Luka Itu Sembuh Jua Part II

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Masihkah sahabatku ingat akan kisah Luka Itu Sembuh Jua Part I pada entri Suri yang lepas hasil tulisan sahabat Muhammad Qayyim. Seperti yang dijanjikan ikuti sambungan kisah suami isteri ini selanjutnya.
Apakah kesudahannya..bersama atau membawa haluan masing-masing sama-sama kita menyorotinya bersama-sama.
Bukan tidak mampu..
Zainab begitu beriya-iya tetapi Jamal tidak begitu. Bukan dia tidak mampu untuk membeli tilam seumpama itu, cuma keadaan kewangan belum mengizinkan dan masih ada hutang yang perlu diselesaikan segera.Malam itu dia tidur lebih awal dari biasa kerana keletihan selepas menolong membaiki kereta seorang kawan pada petangnya.
Berkali-kali Zainab mengejutkan sambil mengingatkan bahawa kalau tilam itu tidak dikutip hingga pagi esok, ia akan diangkut oleh pekerja-pekerja pengangkut sampah Dewan Bandaraya. Setiap kali digerakkan, setiap  kali itu pula Jamal merungut dan marah-marah dalam keadaan antara tidur dan jaga.
Keesokannya apabila dikejutkan oleh Zainab untuk bangkit sembahyang Subuh, dia terjaga dalam keadaan hati yang masih mendongkol. Sebaik-baik sahaja diberitahu oleh Zainab bahawa dia telah keluar rumah dan mengambil sendiri tilam merah jambu itu dari tong sampah, Jamal serta-merta naik darah. Dia rasa benar-benar tercabar.
Terdetik dihati Jamal, tak patut Zainab keluar rumah tanpa izin darinya. Bukankah dia suaminya? Zainab telah membelakangkannya! Tidak terfikir pula di benaknya untuk bertanya lebih lanjut, lebih-lebih lagi untuj berlapang dada dan memberi peluang kepada Zainab untuk bercakap sepatah dua kata.
Atas pertimbangan akal bawah sedar yang dipengaruhi nafsu, Jamal terus sahaja melafazkan talak. Serta-merta itu juga darah menyirap naik kemukanya. Dia tahu dia telah terlanjur. Tapi kata-kata yang telah dilafazkan itu tidak boleh ditarik balik.
Talak sudah jatuh!
Keesokan malamnya, Jamal bersama Abang Harun dan Sabri keluar dengan kereta Proton Wira milik Sabri. Abang Harun memandu, Jamal duduk di sebelah pemandu dan Sabri di bahagian belakang, Mereka pusing-pusing bandar Kuala Lumpur tanpa destinasi yang pasti. Agenda pentingnya adalah untuk menyelesaikan masalah Jamal dan bekas isterinya. Perbincangan dalam kenderaan membuatkan fikiran dan jiwa jadi hidup, tidak tegang dan kaku.
Sabri mengingatkan bahawa masalah yang menimpa Jamal ada rangkaian-ramgkaiannya. Kisah sebuah tilam terbuang yang membawa kepada perpisahannya dengan Zainab, cuma sebab-musabab sahaja. Umpama putung bara api yang telah lama bernyala, bila dicucuh minyak tanah terus menyemarak.

 

“Saya dah bertemu Zainab. Dari cakap-cakapnya tadi, ternyata Zainab masih tidak berubah hati terhadap kau. Hatinya masih pada kau,” beritahu Sabri.
Cuma, pesan Sabri, masalah itu biarlah selesai sampai ke akar umbinya supaya tak berulang. Katanya, hidup sebagai suami isteri memang tak lepas dari salah dan silap. Tapi kesalahan dan kesilapan itu bukannya kita sengaja menempah. Sebab itu, katanya, kita perlu berhati-hati dalam sikap, tindak-tanduk dan kata-kata. Kena saling manjaga perasaan dan hormat-menghormati. Paling penting, mesti ada rasa kasih-mengasihi. Kalau kita mahu orang kasih pada kita, Kita mesti pandai memberi kasih kepada orang lain juga.Kasih sayang tidak cukup sekadar disimpan di hati tapi sekali-sekala perlu ditunjukkan juga dalam sikap dan kata-kata.
“Hari ini krisisi rumahtangga banyak terjadi kerana suami isteri hanya mahu disayangi tapi tidak cuba menyanyangi. Masing-masing hanya tahu menerima dan tak tahu memberi. Hanya mahu orang jaga perasaannya, diri sendiri tidak mahu cuba jaga perasaan orang lain,” ujar Sabri.
Marah macam mana pun kita pada isteri, jangan sampau terkeluar perkataan yang tak sepatutnya,” Sabri memgingatkan lagi. “Lebih-lebih lagi jangan mudah-mudah mengancam untuk bercerai.”
Entah berapa kali berjauh hati…
Entah sudah berapa kali Zainab berjauh hati dengan Jamal kerana sikap dan kata-katanya. Rumahtanggan mereka sentiasa berkocak dan tegang. Kesilapan kecil yang dilakukan Zainab sudah cukup untuk membuatkan Jamal naik darah dan tersinggung. Dia akan menengking dan mengherdik malah mengancam.
Rupa-rupanya ancaman yang telalu kerap itu membuatkan Zainab jadi lali. Mungkin sebab itu dia boleh bersikap cekal dengan kejadian pagi semalam. Seolah-olah jiwanya sudah bersedia menghadapi kemungkinan itu.
Bahagia dan derita, susah dan senang, mesra dan tegang, semuanya itu ibarat ‘iklim’ dalam kehidupan berumahtangga,” ujar Sabri lagi.
Cuaca tak selalunya cerah, langit tak selalunya indah, tidak pula hujan memanjang atau kemarau selau. Begitu juga dalam rumahtangga, tak selalunya senang dan bahagia. Sekali-sekala tiba saat susah, saat derita, saat tegang, kenalah kita terima dengan berlapang dada. Itulah perubahan iklim dalam rumahtangga yang tidak dapat kita elak.”
Lampu di ruang tamu masih menyala ketika Jamak tiba dirumahnya hampir pukul 12 malam itu.
Nab, boleh izinkan abang masuk?” Jamal bersuara separuh berbisik setelah memberi salam.
“Masuklah,” balas Zainab dari dalam. Lembut.

