menggunakan teknik cantuman baji.

Sebelum itu ikuti beberapa tip dan maklumat mengenai teknik cantuman ini.

  • Hanya pokok daripada jenis sama saja yang dapat dilakukan menggunakan teknik ini. Contohnya hanya pokok bougainvillea boleh dikahwinkan dengan pokok bougainvillea saja.
  • Lakukan cantuman sama ada pada waktu awal pagi sebaiknya sebelum pukul lapan atau waktu petang selepas matahari mulai menurun contohnya seperti jam 6 petang.
  • Jangan lakukan cantuman semasa hari hujan, selepas hujan atau pada hari terlalu panas.
  • Dua cara melakukannya iaitu secara cantuman batang lembut atau cantuman batang keras.

Cara cantuman baji pokok bougainvillea

Pilihan batang yang hendak dicantumkan itu (berbunga cantik) dan ranting pokok yang menanti itu mestilah sama saiznya iaitu sebesar pensil. Potongan mestilah dilakukan menggunakan pisau yang tajam dan bersih. Caranya adalah seperti berikut:

  • Langkah 1: Potong bahagian batang pokok yang hendak dicantum atau ’scion’ berbentuk ’V’. Bahagian akan tumbuh menjadi ranting baru.
  • Langkah 2: Kemudian potong pula bahagian pokok yang menanti atau ’stock’ agar bahagian ’scion’ dapat sesuai untuk dicantum dengannya .
  • Langkah 3: Lakukan cantuman dengan segera agar bahagian kambium tidak kering iaitu faktor utama kepada kegagalan cantuman.
  • Langkah 4: Ikat cantuman menggunakan tali rafia atau pita cantuman secara tidak terlalu ketat dan tidak pula terlalu longgar.
  • Langkah 5: Letakkan di tempat teduh dan elakkan proses pemeluwapan bagi mempercepatkan cantuman iaitu dengan meletakkannya dalam beg plastik (foto 5).

Menerusi kaedah di atas, Insya-Allah cantuman tadi akan berjaya bercantum dalam masa lima atau enam minggu dan bolehlah ditanggalkan tali rafia dan juga beg plastik.

Berikan penjagaan pokok berkenaan seperti biasa seperti siraman air, pembajaan dan dedahan kepada cahaya yang diperlukan. Sebenarnya anda perlu banyak membuat percubaan melakukan proses cantuman ini dan jangan berputus asa sebelum berjaya.

Cara cantuman ini boleh dilakukan untuk pokok buahan dan tanaman hiasan lain seperti pokok bunga raya, pokok bunga tahi ayam atau Lantana dan sebagainya.
Selamat mencuba.

Gambarajah/info:http://www.pertanianperak.gov, google & BH.

Share

Bukan Teratak Bougainvilla Part I

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Pagi seperti biasa Suri sering melalui jalan town ini untuk ke tempat kerja. Deretan pokok bunga kertas membuatkan anak mata Suri memandang tanpa jemu di dalam kereta.

Apa lagi mengomellah Suri sorang-sorang dalam kereta dan dik kerana ingin tahu si bunga kertas yang satu ini membuatkan Suri ingin berkongsi ilmu dalam blog dengan lebih dekat lagi ;) .

Pokok bunga kertas atau sebutannya dalam bahasa Inggeris di panggil bougainvillea. Merupakan tumbuhan pokok bunga yang berjaya menghasilkan bunga yang berwarna-warni dan mampu berkembang sepanjang tahun.

Seperti biasa Suri mengoogle kalau tidak mamang tak kenal. Inilah orangnya Louis Antoine de Bougainville

Pokok bunga Bougainvilla sebenarnya berasal dari Amerika Selatan. Sebutan masyarakat setempat memberikan nama bunga kertas ini di peroleh di sebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti kertas. Manakala nama bagi bunga Inggeris ini di petik Bougainvilla, pula diambil bersempena nama Louis Antoine de Bougainville, yang merupakan seorang Komander Laut Perancis.

Tahukah kawan-kawan semasa pokok bunga kertas berbunga, adalah kebiasaannya bahawa kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga dan dahan-dahan yang menarik.

Suata masa dahulu pokok ini amat  popular di kalangan masyarakat melayu mungkin kerana warnanya yang pelbagai membuat suri rumah menanam begitu banyak sekali di depan halaman rumah masing-masing, taman-taman atau dijadikan landscap sesuatu tempat.

Pokok bunga kertas ini di tanam oleh seorang guru sekolah dengan menggunakan kaedah cantuman tunas. Ini selok dalam http://linaherbs.blogspot.com

Pokok bunga kertas tergolong dalam famili Nyctaginaceae yang mengandungi 28 genus dan 250 spesies. Terdapat tiga spesies utama bougainvilla di Malaysia, iaitu B. glabra, B. spectabilis, dan B. Mrs. Butt. Banyak kacukan telah dilakukan daripada tiga spesies asal ini untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak, baik selapis mahupun banyak lapis.

Pokok bunga kertas juga menjadi pilihan kacukan untuk menjadikan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai dahan dengan bunga yang berlainan warna. Pokok bunga kertas menjadi pilihan ramai disebabkan bunga berwarna-warni yang cantik dan tahan lama, mudah dijaga, serta pokoknya yang tahan lama sehingga melebihi 20 tahun (jika dijaga dengan betul). Pokok bunga kertas kini juga menjadi pilihan bagi menghasilkan pokok bonsai renek.

Kredit:http://www.oceaniedeslumieres.org

Share