 

Jamal berasa lega kerana penerimaan Zainab terhadap lafaz rujuk yang dituturkannya dalam pertemuan di hadapan Ustaz Lukman petang tadi, benar-benar dari hati yang rela. Ustaz Lukman, penceramah bertauliah yang sering dijemput mentampaikan kuliah di pejabat tempat Jamal berkerja, telah menjadi saksi ketika Jamal menuturkan lafaz rujuk ke atas Zainab untuk mengesahkan semula hubungan mereka sebagai suami isteri.
“Nab, maafkan abang atas kekasaran abang selama ini.”
“Nab juga bersalah. Belum dapat taat sepenuhnya pada abang. Maafkan Nab…”
“Abang maafkan. Sama-samalah kita baiki diri.”
Jamal merapati kedua-duanya anaknya yang masih kecil. Dicium dahi kedua-duanya/ Selepas itu  matanya mencari tilam berwarna merah jambu.
“Tilam yang Nab kutip tu Nab sorok dibawah rumah. Nab tak bawa masuk, takut abang tak setuju.”
Jamal tersenyum, kemudian mengeluarkan bungkusan kecil dari poket seluarnya.
“Ini hadiah untuk Nab”
“Hadiah apa pulak?” Zainab menyambut bungkusan itu lalu mengucapkan sebagai tanda menghargai pemberian Jamal.
“Hadiah kasih sayang!” sahut Jamal.
Malam itu, Jamal dan Zainab mengisi perbualan dengan mengimbau pengalaman manis waktu mereka mula-mula disatukan dahulu. Mengingati pengalaman awal itu manjadikan hati mereka terhibur. Pengalaman-pengalaman itu menjadi penawar kepada luka yang baru sahaja sembuh. Sedar-sedar pukul 2 pagi ketika masing-masing bersedia untuk tidur.
Susah nak lena, bang. Kenapa ya? soal Zainab sambil memandang Jamal dalam kesuraman lampu bilik tidur mereka.
“Nab masih ingat tilam itu lagi ke?” usik Jamal.
“Taklah…”
“Lupakanlah tilam itu. Dapat gaji hujung bulan ini, Insyallah abang beli tilam baru. Lagipun barang dari hasil titik peluh sendiri lebih puas memakainya,” janji Jamal sambil tersenyum.
P/S:Hari Khamis 25/8/2011 teka-teki akan di tutup.Bagi sesiapa yang belum meneka masih ada masa lagi untuk mencuba.

 

Share

Cara Memulihkan Kembali Hubungan Setelah Curang

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..

Sudah baca entri yang sebelum ini, kali ini Suri singkap pula cara-cara untuk memulihkan kembali hubungan suami isteri yang telah dingin sebuku ais di kutub utara.

Lihat ais agak lama ia mengeras bila terpana pancaran sang mentari dengan mudahnya ia mencairkan diri menjadi air. Walaupun agak berabad menyusutkan diri namun sedar dengan tidak  lambat -laun ais yang membukit itu pasti akan roboh jua.

tdhfetkn

Inikan kita manusia andai satu hati sudah memujuk maka apalah salahnya sekiranya kita menyongsong ketepi untuk beralah jua.. Sampai bila kita harus berkeras kepala..

Tidak mahu membuang masa apa kata kita sama-sama semak beberapa point dibawah yang mungkin boleh menjadikan sebahagian dari panduan sahabat semua untuk menenangkan kembali keadaan yang sedia tegang pada nilai ph yang natural :-

  • Perkara yang wajib anda lakukan  adalah menghentikan kebiasaan perilaku buruk anda kerana anda tidak boleh hidup dalam hubungan jika kaki sebelah anda berada di luar pintu. Jauhilah dari kepura-puraan kerana  ianya tidak akan membawakan kebahagiaan dalam rumahtangga anda.
  • Duduk berbincanglah secara baik dan kenal pasti masalah tersebut sehingga ke akar umbinya.
  • Bersedilah menerima tanggungjawab di atas masalah yang telah berlaku meskipun mungkin hati anda mengatakan ia tidak adil.
  • Lahirkanlah keinginan dalam diri dan berjanjilah pada pasangan anda bahawa kecurangan yang telah anda cipatakn itu tidak akan berulang lagi.

remoteImage.jsp

  • Sebagai langkah untuk masa  hadapan, kedua -dua pasangan warjalah membina tanggungjawab yang baik  dalam membina dasar hubungan yang baru.
  • Amat digalakkan sekiranya hubungan yang menghadapi masalah memcuba mendapat bantuan daripada  ahli terapi perkahwinan bagi membantu mengembalikan hubungan tersebut ke landasan yang betul.
  • Kembalikan kepercayaan pada pasagan anda secara berpering-peringkat. Insyallah segalanya akan bertapak di hatinya semula.
  • Ingat, tidak begitu mudah untuk mengawal hubungan setelah terjadinya kecurangan kerana  wajar  apabila menuju kebaikan akan juga mengalami pasang surutnya sesebuah ikatan itu.

Indahnya rasa cinta itu jika kita benar-benar faham akan erti hidup berkeluarga dalam islam itu sendri, tapi alangkah gagalnya seseorang itu jika tidak bijak menghargainya atas apa yang telah dikurniakan untuknya dalam kehidupan. Nescaya dia benar-benar orang yang rugi…

Share

Cara Bijak Atasi Konflik Rumahtangga

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Adat dalam sesebuah perkahwinan ada pasang surutnya.. Mana ada yang manis belaka yang tawar..kelat di telan wajar diterima agar ia menjadi sebagai titik dalam hati bahawa setiap yang berlaku itu kadang kala beralas untuk memantapkan institusi rumahtangga.

Pertengkaran kadangkala membuatkan kita merasa cemuh dengan apa yang berlaku. Walaupun ia perkara kecil sengaja di besar-besarkan. Walha perkara itu bisa aja di bincangkan dari hati ke hati jika kena pada kuah dan nasi keatasnya pasti keenakan nasi yang bakal di jamah rasa kuah itu akan diserap jua :) .

148592_176170465728415_100000063882829_617853_1569454_n

Pagi sabtu yang santai ini Suri sediakan tips untuk anda diluar sana cara-cara bagaimana menangani konflik dalam rumahtangga. Moga-moga empat ibu yang di berikan akan mampu mengharmonikan rumahtanggan anda kembali.

Niat

Perbetulkan niat anda untuk menangani masalah konflik. Cuba tangani masalah tersebut dengan rasional dan ingatkan diri bahawa setiap masalah yang dihadapi akan ada jalan penyelesaiannya.

Masing-masing harus mempunyai niat tulus untuk menyelsaikan masalah yang dihadapi dan bukan kerana sebab-sebab tertentu anda berpura-pura memaafkan pasangan anda. Sematkan dalam diri selalu setiap niat yang baik jika di lakukan demi kebaikan rumahtangga pasti kebahagian dalam hati akan membuatkan anda tersenyum sendiri.

Lemah-Lembut

Tidak kiralah siapa yang memulakannya dahulu tapi penyudahnya bagi mengakhiri sebuah pertengkaran salah seorang dari anda harus berlembut. Lontarkan ton bernada rendah pada pasangan anda dan cubalah mengawal emosi dengan sebaik yang mungkin. Selepas itu anda pintalah pasangan anda mengutarakan segala keluh-kesahnya tanpa bernada kritik, tanpa rasa marah yang teramat sangat. Insyallah pasangan anda akan lebih mudah bercerita sekiranya anda berlembut padanya.

Alas dengan humor

Berbicara dengan kata-kata humor, mencium dahinya atau mengucup pipinya, pasti akan membuatkan pasangan anda sedikit terkedu. Air yang tiba-tiba panas menggelegak tadi kini suhunya telah turun secara mendadak :) . Ek..kedengarannay agak keterlaluan bukan tapi itulah tindakan di luar jangkaan yang kadang-kala membuahkan hasil ;) .

46206_107707755953319_100001422845738_67450_7229135_n1

Beralih Sejenak

Salah seorang dari anda harus memberikan tumpun pada perkaral lain. Lakukan kerja seperti biasa namun begitu cuba fokuskan perkara yang anda benar-benar minat Insyallah ia tidak akan mengecewakan anda. Setelah keadaan kembli reda maka duduklah berbincang bersama-sama dan cuba cari jalan penyelesain dengan cara yang baik.

Sebagai entri penutup Suri layarkan lagu youtube kumpulan Kopratasa bertajuk Permata Untuk Isteri buat semua.

Sekian tamatlah kelas kita pada hujung minggu ini :)

Share

Sabar Mampu Memantapkan Institusi Rumahtangga

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..

Saat cinta bertamu terasa hadirnya dalam diri ingin hidup bersamanya sehingga ke akhir hayat..

Jika dahulu boleh sahaja kita menjaga dan menahan titik sabar kita kepadanya. Sehinggakan gerak tingkah laku kita pun kita tegar berubah demi menjaga hatinya..hatta pada tutur bahasa juga amat lembut di susun kata..

angrySumber: http://www.fanpop.com/

Tapi mengapa setelah lama berkahwin semuanya hilang seri keindahannya.. Asal lambat ..mudalah kita panas hati..hilang kawalan kesabaran..Mengapa..kenapa?

Berikut Suri berikan 3 tips kesabaran yang perlu ada pada diri seseorang muslimin dan muslimat yang sejati. Moga-moga tips yang diberikan akan mampu memantapkan bahtera atau diri kita kembali.

  • Laksanakanlah segala suruhanNYA dengan hati yang penuh keikhlasan. Berbuat baiklah sesama manusia dan janganlah sesekali meninggalkan solat lima waktu sehari semalam. Kerana ia mempu melatih diri kita menjadi manusia yang sabar dan taat padaNYA.

  • Jauhikan diri dan sabarkan ia dari melakukan sebarang kejahatan yang dilarang dalam islam seperti contoh melakukan maksiat, minum minuman keras, pengambilan dadah, pergaulan bebas dan sebagainya. Dan sentiasalah beringat bahawa syaitan dan nafsu sentiasa menghasut kita untuk melakukan keburukan pada lembah yang hina lagi keji. Lantaran itu kita mesti kuatkan iman dan sabar akan segala tipu daya tersebut.

sabar

  • Ada waktu kehidupan kita bahagian dan ada tikanya kehidupan kita teramat pedih dan sukar untuk di bicarakan.. Tapi ingatlah roda yang berputar akan tiba masaya nanti ia merubah segalanya. Tahankan diri untuk menerima segala dugaan dan musibah dariNYA. Ingatlah yang datang itu hanyalah untuk menguji sejauh mana keimanan kita kepadaNYA. Sabar itu perlu kerana ia adalah kunci sebahagian daripada iman.

“Allah tidak membani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa),”Ya Tuhan kami,janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan.

Ya Tuhan kami,janganlah Engkau beban kami dengan bebanan sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kami apa yang tidak sanggup kami pikulkan.Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka bantulah kami menghadapi orang-orang kafir.”


Share

Rindu Yang Terlarang..

Salam semua..

Luahan dari seorang pembaca setia di blog ini. Berharap sahabat semua tidak keberatan meninggalkan komen di blog ini serangkap dua kata. Segala pandangan anda amatlah Suri hargai.

Nama samaranku Qis. Qis telah berumahtangga selama 20 tahun. Namun sepanjang tempoh perkahwinan tersebut kami masih belum dikurniakan cahaya mata lagi. Allah.. mungkin rezeki itu belum berpihak pada kami lagi. Hati dan perasaan Qis terhadap suami mula tawar akibat sikap suami yang kurang memberikan perhatian pada Qis..

Sepertimana yang semua  sedari fenomena muka buku di alam maya, Qis juga tidak ketinggalan mempunyai akaun muka buku.Selama bermuka buku,Qis begitu berhati-hati menerima kawan-kawan lama mahupun yang baru.

Suatu hari Qis membuka message di inbox. Terlihat ada suapan email tanpa diundang. Sungguh tidak terduga dek akal apabila bekas kekasih  yang menghantar email tersebut. Dia bertanya pada Qis adakah Qis orang yang dicarinya di muka buku itu. Terpukul Qis dengan pertanyaannya, kerana selama bermuka buku…Qis memang pernah membaca ‘wallnya’ tetapi tidak pernah terfikir untuk menyapanya.

Jujur Qis katakan, Qis tidak pernah terfikir dia akan mencari Qis lagi kerana kami telah terpisah selama 20 tahun dan  kini kami di temukan di maya kembali. Sepanjang tempoh itu,kami tidak pernah terserempak atau terjumpa di mana-mana walaupun kami tinggal dalam bandar yang sama dan mungkin mengunjungi tempat membeli belah yang sama.

hening

Qis tahu dia sudahpun berkahwin dan mempunyai anak seramai 4 orang. Namun semenjak kehadirannya membuatkan hati Qis tidak tentu arah. Dahulunya kami pernah bercinta namun tidak pula pernah sesekali memutuskan hubungan itu sama sekali.Rupa-rupanya di antara kami sisa rindu dan kasih masih ada.

Kami bertukar cerita dan episod duka dalam kehidupan masing-masing.Ekoran dari masalah yang Qis hadapi untuk mendapatkan zuriat, dia pula mencadangkan agar Qis mengambil anaknya untuk dijadikan sebagai anak angkat. Cadangannya membuatkan Qis tersentak dan terdiam. Namun Qis berfikiran terbuka mana mungkin ada insan yang sanggup memberikan anak sendiri pada orang lain tanpa sebab musabab yang kukuh melainkan jika ia ada tali persaudaraan sesama keluarga………Sebab Qis tahu jika kami berjumpa pasti akan ada pelbagai rasa dan cerita yang bakal terjadi kelak.

Bantulah Qis dalam menyelesaikan masalah ini. Agar Qis dapat mengisi rasa tawar di hati terhadap suami kembali dan sekaligus dapat mengawal diri ini dari terus berhubungan dengan suami orang. Qis tidak tergamak untuk menguis rumahtangga orang namun begitu keadaan juga telah membuatkan Qis menjadi begini.Bagi Qis,cinta padanya mungkin telah tiada…cuma ada rindu yang tersisa.Tak pernah putus Qis meminta petunjuk dan memanjatkan doa pada Allah swt agar dugaan yang datang melanda ini segera berlalu pergi…Dan…sebenarnya bagi diri Qis sendiri telah ada jawapan yang pasti..cuma Qis mahukan pendapat lain…


Nyanyian Broery Marantika & Dewi- Rindu Yang Terlarang

Share

Panduan Mengambil Hati Mertua

Salam pagi pada semua :)

Harini tergerak hati nak kongsikan beberapa panduan bagaimana cara kita untuk mengambil hati mak mertua. Jeng..jeng..jeng.. tidak kisahlah sama ada sahabat sedang mengikat tali pertunangan, yang telah berkahwin dan yang seangkatan tentera laut dengannya yang pasti bila sudah berkahwin tu semestinya ada mak dan ayah mertua. Dan sebaliknya sekiranya seseorang itu anak yatim  biasanya kita juga akan tetap menghormati mereka sebagai gelaran mak jua ;) .

okanagan-wedding-kissSumber: http://heatherhapeta.blogspot.com/2009/05/best-place-to-get-married.html

Bercerita mengenai kehidupan mak mertua ini kebanyakan kes ada sesetengah dari kita kurang senang dengan mak mertua. Ini kemungkinan atas alasan mak mertua selalu memenangkan menantu yang lain ataupun mak mertua yang cuba mengalwal tiap gerak laku suami anda. Walaubagaimanapun tidak semua perkara di atas berlaku sebab sekarang ini pun masih terdapat juga mak mertua dengan menantu ibarat isi dengan kuku. :)

Ah, cakap memanglah senang dik Suri oit.. kau belum merasa lagi bahananya.. jika dapat mak mertua blah…blah..blah…blah..

Gambar_Mertua

Erk..memang benar kata orang jika ibu kita melayan menantunya dengan sebaiknya seperti anak sendri maka ia akan di timpa balik pada kita kelak. Di mana jika kita berkahwin kelak pasti kita pula akan mendapat mak mertua yang sebaik seperti ibu kita. Anda percaya? Pada pandagan Suri ya, sebab Suri melaluinya dan kebenaran itu ternyata benar-benar berlaku dalam kehidupan kita. Namun tidak kurangnya juga sebaliknya. Apapun itu semua perjalanan dan dugaan masing-masing dalam mengenal keluaraga mentua belah suami atau isteri.

Holaaaa.. tanpa membuang masa ayuk kita kayuh sampan sehingga mundik ke seberang sana ;)

  • Setiap kali sahabat balik ke rumah mak mertua/ayah mentua bawalah buah tangan sahabat dari sana. Buah tangan tidak semestinya buah-buahan tapi memadailah seperti lauk-pauk yang sahabat masak dari rumah. Paling best lauk – pauk berasal dari negeri sendiri. Macam Suri selalu bawak masak asam pedas ikan pari :) . Bukan apa bagi Suri jika kita masak dari rumah bermakna kita cuba meringankan bebanan mereka untuk masak lauk lebih untuk kita.
  • Selalunyalahkan apabila mak mertua tahu yang kita akan pulang ke rumahnya biasanya mereka akan masak lebih untuk anaknya, cucunya sekali. Jadi dengan rezeki yang sahabat bawa dari rumah sedikit sebanyak akan menyenagkan hatinya dengan ,masakan yang anda masak tu. Erm.. kata mak Suri orang yang jarang balik kampung ni selalunya lauk-pauknya sedap berbanding dengan orang yang selalu kita jumpa dan selalu merasa masakan mereka :)
  • Bagaimana pula sekiranya mak mertua telah tiada tapi ayah mertua ada atau sebaliknya? Haa.. salah satu cara adalah dengan menghiburkan hati mereka. Apa kata waktu hujung minggu atau cuti panjang kita membawa mereka berkelah, bercuti di tempat-tempat yang menarik dan sebagainya.
  • Pasti hati yang kosong akan terasa benar-benar terisi oleh mereka. Bagi yang sudah mempunyai keluarga besar tu sudah tentulah setiap hilaian tawa anak akan meggamitkan keadaan sekeliling. Jangan lupa rakamkan setiap memori manis itu dalam telefon bimbit dan upload picture tersebut dalam blog peribadi :) sebagai dairi diri anda dan sekeluarga :) .

chibi 1

  • Turun padang untuk masak bersama-sama mak mertua. Disinilah kita akan tahu bagaimana cara masakan mak mertua kita memasak dalam menu kegemaran anaknya (suami). Ingat setiap trik yang digunkan dan kemudian sekiranya sahabat berpeluang balik ke kampung lagi jangan malu untuk membawakan hidangan tersebut kepadanya. Pasti dia akan tersenyum bahawa anda benar-benar seorang yang peka pada selera anaknya.
  • Sebaliknya sekiranya sahabat tidak berpelung untuk pulang ke sana lagi maka gunakan masa mak mertua hendak berkunjug ke rumah sahabat, dan masaklah menu makanan tersebut pasti di lekuk bibirnya akan terukir seulas senyuman. Siapa yang tidak sayangkan menantu dik oi andai anda seorang yang bijak menggunakan pelung kekemasan yang sedia ada ;)
  • Andai kita mempunyai rezeki lebih tidak salah sekiranya suami dan isteri sama-sama menghulurkan sejumlah wang saku kepada mereka. Ya, memang diakui mereka ada simpanan sendiri melalui persaraan tapi tahukah sahabat nilai duit yang di beri oleh sahabat tidak sama nilainya dengan wang yang selalu di terimanya oleh kerajaan tiap-tiap bulan.
  • Sebab bagi mereka duit anak tulah berkat mereka dalam menyekolahkan anda sewaktu kecil dahulu. Dan dari duit itulah pada kebiasaanya mereka akan gunakan untuk sedekahkan pada masjid, menyimpannya ke dalam tabung haji dan sebagainya. Bukan itu sahaja jika anda perasan kebanyakan ibu bapa akan menolaknya walaupun ia tidak diminta namun dalam hati mereka amat bersyukr kerana sahabat adalah sebuah keluarga yang pandai dalam mengenang jasa -jasa meraka.Yang pasti akan terluncur doa darinya buat sahabat kelak.
  • Usia akan membataskan seseorang itu dalam melakukan sesuatu hal harian. Biasanya tika usia sudah meningkat akan datang pelbagai penyakit seperti angin dalam badan (sendawa), lenguh sana-sini, lemah sendi lutut dan sebagainya. Apa kata jika sebelum ini sahabat sudah terbiasa melihat brand  minyak angin atau minyak urut mak mertua/bapa mertua gunakan pelung tersebut untuk mencarinya di tempat tinggal sahabat.
  • Pasti ia ada dijual di ceruk kampung atau bandar.Kemudian jadikan ia sebagai pemberian kepada mereka secara ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Pasti setiap kali rasa sakit mula menjamah tubuh mereka akan segera menggunakan ubat yang telah sahabat belikan untuknya. Bukankah itu salah satu cara kita mengambil hati mereka. Jika rajin sahabat digalakkan mengurut mereka tanpa perlu di pita. Pasti hatinya akan lebih bahagia :)

Amacam ada apa-apa lagi yang nak di tambah atau komen? Yuk kongsikannya disini :)

Pstt!! sekiranya anda mempunyai sebarang masalah e-mailkan Suri di surihati_ku@yahoo.com =)

Share

Bahagia Ke Tidak Hidup Bermadu Ini?

Salam sejahtera untuk semua ;)

Harini ini Suri pergi kerja naik bas. Emm.. keadaan tetap sama macam semalam juga. Masih tunggu dari jam 7.30 pagi sampai ke jam 8.20 pagi. Lamanya berborak dengan seorang kakak ni.

Aree.. dalam berbicara pasal ambil anak terluncur dibibirnya akak ni hidup bermadu! Haaaaaaaa.. dia buat Suri tersenyum :) . Selidik punya selidik dia madu yang sulung. Rajinnya dia memgambil anak madunya nombor dua di pekan kemudian bawa kerumahnya dan hantar semula kerumah emaknya belah petang. Itu belum cerita lagi bab nak ambil anak pergi dan balik sekolah. Katanya dia selesa dengan berbuat demikian :) . Madunya yang kedua berkerja sebagai cleaner.

Rajin bertanya itu ini dia pula selongkar keluarga kak ada 4 orang. Madu di sana ada 3 orang. Erm.. bila di fikir camnerlah dia sanggup berkasih hati pada madunya yang kedua.

poligami

Sekadar gambar hiasan – Google

Selalu kita tengok bila bermadu ini ada sahaja yang masing-masing tak puas hati huu.. Indah gak kehidupan begini sebab jika kita susah masih ada “orang” yang akan menjaga si kecil dan menguruskan anak dengan lebih teratur lagi lebih-lebih lagi madu kita.

Tapi..bagi sesetegah kaum hawa tidak tergamak di madukan! Baik hidup sendri-sendiri dari bermadu kasih pada orang yang sama hii. Atau paling bijak dikata kalau nak berkahwin baik cari yang teruna. JANGAN! sesekali mengambil suami atau isteri orang nanti rosak rumahtangga mereka.

Apapun kehidupan bermadu ini tidak semudah untuk dilaksanakan jika kita bukanlah seseorang yang benar-benar bertanggungjawab serta adil dalam melaksanakan sesuatu tugas tu. Kata orang pandai membeli kena bijaklah menjaganya. Jika tidak kemudian hari tidak selamat kita di sana..

Pendapat kawan-kawan bagaimana pula?

Share

Panduan Mengintai Kejujuran Si Dia

Salam semua..

Sungguhpun hari sudah larut malam namun terjahan Suri ke ruang blog ‘new post’  ini tidak pernah sesekali menjemukan Suri.. Asalkan ada waktu lapang pasti Suri akan berkoleberasi di maya ini.

Malam ni Suri tidak mahu buka point terlalu banyak.

Erm.. akibat serangan nyamuk yang bertubi-tubi di dedaun tingkap rumahku.. menyebabkan Suri menahan kegatalan kaki, muka sana sini.. “Alahai nyamuk tahu ar hujan baru pas reda takan port sini jugak kau nak landing time huuu..

Saint_Valentines_Day_Love_a_couple_of_St__Valentine_s_Day_013099_

Sudah lama berpacaran..sekian lama duduk serumah namun masih basi-basi nak bertanyakan pada si dia adakah dia jujur dibelakang anda?? Persoalan mula timbul sejak melihat dirinya kebelakangan ini serba tidak kena.. Bahkan layanan yang di berikan tidak sehangat..semesra dulu.. Apa sudah jadi?

Berikut Suri berikan beberapa langkah untuk semua sahabat menyemak kejujuran dalam hatinya samada dia benar-benar setia dan jujur kepada anda atau sebaliknya  :) .

  • Mencuba mengambil kesempatan untuk membaca setiap masage yang diterima dalam telefon bimbitnya. Lakukan setiap kali kamu berpeluang melakukannya. Ingat pastikan si dia tidak perasan akan gerak laku tersebut.
  • Sesekali intailah si dia dari jarak jauh. Manalah tahu dalam anda mengekori gerak-geri  si dia akan membantu anda meredakan kekusutan yang bermain dalam hati. Kata orang baik kita tengok depan mata kita dari kita terjah tanpa usul periksa itu lagi parah. Akan tetapi anda haruslah sentiasa berwaspada supaya si dia tidak tahu bahawa kamu sedang mengintip si dia dari belakang.

cartoon_spy_babe

Sumber: http://www.ipadincanada.ca

  • Sekiranya si dia memang benar-benar berlaku curang terhadap kamu maka berkomunikasilah padanya dengan cara yang baik. Serta tanyakan ia soalan secara langsung kepadanya dan perhatikan raut wajah mukanya ketika menjawab soalan yang anda ajukan pada dia tadi.Seandainya jawapannya teragak-agak, berdolak dalik, ia menandakan si dia seorang yang curang. Jika si dia menjawab dengan tenang dan dalam hati anda yakin bahawa dia dia tidak menipu pasti kejujuran itulah milik dalam hubungan anda bersamanya.

 

  • Mencuba mengajak si dia berjalan-jalan ke tempat yang dia kurang berminat. Tapi selalunya dia ok sahaja. Namum sebaliknya semenjak hari itu dia sering mengelakkan diri dari anda.

 

Nota kaki: Pada dasarnya mana-mana pasangan yang bercinta, jika salah seorang dari mereka berlaku curang atau rasa sesuatu yang tidak kena antara mereka pasti antara salah seorang darinya akan merasa tidak sedap hati. Nah itu menandakan petunjuk bahawa si dia sedang “mereka masalah” dalam perhubugan cinta anda.

..Kepercayaan itu penting dalam sesebuah perhubunga..jika anda seseorang yang jujur maka bicaralah padanya seperti mana dia menganggap anda seorang yang jujur.. Sekiranya tidak maka anda sebenarnya telah berjaya untuk menipu diri sendiri..

10.57pm

Share

“Herba” Mujarab Baiki Keharmonian Rumahtangga

Salam semua..

Alhamdulillah harini Suri dapat update blog seperti biasa. Sementara si anak diam bolehlah Suri lentikkan jari di keyboard sekejap. Karang dia dah dok mengacau jangan haraplah Suri dapat publish walau satu artikel sekalipun..

37644_143880482294762_100000184332620_440692_5565144_n

Entri khamis malam jumaat ini Suri tujukan pada sahabat-sahabat yang telahpun mendirikan rumahtangga heeeee. Semoga sedikit penyampaian ilmu yang di beri akan membantu pasangan diluar sana untuk menghangatkan kembali hubungan kelamin yang kian pudar..

Seperti yang sedia maklum memang terdapat pelbagai produk dan alat untuk memantapkan memastikan kehidupan seks pasangan suami isteri itu terus “panas” agar keharmonian rumahtangga akan sentiasa selesa selalu. Namun tahukah kawan-kawan bahawa produk  yang berasakan sumber alam yang asli juga turut mempunyai kesan yang mujarab sekali bagi merawat masalah lemah tenaga seks.

Antara pengambilan herba yang dikatakan mampu untuk memperbaiki mutu seks seseorang itu adalah dengan mengamalkan herba-herba seperti di bawah:-

saderi

Saleri

Sekiranya ia diambil oleh wanita dikatakan mampu membuatkan seseorang itu lebih bertenaga dalam menjalani kehidupannya sehariannya. Bukan itu sahaja malahan turut membantu wanita tersebut yang sukar tidur agar tidur dengan lebih nyenyak. Disamping itu juga ia turut bermanfaat dalam meningkatkan daya kegairahan seksual wanita tersebut.

images

Bawang Putih

Nama rempah didapur ini dipanggil sebagai Russian Abtibiotic. Ini kerana khasiatnya mampu untuk membasmi bakteria dalam tubuh badan manusia. Tahukah kawan-kawan herba ini akan dapat membantu kaum adam bagi mencapai dan mempertahankan ereksi mereka dengan membantu memperlebarkan sistem pembuluh darah.

 

Ginseng.

Herba yang sering menjadi kebanggaan Korea ini harganya memanglah terlalu mahal. Namun tahukah kawan-kawan khasiat yang terkandung didalamnya sudah terbukti selama ribuan tahun dahulu. Pada pengamal yang selalu menggunakan ginsing ini ia mampu untuk mendorong seseorang itu melakuakn aktiviti mental dan fizikal disamping  memperbaiki fungsi kelenjar endokrin.

Herba ini juga akan memberikan kesan yang positif pada kelenjar seks malahan ia juga turut membantu mengimbangkan hormon wanita, khususnya pada masa perubahan fizikal yang drastik seperti selepas melahirkan bayi, ketika kedatangan haid mahupun mengalami monopus.

Antara jesnis-jenis ginseng yang bermanfaat untuk kehidupan seks adalah:-

PANAx GINSENG-Panax Ginseng

ginseng-Panax Ouinquefolius

Ginkgo Biloba

Herba ini sering kali dikenali sebagai herba yang cerdas kerana ia kemampuannya mampu meningkatkan daya  memori seseorang individu. Bukan itu sahaja malahan ia juga dikatakan boleh memperlahankan kesan penyakit Alzheimer juga.

gingkoGingko_biloba

Ginkgo biloba berupaya meningkatkan aliran darah  ke seluruh tubuh, sehingga mampu membawa oksigen yang banyak ke arah otak, jantung dan seluruh tubuh, termasuklah juga organ-organ seks.

primrosePrimrose

 

Primrose

Herba ini telah berabad lamanya di benua Eropah. Pada kebiasaannya herba ini sering kali dijadikan sebagai ubat penenang yang bersifat ringan bagi mengatasi masalah penyakit yang berkaitan dengan sistem pernafasan. Bagi urusan seks, primrose adalah estrogen yang semula jadi untuk tubuh menjalankan aktiviti seks dengan lebih lancar lagi.

Link:cqwow.com,windsorlegiontrack.com,http://www.csuci.edu,greathomeremedies.com

 

Pstt!! yang masih bujang nd dara bacalah sekilas angin lalu jer hihi :)

Share

Budaya Perkahwinan Bebilang Bangsa

Salam petang untuk semua :)

Kesempatan memenuhi undangan perkahwinan dari rakan -rakan dan kenalan jauh ternyataa membawa kita kepada   pelbagai adat dan resam mereka yang berlainan dari pelbagai jenis bangsa dan agama.  Berikut adalah serba sedikit tentang adat dan budaya beberapa kaum yang berada di Malaysia ini.

Perkahwinan Kaum Melayu

Perkahwinan dalam masyarakat Melayu biasanya dimulakan dengan merisik. Ia bertujuan untuk melihat si gadis yang menjadi idaman anak lelakinya. Pada kebiasaanya acara merisik ini dianggap penting bagi melihat latar belakang gadis tersebut sebelum dipinang. Pada pihak perempuan tersebut setelah dirinya dirisik perempuan tersebut akan diberi tempoh masa untuk memberi kata putus untuk menerima lamaran tersebut ataupun menolaknya dengan cara yang baik.

2499787864_80ac3a391c

Sewaktu merisik, pihak keluarga lelaki akan mengiringi dengan sebentuk cincin yang dipanggil cincin belah rotan. Apabila pihak perempuan bersetuju maka cincin itu akan tersarung di jari manisnya, maka tarikh peminangan akan ditetapkan oleh kedua belah pihak keluarga. Namun walaubagaimanapun acara merisik ini biasanya akan diadakan secara serentak dengan peminangan sekali bagi menjimatkan kos dan masa.

Sewaktu acara meminang, biasanya peranan orang tua untuk bertemu dengan keluarga pihak perempuan. Cincin tanda pertunangan disertakan bersama beberapa dulang hantaran sebagai hadiah kepada bakal pegantin perempuan.Pada masa ini, kedua belah pihak berbincang tentang hantaran belanja, mas kawin, tarikh upacara perkahwinan dan beberapa perkara yang berkaitan dengannya.

16357_102014479820048_100000344901859_52083_2350145_n

Pada hari atau sebelum perkahwinan, pengantin lelaki bersama bersama pihak keluarga ke rumah pegantin perempuan untuk acara akad nikah. Biasanya mereka akan membawa hantaran berupa mas kawin, belanja perkahwinan dan barang-barang yang lain termasuk cincin sebagai tanda batal air sembahyang, pakaian, kuih-muih, tepak sireh dan sebagainya.

Selepas akad nikah, acara berinai pula akan diadakan di rumah pegantin perempuan yang pada kebiasaannya akan dilakukan pada waktu malam. Para tetamu daripada pihak lelaki akan naik ke pelamin untuk menepung tawar kedua mempelai. Acara persandinga sebagai raja sehari akan dilakukan pula pada belah siang hari. Pada ketika ini akan ramai tetamu hadir bagi meraikan pasangan pegantin baru tersebut.

 

Perkahwinan Kaum Cina

Acara merisik akan diadakan bagi melihat bakal menantu. Apabila persetujuan dicapai, pasangan akan mengikat tali pertunangan. Selepas mencapai setahun ataupun mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak keluarga, maka majlis perkahwinan akan diadakan pula. Sekiranya berlaku kematian dalam ahli keluarga tersebut, maka majlis itu terpaksalah ditangguhkan sebagai tanda berkabung.

Wedding-Invitation-Card-C602-

Pada zaman dahulu, pasangan pegantin ke rumah pegantin perempuan. Kemudian pasangan ini akan didudukkan atas pelamin yang terletak di ruang tamu. Selepas upacara bersanding, pasangan ini perlu berjumpa dengan ahli keluarga masing-masing sebagai tanda perkenalan serta bagi mendapat restu daripada mereka semua.

Salah satu upacara yang paling penting adalah upacara minum teh. Ia menjadi tradisi masyarakat cina dan ia masih diamalkan sehingga ke hari ini. Ia bertujuan sebagai tanda penerimaan pasangan pegantin dan mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama mereka.

chinese-wedding

Pada kebiasaanya kemuncak upacara perkahwinan ini adalah jamuan makan. Amnya majlis makan bersama pegantin ini akan diadakan secara besar-besaran sama ada di rumah, dewan mahupun di restoran. Para tetamu yang hadir bersama akan membawa hadiah dan angpau untuk diberikan kepada pegantin kelak.

Akhir sekali pasangan ini akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan yang dipanggil ” Keat Ching Su” sebagai bukti perkahwinan tersebut telah diadakan di hadapan beberapa orang saksi.

 

Perkahwinan Kaum India

Masyarakat ini biasanya menitikberatkan tentang kad jemputan dan ia dibuat berdasarkan almanak hindu. Kad jemputan disapukan dengan kunyit sebagai lambang keharmonian. Kad ini akan dibawaa bersembahyang dan akan diletakkan dalam dulang yang berisi sirih, kelapa, buah pinang, wang ringgit sebagai lambang kekayaan.

Dulang ini akan dibawa ke rumah pegantin perempuan dan kedua-dua belah pihak tersebut akan bertukar dulang masing-masing. Dan yang paling utama sirih pinang turut diberikan juga sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi.

3325373547_0eeef38cd2

Thaali merupakan lambag suci perkahwinan dan ia akan dipakai oleh kedua pegantin. Adat penyediaan thaali ini dilakukan lebih kurang seminggu sebelum hari perkahwinan tersebut berlangsung. Pihak lelaki akan menyediakan beberapa keperluan barang termasuk emas, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Kemudian tiga hari sebelum majlis perkahwinan itu, maka thaali tersebut perlu diambil dari tempat sembahyang.

Bagi upacara perkahwinan, Pedanda bertanggungjawab untuk mendoakan kesejahteraan pegantin. Selepas upacara menyarungkan cincin, pegantin lelaki akan memakaikan thaali kepada pegantin perempuan. Selepas itu ibu bapa mertua pula akan mula menyapu tanda pada dahi kedua belah pegantin  sebagai maksud restu dari mereka berdua.

3652050_f496

Sebenarnya perkahwinan india lebih banyak adat istiadat dan tatacara yang perku diikut. Ia termasuklah mencuci kaki kedua ibu bapa, melakukan upacara bertukar bunga malai dan sebagainya. Malah acara majlis tamat perkahwinan itu termasuklah memberika makanan kepada tetamu yang hadir, melakukan upacara persandingan, menurunkan khemah sehinggalah bertandang ke rumah keluarga pegantin lelaki akan dilakukan secara satu persaru sehinggalah ia selesai.

Gambar GooGle ;)

Share